Showing posts with label Melayu Haprak. Show all posts
Showing posts with label Melayu Haprak. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

UMNO Libya & UMNO Malaysia = Sama-sama Bangang


Pagi tadi, tertengok berita di TV (tak ingat TV berapa), tunjuk ada juga rakyat Libya yang kuat menyokong si gila yang bernama Muammar Ghadafi. Perangai UMNO ni ada di mana-mana saja, iaitu membutakan mata serta membodohkan diri kalau lihat pemimpin depan mata buat salah dan dosa. Ada di mana-mana saja, kalau dalam parti politik, dalam PAS dan PKR pun ada sifat cilanat ni.

Ada orang suka Ghadafi sebab dia lantang dengan US. Lantang tak lantang pun, kalau dia buat naya kat rakyat sendiri, harta negara buat macam harta kepala bapak sendiri, zalim, negara tak stabil - tak guna jugak. Pemimpin-pemimpin Iran pun "lantang" jugak pada US, tapi negara hancur - rakyat sendiri dizalimi, amalan double standard cukup menebal di Iran - pun sama, tak jadi apa jugak. Dan ini kebanyakannya atau hampir keseluruhannya berlaku dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam saja.

Sejahat-jahat Amerika, dia tak bunuh rakyat sendiri. Freedom of speech itu memang betul-betul dipraktikkan di sana, berbanding dengan negara-negara Islam. Toksah bodohkan diri la, suruh pergi Iran kalau nak tahu keadaan sebenar - kalau ikut teori bodoh Dr sastera tu la - sama la kita suruh pelancong luar yang tak tahu apa-apa pasal masalah dalaman Malaysia datang ke negara ni, memang la dia akan nampak bahagian-bahagian yang baik saja.

Apa-apapun, salah satu perkara yang buat saya cukup benci, meluat dan menyampah pada orang-orang UMNO sebab berperangai babi buta seperti ni lah. Segalanya dah jelas depan mata, berbagai-bagai kepincangan dalam negara tapi buat derk saja, sayangkan pemimpin kononnya merekalah yang bangunkan negara ni - bina bangunan tinggi-tinggi, buat jalan raya, bagi lampu jalan, buat sekolah, tapi buat bodoh dalam masa yang sama mereka aniaya rakyat, harga barang naik dan rembat duit berbilion-bilion. Dasar tak ada maruah.

Ada orang kurang akal selalu berkata, orang Syiah suka kafirkan penganut mazhab lain. Saya tak pernah kafirkan penganut mazhab lain, tapi satu-satunya kelompok orang yang mengaku Islam yang pernah saya kafirkan hanyalah orang UMNO. Sama ada Sunni atau Syiah, kalau dia UMNO atau condong pada UMNO - saya tetap kafir kan mereka. Saya tahu ada juga orang Syiah yang condong pada UMNO, condong pada pemimpin-pemimpin UMNO - so what? Bukan semua Syiah sekepala - saya tetap kafirkan mereka.

Hari ini, kita tengok ada jugak rakyat Libya yang bangang menyalak-nyalak nyatakan sokongan pada si gila Ghadafi - tak peduli dia dah bunuh, tembak dan bom ribuan rakyatnya sendiri. UMNO Libya dengan UMNO Melayu Malaysia sama-sama bodoh, bodoh tak boleh diajar. Yang bezanya rakyat Libya bukan terdiri daripada ayam-ayam daging macam masyarakat Malaysia. Rakyat Libya tahu juga bangkit, lawan pemimpin zalim. Tapi rakyat Malaysia? Pentingkan diri sendiri, pentingkan perut sendiri. Lantaklah apa yang jadi kat luar, asalkan tak ganggu periuk nasi aku. Macam ni lah perangai masyarakat Malaysia - Melayu terutamanya, diikuti dengan Cina dan lain-lain - sama-sama pentingkan diri.

Kalaulah ada bala bencana besar turun di Malaysia ni, belum tentu lagi ayam-ayam daging Malaysia ni sedar diri.

Monday, February 7, 2011

Maruah Dan Harga Diri Pengundi Melayu


Sekadar sekotak barang dapur?? Nak kata Malaysia ni negara yang kekurangan barang makanan asas, ramai rakyat kebulur, tipu sangatlah tu. Miskin sangat ke sampai boleh gadaikan maruah hanya semata-mata sepeket Milo, sebungkus beras, sekotak biskut, beberapa tin sardin dan sebotol minyak masak? Pengundi jenis ni memang hanya fikirkan perut sendiri, pemimpin atasan merompak, menyamun harta rakyat, menyusahkan rakyat buat tak peduli. Nama saja Islam tapi maruah duk bawah tapak kaki. Rakyat di negara kafir, yang bukan beragama Islam sanggup bergadai nyawa untuk melawan dan mengamok jika pemimpin mereka korup, tapi bagi Bani Melayu di Malaysia ini, pemimpin negara tipu 50 tahun lebih buat bodoh je macam lembu kenyang.

Monday, January 31, 2011

Bangsa Ayam Daging


Ayam daging, mengikut definisi oleh kamus Hishamuddin Rais bermaksud ayam yang bodoh yang tidak pernah melihat matahari. Dibela selama beberapa minggu, tidak aktif dan hanya mengira detik serta disuntik untuk digemukkan dan daging bersalut lemak, paruh dan taji ditumpulkan, menunggu masa untuk disembelih dan menjadi santapan manusia.

Malaysia dipenuhi dengan ayam-ayam daging. Masyarakat ayam daging, yang lembab dan bodoh serta tidak tahu untuk membuat perubahan. Nak kata efek pada ayam daging yang masuk dalam perut mereka dan mempengaruhi sifat, agak janggal sebab rakyat di negara dunia pertama pun makan ayam daging. Tapi mereka taklah jadi bodoh.

Apakah masyarakat di negara ini (pemikiran kelas ketiga) tidak mempunyai perasaan atau maruah? Adakah selama-lamanya Malaysia di bawah rejim UMNO/BN?

Thursday, January 27, 2011

Bilakah Hal Seperti Ini Akan Terjadi Di Malaysia?

Tak berapa lama dengan amukan rakyat Tunisia yang berjaya menghalau penguasa yang korup, sekarang Mesir mengalami perkara yang serupa. Rasa jealous, ya memang saya rasa sangat jealous pada orang-orang Tunisia dan Mesir. Negara mereka tidaklah begitu membangun seperti Malaysia, tapi mereka punya maruah dan tidak rela maruah mereka diinjak-injak oleh pemerintah yang zalim. Mereka berani bangun melawan dan melaungkan semangat kebangkitan rakyat sehingga melarat ke jalan raya.

Saya berani kata - hanya inilah satu-satunya jalan untuk menyahkan pemimpin yang korup, jahat dan zalim. Bukan dengan peti undi, bukan dengan pilihanraya. Saya setuju dengan Hishamuddin Rais, jika demokrasi boleh menukar kerajaan (di Malaysia), dah lama ia diharamkan!

Kita di Malaysia, ada apa? Dengan masyarakat ayam daging, pentingkan diri sendiri (biasa dengar tak ayat ni, alah biarkanlah mereka tu, bukannya kacau perut kita pun) ohhhh god dammit bullshit!! Kenapalah orang-orang kita berperangai begitu? Apakah ini satu sumpahan daripada Tuhan kerana masyarakat di negara ini begitu pengecut dan pondan sewaktu menuntut kemerdekaan dahulu?

