Saya petik sedikit daripada blog Misbahul Munir Masduki (s/u Mohd Nizar):
Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.
Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.
Blogger selalu dikaitkan dengan penipu, pemfitnah, dan penyebar khabar angin. Sekarang pimpinan-pimpinan PAS sudah mula meragui akan berita dan sumber daripada blogger pro-Pakatan Rakyat. Ini bertitik tolak daripada sebilangan blogger yang swing 360 darjah menyerang segelintir pimpinan PAS. Sejak selepas dari PRU-12 lagi, sumber berita yang dibawa oleh blogger yang mendedahkan keselingkuhan segelintir pemimpin PAS dianggap satu ancaman yang bahaya dan fitnah kepada PAS. Sehinggakan jentera IT PAS digerakkan. Tapi apa yang jadi?
Pertemuan dalam gelap antara Nasharuddin Mat Isa dengan pemimpin UMNO dinafikan oleh Nasha sendiri. Kemudian ugut nak menyaman blogger terbabit yang didakwa berbuat fitnah. Hassan Ali turut menafikan ada pertemuan sulit dengan pemimpin UMNO di Selangor. Akhirnya, PM ketika itu Abdullah Badawi membongkar bahawa memang ada pertemuan sulit dengan pemimpin PAS. Sekarang siapa yang terkena? Siapa yang berbohong? Ustaz Ahmad Awang sendiri mendedahkan ada pimpinan tertinggi menelefon beliau menyuruh pertimbangkan semula membentuk kerajaan Perak bersama UMNO/BN.
Hassan Ali dan konco-konco turut berbohong dengan mengemukakan beberapa bukti sebab sebenar Khalid Samad dan Saari Sungib dipecat, tapi bukti (perkara) tersebut berlaku selepas Saari Sungib dan Khalid Samad dipecat. Hassan Ali juga yang bertanggungjawab membocorkan tentang cerai taklik PAS itu. Mana ada pimpinan PAS ambil tindakan?
Sekarang kes Abu Bakar Chik (ABC) dengan tok guru Nik Aziz pula. Sekali lagi blogger dituduh menipu dan memfitnah. Kalau yang berkata itu ABC sendiri bolehla dipertimbangkan kenyataan tersebut. Tapi masalahnya ABC langsung tak keluarkan kenyataan walaupun berita ini sudah tersebar. Mana dia tuan empunya badan? Kenapa mesti orang lain yang menjawab?
Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.
Takkanlah TGNA nak membocorkan kandungan mesyuarat? Biasalah orang politik memang banyak berselindung. Banyak keluarkan kenyataan yang samar-samar. Misbahul Munir sendiri mengakuinya dengan menulis "Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat."
Sekarang ini saya menunggu mana dia ABC, sila tampil untuk membela diri kalau betul dia tak ungkapkan perkataan tersebut kepada TGNA. Keluarkan kenyataan bahawa semua ini fitnah. Begitu juga AJK-AJK yang ada semasa mesyuarat malam itu. Mereka juga harus keluarkan kenyataan yang menafikan perbuatan ABC itu. Kalau semua sudah sahih berita ini memang palsu dan salah, saya akan buang posting berkenaan Bakar Chik di bawah ini dan seterusnya membuat posting baru tentang permohonan maaf kepada beliau.
Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts