Wednesday, May 12, 2010

Kalau Nak Sangat Pembangunan, Bagi Cina Saja Memerintah


Kalau tanya saja pendapat orang Melayu atau mana-mana orang yang berfikiran kelas ketiga, mereka mengatakan bahawa dengan sokong kerajaan yang sedia ada sekarang (UMNO/BN lah tu) mereka menikmati banyak projek pembangunan. Sedangkan, mereka tak akan dapat apa-apa kalau sokong parti pakatan pembangkang.


Di sini saya nak jelaskan, kalaulah pembangunan yang menjadi idaman semua, sokong dan redha sajalah bila pemimpin Cina memerintah negara, kerana akan terjamin bahawa projek pembangunan pasti akan melimpah ruah masuk ke negara ini dan rakyat Malaysia akan menikmati 1001 jenis kemewahan.


Tak percaya? Lihat negara jiran kita, Singapura. Sewaktu masih lagi duduk dalam Malaysia, taraf kedua-dua negara ini sama saja dari segi ekonomi dan taraf hidup. Ini berterusan sehingga Singapura ditendang dari Malaysia dan juga lewat tahun 70-an. Sebaik saja tahun 80-an ke atas, Singapura jauh meninggalkan Malaysia.


Siapa yang pernah pergi ke Singapura pasti tahu dan terpegun dengan pembangunan di sana. Jauh meninggalkan Malaysia. Pemimpin Singapura majoritinya Cina. Negara mereka kaya, ekonomi bagus kerana tahap integriti yang memuaskan. Hampir tiada kes rasuah. Dan bila rasuah berkurang, lebihan wang dalam kantong negara bertambah banyak. Dan bila banyak wang, kerajaan boleh menyalurkan kepada rakyat. Nampak tak lagi, wahai Melayu?


Orang Cina, mereka bukan Islam, tapi mereka cukup marah kalau ada pemimpin rasuah. Mereka juga marah kalau banyak kes-kes jenayah. Sebab itu kalau kita lihat kempen DAP pada PRU-12 lepas, mereka masukkan juga isu jenayah yang semakin berleluasa di negara ini. Bermakna mereka amat cakna dengan keselamatan negara. Jadi, orang Melayu semua, lupakan isu bangsa mana yang layak memimpin, dah kalau mahukan kemewahan dan pembangunan, angkat saja pemimpin Cina jadi pemerintah.


Jangan bebalkan diri menyokong UMNO yang kerjanya merompak dan mencuri duit rakyat siang dan malam. Buangkan rasa prejudis terhadap DAP.

2 comments:

anak harimau tentera semut said...

xhingin aku di perintah oleh bangsa lain.. nama dah malaysia! malay refer kepada melayu.. bukan bangsa lain.. eropah pun maju gak..singapura tu cina perintah..melayu mcm nak mampus xder xtanah.. tanah dlm pasu bunga kt apartment dia je yg ade.. tu pun melayu sane nak berlagak lagi... hairan2...

Anonymous said...

Di Malaysia, ramai orang Cina terlibat dengan rasuah, sama ada sebagai pemberi atau penerima. Orang Cina Malaysia berbeza dengan orang Cina Singapura. Untuk maju, Singapura menjadi salah sebuah negeri dalam Malaysia.