Showing posts with label mufti. Show all posts
Showing posts with label mufti. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Macam Mana Pula Dengan Dalil Ini, Wahai Pak Mufti?


Kalau masuk saja bab politik, bab perpaduan Melayu, cepat saja mulut syaitan bisu ini berbunyi. Dia mengeluarkan hadis nabi yang mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Ok. Apa yang dia telah buat selama ini terhadap orang yang dizalimi? Dan apa pula yang dia tolong kepada orang yang zalim?


Tolong orang yang zalim, bermakna menolong dia berhenti melakukan kezaliman, bukannya menolong dia berbuat zalim. Jadi, apa yang telah ulamak su' ini telah lakukan untuk menolong UMNO menghentikan kezalimannya terhadap rakyat??


Boleh kamu terangkan maksud ayat al-Qur'an dari surah Hud ayat 113 ini :

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka,"


Dasar mufti gila!


Link yang berkaitan : http://www.klpos.com/news/2010/03/05/2.html


Hai Harussani! Inna Anta Ibnu Kalb!!

Thursday, July 30, 2009

Bila Syaitan Bisu Berfatwa...

2 ulama' suk yang menjadi aset yang penting kepada UMNO


HARAM ANJUR SERTAI SERTAI DEMONSTRASI JALANAN berita harian

KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Kalau tentang ini, cepat saja mulut tu nak memberikan komentar, tapi bila disuruh berfatwa mengenai ISA, hukum menahan orang tanpa bicara, hukum melakukan kezaliman, diam membisu seribu bahasa. Si Harussani memang nak kena, oleh kerana dia ini juga berfahaman kemelayuan, maka dia akan membantu UMNO dengan mengeluarkan fatwa yang boleh menguntungkan pemerintah.


Bila Nizar menyalakan lilin, cepat pula mengatakan haram. Jadi kenapa diam apabila Najib memasang pelita penganut hindu? Harussani jugalah yang mengatakan as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya tidak mati syahid, dan mengatakan allahyarham adalah seorang penderhaka, sewaktu tahun 1985 dulu.


Bila banyak berlaku krisis moral dikalangan umat Islam di negara ini, sepatah pun tak keluar apa-apa dari mulutnya. Hukum pemimpin yang mengkhianat kepada negara macam mana? Rasuah dan penyelewengan? Adakah Islam membenarkan pemerintah menangkap seseorang yang belum dibuktikan kesalahan, dan tidak membicarakannya?


Bising bila Nga Kor Ming baca al-Quran. Tapi tak prihatin dan cakna kepada puluhan ribu umat Melayu Islam di negara ini yang buta Quran. Biarkan pemimpin UMNO tak ikut ajaran Quran. Dia hanya memberikan fatwa apabila fatwa itu untuk menghentam pembangkang. Masuk UMNO lah senang. Letak jawatan sebagai mufti Perak. Kesian kat orang Perak sebab ada mufti bangang seperti Harussani. Banyak lagi kemungkaran di dalam negara ini, tapi buat-buat buta.

Monday, May 25, 2009

Harussaini, Letaklah Jawatan Dan Sertailah UMNO!

Saya semakin tak faham kenapa mufti sorang ni tiba-tiba berubah 360 darjah. Kenapa sekarang dia ni kelihatan galak sangat membela kerajaan haram di Perak beserta MB haramnya. Baru-baru ini dia mengeluarkan kenyataannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB Perak yang tidak sah. Mufti Perak ini berkata, keputusan tersebut patut diterima dengan hati terbuka oleh pembangkang, dan jika keputusan itu berpihak kepada pembangkang, mereka akan memujinya, dan jika keputusan sebaliknya, pembangkang pasti mengutuknya.


Dahulu dia ni pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Sultan Perak untuk melantik Zambry patut dipatuhi. Sepatutnya dia sebagai mufti, tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti, sekarang dia seolah-olah menjadi wakil kepada UMNO. Tugas dia yang sebenar ialah menegur kerajaan supaya memerintah mengikut acuan Islam, dan juga menyeru amar makruf nahi mungkar. Begitu juga dengan mogok lapar yang dibuat oleh penyokong PR, turut dipandang serong olehnya. Dan mogok itu berkebetulan sama dengan anjuran PAS supaya berpuasa sunat selama 3 hari sempena 1 Jamadil Akhir.


Dahulu saya sedikit mengkagumi mufti Perak ini berkenaan "sikap berani" nya menyatakan bahawa angka murtad di negara ini mencapai tahap yang membahayakan, sehingga dia pernah menegur PM pada waktu itu, Dollah Badawi. Dia juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa kongsi raya itu haram, dan pernah membongkar bahawa Dato' Azhar Mansor berperanan memurtadkan orang Melayu di sebuah gereja di Selangor. Itu satu tindakan yang terpuji. Tapi sekarang? Perbuatan serta kenyataan dia membuatkan saya tidak lagi menghormatinya, kerana dia sebagai penjawat awam di dalam kerajaan, sepatutnya dia kena bersikap berkecuali. Dariapda menegur perbuatan pemimpin dan penyokong PR, adalah lebih afdal dia menegur serta menggesa kerajaan supaya kes-kes maksiat di negara ini dipandang serius.


Sekarang mufti di Malaysia ini satu pun tidak guna. Segala kemudahan, jawatan, elaun, dan kedudukan telah mengunci mulut mereka daripada mengatakan kebenaran. Sedih betul bila mengenangkan mufti-mufti yang tak guna ini berkhidmat di negara ini, lebih-lebih lagi bekas mufti Perlis tu. Terkenang saya pada kelantangan Almarhum Dato' Ishak Baharom, bekas mufti Selangor yang lantang. Berani mengatakan kebenaran, contohnya pengharaman ratu cantik, pengharaman ASN, dan lain-lain lagi. Tak ada mufti mahu mencontohi Almarhum. Sayangnya oleh kerana kelantangan itulah, pemerintah negara ini memecat Almarhum, begitu juga dengan bekas MB Selangor, yang turut memainkan peranan memecat Dato' Ishak Baharom. Mahathir mengaku saja Islam, tapi tindakannya sama seperti orang yang bencikan Islam. Memang betul pun.


Dan buat mufti Perak, Dato' Seri Harus Sana Sinissan, kalau anda terus bersikap begitu, eloklah letak saja jawatan, kemudian sertai UMNO, dan bertandinglah untuk jawatan MT pada pemilihan yang akan datang. Kalau bernasib baik, mungkin dapat jawatan Naib Presiden!