Sunday, January 17, 2010

Fatwa Sheikhul Islam Dr. Haron Din Telah Tersebar


"Sokong Kristian sama seperti sekutukan Allah"


Sinar Harian (17/1/10): Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin menegaskan golongan Melayu Islam yang menyokong penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam sama seperti menyekutukan Allah SWT kerana membenarkan nama Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Menurutnya, puak Kristian berkeras mahu menggunakan nama Allah sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti mereka iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci sedangkan bagi umat Islam, Allah SWT itu adalah satu akidah.

Nota :


Ini adalah kesinambungan daripada fatwa ulamak besar Malaysia, Sheikhul Islam Dr. Haron Din yang telah mengeluarkan fatwanya bahawa umat Islam yang bersetuju dengan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah telah dekat kepada kekufuran. Kesannya telah berjangkit kepada ahli parlimen dari Kedah ni. Kalau tak setuju pun, janganlah sampai peringkat mentakfir.


Perhatian kepada seluruh warga PKR!!


Hangpa takmau ambil tindakan ka kat Ahli Parlimen dari parti hangpa ni. Ingat, big boss hangpa (Brader Nuar Berahim) pun beria-ria setuju bahawa Kristian boleh guna kalimah Allah. Ini bermakna kenyataan Zulkifli Noordin itu turut terpalit pada big boss hangpa. Apa macam?


p/s : Kalau dah sampai peringkat mentakfir, itu sudah keterlaluan.

0 comments: