Saturday, May 16, 2009

Ir. Nizar Bapa Perpaduan Negeri Perak



1. Jika Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dalam perpaduan diantara PAS dan DAP dalam satu pakatan, maka Ir. Nizar ialah orang yang berjaya menyatupadukan PAS, PKR, dan DAP di dalam kerajaan negeri Perak.


2. Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan perpaduan di antara kaum di dalam sebuah parti iaitu PKR, maka Ir. Nizar berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak.

3. Pada awal perlantikan Ir. Nizar pada 17 Mac 2008, kedudukannya agak tidak disenangi kerana beliau dari parti PAS, dan rakyat bukan Melayu berasa agak ragu, lebih-lebih lagi DAP. Tetapi perkara itu hanya sementara, sekarang beliau diterima dan disenangi seluruh rakyat berbilang bangsa di negeri itu.

4.. Kebolehan Ir. Nizar yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dapat membantu beliau dalam menarik sokongan bukan Islam terhadap PAS, dan juga berperanan dalam menyatupadukan rakyat di sana.


5. Ir. Nizar sekarang ini merupakan pemimpin yang dihormati, apabila beliau masuk saja kedalam dewan Cina, seluruh hadirin bangun sehingga beliau berada di atas pentas, menunjukkan rasa hormat kepada beliau.


6. Keikhlasan serta kebaikan beliau berjaya menarik berbagai kaum untuk terus menyokong kerajaan campuran. Contohnya isu pemberian hak milik tanah kepada perkampungan yang bermajoritikan cina yang miskin, serta sekolah Cina, maka perbuatan yang sama diberikan kepada perkampungan yang bermajoritikan Melayu yang hidup susah, serta sekolah agama rakyat juga diberikan tanah untuk diusahakan.


7. Krisis politik di negeri Perak akibat daripada rampasan kuasa sehingga menyebabkan Ir. Nizar terpaksa meninggalkan kediaman rasmi MB, telah menaikkan simpati rakyat berbilang kaum di negeri itu, seterusnya menyebabkan rakyat berbagai kaum bekerjasama menuntut keadilan di Perak.


8. Salah satu bukti perpaduan kaum di Perak ialah semasa PRK Bukit Gantang baru-baru ini, ramai rakyat berbilang bangsa bekerjasama, bertungkus lumus dan bersusah payah membantu kemenangan beliau.


9. Negeri yang betul-betul mempunyai perkongsian kuasa ialah negeri Perak, di mana DAP mendapat kerusi terbanyak, diikuti oleh PKR, tetapi kerajaan diketuai oleh wakil daripada PAS, yang mendapat kerusi paling sedikit.

10. Dengan kebolehan beliau yang menguasai lebih dari 2 bahasa, berpendidikan tinggi, bersifat profesional, dalam masa yang sama mampu membimbing rohani, serta menguasai, menghafaz dan mengamalkan Qur'an sebagai panduan hidup, selain daripada menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak, tidak mustahil Ir. Nizar bakal menjadi calon PM, dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat. Beruntunglah rakyat Perak kerana mempunyai seorang anak jati yang berkebolehan sebegini.


2 comments:

Anonymous said...

sejak bila nizar ade Ir...bleh check kalau x percaya

Reformis Jalanan said...

Iya ke? Mana buktinya?