Tuesday, January 19, 2010

Ceramah Ku Li Dipindahkan Ke Stadium


KOTA BARU, Jan 19 — Lokasi ceramah perdana berhubung isu royalti petroleum 28 Jan ini, yang akan disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, dipindahkan ke Stadium Sultan Mohd IV di sini ekoran sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri itu.

Sebelum ini ia dirancang untuk diadakan di Dewan Utama Kelantan Trade Centre (KTC).

Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya terpaksa mengubah lokasi ceramah memandangkan permintaan yang terlalu besar.

“Saya mendapat tindak balas ini melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan seeloknya ceramah itu diadakan di stadium supaya kesesakan tidak menghalang laluan jalan raya bila ia dibuat di dewan KTC.

“Dan hari Jumaat lepas Gegar telah maklumkan perkara ini kepada Tengku Razaleigh dan Tengku juga setuju ceramah itu diadakan di stadium,” katanya.

Program ceramah perdana melibatkan bekas pengerusi itu adalah salah satu dari siri ceramah secara roadshow yang akan dianjurkan Gegar di seluruh Malaysia.

Ia diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang royalti petroleum mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dari perspektif orang yang bertanggungjawab membuat draf undang-undang berkaitan. - The Malaysian Insider


Ulasan : Nasib rakyat Kelantan lebih baik daripada rakyat Terengganu. Ini kerana isu royalti ini agak mendapat perhatian daripada semua pihak, dan bekas panglima UMNO, Tengku Razaleigh sendiri yang sedia membantu kerajaan Kelantan untuk memperolehi semula hasil royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri itu. 10 tahun dulu, rakyat Terengganu tidak dapat menikmati hasil royalti dan hak mereka dirampas oleh kerajaan persekutuan apabila peruntukan royalti ditarik balik daripada Kerajaan Terengganu pada tahun 2000. Kerana pada masa itu Terengganu diperintah oleh PAS.


Pemimpin-pemimpin Terengganu terkial-kial menuntut keadilan daripada kerajaan pusat. Masa itu tidak banyak pihak yang sanggup membantu sepertimana keadaan di Kelantan sekarang. Wang royalti ditukar kepada wang ehsan, digunakan sebagai gula-gula kepada rakyat Terengganu. UMNO menggunakan wang ehsan untuk membodohkan rakyat Terengganu. Dan taktik yang sama ingin digunakan terhadap negeri Kelantan. Tapi itu semua pasti tidak akan berjaya.

Klik sini untuk melihat dengan lebih jelas gambar perjanjian antara Kerajaan Kelantan dan Petronas. Lihat gambar Tengu Razaleigh yang masih macho sewaktu muda. Sekarang bertambah macho.

0 comments: