Saturday, January 8, 2011

Masjid Rusila - Dari Tempat Pentarbiyahan Ke Sarang Samseng

Sudah menjadi sarang samseng dan mafia

Sebenarnya dah lama saya agak perkara ini akan berlaku bila di saat pertemuan di antara Aduka Taruna dengan Haji Hadi berlangsung di Masjid Rusila. Memang saya dah agak para-para penjilat dan penyembah ulamak Melayu tidak akan duduk berdiam diri. Manusia, bila dah taksub beginilah jadinya.Inikah hasil tarbiyah ulamak-ulamak PAS Terengganu? Agaknya, selama lebih 30 tahun berkubu di Rusila, Haji Hadi berjaya melatih dan merekrut para Samseng Kampung Dusun.

Apa ni? Ini ke demokrasi? Orang nak bertanya dan berjumpa tak dilayan. Apakah ini contoh ulamak yang baik? Tidak. Hadi Hadi, orangnya memang keras. Tak dapat dinafikan. Dahulu saya selalu juga bertandang di Masjid Rusila setiap hari Jumaat, dengar kuliah daripada Haji Hadi, dibaca dari buku yang dikarangnya sendiri. Waktu dulu, segalanya persepsi dan tanggapan yang baik saya berikan pada Masjid Rusila. Haji Hadi sendiri pernah menolak dengan keras (berserta suaranya) apabila saya berhajat untuk bertemu dengan beliau pada satu hari Jumaat, bulan April tahun 2007. Orangnya tak suka diganggu selepas kuliah Jumaat.

Ketika itulah saya mula terfikir, apakah ini sikap orang alim? Apakah ini akhlak ulamak?
Memohon barakah daripada kepala samseng

Semalam, Aduka Taruna dibelasah oleh para samseng-samseng yang kononnya cintakan ulamak Melayu di perkarangan Masjid Rusila. Inilah akhlak Islamiyyah orang-orang PAS Terengganu. Lebih baik campak kopiah atas kepala, pakai cap. Buat malu saja. Beramai-ramai belasah sorang yang tak ada senjata. Si Ulamak boroi pula, dengan bengongnya buat-buat tak tahu apa yang berlaku, tak ada sedikit rasa simpati untuk meleraikan para penjilatnya daripada berkelakuan seperti binatang!
Oi Aduka Taruna! Nampaknya kali ni kau gagal lagi. Ulamak pilihan Tuhan yang kau nak jumpa tu rupa-rupanya bukan sebarang ulamak, merangkap kepala samseng juga. Nasiblah kena belasah dengan gangster-gangster berkopiah. Tapi samseng tak ada telor, main serang ramai-ramai. Sama pengecut macam anjing penjilat ulamak Melayu seperti Batu Api dan Songkok Putih (tarbiyah Pemuda PAS). Tak berani nak tunjuk muka, setakat menyalak dalam blog boleh la. Poorah! Dasar anjing penjilat, penyembah dewa ulamak.

Orang datang dari jauh semata-mata nak bertemu dengan dia, boleh dia buat tak layan. Baguslah biar semua orang buka mata. Sampai bila-bilapun dengan bangangnya duduklah dibawah pemerintahan UMNO Terengganu. Kalau ketua dah bangang, apatah lagi anak-anak buah. Bertindan-tindanlah bangangnya.

Memang sesuailah orang PAS Terengganu macam tu, sepadan dengan UMNO. UMNO, kalau nak cari yang betul-betul jahat, UMNO Terengganulah jawapannya. Eloklah, samseng lawan samseng. Dua-dua mafia besar di Terengganu sedang berperang

Kronologi cerita di blog Aduka Taruna [link].

Friday, January 7, 2011

Lagi Usaha Memperbodohkan Kaum Melayu

Kes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.

NONEBeliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi meminda kes itu ke mahkamah tinggi. Kali pertama, pertuduhan ke atas Mohd Khir dibacakan di mahkamah sesyen.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Malaysiakini

Komen : Inilah taktik, dibuat supaya rakyat meyakini bahawa BN benar-benar ikhlas dalam membanteras rasuah. Inilah tanda-tanda awal bagi Pilihan Raya Umum yang seterusnya. Salah seorang atau lebih perlu dikambing hitamkan. Si Toyo ini, bukannya baru lagi dikaitkan dengan rasuah, tapi sudah lama. Dan jika kita lihat, rata-rata yang ditahan kerana terlibat dengan rasuah merupakan "bekas-bekas". Khir Toyo bekas MB Selangor, dan baru-baru ini salah seorang "bekas" dari Sime Darby juga ditahan atas sebab yang sama. Mengapa hanya "bekas-bekas"? Apakah yang belum menjadi "bekas" itu suci daripada rasuah? Inilah taktik lapuk yang digunakan untuk memperbodohkan kaum Melayu. Taktik sama yang pernah digunakan oleh Mat Tido, Dolah Badawi.

Friday, December 10, 2010

Majulah Mahasiswa Untuk Kebaikan Negara

Protes naik harga, tiga siswa ditahan - Malaysiakini (BM) [klik link ini]


Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka. (Malaysiakini)

Komenku (tulisan kecil kerana copy dari Facebook) : Ku teringat cerita-cerita sejarah yang pernah ku baca tentang kehebatan mahasiswa Melayu pada tahun 70'an. Betapa beraninya mahasiswa-mahasiswa di IPT yang diketuai oleh Brother Anwar Ibrahim (waktu ini beliau masih lagi bagus, solid, chicand trendy) tentang isu kemiskinan dan kebuluran di Baling, Kedah yang mana ia telah menggugat kerajaan BN yang diketuai oleh bapak Najib.

Dan juga ku terkenangkan solidariti mahasiswa IPT di Tasek Utara yang diketuai oleh Hishamuddin Rais. Begitu cool dan hebat. Walaupun gerakan mereka tidak berjaya sebagaimana gerakan-gerakan mahasiswa di negara luar (ini disebabkan oleh kebodohan yang terlampau kaum Melayu), tapi mereka berjaya mendatangkan resah dan menggugat penguasa yang angkuh lagi zalim terhadap rakyat.

Kini, langkah-langkah mereka yang veteran itu sudahpun dicontohi dan diikuti oleh hero-hero kita di atas. Mereka adalah penerus perjuangan mahasiswa terdahulu, mereka meneruskan legasi Brother Anwar Ibrahim (versi muda) dan Hishamuddin Rais dalam menyuarakan hak dan membela rakyat tertindas!! Hidup Mahasiswa!! Student Power!! Usah mudah patah semangat jika perjuangan kita kurang mendapat sambutan, usah mudah putus asa kerana lama-kelamaan perkara yang kita sampaikan pasti akan memberi impak dan kesan yang besar terhadap negara, dengan izin Allah.

Majulah mahasiswa untuk kebaikan negara. Diriku sentiasa bersama-sama dengan kalian. Ayuh! Tunjukkan taring kita. Bangkitlah semua setelah berpuluh tahun tidur dengan nyenyak!

Mahasiswa Penjana Perubahan Negara

mahasiswa dan anak muda telah mula bangun melawan, ini tanda tanda baik
ini tanda bahawa negara kita memiliki masa depan yang cerah gilang gemilang
apabila anak muda sedarmaka masa depan kita semua terjamin
apabila anak muda dijadikan tua maka malap lah tamadun bangsa ! (Tukar Tiub)



Mahasiswa adalah komponen utama dalam menjana perubahan di dalam negara, ingatlah bahawa kejatuhan Soeharto, Shah Reza Pahlevi, Chun-Doo hwan adalah kerana kukuatan dan solidariti para mahasiswa di negara-negara terbabit. Malangnya di Malaysia, mahasiswa umpama robot yang dikawal dan sampah, pagi petang siang malam hanya sibuk dengan couple, assignment, telan semua yang lecturer cakap, ustaz-ustaz muda sibuk jadi polis moral, hadis dan ayat suci tak lekang dari mulut tapi sekadar digunakan pabila berada di dalam masjid atau sekadar "bengkeng'' di dalam website I Luv Islam atau mana-mana web Islamic poyo yang lain (RJ)

Selebihnya di sini [link]

Saturday, December 4, 2010

Kenapa Melayu Begitu Bodoh Berpolitik?

Anwar Ibrahim is a bastard himself

Kini apa lagi yang tinggal? Apakah sudah tidak ada platform lain yang benar-benar ikhlas berjuang serta mahu menumpaskan kezaliman? Seorang rakan mengupdate statusnya di Facebook mempersoalkan, "Kenapa pemerintah semakin bermaharaja-lela, kerana rakyat sudah hilang KEBERANIANNYA terutama Tok2 Guru, Ulama2, Ustaz2 serta pemimpin2 rakyat."

Bagi saya, kenyataan tersebut amat salah. Kalau rakyat hilang keberanian, pasti kesemuanya tunduk kepada kerajaan yang maha celaka ini. Tapi punca mengapa kerajaan semakin bermaharajalela, kerana mereka tahu dan yakin bahawa harapan untuk menang semakin cerah kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang semakin kerap membuat aksi-aksi bodoh. Mereka menawarkan harapan baru kepada rakyat yang marah dan muak dengan pemerintah yang sedia ada, tetapi sikap dan kelakuan mereka langsung tidak banyak beza dengan parti pemerintah.

Apa yang beza? Mereka juga tergila-gilakan jawatan. Mereka mendakwa mereka perjuangkan demokrasi, tapi demokrasi dalam parti sendiri pun diabaikan! Ada yang bertitle ulama tapi entah apa-apa. Adakah dengan berterusan berperangai sebegini, harapan kononnya mahu menawan Putrajaya akan tercapai?? Usah mimpilah! Yang banyak buat hal, bermasalah adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku Islam juga. Semuanya BULLSHIT lah. Sekarang kerajaan nak naikkan harga itu dan ini sudah tidak ada apa-apa halangan, kerana rakyat dan pengundi sudah tidak dapat membezakan mana satu kerajaan dan pembangkang, kerana perangai mereka serupa sahaja.

Tanggapan saya memang tepat. Saya pernah menulis beberapa ketika dahulu mengapa parti-parti pembangkang masih lagi tidak menang-menang walaupun berpuluh tahun berjuang. Ini berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin yang memberikan harapan palsu kepada rakyat, menjanjikan bulan dan bintang, bertopengkan imej yang "alim dan bertaqwa" serta imej yang "demokratik", tetapi semuanya hampeh! Agak-agaknya, selepas PRU-13 nanti, negeri mana yang masih lagi kekal di dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Dan ini jawapan saya pada status di Facebook beliau : Salah tu..bukan hilang keberanian, kalau hilang keberanian mereka dah tak lawan dah kerajaan. Tapi pemerintah semakin bermaharajalela kerana pemimpin-pemimpin Melayu/orang-orang Melayu BODOH dalam politik. Kita bagi amanah, dia khianat.