Showing posts with label UMNO laknatullah. Show all posts
Showing posts with label UMNO laknatullah. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Ah Moi Bertemu Dengan Nik Aziz

Masjid - atau mana-mana tempat ibadat orang Islam merupakan pusat berkembangnya agama Islam. Tempat bagi semua golongan bersosial dan saling bertukar fikiran di samping menyebarkan ilmu. Masjid juga boleh menjadi daya penarik kepada sesiapa yang mahu mendekati dan mengenali Islam, termasuk kepada orang bukan Islam.

Hari ini, oleh kerana wujudnya satu entiti yang bernama UMNO (laknatullah), masjid menjadi hambar. Usah kata orang bukan Islam tidak dimesrai, malahan orang Islam sendiri pun ada yang dihalau daripada masjid. Itulah jadinya jika masjid tersebut terdiri daripada imam, bilal dan siak UMNO (laknatullah). Tak pernah lagi dengar orang Islam dihalau daripada gereja, tokong ataupun kuil atas tujuan lawatan.

Tak ada masalah orang bukan Islam nak masuk masjid atau surau. Yang bermasalah cuma UMNO (laknatullah) dan lebih celaka lagi, dikatanya ah moi DAP tersebut memberi tazkirah. Juak-juak UMNO juga tak ketinggalan daripada meninggalkan komen mereka. Dimulai dengan MAIS dan JAIS, pejuang Islam kita Zul Noordin (laknatullah) pun tumpang semangkuk.

Tuesday, August 24, 2010

Lim Guan Eng dan DAP Lebih Mulia Daripada UMNO



Kalau benar ada imam yang mendoakan LGE di dalam khutbah Jumaat, so what? Apa masalahnya mendoakan kesejahteraan sesama makhluk? Dan dari mana datangnya dalil tentang kewajiban mendoakan Sultan-Sultan sehinggakan ada puak-puak Melayu yang melenting apabila tidak didoakan mereka?

Sebenarnya isu ini, isu kecil bahkan tidak patut atau tidak layak ditimbulkan. Tapi oleh kerana terbawa-bawa dengan dakyah UMNO (laknatullahi 'alaihim ajmain) benda ini diperbesarkan sehingga sekali lagi Ibnu Kalb bersuara dengan nada yang tidak puas hati. Note : Ibnu Kalb ialah mufti negeri Perak.

Bagi saya, Lim Guan Eng, DAP dan seumpama dengannya adalah jauh lebih baik daripada UMNO. Jika terjadi pilihanraya yang melibatkan kedua-dua parti ini (UMNO vs DAP), nescaya saya akan bermati-matian memastikan DAP menang. Saya akan menyokong dengan sepenuh hati kepada mana-mana pihak yang melawan UMNO.

Ya..walaupun ada segelintir pimpinan DAP yang begitu mahukan dan kekalkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, itu terpulang pada mereka. Kita semua sedang bermain-main di dalam kotak demokrasi. Tegakkan Islam atau sebaliknya, hudud atau tak hudud - itu soal nombor dua. Inilah risikonya kalau perjuangkan Islam melalui demokrasi. Tapi yang paling utama - pulihkan segala kerosakan yang dilakukan oleh UMNO terhadap Malaysia selama puluhan tahun. Lawan habis-habisan kebobrokan UMNO.

Walau UMNO ada juga jasanya terhadap negara sejak puluhan lalu - namun bolehkah dipadankan dengan 1001 kerosakan yang berkali-kali ganda berbanding jasa-jasa mereka? Kerosakan moral, kerosakan institusi-institusi yang sepatutnya dihormati, pencemaran demokrasi dan hak asasi, pencemaran terhadap agama Islam, penyelewengan dan sebagainya - bolehkan dilupakan hanya kerana UMNO pernah berjasa terhadap pembangunan negara?

Sebenarnya isu UMNO berjasa atau tidak terhadap pembangunan negara tidak perlu ditimbulkan kerana memang menjadi tugas dan kewajiban mereka selaku kerajaan yang memerintah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang secukupnya kepada rakyat. Tapi tulisan ini mahu membalas sekumpulan Melayu bodoh yang mengungkit jasa-jasa UMNO semata-mata mahu meredakan kebencian orang ramai terhadap UMNO.

Perbuatan itu - samalah dengan melindungi dosa-dosa Muawiyah dengan membelanya berhujahkan Muawiyah berjasa menawan Syria, maka tidak boleh mengkritik Muawiyah yang bertanggungjawab menumpahkan darah berpuluh-puluh ribu umat Islam.

Berbalik pada tajuk asal. Antara DAP dan UMNO - saya mewajibkan memilih serta menyokong DAP, walaupun majoriti daripada mereka dalah bukan Islam. Walaupun mereka bukan Islam, cuba perhatikan cara mereka berpolitik jauh lebih sopan daripada politikus-politikus Melayu yang mengaku Islam (sama ada PAS, PKR atau UMNO). Tak ada masalah dengan pentadbiran mereka. Yang bermasalahnya hanyalah UMNO yang sentiasa berusaha menimbulkan huru-hara dan membangkitkan isu-isu kecil, menjadi besar - persis usaha Iblis dan syaitan yang senantiasa berusaha menyesatkan anak Adam.

"Pemerintah yang kafir tapi adil lebih baik daripada pemerintah Islam yang zalim" - Nasiruddin at-Tusi

Tuesday, April 20, 2010

Fitnah Baru UMNO laknatullah


UMNO ni, perangai dia teruk, lepas tu dia tuduh orang lain berperangai serupa dengan dia. Kerja-kerja ugutan tarik macam-macam peruntukan dan bantuan ini kerja-kerja UMNO. Selama 50 tahun memerintah lihatlah apa yang dia buat pada orang kampung. Ugut macam-macam kalau tak undi UMNO/BN. Hasilnya jadilah Melayu bangsa yang bodoh kerana terus mengharapkan UMNO. Kalau tak bagi sokongan, peruntukan dipotong.


Sekarang UMNO mahu kaitkan parti lain serupa dengan dia. Orang Melayu ni pun satu. Bangang melantun-lantun. Bodoh dari dulu sampai sekarang. Statik! Kalau tiba isu ini barulah rasa sensitif, tapi isu-isu besar dalam negara tak reti pula nak bagi reaksi.



Pakatan pembangkang ancam henti bantuan zakat penduduk miskin jika pasang bendera BN

HULU BERNAM: “Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan.
Selain itu, penduduk yang sebelum ini menerima borang 5A juga diugut bahawa nama mereka akan disenaraihitamkan daripada memiliki geran tapak rumah.
Seorang penduduk, Hasmah Sukri, 47, berkata ketika beliau sedang memasang bendera BN, seorang penyokong pakatan pembangkang datang ke rumahnya dan mengugut akan memotong wang bantuan zakat yang diterima RM250 sebulan.

“Malah, lelaki itu juga mendakwa mahu menyerahkan rumah yang saya duduki sekarang kepada orang lain jika masih berdegil memasang bendera BN,” kata ibu tunggal itu di sini, semalam.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 dan kini tinggal bersama seorang anak yang belajar di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kledang, di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak hiraukan ugutan itu dan tetap memasang bendera BN kerana yakin dengan parti berkenaan yang akan terus membantu orang miskin seperti saya,” katanya.
Saharuddin Maali, 47, berkata beliau didatangi seorang lelaki yang mengugutnya kerana memasang bendera BN di rumah.

“Ketika lelaki itu lalu di depan rumah saya, dia tanya kenapa pasang bendera orang sebelah (BN)?... awak tak akan dapat geran tapak rumah dan zakat nanti,” katanya.

Sunday, April 18, 2010

Zaid Minum Arak, Habis Pemimpin UMNO Itu Suci Sangatkah?



Dah ketandusan modal, UMNO mulalah menyerang peribadi calon. Blogger-blogger pencacai UMNO tak habis-habis mainkan isu Zaid dengan minum arak. Pemimpin UMNO tak ada minum arak ke? Jangan nak bohong la. Jangan berlagak alim sangat. Bila orang dah keluar dari UMNO mulalah gali balik cerita lama - itulah UMNO.


Apa kata Zaid?


"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. "Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," - Malaysiakini


UMNO jangan nak berlagak baik sangatlah. Kilang arak dalam negara yang bersepah tu gara-gara siapa? Siapa yang luluskan lesen arak?


Apa macam dengan gambar di atas ini? Ada sapa-sapa kenal?





“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin. "Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol. "Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.(Ini pula kata-kata Ketua Menteri Melaka, Babi Ketam, Oops) silap, Ali Rustam la. Asyik teringat babi-babi di Melaka saja kalau tengok muka Ali Rustam ni. Entah apa khabar babi-babi di sana. Dah berapa ratus keluarga agaknya?


Inilah ceramah UMNO. Serang peribadi orang.



Ini pula muka "orang dari hutan" masuk parlimen. Konfius macam mana orang hutan ni boleh dihantar ke parlimen. Cakap macam orang tak betul. Masa Saifuddin Nasution dedah di dalam parlimen mengenai ada pemimpin-pemimpin UMNO minum arak dalam majlis-majlis rasmi, tak senang duduk mangkok sekor ni. Entah-entah dia kut, manalah tau..wild guess jer...


Dalam ceramah ini, wartawan-wartawan Malaysiakini diusir oleh beberapa orang UMNO dan diminta menghentikan rakaman video sewaktu mangkok di sebelah ini berucap.. Kalau tengok muka dia, memang dah dapat agak mesti banyak maki dalam ceramah dia ni.


UMNO tak boleh dibuat baik dan diberi muka. Patut kita lanyak habis-habisan. Jangan bagi can. Hipokrit dan munafik.


Gambar kredit pada Malaysiakini, kecuali gambar Menteri minum Anchor Beer tu.


(Tambahan- update) Lihat banner di atas itu. Kalau ada orang percaya memang sah bodoh tahap lembu lah. UMNO mengata PKR tapi tak sedar dia pun serupa. Sokong IFC. Ok, tapi apakah tindakan tegas UMNO terhadap IFC dulu. Ada tak? Islam liberal. Habis UMNO Islam apa? Itulah cakap, jangan berlagak baik. Dia tolak Islam, tak mahu laksanakan Islam, pemimpin tak ikut Islam. PKR tolak hudud? Ini kenyataan paling bangang. Fikir-fikirlah sendiri siapa yang tolak hudud. Berlagak alim.


Gambar Zaid Ibrahim minum arakpun gambar super impose. Memang dasar tak ada maruah puak-puak UMNO laknatullahi 'alaihim ajmain ni.

Saturday, April 17, 2010

Siapa Boneka Amerika Sebenarnya?



Siapakah boneka Amerika sebenarnya? Selama ini pencacai-pencacai UMNO sering menuduh Anwar Ibrahim adalah boneka barat. Tapi lihatlah apa berlaku. Malaysia telah menghentikan bekalan minyaknya kepada Iran selepas daripada pertemuan Najib-Obama.


Inikah "negara Islam" yang UMNO banggakan? Pemimpin "Islam" macam Najibkah yang harus diconothi? Ini sudah jelas, Malaysia melalui UMNO sudah menjadi hamba kepada Amerika.


WASHINGTON — Malaysian Prime Minister Najib Razak confirmed that his country has cut off gasoline supplies to Iran, warning Tehran it was close to facing new international sanctions over its controversial nuclear program.

Najib's announcement on Thursday came three days after he held talks with US President Barack Obama, who had called for the world to move "boldly and quickly" on tough sanctions against the Islamic republic.

"It's going to be quite inevitable that additional sanctions will be imposed in the near future unless there is some movement in the right direction by Iran," Najib said in Washington.


Tapi nak menafikan pula :


NEW YORK, April 17 — Foreign news reports quoting Datuk Seri Najib Razak as saying that Malaysia had cut off gasoline supplies to Iran are incorrect, the prime minister said.

The prime minister said Petronas was involved in a spot sale to Iran in mid-March under a third party deal but since then there had been no requests.

“It is not correct, it was not a decision taken by Petronas per se. It involved a spot sale and there was no requirement anymore, so they don’t do it (anymore),” he told Malaysian reporters yesterday. - Bernama

Thursday, April 15, 2010

Tok Guru UMNO Yang Sesat



Ooo.. TGNA itu ilmunya setakat Ustaz, dan ilmu dia ini pula sudah tahap "tok guru". Maka dia lebih layak digelar tok guru. Mungkin kerana ilmu tinggi mencapai derajat "tok guru" membuatkan dia mengatakan Islam UMNO itu tulen (kah kah kah). Ini sah memang tok guru jenis sesat lagi menyesatkan.


Oleh kerana TGNA lebih suka bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO, terus dituduhnya Wahhabi kerana kononnya Wahhabi menghalalkan darah Ahlus Sunnah berbanding darah orang Yahudi. Dia nak bandingkan DAP itu kafir, dan UMNO pula Islam "tulen", tapi TGNA memilih DAP. Itu yang dituduhnya TGNA ialah Wahhabi.


Kalau macam tu, saya pun Wahhabi. Amacam? UMNO Islam tulen? poodah.. Bagi saya, bekerjasama dengan DAP lebih afdhal dan syar'ie berbanding UMNO yang korup, zalim dan menyalahgunakan kuasa. Ini tok guru memang tak boleh pakai. Layak jadi alat dan perkakas saja untuk UMNO.

Saturday, March 13, 2010

Ke Mana Perginya Hasil Pendapatan Negara Yang Melimpah Ruah?


Salah satu perkara yang saya tegaskan kenapa UMNO laknatullah perlu dihapuskan ialah kerana mereka tak habis-habis menyusahkan dan menyeksa rakyat bawahan.


Subsidi petrol kini 45 sen seliter

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.




Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu berasa gembira kerana harga minyak dunia naik. Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Maka berlimpah-limpahlah keuntungan masuk ke dalam akaun negara. Dengan itu dapatlah dikembalikan kepada rakyat dari segi pendidikan, perubatan, dan lain-lain. Minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia bukanlah minyak yang digali di negara ini, sebaliknya merupakan minyak murah yang dibeli daripada negara Timur Tengah. Minyak dari Malaysia lebih mahal dan berkualiti. Tak ada sebab kenapa harga minyak di negara ini perlu dinaikkan kerana keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda.


Begitu juga dengan cukai GST. Bermacam-macam jenis cukai dalam negara ini yang sudah lama membebankan rakyat, ditambah pula dengan cukai jenis baru. Ke mana menghilang hasil-hasil dalam negara ini sehingga rakyat menanggung beban? UMNO wajib dihapuskan, begitu juga dengan mana-mana pihak yang berangan-angan nak bersama-sama dengan UMNO!


Ya Allah, turunkanlah laknatMu terhadap UMNO. Jika benar-benar terbukti bahawa mereka sedikitpun tidak mendatangkan faedah kepada rakyat jelata dan juga agama Islam, hapuskanlah mereka Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Wahai Raja Segala Raja, sesungguhnya UMNO telah melakukan kezaliman, telah mendatangkan kemurkaanMu ya Allah. Kerahkanlah anjing-anjingMu untuk membaham mereka semua, ya Allah. Hanya padaMu tempat ku memohon pertolongan. Amin ya Rabbal 'alamiin.