Orang buat demo, pasti akan ada suara-suara sumbang yang menyalak seperti anjing, marahkan orang demo. Yang peliknya, duduk dalam negara demokrasi, tapi perbuatan berdemo (bukannya bawa senjata pun!) semacam melakukan satu dosa!



Apakah mustahil perkara sebegini akan melanda Malaysia? Pemimpin terang-terang cakap bohong, ada skandal, baham duit rakyat - tapi kita boleh buat derkk dan selamba je kan? Bangga bila diri tu beragama Islam, tapi maruah tak dijaga! Jelas masyarakat kafir jauh lebih bermaruah dalam soal integriti, walaupun mereka tak solat, puasa dll. Mereka berani mengecam pemimpin negara dan dalam sesetengah negara kafir, tak perlu disuruh berundur, pemimpin yang terlibat dengan skandal dengan rela hati meletakkan jawatan.

Malaysia?? Kucing bertanduk pun belum tentu ada pemimpin yang mengaku Islam akan buat perkara demikian. Anak-anak muda Melayu? Memang ada yang berani tapi berapa kerat saja? yang selebihnya? Sibuk bercouple, joli sampai tak ingat dunia. Sekali lagi saya ulang persoalan : Kenapalah masyarakat kita (terutama kaum Melayu) jadi lembik macam ni? Tak hairanlah UMNO semakin berani memperbodohkan orang ramai.

Kalau yang berani berdemo pun, dalam-dalam berani ada juga penakutnya. Bilangan ramai melebihi FRU, tapi takut nak buat serangan balas.

Revolusi Tunisia = berjaya! Revolusi Mesir = pasti berjaya, Insha Allah (dengan irama Maher Zain) dan Revolusi Iran kedua = akan berlaku Insha Allah sila ke [link] anak-anak muda Iran sudah bangkit.

Saturday, December 4, 2010

Kenapa Melayu Begitu Bodoh Berpolitik?

Anwar Ibrahim is a bastard himself

Kini apa lagi yang tinggal? Apakah sudah tidak ada platform lain yang benar-benar ikhlas berjuang serta mahu menumpaskan kezaliman? Seorang rakan mengupdate statusnya di Facebook mempersoalkan, "Kenapa pemerintah semakin bermaharaja-lela, kerana rakyat sudah hilang KEBERANIANNYA terutama Tok2 Guru, Ulama2, Ustaz2 serta pemimpin2 rakyat."

Bagi saya, kenyataan tersebut amat salah. Kalau rakyat hilang keberanian, pasti kesemuanya tunduk kepada kerajaan yang maha celaka ini. Tapi punca mengapa kerajaan semakin bermaharajalela, kerana mereka tahu dan yakin bahawa harapan untuk menang semakin cerah kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang semakin kerap membuat aksi-aksi bodoh. Mereka menawarkan harapan baru kepada rakyat yang marah dan muak dengan pemerintah yang sedia ada, tetapi sikap dan kelakuan mereka langsung tidak banyak beza dengan parti pemerintah.

Apa yang beza? Mereka juga tergila-gilakan jawatan. Mereka mendakwa mereka perjuangkan demokrasi, tapi demokrasi dalam parti sendiri pun diabaikan! Ada yang bertitle ulama tapi entah apa-apa. Adakah dengan berterusan berperangai sebegini, harapan kononnya mahu menawan Putrajaya akan tercapai?? Usah mimpilah! Yang banyak buat hal, bermasalah adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku Islam juga. Semuanya BULLSHIT lah. Sekarang kerajaan nak naikkan harga itu dan ini sudah tidak ada apa-apa halangan, kerana rakyat dan pengundi sudah tidak dapat membezakan mana satu kerajaan dan pembangkang, kerana perangai mereka serupa sahaja.

Tanggapan saya memang tepat. Saya pernah menulis beberapa ketika dahulu mengapa parti-parti pembangkang masih lagi tidak menang-menang walaupun berpuluh tahun berjuang. Ini berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin yang memberikan harapan palsu kepada rakyat, menjanjikan bulan dan bintang, bertopengkan imej yang "alim dan bertaqwa" serta imej yang "demokratik", tetapi semuanya hampeh! Agak-agaknya, selepas PRU-13 nanti, negeri mana yang masih lagi kekal di dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Dan ini jawapan saya pada status di Facebook beliau : Salah tu..bukan hilang keberanian, kalau hilang keberanian mereka dah tak lawan dah kerajaan. Tapi pemerintah semakin bermaharajalela kerana pemimpin-pemimpin Melayu/orang-orang Melayu BODOH dalam politik. Kita bagi amanah, dia khianat.

Friday, September 24, 2010

Cara Melayu Berpolitik Memang Busuk


Pemilihan PKR semakin hampir, dan calon-calon Melayu yang bertanding dan merebut jawatan sudah mula berperang. Sama la dengan mana-mana parti Melayu yang lain. Mesti berperang punya diselangi dengan tuduhan-tuduhan dan fitnah. Busuk hati, itulah ciri kebanyakan Melayu dan perkara ini diapply di dalam politik. Blog anti Zaid Ibrahim dibuat, alamatnya http://antizaid.wordpress.com/ . Entah apa khabar sekarang ini blog anti-Husam? Masih beroperasikah? Saya tak ada selera nak ke laman itu.

Bila seseorang itu memberi ancaman di dalam perebutan kuasa, tatasusila sebagai orang Islam diketepikan. Mengaku Islam tapi cara berpolitik mengalahkan orang kafir. Tak kiralah sama ada mamat yang pakai jubah atau serban dan pakai baju batik - semua sama bila tiba bab peralihan kuasa atau berkaitan dengan soal jawatan. Ini tak lagi memerintah negara, baru perintah beberapa buah negeri, kerusi parlimen pun tak sampai 100 - tapi buat perangai macam ni. Macam mana tuhan nak kurniakan kemenangan jika masih ada virus hasad dengki di dalam tubuh? Woit, kami orang bawahan yang tak ada kepentingan ni sedang melihat kelaku kau orang semua lah!!!

Monday, July 19, 2010

Untuk Apa Perpaduan Melayu???

Harussana-sini-situ-sana-sinun (Ibnu Kalb)


Saya sudah naik meluat dan menyampah apabila dengar perkataan ''perpaduan'' dan ''Melayu bersatu''. Sikit-sikit suruh bersatu. Yang peliknya lepas PRU 2008 baru reti nak kata benda tu, sebelum tu tak kedengaran pun. Nak bersatu buat apa? Apa rasionalnya Melayu kena bersatu?

Nak suruh Melayu bersatu supaya harga barang dan komoditi boleh dinaikkan sesuka hati? Supaya skandal-skandal pembelian kapal selam, jet, boleh disenyapkan? Atau mahu melindungi pembunuh-pembunuh Altantuya dan Teoh Beng Hock? Atau melindungi dua tiga kerat pembolot harta rakyat, perampas tanah rakyat? Atau mahu menyemarakkan aktiviti-aktiviti korupsi? Ke nak berperang dengan kaum bukan Melayu?

Tak tahu apa untungnya si Harussani jadi mufti. Kalau betul dia ni prihatin sangat dengan orang Melayu, mesti dia yang paling lantang dan keras terhadap anak-anak muda Melayu yang cara hidup mereka mengalahkan cara hidup orang kafir. Bersuara dulu dalam benda-benda macam ni. Kalau nak masuk politik sangat, jangan jadi mufti. Masuk UMNO terus!

Selama ini, yang tarik subsidi, tarik biasiswa, ambil tanah orang Melayu, roboh rumah orang melayu - pemimpin-pemimpin Cina ke? Selama ini yang perintah Pulau Pinang bukan orang Cina ke? Kenapa bila DAP memerintah baru nak menyalak? Apa peranan pemimpin-pemimpin Melayu bila orang Melayulah yang paling ramai tercicir dalam pelajaran, paling ramai hidup merempat, paling ramai jadi pengemis, paling ramai jadi penagih dadah, paling ramai jadi sampah masyarakat??

Persoalan tak lah besar jika yang bersuara itu adalah dari UMNO saja. Masalahnya ia turut disahut oleh dua tiga ekor malaon dalam PAS.


p/s : Ini semua salah son of the bitches dalam Facebook yang menyebabkan blog ini menjadi semakin menyimpang daripada tujuan sebenarnya dek kerana sibuk nak menangkis tuduhan-tuduhan mereka. Mereka semua itu bodoh dan jahil, sengaja ciptakan isu jadi sudah tak boleh tumpu isu semasa dalam negara. Salah seekornya blogger dari PAS Reform inilah.

Wednesday, June 16, 2010

Pemimpin Melayu Buat Dajal, Cina Jadi Mangsa

Menteri Pondan di Jabatan Perdana Menteri - Nazri Aziz Pondan wal Bapuk

KUALA LUMPUR, June 16 — Datuk Seri Nazri Aziz has defended the government’s plans to redeploy bright students to study locally instead of overseas, arguing that this could prevent a further “brain-drain” of talent.

“Sending overseas students causes brain-drain where some of them won’t want to come back after studying there for a few years. "If you keep sending students overseas, when are we going to improve our standards (locally)?” Nazri told The Malaysian Insider earlier this week.

He also believed that the money saved from the scrapping of the Public Service Department’s (PSD) overseas scholarships will be put to better use in “improving the facilities” of local universities.

The Minister in the Prime Minister’s department said that if the federal government keeps sponsoring billions of ringgit for students to go abroad to study, local universities would never get to improve.



Tarik biasiswa, naikkan harga minyak, nak laksanakan GST - dan segala macam bentuk penyeksaan terhadap rakyat dengan alasan kerajaan dah tak ada duit. Bahkan sudah ada yang mendakwa Malaysia akan bangkrap jika kerajaan terus bagi subsidi kepada rakyat. Sesetengah menteri bercakap mengenai bebanan yang kerajaan terpaksa tanggung oleh kerana subsidi seolah-olah duit negara ini kepunyaan mak bapak depa.


Selama ini, rakyat hidup dalam kesempitan. Nak beli barang keperluan atau lauk untuk dimasak kena seluk dulu poket untuk periksa sama ada duit cukup atau tidak. Ni teringin juga nak tanya Melayu-Melayu yang mengaji di kolej, mengaji di Universiti. Cakap berdegar-degar "tugas kita belajar pandai-pandai, jangan main politik lagi," - belajar,belajar, belajar - telan saja apa yang pensyarah bagi - tak kisah diperbodohkan atau dibahalolkan oleh sistem yang mengongkong.


Tak suka bila politik dicampurkan dalam kelas, tapi kalau kata bodoh kang marah. Tak ambik tahu hal politik la orang senang nak perbodokan hang! Belajar dalam kolej, bergelar mahasiswa - tapi bodoh tak boleh diajar. Lepas tu marah dan bimbang dekat orang Cina kononnya depa nak ambil alih kuasa pemerintahan di negara ini - bullshit!


Tak ada perasaan ke, di saat semua rakyat terpaksa berjimat cermat untuk terus hidup, kerajaan dengan sewenang-wenangnya nak bina Parlimen baru $800 juta, Istana Negara baru $811 juta? Macam mana negara tak bangkrap kalau macam ini? Lepas tu yang jadi mangsa rakyat sendiri! Ni soalan untuk puak-puak bengong terutamanya student Melayu yang mengaji di Universiti tapi malas nak berfikir - jadi natang bewok dalam sangkar.


Macam-macam dimangsakan rakyat - tarik biasiswa, naikkan harga barang, buru siapa yang tak bayar pinjaman. Depa buat itu, buat ini hangpa semua tak ada perasaan last-last yang jadi mangsa hangpa orang Cina jugak. Selama ini yang duk menyusahkan rakyat tu orang Cina ka?

Sunday, June 13, 2010

Kenapa Mesti Kaitkan Melayu Dengan Islam?



Kita di Malaysia telah dibiasakan dengan istilah Melayu pasti disinonimkan dengan Islam. Sehinggakan terlekat perkataan jika seseorang saudara baru mengucap kalimah syahadah, dia telah masuk melayu. Walaupun rupa dan genetik mereka itu tidak seperti Melayu, tapi asalkan dia beragama Islam, dia sudahpun dianggap seperti Melayu. Saya kira inilah salah satu kecelaruan minda masyarakat Melayu.


Sama juga apabila Arab disinonimkan dengan Islam. Sebut saja Arab, ataupun orang Arab pasti teringatkan Islam. Sedangkan Nabi Muhammad diutuskan bukan untuk kaum Arab. Baginda diutuskan untuk kesemua kaum di dunia ini. Islam bukan hak eksklusif sesuatu bangsa. Kononnya untuk menampakkan diri itu berimej Islamik kena pakai jubah, pakai ketayap, membahasakan diri sebagai "ana - anta", bercakap diselang seli dengan perkataan Arab - semua ini kononnya Islamik. Kenapa mesti kaitkan Arab dengan Islam?


Begitu juga kalau dalam bab tukar nama. Kenapa seseorang itu kalau memeluk Islam mesti menukar namanya kepada nama orang Arab? Salahkah mengekalkan nama asalnya jika tidak mengandungi makna yang tidak elok (memang tiada pun, mana ada orang di dunia ini yang bagi nama anaknya dengan makna yang tidak elok). Kenapa mesti diwajibkan jika seseorang itu memeluk Islam maka dia mesti menjadi orang Arab?


Kalau sekolah agama ataupun kolej agama pasti akan ada subjek Bahasa Arab. Apa, orang Arab tak ada yang beragama Kristian, Yahudi, dan Atheis ke? Kenapa Islam mesti Arab, dan Arab mesti Islam? Begitu juga di Malaysia - Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Ingat, oleh kerana mensinonimkan Arab dan Melayu dengan agama Islamlah salah satu penyebab agama Islam dipandang serong. Orang Melayu - tengok pada zaman sekarang, adakah gaya hidup mereka, perbuatan mereka menepati ciri orang Islam?


Begitu juga dengan bangsa Arab - datang tempat orang banyak kecoh, banyak songeh, suka membentak, kasar - apa pandangan orang ramai terhadap Islam jika kita biasakan diri kita dengan Arab-Islam?


Islam tidak mengenal rupa dan bangsa - Islam bukan milik sesuatu bangsa, tapi Islam untuk semua. Tapi tidak di Malaysia. Islam hanya dijadikan sebagai topeng untuk bersikap perkauman dan melindungi sesuatu bangsa.


"Umat Melayu Islam mesti bersatu"


"Jaga kepentingan Melayu dan Islam"


"Marilah bersatu demi Melayu dan Islam"


"Penting untuk Melayu dan Islam"


Semua ayat diatas dan seumpamanya adalah bullshit. Hipokrit. Pembohong. Penipu. Demi Yahweh - mereka sedikitpun tidak berjuang untuk Islam kerana mereka hanya memikirkan bangsa Melayu. Kalau benar mereka memperjuangkan Islam - nescaya tidak terkeluar istilah Melayu dari mulut mereka. Kalau bernar seseorang itu pejuang Islam - dia tidak akan memasukkan sesuatu bangsa dalam ucapan mereka.


Percayalah mereka semua ini pembohong. UMNO paling banyak melaungkan perkataan sedemikian - mereka pembohong besar. Orang UMNO ini perkauman - mereka langsung tidak mahukan Islam, mereka hanya tahu bercakap mengenai Melayu - bangsa melebihi agama. Tapi jangan ingat dalam PAS tak ada pemimpin sebegitu. Perhatikan segelintir pemimpin PAS yang berucap atau mengeluarkan kenyataan - jika ada keluar istilah Melayu dan Islam, maka sah dia pemimpin PAS berjiwa rasis.


Orang-orang PAS juga tidak ketinggalan - terutamanya yang di kampung atau mereka yang membesar hanya dikelilingi oleh Melayu. Sedarlah - dalam Malaysia bukan Melayu saja yang Islam - bahkan Melayulah yang mencemarkan imej Islam di Malaysia. Tak pernah dengar ke Persatuan Cina Islam? Mamak bukan Islam lagi ke? Atau semuanya telah menjalani plastic surgery untuk menjadi Melayu?


Perbuatan menyamakan Melayu dengan Islam hanya memudaratkan Islam itu sendiri. Tapi bukan senang untuk membuang persepsi ini dalam masyarakat kita kerana ianya diterap sejak sekian lama dahulu. Penganut agama lain menilai agama Islam dengan melihat perangai Melayu dan Arab - ini adalah kesan daripada perbuatan di atas.


Sekali lagi saya ingatkan, mereka yang bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan Islam di Melaysia adalah hipokrit - mereka adalah orang yang melebihi bangsa daripada agama sendiri. Jangan jadi bodoh dan tertipu. Kalau benar ada dikalangan pembaca blog ini mendakwa diri mereka adalah pejuang yang memperjuangkan Islam, buang segera dari dalam kepala istilah kepentingan Melayu!

Saturday, June 12, 2010

Apakah Fungsi Masjid Sebenarnya?

Pada pendapat saya, masjid bukan sekadar tempat bagi orang Islam menunaikan solat ataupun mendengar kuliah kitab kuning yang merapu. Ia adalah tempat berkumpulnya para jemaah untuk mengeratkan silaturrahim, tempat untuk meluaskan dan menambah senarai kenalan, tempat untuk bertukar-tukar pendapat, tempat untuk membincangkan masalah umat, dan tempat untuk berehat ataupun tempat persinggahan terutamanya bagi pengembara.


Hari ini, masjid hanya sekadar tempat untuk sembahyang, tempat untuk mengaji kitab berkenaan hal ehwal sembahyang, membaca teks khutbah yang segala-galanya diaturkan oleh Pejabat Agama yang perasan bagus. Jika mahu adakan program, wajib ada surat daripada Jabatan Agama. Kalau mahu sampaikan kuliah, wajib ada tauliah. Ini semua berpunca dan akibat apabila UMNO berkuasa. UMNO menerapkan budaya sebegitu. Tak hairanlah masjid sekarang ini menjadi lesu.


Mereka akan pastikan setiap program atau kuliah dikawal. Kerana mereka tahu, kalau penceramah bebas memberi dan mengajar mana-mana kitab atau tajuk kuliah, pasti akan kena atas batang hidung UMNO kerana UMNO meninggalkan ajaran-ajaran Islam. Sebab itu Khir Toyo mewajibkan setiap penceramah memiliki tauliah. Entah ajaran nabi mana si Khir Toyo laknatullahi alaih ini ikut?


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat" - HR Bukhari


Sejak dari mula lagi, kita semua ini telah diberi tauliah oleh Nabi kita sendiri. Hadis di atas itu buktinya. Nak tauliah apa lagi? Kerana inilah semua masjid jadi tertutup - lesu dan kurang jemaah. Kadang-kadang masjid pun dikuncinya. Seolah-olah masjid itu kepunyaan bapak dia.


Kini, tradisi yang diperkenalkan oleh Khir Toyo laknatullah itu dikekalkan oleh Hassan Ali dan Khusrin Munawi. Mungkin mereka ini perasan bahawa mereka lebih bagus daripada Nabi kut? Ingat ya, kalau jumpa ular atau biawak dengan Hassan Ali dan Khusrin Munawi, ketuk kepala Hasan Ali dan Khusrin Munawi dulu. Ajaran dan peraturan yang diperkenalkan oleh UMNO terhadap masjid sejak dulu telah meresap masuk ke dalam diri masyarakat Melayu.


Bahkan ada yang berpegangan dengan ajaran sesat bahawa orang bukan Islam (non-Muslim) tidak boleh masuk masjid. Ini ajaran tok guru kitab kuning mana yang depa ikut? Bukan seorang dua yang berfahaman sebegini, tapi ramai. Nabi Muhammad dulu, segala urusan yang melibatkan negara dan kepentingan umat dibincangkan di dalam masjid, dan baginda menerima ramai tetamu daripada masyarakat bukan Islam - kafir Quraisy dan Paderi Kristian contohnya. Dan orang Arab Badawi kencing dalam masjid pun, Nabi tak halang!


Jadi, siapa mereka ini yang lebih pandai daripada Nabi? Orang bukan Islam nak masuk masjid, nak tengok dan belajar mengenai tempat ibadat orang Islam kenapa dihalang? Asalkan mereka berpakaian sopan itu sudah mencukupi untuk membolehkan mereka masuk ke dalam masjid. Kita sendiri pun, sebagai orang Islam, setahu saya tak ada kesalahan jika kita masuk ke dalam Gereja, Tokong Cina ataupun Kuil Hindu.


Setakat ini saya tak pernah dengar lagi ada paderi, atau tok-tok sami yang menghalau orang Islam daripada masuk ke dalam tempat ibadat mereka. Bahkan mereka siap menyambut lagi rombongan orang Islam yang datang menziarahi mereka.


Tapi yang saya selalu dengar ialah kerapkali ada yang dihalau oleh penjaga masjid atau orang-orang masjid jika ada orang Islam sendiri yang nak buat program atau orang kafir yang nak melawat masjid. Kalau nak buat program juga, kena ada surat. Macam-macam karenah orang Melayu ini. Inilah jadinya jika sesuatu urusan agama diserahkan kepada bangsa yang bodoh macam Melayu ini.


