Friday, January 7, 2011

Lagi Usaha Memperbodohkan Kaum Melayu

Kes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.

NONEBeliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi meminda kes itu ke mahkamah tinggi. Kali pertama, pertuduhan ke atas Mohd Khir dibacakan di mahkamah sesyen.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Malaysiakini

Komen : Inilah taktik, dibuat supaya rakyat meyakini bahawa BN benar-benar ikhlas dalam membanteras rasuah. Inilah tanda-tanda awal bagi Pilihan Raya Umum yang seterusnya. Salah seorang atau lebih perlu dikambing hitamkan. Si Toyo ini, bukannya baru lagi dikaitkan dengan rasuah, tapi sudah lama. Dan jika kita lihat, rata-rata yang ditahan kerana terlibat dengan rasuah merupakan "bekas-bekas". Khir Toyo bekas MB Selangor, dan baru-baru ini salah seorang "bekas" dari Sime Darby juga ditahan atas sebab yang sama. Mengapa hanya "bekas-bekas"? Apakah yang belum menjadi "bekas" itu suci daripada rasuah? Inilah taktik lapuk yang digunakan untuk memperbodohkan kaum Melayu. Taktik sama yang pernah digunakan oleh Mat Tido, Dolah Badawi.

0 comments: