Monday, May 25, 2009

Harussaini, Letaklah Jawatan Dan Sertailah UMNO!

Saya semakin tak faham kenapa mufti sorang ni tiba-tiba berubah 360 darjah. Kenapa sekarang dia ni kelihatan galak sangat membela kerajaan haram di Perak beserta MB haramnya. Baru-baru ini dia mengeluarkan kenyataannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB Perak yang tidak sah. Mufti Perak ini berkata, keputusan tersebut patut diterima dengan hati terbuka oleh pembangkang, dan jika keputusan itu berpihak kepada pembangkang, mereka akan memujinya, dan jika keputusan sebaliknya, pembangkang pasti mengutuknya.


Dahulu dia ni pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Sultan Perak untuk melantik Zambry patut dipatuhi. Sepatutnya dia sebagai mufti, tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti, sekarang dia seolah-olah menjadi wakil kepada UMNO. Tugas dia yang sebenar ialah menegur kerajaan supaya memerintah mengikut acuan Islam, dan juga menyeru amar makruf nahi mungkar. Begitu juga dengan mogok lapar yang dibuat oleh penyokong PR, turut dipandang serong olehnya. Dan mogok itu berkebetulan sama dengan anjuran PAS supaya berpuasa sunat selama 3 hari sempena 1 Jamadil Akhir.


Dahulu saya sedikit mengkagumi mufti Perak ini berkenaan "sikap berani" nya menyatakan bahawa angka murtad di negara ini mencapai tahap yang membahayakan, sehingga dia pernah menegur PM pada waktu itu, Dollah Badawi. Dia juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa kongsi raya itu haram, dan pernah membongkar bahawa Dato' Azhar Mansor berperanan memurtadkan orang Melayu di sebuah gereja di Selangor. Itu satu tindakan yang terpuji. Tapi sekarang? Perbuatan serta kenyataan dia membuatkan saya tidak lagi menghormatinya, kerana dia sebagai penjawat awam di dalam kerajaan, sepatutnya dia kena bersikap berkecuali. Dariapda menegur perbuatan pemimpin dan penyokong PR, adalah lebih afdal dia menegur serta menggesa kerajaan supaya kes-kes maksiat di negara ini dipandang serius.


Sekarang mufti di Malaysia ini satu pun tidak guna. Segala kemudahan, jawatan, elaun, dan kedudukan telah mengunci mulut mereka daripada mengatakan kebenaran. Sedih betul bila mengenangkan mufti-mufti yang tak guna ini berkhidmat di negara ini, lebih-lebih lagi bekas mufti Perlis tu. Terkenang saya pada kelantangan Almarhum Dato' Ishak Baharom, bekas mufti Selangor yang lantang. Berani mengatakan kebenaran, contohnya pengharaman ratu cantik, pengharaman ASN, dan lain-lain lagi. Tak ada mufti mahu mencontohi Almarhum. Sayangnya oleh kerana kelantangan itulah, pemerintah negara ini memecat Almarhum, begitu juga dengan bekas MB Selangor, yang turut memainkan peranan memecat Dato' Ishak Baharom. Mahathir mengaku saja Islam, tapi tindakannya sama seperti orang yang bencikan Islam. Memang betul pun.


Dan buat mufti Perak, Dato' Seri Harus Sana Sinissan, kalau anda terus bersikap begitu, eloklah letak saja jawatan, kemudian sertai UMNO, dan bertandinglah untuk jawatan MT pada pemilihan yang akan datang. Kalau bernasib baik, mungkin dapat jawatan Naib Presiden!

3 comments:

USD said...

Salam, bagus teruskan Bro! Hentam lagi kaw2...biar kena panah petir terus jd batu!

Reformis Jalanan said...

TQ. Hentam bukan untuk suka2, tapi untuk menyatakan kebenaran dan bersikap terus terang.

Prof. Era Pasca said...

salam mari xchange blog...? thanks...