Monday, November 2, 2009

Tauliah


Saya dapat tahu Dr. Asri ditangkap oleh JAIS apabila saya terpandang muka hadapan akhbar Kosmo tadi. Saya bukanlah mahu membela beliau, selama ini kebanyakan pendapat yang beliau kemukakan di dalam pengajarannya saya langsung tidak setuju. Tapi saya ingin mempersoalkan sifat JAIS dan pihak polis yang bertindak untuk menangkap Dr. Asri di sebuah rumah di Ukay Perdana ketika menyampaikan ceramah agama yang dihadiri kira-kira 300 orang.


Kononnya Dr. Asri tidak mempunyai tauliah, dan sebab itulah beliau ditangkap. Dr. Asri bekas mufti, ada kelulusan, perlu lagi ke benda-benda tu? Beliau sendiri diiktiraf oleh kerajaan apabila Najib mempelawa beliau mengetuai YADIM. Atau penangkapan dibuat kerana ceramah beliau dihadiri oleh Ahli Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan ADUN Hulu Kelang (Saari Sungib)? JAIS bukan di bawah kerajaan negeri Selangor. Sudah ada blogger UMNO keparat yang membuat fitnah kononnya kerajaan PR Selangor menganiayai ulama. Dakwaan yang mengatakan beliau Wahabi atau tidak itu bukan persoalannya. Tapi hujah lawan hujah la. Bukan hujah lawan tangkap.


Exco Agama (Hassan Ali) ni pun satu. Buat apalah nak kekalkan sistem pentauliahan yang diperkenalkan oleh Khir Toyol dulu. Dulu sistem itu dibuat untuk menyekat penceramah yang rata-ratanya pro-PAS. JAIS kalau bab tangkap pendakwah ni memang pro, tapi berlambak yang buat maksiat, kelab gay, pusat perjudian, pelacuran, muda-mudi Islam berpeleseran, buat-buat tak nampak. Kuman seberang laut nampak, babi depan mata tak nampak.


Saya teringat perbualan saya dengan Ustaz Sharir Long berkenaan sistem pentauliahan di Selangor. Dia kata tauliah memang sudah diberikan oleh Nabi kepada umatnya. Jawapan beliau, "Balligh 'anni walau aayat (sampaikan daripadaku walaupun satu ayat - sahih Bukhari). Itulah tauliah. Nak tauliah kepala bapak apa lagi?"

0 comments: