Showing posts with label Ibn Ali. Show all posts
Showing posts with label Ibn Ali. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Virus bodek.


Oleh : Ibn Ali [link]

Salam Sebulan Ramadan.


Pada hari ini, kita telah menyambut beberapa hari dalam bulan Ramadan. Maka, akan bertempik sakanlah para khutoba' dari seantero Malaysia tentang Ramadan sebagai universiti. Tidak kisahlah akan semua itu. Cumanya dibimbangi akan menjadikah Ramadan kita sepertimana Ramadan-ramadan yang telah lepas-lepas?

Ramadan = pesta tahunan = krismas = natal = tiada apa-apa = nonsense langsung?

Attention pleaze!!

Ini adalah muhasabah sahajalah. Bukan menghina Ramadan itu. Tetapi mengkritik para pelakunya. Terutama para khutoba'. Perlu, sangat dimuhasabah kita semua. Ramadan erti pada kita adalah apa? Hanya pesta sebulan beribadat di Masjid-masjid, baca Al-Quran, tadarus, mengaji, buka kitab, baca Fadhail 'Amal, bersedeqah, akhirnya apa? Hingga di penghujung Ramadan sahajakah kita semua menjadi Muslim? Selepas bulan Ramadan, kita semua adalah apa?

Maaf. Sekadar muqaddimah yang berjela panjangnya. Fokus, pada tajuk. Jika, masalah ekonomi kita tidak diselesaikan seberapa pantas yang mungkin selepas masalah 'aqidah-Syariat-akhlaq maka akan bermaharajalelalah virus bodek meliar-liar mematuk-matuk mata kepala nafsu kita semua untuk membodek-bodek dan mengampu-ampu. Hanya itu. Ulama, malah jika para mahasiswa itu tidak ada sumber ekonomi peratusan kemungkinan dia untuk dihinggapi dan dilekati virus bodek adalah cukup tinggi.

Maka?

Antivirus tidak diperlukan.

Sunday, August 8, 2010

Politik dan alam kemahasiswaan.

Oleh : Ibn Ali [link]


Tulisan ini pendek sahaja. Cukup pendek.

Konvokesyen kami semua baharu sahaja dilabuhkan tirainya. Kereta-kereta mewah yang bersidai di padang bola kami telah hampir lebih 24 jam meninggalkan perkarangan bumi mahasiswa kami. Semua mahasiswa yang sudah mencapai satu lagi title iaitu graduan, sudah mula melangkahkan kaki mencari-cari haluan sendiri. Ke manakah mereka semua akan pergi selepas ini?

Bersebabkan tulisan ini amat pendek dan kelihatan naif daif sama sekali maka disarankan agar membaca bab Diploma dan Pak Turut pada muka surat 141 di dalam karya besar Hisyamuddin Rais bertajuk Keganasan, Penipuan dan Internet. Cuma, selepas dekad mahasiswa ini dan menjengah alam pra graduasisasi para graduan akan menempa takah baru; sama ada aku betul-betul akan menjadi manusia yang memanusiakan orang lain, atau menjadi serigala balaci barua politik masakini yang tidak endah pada kerosakan teruk alam manusiawi.

Monday, February 1, 2010

Ibn Ali Penulis Jemputan Di Blog Ini


Posting di bawah ini ditulis oleh seorang blogger yang bernama Amir Hamzah (Ibn Ali). Beliau biasa menulis cerpen-cerpen, sajak, dan juga penulisan yang agak radikal di dalam blognya. Seorang senior saya (semester akhir) dan bakal menjadi graduan pada tahun ini.

Di Kolej kami sama-sama menubuhkan sebuah universiti pemikiran (seakan-akan Jalan Telawi dan juga Universiti Bangsar Utama). Projek terbaru kami ialah ingin membuat sebuah buku yang memuatkan karya-karya mahasiswa/i di kolej tempat kami belajar.

Kalau ada masa biasanya kami akan sama-sama berbincang mengenai berbagai isu termasuk isu semasa dan saling bertukar-tukar fikiran. Untuk memeriahkan lagi blog ini, saya menjemput beliau menjadi penulis jemputan di sini.


lawati blog beliau di http://pencinta-islam.blogspot.com/ dan http://duniaunderground.wordpress.com/