Saya kerapkali tersirap darah kalau dengar cerita orang-orang agama buat babi, sama ada pegawai masjid atau pegawai zakat. Kalaulah saya ada pada waktu itu, ketika pegawai atau orang masjid yang mengherdik dan marah orang yang tak ada surat atau sekadar nak buat program lawatan, rasa-rasanya memang saya belasah cukup-cukup orang itu depan orang ramai - saya tak kisah sama ada orang yang saya belasah itu imam ataupun bilal masjid tersebut.


Kerana saya marah, malu dan kesal kerana ada orang yang mengaku Islam, orang agama tapi perangai jahat. Kerana perangai orang macam mereka inilah ramai yang berputus asa dengan Islam. Dan mereka akan buat perbandingan - pergi masjid kena halau, tapi pergi gereja atau kuil disambut dengan mesra - apa kesimpulannya?


Sebab itu, kalau ada orang murtad, kalau ada orang hina Islam dan sebagainya, salahkan pegawai-pegawai masjid yang garang dan jahat itu, salahkan pegawai pusat agihan zakat yang melayan orang yang meminta zakat seperti peminta sedekah.


Apa saudara baru akan fikir jika mereka lihat begini rupanya perangai orang-orang agama. Sebenarnya saya nak tumpukan masalah-masalah di atas kepada orang-orang di Pejabat Agama. Mereka ingat mereka bagus, bagi arahan itu ini pada orang bawahan. Ingat tak ada yang tahu ke ramai yang songlap duit dalam tu?


Inilah pentingnya bagi parti pembangkang jika tawan sesebuah negeri - tukar pegawai kerajaan yang UMNO. Kerana kalau kekalkan mereka, mereka akan teruskan budaya-budaya UMNO dalam pentadbiran. Kalau di Terengganu dulu kerajaan UMNO boleh menukar kerajaan yang pro-PAS, kenapa sekarang kerajaan Pakatan Rakyat tak boleh buat perkara yang serupa?


Kononnya nak tunjuk baikkah macam kerajaan Selangor yang kekalkan Khusrin Munawi dan Khalid Ibrahim yang kekalkan ramai orang UMNO dalam pentadbiran Selangor, atau Ustaz Azizan Razak di Kedah yang tak mahu tukar pegawai yang pro-UMNO. Nak tunjuk baik sangat nanti jadi macam Haji Hadi di Terengganu dulu - tak mahu ambil tindakan apa-apa terhadap Wan Mokhtar apabila sejumlah wang ditemui di dalam laci bekas Menteri Besar - nak tunjuk baik!



Inilah jadinya kalau masjid disekat dan dikawal - lahirlah program-program yang bangang seperti di atas ini.

Tuesday, June 8, 2010

Saya Marah Pada Orang Islam Umumnya dan Melayu Khususnya

Kali ini saya berasa amat marah. Marah ini bukan sebarang marah. Ianya telah diperam sejak sekelian lamanya. Sama seperti memeram air campuran ikan bilis, garam kasar, asam jawa, dan gula melaka untuk dijadikan budu. Atau sama seperti memeram kimchi di Korea selama berbulan-bulan lamanya. Apa yang pasti, marah ini bukan marah yang biasa.


Saya bukan Hishamuddin Rais, di mana setiap kali dia marah dia akan kentut. Saya kalau marah, saya minum air. Saya minum bergelas-gelas. Itulah sebabnya mengapa saya kerap ke tandas. Dalam satu hari rasa-rasanya lebih 10 kali saya masuk tandas. Lagi pula urusan membuang air agak mudah kerana saya bukan orang yang jenis pakai seluar dalam.


Sebelum saya nyatakan kenapa saya marah, saya mahu semua pembaca periksa kembali kata-kata Syeikh Muhammad Abduh yang pernah berkata bahawa dia melihat cahaya Islam apabila berada di Paris (negara kafir) dan tidak ada di negara Islam. Begitu juga dengan Said Nursi yang mengatakan di Barat di melihat Islam tanpa penganut.


Cukup malu saya mengaku sebagai orang Islam apabila melihat sendiri perangai orang Islam jauh lebih teruk daripada orang kafir. Kenapa mesti ada perangai hasad dengki dan busuk hati, tambahan pula prejudis terhadap bangsa lain. Bagi orang Islam yang mendalami ilmu agama, mereka cukup hipokrit. Saya kira ini mungkin punca kenapa ramai orang Islam agak malas berbicara soal agama.


Saya bagi beberapa contoh. Kita, umat Islam ada al-Furqan. Dalam al-Furqan ada surah al-'Asr di mana Yang Maha Esa bersumpah mengenai waktu/masa. Tapi berapa kerat saja yang menghayatinya? Kenapa apabila sesuatu pertemuan, majlis, atau apa-apa saja yang telah ditetapkan masanya, pasti akan ada yang memungkiri masa. Kadang-kadang rasa macam nak hantuk kepala, kenapa begitu teruk perangai umat Islam berkenaan soal pengurusan masa (orang cakap Janji Melayu, absolutely right!).


Bandingkan dengan masyarakat kafir di Jepun. Mendengar saja cerita dan pengalaman orang yang pernah ke sana, rupa-rupanya mereka, walaupun kafir, tapi mempunyai surah al-'Asr di dalam jiwa mereka.


Bab yang lain - rasuah. Rasuah dengan orang Islam sekarang ini sudah seperti darah daging. Dan orang Islam langsung tidak mempunyai perasaan apabila mengetahui pemimpin mereka rasuah. Kalau marah pun, hanya sekejap saja. Tapi jauh beza dengan masyarakat bukan Islam, di Barat contohnya. Mereka pentingkan integriti. Mereka perangi rasuah habis-habisan.


Bagi orang yang mendalami ilmu agama, kebanyakan daripada mereka adalah hipokrit kerana amalan harian mereka langsung tidak menunjukkan ilmu agama yang mereka miliki. Sebab itu saya tidak begitu suka bergaul dengan budak-budak dari fakulti agama. Mereka hipokrit dan memalukan. Sudah banyak kes khalwat dan seumpama dengannya dikaitkan dengan budak-budak sana.


Saya selalu juga lihat macam mana kononnya budak dari fakulti agama ini bergayut di tengah malam, berjalan di sini-sana hanya memakai seluar boxer. Aurat terdedah. Bukan seorang dua tapi ramai. Kalau saya yang bukan daripada fakulti agama ini pun malu untuk berpakaian begitu, ditunjukkan kepada orang lain walaupun sesama lelaki.


Cuba lihat pula anak-anak orang Islam (tentulah Melayu). Bercumbu di khalayak ramai, menyakiti hati orang lain dengan merempit, vandalisme, buang anak - ini apa? Apa peranan ibu bapa mereka? Kebanyakan daripada ibu bapa tidak peduli kerana menganggap anak mereka sudah besar - inilah salah satu keburukan budaya melayu, kahwin bukan atas dasar agama. Tapi kahwin atas dasar nafsu. Tak hairanlah kehidupan mereka anak-beranak tak macam orang Islam.


Anak-anak orang Cina, orang India - memang mereka pun ada juga yang buat jahat, tapi mereka tidak menonjolkan diri macam anak-anak Melayu. Mereka tak buat perkara yang memalukan di khalayak ramai macam anak-anak orang Islam. Mereka lebih pentingkan pelajaran, mereka nak survive di dalam negara ini. Sebab itu bila mereka berjaya, jangan marahkan mereka. Jangan dengki pada mereka jika mereka ada syarikat-syarikat besar, beli tanah untuk memajukan bisnes mereka.


Berdesing telinga saya apabila mendengar ayat "Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan kita,", "Orang Melayu dalam keadaan bahaya," "Nanti habis semua kekayaan dapat kat Cina," dan lain-lain lagilah. Ini bodoh punya perangai Melayu.


Kalau Cina monopoli ekonomi pun, siapa yang bagi? Bukankah dari dulu hingga sekarang kuasa politik di tangan orang Melayu? Macam mana Cina boleh dapat sedangkan bukan mereka yang perintah negara ini? Selama ini yang robohkan rumah orang Melayu, jual tanah Melayu, ambil saham orang Melayu - siapa? Pemimpin Cina kah?


Kenapa orang Melayu begitu busuk hati bila bangsa lain berjaya. Mereka berjaya sebab mereka berusaha dan mahu hidup. Mereka tak ada tongkat macam orang Melayu. Mereka berdikari dari dulu lagi. Mereka bukan anak manja. Sebab itu mereka dapat bertahan dan tidak mudah mengalah.


Jauh beza dengan Melayu - anak manja. Macam-macam kemudahan diberi dari dulu sehingga sekarang, tapi tak ada perubahan pun. Masuk akalkah - bangsa yang paling banyak dapat manfaat daripada kerajaan, ada hak istimewa - tetapi merupakan bangsa yang paling mundur, paling miskin, paling bodoh, paling banyak masalah sosial, paling korup - dan paling apa lagi? Masuk akal ke? Teruk betul, bangsa lain berjaya dia marah!


Bandingkan anak manja dengan anak yang pandai berdikari - mana satu yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat menghadapi cabaran?


Dan saya menolak ajaran dan fahaman yang mengatakan orang Islam memang ditakdirkan hidup susah dan orang kafir hidup senang seperti yang terdapat di dalam al-Quran. Saya cari juga mana ayat yang mengatakan demikian, tapi tak jumpa pun. Sumpah - saya tak bohong. Ini saya dengar sendiri daripada pensyarah saya, yang cuba meracuni pemikiran anak muridnya. Selama saya belajar di sini, saya dapat mengenalpasti beberapa ekor pensyarah yang giat berusaha meracuni dan mempengaruhi pemikiran pelajar mengenai ancaman Melayu dan Islam.


Orang bukan Islam memerhatikan tingkah laku orang Islam setiap hari dan membuat penilaian terhadap agama Islam. Lebih-lebih lagi kalau agama itu disinonimkan dengan satu-satu bangsa. Kalau di sini, agama Islam sinonim dengan orang Melayu. Sebab itu orang kafir menilai Islam dengan melihat perangai Melayu. Kalau tahap tinggi sikit, Islam disinonimkan dengan orang Arab.


Ini kita dapat lihat betapa orang yang beragama Islam - tak kira mana-mana bangsa - sibuk berkiblatkan Arab. Nama pun nama arab, pakaian pun pakaian arab (jubah, serban, dll), kalau sekolah atau kolej agama mesti ada bahasa Arab - adakah Islam itu milik satu-satu bangsa? Dengan perangai jahat orang Arab (bangsa yang kasar, suka membentak-bentak), masyarakat antarabangsa terutamanya kafir mudah sekali membuat penilaian terhadap Islam, dengan hanya melihat kelakuan orang Arab.


Bangsa Arab dan Melayu merupakan contoh yang membawa kerosakan dan keburukan pada imej agama Islam. Sebab itu saya marah pada orang Islam. Mereka gagal membawa akhlak Islam, nilai keimanan dalam dada mereka telah hilang.




INIKAH YANG KITA BANGGAKAN?

Memalukan Islam. Tak hairanlah ramai yang sudah tak percaya kepada ustaz atau si pemakai kopiah, serban dan jubah.



Orang kafir pun berzina juga. Tapi mereka tak buang anak kalau mengandung anak luar nikah. Ini Islam kepala bana apa macam ini? Macam mana orang kafir nak yakin dengan ajaran Islam kalau orang Islam sendiri berperangai macam setan?


Sah anak Melayu, mesti Islam - membeli arak secara terbuka - ini ke yang dibanggakan, wahai Melayu?

Sunday, June 6, 2010

Kampung Baru - Warisan Melayu dan Perangai Melayu


Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Baru pada dua hari lepas, ternyata sangkaan saya meleset. Kerana sebelum itu saya beranggapan Kampung Baru ini hanyalah kampung pada nama sahaja. Tak jauh beza dengan tempat lain yang juga bernama kampung, tapi tak seperti kampung. Tapi sebaik saja memasuki Lorong Raja Muda Musa 1 kemudian menyusur pula ke Jalan Raja Alang, perasaan saya seperti saya berada di kampung halaman saya, di mana negeri saya lebih 90% adalah bangsa Melayu.


Sama seperti saya melalui jalan-jalan kampung yang terdapat di Terengganu. Ternyata Kampung Baru ini mengekalkan tradisi dan warisan bangsa Melayu. Ia menjadi unik apabila kedudukannya di tengah-tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur di mana tanah-tanahnya boleh dikatakan langsung tidak dimiliki oleh bangsa Melayu. Saya berjalan menyusuri Kampung Baru ini dengan hati yang senang lenang kerana mengetahui ia dipenuhi oleh rumah-rumah orang Melayu. Ini kerana, biasanya kalau saya memasuki kawasan perumahan di Kuala Lumpur mahupun Selangor, pasti mata dan kepala saya tidak akan duduk diam. Sentiasa pandang kiri-kanan dan mata liar memandang sini-sana.


Kerana saya seorang yang agak cuak dengan anjing. Maklumlah di negeri saya, anjing hanya berkeliaran di kawasan perumahan orang Cina di tempat yang tertentu. Tapi tidak di Kuala Lumpur dan Selangor. Saya bukannya takut pada anjing cuma tak suka dengan bunyi bisingnya. Walaupun anjing tersebut berada di dalam pagar rumah, saya tetap merasa cuak. Saya pandang kiri dan kanan mana tau kot-kot lah ada anjing yang bersembunyi di sebalik pokok atau semak lalu menampakkan dirinya sebaik saja saya melalui kawasan itu. Tapi perasaan ini tak ada ketika berjalan di Kampung Baru - syukur.


Seorang kawan saya pernah memberi petua, jika ada anjing yang datang dekat kita (nak menyerang), tendang saja hidung anjing tersebut kuat-kuat. Tak lama kemudian anjing itu akan mati - kerana dengan tendangan yang bertenaga terhadap deria anjing yang terkuat - hidung - akan melemahkan serta mematikan anjing tersebut - wallahu'alam betul atau tak betul. Tapi kawan saya cakap dia pernah nampak kawannya berbuat sedemikian. Tapi saya rasa kejam pula kalau nak bunuh haiwan. Sama ada lari menyelamatkan diri ataupun baling batu atau mengacah anjing itu dengan kayu - itu sudah memadai daripada membunuh.


Baru-baru ini saya ada mendengar bahawa kawasan Kampung Baru dicadangkan akan dibuka kuota sebanyak 40% terhadap kaum selain Melayu - saya lihat orang Melayu mengamok di dalam sebuah majlis dan memaki hamun Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik - padan muka. Tapi apa yang saya nak katakan - perbuatan memberi tanah kepada tauke-tauke besar adalah kerja pemimpin Melayu sendiri, kenapa orang Melayu nak marah kepada orang Cina? Orang Melayu seringkali tak puas hati atas kekayaan orang Cina - ekonomi negara ini mereka pegang, apa lagi mereka nak? - ini biasanya ayat yang keluar dari mulut orang Melayu yang sah tidak pernah pergi sekolah.


Kalau nak marah - jangan marah kepada mereka. Kerana mereka pun nak hidup - oleh itu mereka berusaha keras dan akhirnya memperolehi kejayaan. Marahlah kepada pemimpin yang bermata duitan yang menjual tanah milik orang Melayu kepada mereka. Orang Melayu selalu beranggapan orang Cina mahu mengambil kekuasaan negara ini sama seperti Singapura - kalau ya pun, siapa yang benarkan? Siapa yang banyak makan duit tauke besar Cina? Pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya banyak terhutang budi kepada tauke besar Cina - terutamanya pada musim pilihanraya. Tauke-tauke tersebut banyak menyumbangkan dana terhadap BN.


Selagi mana pemimpin Melayu yang khianat tidak dijatuhkan, selagi itulah bangsa Melayu akan kehilangan harta mereka - siapa suruh undi mereka? Seperti yang kita ketahui, orang Melayu sekarang ini masih ramai sokong UMNO - hah padan muka. Bila tanah tak ada, susah nak cari kerja - salahkan orang Cina pula - ini tak cerdik punya bangsa. Pemimpin merekalah yang gadaikan tanah mereka. Lihat di Pulau Pinang. Itu semua kerja-kerja pemimpin UMNO. Sekarang lihat pula nasib Kampung Baru. Kalau perkara itu terjadi - pasti ramai orang Melayu menyalahkan kaum Cina. Sedangkan ia kerja pemimpin Melayu.


Saya nyatakan perkara di atas kerana pada zaman yang maju ini orang Melayu masih bodoh cara pemikiran mereka - malas nak mencari maklumat walaupun duduk dalam Universiti - akhirnya lahirlah graduan-graduan yang hanya setaraf dengan sampah - duduk dalam bilik kuliah yang ada air-cond telan saja apa yang dicakapkan oleh pensyarah, terima saja apa yang diberi - tak reti nak mencipta idea pemikiran baru. Yang mereka tahu - handset baru, kekasih baru, outing setiap malam minggu, bergayut - ini saja. Lepas itu salahkan orang Cina kerana susah nak dapat kerja. Tak ke bodoh namanya ni? Inilah perangai kaum Melayu.


Yang mereka nampak, orang Cina membawa ancaman kepada mereka. Tapi tak sedar yang selama 50 tahun ini yang banyak merompak harta orang Melayu, jual tanah Melayu, gadaikan hal istimewa Melayu - adalah kerja-kerja pemimpin UMNO. Yang luluskan judi, lesen arak - pun pemimpin Melayu. Tauke-tauke besar Cina akan merapati mana-mana pemimpin Melayu untuk membeli itu dan ini - contoh yang paling dekat adalah Vincent Tan - tauke Berjaya Group. Dulu waktu zaman Mahathir dia rapat dengan Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan).


Kemudian waktu Abdullah Badawi memerintah - Vincent Tan rapat pula dengan dia - dan juga Khairy Jamaluddin. Dan ketika ini, Vincent Tan berjaya dekat dengan Najib. Kerana pemimpin Melayu ini mudah dibeli. Sekarang, nasi sudah jadi bubur. Orang Melayu nak marah-marah dan maki Cina pun tak guna. Tanah yang tergadai sebelum ini bukannya boleh dapat balik. Itu adalah hasil kecerdikan orang Melayu yang setia dengan BN - padan muka. Lepas ini, jika ada saja berita tentang tanah Melayu kena jual atau rumah Melayu kena roboh - saya akan rileks saja - tak akan rasa marah. Kerana ini adalah pilihan yang dibuat oleh bangsa Melayu sejak puluhan tahun dahulu. Jika perkara ini terjadi - saya akan cheers saja.

Marah, jangan tak marah..hahaha

Saturday, May 22, 2010

Teruknya Perangai Orang Melayu


Orang Melayu ini memang sah kuat berperangai busuk hati. Mereka akan rasa tidak senang jika seseorang yang lebih muda ligat berbicara, memberi pendapat dan kritikan. Kerana mereka tidak akan pernah sesekali menilai apa yang dicakapkan, tetapi menilai pada umur orang yang berbicara itu.


Jika mereka mendapati orang yang berbicara itu masih muda, dengan mudah memberikan kesimpulan bahawa "dia masih muda, masih mentah, tidak layak berbicara,". Inilah salah satu perangai tak guna orang Melayu. Sepatutnya mereka yang sudah tua bangka dan sudah hendak mampus patut sedar yang mereka perlu berfikiran lebih kritikal dan lebih jauh jika seseorang budak mentah sudah boleh berfikiran demikian.


Oleh kerana yang berbicara ini masih mentah dan belum pernah mengundi, jadi hak demokratik dia disekat sehingga umurnya dewasa dan sudah beberapa kali mengundi? Oh sungguh teruk perangai bangsa yang paling tidak guna ini.


Saya : tidak akan dan tidak berminat untuk mendaftar pengundi dan mengundi!

Wednesday, May 19, 2010

Mangkok-Mangkok Yang Mengharamkan Demokrasi Tapi Sokong Pemerintah Yang Halalkan Judi

SIAPA MANGKOK-MANGKOK DI BAWAH INI




Terjumpa blog dan FB mangkok-mangkok yang kata demokrasi itu haram dan mencela tindakan pemuda PAS yang mahu mengadakan demonstrasi untuk membantah kerajaan menghalalkan judi World Cup.


Sebelum itu, saya mahu nyatakan. Munkee-munkee, mangkok-mangkok-hayun dan malaon-malaon yang anti demokrasi adalah terdiri daripada mereka yang berfahaman dari Arab Saudi (wahhabi le tu - Arab Saudi tak pakai demokrasi, tapi sistem monarki, masalahnya dalam Islam ada ke sistem monarki? Jawab jangan tak jawab), tapi claim diri mereka adalah pengikut Salaf.


Dan satu lagi golongan yang anti demokrasi adalah puak-puak Hizb Tahrir dan sewaktu dengannya, dan individu-individu yang bukan Hizb Tahrir tapi turut menyokong penubuhan semula Khilafah.


Saya mahu komen yang golongan pertama dulu, iaitu puak-puak yang habis belajar di Arab Saudi yang wala' kepada pemerintah yang halalkan judi dan marah kepada orang yang menentang pemimpin yang tak ikut Islam. Golongan yang kedua itu pada posting-posting yang seterusnya.


Depa letak fatwa ulama yang kononnya muktabar nun jauh di Arab Saudi (ulama-ulama yang kuat mengkafirkan dan membid'ahkan sesama Islam):


Fatwa Syeikh Abdul Aziz a-Rajihi Hafizahullah (ulama muktabar Arab Saudi):

"demonstrasi ini bukan amalan kaum muslimin, ini adalah perkara yng dibawa masuk (dari luar) tidak dikenali kecuali daripada negara-negara barat yg kafir..."

[al-Fatawa al-Syar'iyyah fil Qadaya al-Mu'asarah, m.s 181]



Kalau macam tu, jatuh kafirlah kalau demonstrasi ye, sebab ikut budaya kafir, tak gitu? Woit mangkok, yang tiap-tiap tahun umat Islam dari seluruh dunia pergi menunaikan Haji, tawaf, dll itu bukan demonstrasi ke? Jangan buat-buat bebal, dalam Islam pun ada demonstrasi. Kita berdemonstrasi, bermakna kita mahu menegur kezaliman melalui lisan.


Woit. Tak jumpa hadis ke Nabi SAW pernah bersabda, apabila nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan (kuasa), kalau tak mampu cegahlah dengan lisan, dan kalau tak mampu cegahlah dengan hati, itu selemah-lemah iman. Jangan buat lawak antara benua kalau kau kata tak jumpa hadis ni.


Puak-puak ini juga telah melabelkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebagai golongan Khawarij. Waduuh sedapnya main label-label macam ini. Depa ini lagi haprak, akal yang Allah bagi letak kat punggung, otak letak kat lutut. Pemerintah macam Najib (dan UMNO) patut ditaati walaupun berlaku zalim? Dan haram kalau melawan?


woit! Tak baca sejarah ke. Cucu kesayangan Rasulullah SAW, Sayidina Husin pun melawan pemerintah (Yazid bin Muawiyah) dan syahid di Karbala. Woit! Tak nampak lagi? Isteri Nabi dan Sahabat Nabi (Aisyah, Muawiyah, Talhah, Zubair, dll) pun berperang melawan Sayidina Ali (ketika itu menjadi Khalifah ke-4).


Sudah-sudahlah ikut ulama dari Saudi yang hanya bising dan menyalak-nyalak tentang perkara furu', itu haram, ini bid'ah, tapi Amerika yang bunuh berpuluh-puluh ribu umat Islam berkawan dengan Arab Saudi, diam pula?


Ini satu lagi contoh kenyataan saekor mangkok yang menyokong kerajaan dan menempelak orang yang membantah judi (ada title Ustaz tu, jangan main-main) :


"Jika kerajaan menghalalkan judi ini bermakna dia sudah kafir nauzubillah min zalik, tetapi masalah sekarang adalah kerajaan membenarkan lesen judi dan jika ada umat islam yg bermain jud yg dilesenkan ini mereka akan tetap ditangkap dan undang2... syariah di malaysia tidak diubah bahawa umat islam haram bermain judi ini menunjukkan bahawa kerajaan masih beriktikad judi itu haram dan perbuatan mereka memberi lesen judi hanyalah suatu maksiat yg wajib diingkari dgn hikmah.

Perlu diingat, World Cup itu sendiri sudah haram, jika benar khawarij ini ikhlas mengubah kemungkaran mereka bukan sekadar membantah lesen judi bahkan akan bantah juga penyiaran siarang langsung acara ini kerana ianya maksiat. wallahua'lam."


kah kah kah..nilailah sendiri kata-kata ini. Bangang melantun-lantun. (P/S: Khawarij merujuk kepada penyokong Pakatan Rakyat).


Demonstrasi haram? Woit UMNO pun banyak buat demo kebelakangan ini. Demo kepala lembu, demo di Kedutaan Australia, demo kutuk Zaid Ibrahim, dll. Guna akal la lain kali. Bagi hadis panjang berjela, tapi semakin menampakkan kebodohan dan kebangangan.

Wednesday, May 12, 2010

Kalau Nak Sangat Pembangunan, Bagi Cina Saja Memerintah


Kalau tanya saja pendapat orang Melayu atau mana-mana orang yang berfikiran kelas ketiga, mereka mengatakan bahawa dengan sokong kerajaan yang sedia ada sekarang (UMNO/BN lah tu) mereka menikmati banyak projek pembangunan. Sedangkan, mereka tak akan dapat apa-apa kalau sokong parti pakatan pembangkang.


Di sini saya nak jelaskan, kalaulah pembangunan yang menjadi idaman semua, sokong dan redha sajalah bila pemimpin Cina memerintah negara, kerana akan terjamin bahawa projek pembangunan pasti akan melimpah ruah masuk ke negara ini dan rakyat Malaysia akan menikmati 1001 jenis kemewahan.


Tak percaya? Lihat negara jiran kita, Singapura. Sewaktu masih lagi duduk dalam Malaysia, taraf kedua-dua negara ini sama saja dari segi ekonomi dan taraf hidup. Ini berterusan sehingga Singapura ditendang dari Malaysia dan juga lewat tahun 70-an. Sebaik saja tahun 80-an ke atas, Singapura jauh meninggalkan Malaysia.


Siapa yang pernah pergi ke Singapura pasti tahu dan terpegun dengan pembangunan di sana. Jauh meninggalkan Malaysia. Pemimpin Singapura majoritinya Cina. Negara mereka kaya, ekonomi bagus kerana tahap integriti yang memuaskan. Hampir tiada kes rasuah. Dan bila rasuah berkurang, lebihan wang dalam kantong negara bertambah banyak. Dan bila banyak wang, kerajaan boleh menyalurkan kepada rakyat. Nampak tak lagi, wahai Melayu?


Orang Cina, mereka bukan Islam, tapi mereka cukup marah kalau ada pemimpin rasuah. Mereka juga marah kalau banyak kes-kes jenayah. Sebab itu kalau kita lihat kempen DAP pada PRU-12 lepas, mereka masukkan juga isu jenayah yang semakin berleluasa di negara ini. Bermakna mereka amat cakna dengan keselamatan negara. Jadi, orang Melayu semua, lupakan isu bangsa mana yang layak memimpin, dah kalau mahukan kemewahan dan pembangunan, angkat saja pemimpin Cina jadi pemerintah.


Jangan bebalkan diri menyokong UMNO yang kerjanya merompak dan mencuri duit rakyat siang dan malam. Buangkan rasa prejudis terhadap DAP.

Tuesday, May 11, 2010

Perangai Ibu-Bapa Melayu

Sakit hati saya selepas membaca cerita di blog bro ISA [link]. Inilah sikap dan perangai ibu bapa Melayu zaman sekarang ini. Bagi mereka, anak merekalah yang terbaik dan tidak akan membuat benda-benda jahat kononnya mereka tak ajar anak mereka jadi jahat! Macam manalah negara ni nak aman daripada penjenayah apabila mereka sendiri dilindungi oleh ibu bapa mereka sendiri.


Kononnya anak dah besar panjang, dah tahu beza mana baik dan buruk. Sebab itulah mereka biarkan saja anak mereka, nak hidup ke, nak mampus ke. Yang hairannya, mengaku Islam tapi sifat lebih teruk daripada kafir laknat. Inilah bangsa Melayu zaman sekarang.



Sekarang dah tahu kenapa saya tak berapa minat nak sentuh kes tembak mat motor dan seumpamanya??