Saturday, January 9, 2010

Antara Pengkhianat Rakyat Dan Pengkhianat Pengundi

Hari ini, tarikh yang sama, negeri yang sama, tapi tempat yang berlainan terdapat 2 majlis yang dianjurkan oleh parti yang "berlawanan". UMNO menganjurkan Program UMNO Juara Rakyat di Hulu Selangor. Manakala PAS pula menganjurkan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat di Shah Alam. Mungkin sekadar kebetulan.


Salah satu cara UMNO membodohkan rakyat terutamanya orang Melayu ialah melaungkan slogan-slogan yang boleh membuatkan orang ramai terpesona. Ditambah dengan sedikit "gula-gula" sebagai pemanis. Kalau orang yang cerdik dan waras mereka akan tertanya-tanya, juara rakyat dari segi apa? Adakah dengan :

  • Menaikkan harga barangan keperluan di saat rakyat sedang terhimpit?
  • Menaikkan harga petrol yang akan menyebabkan harga barangan naik mendadak.
  • Mengenakan cukai GST yang menyusahkan rakyat.
  • Bakal menaikkan harga tol kononnya untuk kebaikan pengguna jalanraya?
  • Menaburkan wang pada pengundi pada musim pilihanraya.
  • Swastakan hospital sehinggakan rakyat hidup merana.

Itu yang patut difikirkan. UMNO dengan tipu helah cuba meraih sokongan pengundi.


PAS dengan Kempen UMNO Pengkhianat Rakyat


Iya, UMNO memang sinonim dengan gelaran pengkhianat. Pengkhianat agama, sudah tentu. Apatah lagi dengan khianat kepada rakyat. Memang sokong 100%. Tapi PAS perlu muhasabah, adakah mereka sekali-kali tidak mengikut jejak pengkhianat?


Macam mana dengan khianat kepada pengundi yang mengundi mereka? Munculnya benih-benih pengkhianatan kepada pengundi dan rakan-rakan dalam Pakatan ialah apabila terbongkarnya pertemuan di dalam gelap bersama pemimpin-pemimpin UMNO. Pengundi lagilah merasa diri mereka tertipu apabila timbulnya idea Kerajaang Perpaduang, yang menyebabkan munculnya 2 kem di dalam PAS.


Pengundi memberikan undi kepada kalian dan menyebabkan kalian menang besar pada PRU lalu bukan kerana mereka sokong PAS. Mereka memberikan undi kepada PAS kerana mereka meluat dengan UMNO. Mereka undi PAS kerana mereka yakin PAS mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Kalau harapkan undi daripada ahli PAS sahaja, memang PAS tidak akan mengecapi kemenangan besar. Tapi sekarang apa yang dah terjadi? Tunggulah swing vote daripada mereka pada PRU yang akan datang. Pengundi-pengundi sudah merasa diri mereka telah dikhianati.

0 comments: