Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Ramadan: Bulan Muhasabah.

Oleh : Ibn Ali [link]


Bersebabkan blog ini fokusnya pada politik Malaysia maka ia amat terbatas untuk saya suarakan politik sedunia. Tetapi tidak mengapalah. Mungkin owner blog ini ada sebab yang tersendiri mengapa dia buat macam itu, dan saya rasa tidak payah usiklah sebab apa dia buat macam itu. Itu hak dia. Dan ada apa pula dengan, Ramadan: Bulan Muhasabah?

Ketika zaman dahulu pada waktu Nabi gigih berjuang di kota Mekah sehingga mendapatkan kota Madinah, terdapatlah apa yang dipanggil sebagai bulan-bulan haram. Dan ada juga ayat di dalam AlQuran kita yang penuh kemuliaan menceritakan tentang perkara ini.

Saya quote:-

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram…” (QS. At Taubah:36)

Orang-orang arab pada masa Jahiliyah mengharamkan (mensucikan) bulan ini, mengagungkannya serta mengharamkan peperangan pada bulan-bulan ini. Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Bulan-bulan yang diharamkan (disucikan) itu hanya ada empat. Tiga bulan secara berururtan dan satu bulannya berdiri sendiri (tidak berurutan) lantaran adanya manasik Haji dan Umrah. Maka , ada satu bulan yang telah diharamkan (disucikan) yang letaknya sebelum bulan-bulan Haji, yaitu bulan Dzulqa’dah, karena ketika itu mereka menahan diri dari perang.

Sedangkan bulan Dzulhijah diharamkan(disucikan) karena pada bulan ini mereka pergi menunaikan ibadah Haji, dan pada bulan ini mereka menyibukkan diri dengan berbagai ritual manasik Haji. sebulan setelahnya, yaitu bulan Muharram juga disucikan karena pada bulan ini mereka kembali dari Haji ke negeri asal mereka dengan aman dan damai. Adapun bulan Rajab yang terletak di tengah-tengah tahun diharamkan (disucikan) karena orang yang berada di pelosok Jazirah Arabia berziarah ke Baitul Haram. Mereka datang berkunjung ke Baitul Haram dan kembali ke negeri mereka dengan keadaan aman.” (Tafsir Ibni Katsir)


Maka, tanpa niat melengah-lengahkan masa yang maseh berbaki di dalam bulan Ramadan Kareem ini apakah boleh kesemua para politikus tanah air di Malaysia mengambil berkat dalam bulan Ramadan dengan mengadakan gencatan senjata politik untuk memuhasabah perlakuan-perlakuan politik mereka semua 11 bulan sebelum Ramadan?

Anda mampu mengubahnya!

(Quote tanpa izin di
sini.)

Sunday, August 15, 2010

Virus bodek.


Oleh : Ibn Ali [link]

Salam Sebulan Ramadan.


Pada hari ini, kita telah menyambut beberapa hari dalam bulan Ramadan. Maka, akan bertempik sakanlah para khutoba' dari seantero Malaysia tentang Ramadan sebagai universiti. Tidak kisahlah akan semua itu. Cumanya dibimbangi akan menjadikah Ramadan kita sepertimana Ramadan-ramadan yang telah lepas-lepas?

Ramadan = pesta tahunan = krismas = natal = tiada apa-apa = nonsense langsung?

Attention pleaze!!

Ini adalah muhasabah sahajalah. Bukan menghina Ramadan itu. Tetapi mengkritik para pelakunya. Terutama para khutoba'. Perlu, sangat dimuhasabah kita semua. Ramadan erti pada kita adalah apa? Hanya pesta sebulan beribadat di Masjid-masjid, baca Al-Quran, tadarus, mengaji, buka kitab, baca Fadhail 'Amal, bersedeqah, akhirnya apa? Hingga di penghujung Ramadan sahajakah kita semua menjadi Muslim? Selepas bulan Ramadan, kita semua adalah apa?

Maaf. Sekadar muqaddimah yang berjela panjangnya. Fokus, pada tajuk. Jika, masalah ekonomi kita tidak diselesaikan seberapa pantas yang mungkin selepas masalah 'aqidah-Syariat-akhlaq maka akan bermaharajalelalah virus bodek meliar-liar mematuk-matuk mata kepala nafsu kita semua untuk membodek-bodek dan mengampu-ampu. Hanya itu. Ulama, malah jika para mahasiswa itu tidak ada sumber ekonomi peratusan kemungkinan dia untuk dihinggapi dan dilekati virus bodek adalah cukup tinggi.

Maka?

Antivirus tidak diperlukan.

Sunday, April 4, 2010

Cerita Pasal Superman

NAJIB BUKAN SUPERMAN - AWANG SELAMAT


Penulis murahan Awang Selamat dalam kolumya hari ini terus mengampu Najib dengan memuji-muji Najib yang berjaya membawa banyak perubahan dalam masa yang singkat, iaitu genap setahun pemerintahannya, semalam (3 Mac).


Hala tuju negara makin jelas, prestasi ekonomi bertambah baik dan pentadbiran lebih kemas. Banyak pembaharuan yang beliau laksanakan mula membuahkan hasil, kata Awang Selamat.


Tambah Awang lagi, kesungguhan Najib untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan gagasan 1 Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Namun begitu, Najib bukanlah Superman dan tidak ada lampu ajaib untuk mengubah segala-galanya.


Iyalah, kalau Najib itu Superman, Rosmah pula SuperBIGwoman (mama). Kalau Najib Superman, pembunuh sebenar Altantuya mungkin sudah lama diketahui. P Balasubramaniam pun taklah susah-susah nak bersembunyi di Singapura, Raja Petra pula tak perlu nak menyorok-nyorok. Takkanlah superhero nak menzalimi orang.


Tambahan pula, kalau dia itu Superman, harga minyak tak akan naik, enjin jet pesawat tak akan hilang, kapal selam boleh menyelam, Sukhoi jet pun masih boleh terbang. Lepas tu, apa lagi? Oh ya, DUN Perak pun mungkin sudah lama dibubarkan.


Akhir sekali, tak perlulah nak meniru dan menciplak Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) ke dalam Model Ekonomi Baru (MEB) kemudian mendakwa bahawa itu idea dia. Gila!


Ini bukan Superman, ini Suwey-man namanya.


AKU BUKAN SUPERMAN


Memang menyampah benar rasanya ketika kali pertama mendengar lagu ini (Indonesia) pada tahun lepas. Kawan sebilik yang pasang melalui laptop dia.


Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis.. - Aduh, sampai sekarang kalau teringat lagu ni masih lagi rasa menyampah. Little brat mana ntah yang nyanyi lagu ini.


A MAN WHO WAS SUPERMAN (2008)



Ini movie yang baru siap download pagi tadi. Tak besar pun saiznya, dalam 370 MB saja. Download di www.gempak.org. Baca sinopsisnya dalam wikipedia, nampak macam best jer.


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengidap trauma akibat kejadian 2 peristiwa/tragedi besar di dalam hidupnya dan membuatkan dia percaya bahawa dirinya adalah Superman. Kematian ayahnya yang dibunuh sewaktu masih kecil dan juga kematian isteri dan anaknya dalam kemalangan jalanraya.


Nak baca sinopsis penuh, pergi sini.

Saturday, October 10, 2009

Taraf UMNO Dan 1 Malaysia



Hanya layak dibakul-sampahkan. Slogan berubah setiap kali bertukar PM. Rakyat dibodoh-bodohkan.


p/s : Tempoh kempen PRK N31 Bagan Pinang hanya tinggal kurang daripada 24 jam sebelum tarikh pembuangan undi iaitu esok, 11 Oktober. Pada pengundi di Bagan Pinang, buatlah pilihan dengan bijak, dan amanah yang diberikan kepada calon yang bertanding untuk dijadikan pemimpin akan disoal oleh Allah SWT.