2 hari tidak menjenguk ke alam maya kerana tidak ada kesempatan. Apa-apapun, saya ingin ucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi P49 Hulu Selangor. Yang duduk jauh tu baliklah mengundi. Menangkan calon yang betul. Usah gadaikan maruah kepada calon dari parti yang korup.Hari berkempen sudah berakhir. Hari ini hari penentu dan hasil daripada kempen selama beberapa hari. Syabas kepada blogger-blogger yang tolong berkempen untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat dan tak lupa juga kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus di sana.
Malam nanti sama-sama kita nantikan keputusannya. Undi dari kaum India agak berbelah bahagi. Dari kaum Cina pula, majortitinya bersama calon Pakatan. Kedua-dua kaum ini walaupun peratusannya rendah dari kaum Melayu, tapi undi mereka boleh menjadi penentu kemenangan.Dalam mana-mana siri pilihanraya, yang selalu kena tumpu ialah pengundi Melayu. Mereka ini berbeza dengan pemgundi-pengundi dari kaum lain. Kena bagi petunjuk betul-betul macam ajar anak kecil berjalan kerana pengundi Melayu yang biasanya majoriti di mana-mana lokasi kurang cerdik berbanding pengundi dari kaum lain.Di Hulu Selangor, peratusan Melayu paling tinggi (lebih 50%). Biasanya mereka ini bermasalah. Lebih-lebih pula dari kawasan Felda. Tak tahu lagi nak membezakan dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Untuk membuat mereka melakukan perubahan, bermacam-macam strategi perlu dilakukan dan kaedah penyampaian maklumat dengan betul. Kerana biasanya mereka hanya mengharapkan maklumat daripada media arus perdana.Undi kaum Melayu terhadap calon Pakatan boleh dikatakan agak kurang memuaskan. Apa-apapun sama-sama kita lihat keputusannya nanti.
Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang menahann Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA. Bukannya mudah melihat seorang pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa dan pangkat meletakkan jawatannya atas dasar prinsip dan maruah.Sebaik saja menjawat jawatan menteri, Zaid cuba untuk membersihkan institusi kehakiman dan ingin melakukan beberapa perubahan. Langkah Zaid yang paling diingati ialah cadangannya supaya kerajaan menebus dosa silam dengan membayar ex-gratia pada 5 orang peguam yang dianiayai pada lewat 80-an. Ketika itu kerajaan di bawah pemerintahan Mahathir.Sekarang bermacam-macam penyelewengan yang semakin membarah di dalam pentadbiran negara. Tapi ada tindakan pemimpin-pemimpin UMNO? Mereka buat seperti lembu kenyang. Tak kisah asalkan poket penuh, walaupun ada diantara mereka yang menyedari hakikat ini. Tapi nak buat macam mana, kalau bersuara habislah segala kemudahan. Ini pemimpin UMNO, mana ada maruah.Kalau ya pun Zaid minum arak dan berjudi, itu di zaman UMNO okay. Dan itu juga menunjukkan perangai-perangai sebenar pemimpin UMNO. Kalau Zaid pernah begitu di dalam UMNO, apatah lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Tak usah tunjuk baiklah. Sebelum serang peribadi orang, cermin sikit diri tu.Orang Melayu, tolong buka mata! Jaga maruah kamu.
PAS sudah lama memaafkan Zaid. Zaid sudah lama bertaubat. Islam melarang membuka aib orang yang sudah bertaubat. Yang sudah tu sudahlah. Paling penting beliau sedia melawan kemungkaran. Zaid pun senang dengan PAS.
Walaupun pernah terluka dengan tindakan Zaid terhadap Kerajaan Kelantan 17 tahun lalu, Tok Guru dah lama maafkan Zaid. Lusa beliau datang ke Hulu Selangor untuk bagi sokongan kepada Zaid. Semoga berkat bersalaman dengan tok guru membuahkan hasil kemenangan kepada Zaid nanti, InshaAllah.
Zaid letak jawatan dalam kabinet kerana menentang ISA. Tahun lepas beliau ambil keputusan untuk sertai rakyat dalam perarakan anti ISA. Walaupun lututnya sudah tidak sekuat 30 tahun lalu, tapi beliau tetap tidak mahu ketinggalan bersama-sama membantah kezaliman.
Dah ketandusan modal, UMNO mulalah menyerang peribadi calon. Blogger-blogger pencacai UMNO tak habis-habis mainkan isu Zaid dengan minum arak. Pemimpin UMNO tak ada minum arak ke? Jangan nak bohong la. Jangan berlagak alim sangat. Bila orang dah keluar dari UMNO mulalah gali balik cerita lama - itulah UMNO.Apa kata Zaid?"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. "Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," - MalaysiakiniUMNO jangan nak berlagak baik sangatlah. Kilang arak dalam negara yang bersepah tu gara-gara siapa? Siapa yang luluskan lesen arak?
Apa macam dengan gambar di atas ini? Ada sapa-sapa kenal? “Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin. "Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...,"
katanya.Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol. "Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.(Ini pula kata-kata Ketua Menteri Melaka, Babi Ketam, Oops) silap, Ali Rustam la. Asyik teringat babi-babi di Melaka saja kalau tengok muka Ali Rustam ni. Entah apa khabar babi-babi di sana. Dah berapa ratus keluarga agaknya?Inilah ceramah UMNO. Serang peribadi orang.
Ini pula muka "orang dari hutan" masuk parlimen. Konfius macam mana orang hutan ni boleh dihantar ke parlimen. Cakap macam orang tak betul. Masa Saifuddin Nasution dedah di dalam parlimen mengenai ada pemimpin-pemimpin UMNO minum arak dalam majlis-majlis rasmi, tak senang duduk mangkok sekor ni. Entah-entah dia kut, manalah tau..wild guess jer...Dalam ceramah ini, wartawan-wartawan Malaysiakini diusir oleh beberapa orang UMNO dan diminta menghentikan rakaman video sewaktu mangkok di sebelah ini berucap.. Kalau tengok muka dia, memang dah dapat agak mesti banyak maki dalam ceramah dia ni.UMNO tak boleh dibuat baik dan diberi muka. Patut kita lanyak habis-habisan. Jangan bagi can. Hipokrit dan munafik.Gambar kredit pada Malaysiakini, kecuali gambar Menteri minum Anchor Beer tu.
(Tambahan- update) Lihat banner di atas itu. Kalau ada orang percaya memang sah bodoh tahap lembu lah. UMNO mengata PKR tapi tak sedar dia pun serupa. Sokong IFC. Ok, tapi apakah tindakan tegas UMNO terhadap IFC dulu. Ada tak? Islam liberal. Habis UMNO Islam apa? Itulah cakap, jangan berlagak baik. Dia tolak Islam, tak mahu laksanakan Islam, pemimpin tak ikut Islam. PKR tolak hudud? Ini kenyataan paling bangang. Fikir-fikirlah sendiri siapa yang tolak hudud. Berlagak alim.
Gambar Zaid Ibrahim minum arakpun gambar super impose. Memang dasar tak ada maruah puak-puak UMNO laknatullahi 'alaihim ajmain ni.