Friday, May 7, 2010

Ulangtahun Kematian Demokrasi di Perak



Masih ingat lagi tarikh pada hari ini (7 Mei) pada tahun lepas? Ingatkah lagi bahawa kali pertama Dewan Undangan Negeri Perak tidak dihormati, diinjak-injak oleh juak-juak UMNO/BN? Ketika inilah bagaimana bentara di DUN tidak lagi mahu mendengar arahan Speaker sah V. Sivakumar. Polis dengan sewenang-wenangnya masuk ke dalam Dewan serta mengheret Sivakumar dari kerusi speakernya ke dalam sebuah bilik.


Dalam Dewan Undangan Negeri Perak ada satu lagi dewan yang dicipta oleh ADUN-ADUN UMNO/BN. Di dewan yang satu lagi, mereka melantik Speaker yang haram, warna kulitnya sama seperti Menteri Besar Zambry. UMNO telah merampas kuasa di Perak secara pondan. Sehingga sekarang DUN masih lagi belum dibubarkan.


Kenanglah hari ini sebagai hari kematian demokrasi di Perak. Undang-undang diketepikan semata-mata untuk mendapat kuasa secara tidak sah. Ayuh bangkitlah wahai pencinta demokrasi tulen. Berkabunglah pada hari ini, terutamanya rakyat negeri Perak. Sama-samalah kita berusaha untuk menumbangkan UMNO/BN supaya demokrasi tulen dapat ditegakkan.


GAMBAR-GAMBAR UNTUK TATAPAN HARI ULANGTAHUN




ADUN-ADUN PR melindungi Speaker


Diheret bagaikan lembu (pinjam kata-kata Raja Perempuan Kelantan)

3 comments:

merbok said...

aku kenang tarikh ni sebagai runtuhnya institusi raja berdaulat di perak. betapa ketua agama yang kononnya penaung rakyat telah mencabul kehormatan diri sendiri hanya kerana kebendaan dunia.

ISA said...

Bro ISA, gua kadang-kadang konpius. Lu ni ada ilmu boleh baca fikiran orang ke? Apa pasal benda yang ada dalam kepala gua, tapi dah dipublishkan dan terdapat dalam blog lu? Gua baru bercadang nak tulis pasal ini. Tapi gua setuju kalau tembak mat rempit. memang setuju sangat.

Bro RJ,

ha..ha..ha.. itu maksudnya pemikiran kita sama, ertinya kita tidak berpihak (neutral dalam penulisan dan fikiran), ntah la.. hanya tafsiran 20 sen gua jer...

Tapi dalam bab belasah ubn/apco/perkasa dan sekutu mereka... gua tak bagi peluang... musuh nbr satu gua nih...

Salam Perjuangan bro...

Reformis Jalanan said...

@Isa


Ha..ha..ha..betul-betul. Gua setuju.