Monday, July 26, 2010

Membawa Diri Buat Seketika

Gambar kredit kepada SaifulIslam.Com

Dulu, saya fikir saya sahaja yang tidak siuman kerana sering mengalami keadaan seperti ini. Tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. Pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depression mereka dalam pelbagai bentuk.

Ada yang kerana cinta.

Ada yang kerana pelajaran.

Ada yang kerana dakwah.

Malah ramai juga yang tidak pasti apa sebabnya… seperti saya.

Mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan.

“Carilah satu dunia asing…untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah… sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah”, itu nasihat saya.

Carilah damai untuk diri sendiri.


- Dipetik dari blog Ustaz Hasrizal Jamil di [link] SaifulIslam.Com [Selamat Mencari Damai Diri]


Dah lama rasanya nak keluar ke dunia lain buat seketika, untuk melupakan perkara-perkara yang berlegar-legar di sekeliling sepanjang beberapa bulan di kolej ini. Lupakan sekejap dan buang sema stress di dunia luar. Kehidupan di sini banyak tekanannya. Mungkin dengan lari seketika dari situasi ini boleh membuatkan saya mengumpul kembali kekuatan untuk berdepan dengannya sekali lagi.


Tapi...nak ke mana ya? Pagi besok bermulanya kembara.. Dan dalam sehari dua ini tidak ada apa-apa upload di wall Facebook kecuali status update melalui SMS.

4 comments:

ISA said...

Salam bro,

Alaaa... nak jadi Ali Setan la pulak... bawa diri konon... nanti gua suruh si Asmidar pergi pujuk... kah..kah..kah...

Pagi tadi gua ada buat posting pasal "Stress"... semoga bermanfaat buat lu.. ha..ha..ha..

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/07/menangani-stress.html

Admin said...

Woit bro!

Tak ada kena mengena langsung dengan masalah tu. Saja gua nak tenangkan diri. Ingat best ke terperam kat sini berbulan-bulan tak keluar.

Apa-apaun thanks for the link. Tekanan beb!

ISA said...

Perghhh... pantasnya jawapan siap dengan kuntau lagi... kih..kih..kih..

Nak nyakat pun tak boleh ke...??? Gua tau la lu tengah stressssss... ha..ha..ha...

Selamat membawa diri bro...

Admin said...

Hahaha..mana ada bro. Jangan gelabah. Saja je tuh. Okay thanks. Rupa-rupanya lu pun tengah stress. Tu la pasal ada posting tu. Wakaka!