Showing posts with label krisis kerajaan Negeri Kelantan. Show all posts
Showing posts with label krisis kerajaan Negeri Kelantan. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Bravo, Husam! You're The Man!


Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.


PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.


sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukan oleh baginda sendiri.
- weblog Husam Musa (http://cetusan-hati.blogspot.com)


Nota :


Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai krisis berkaitan dengan keluarga Menteri Besar Kelantan, Husam Musa mula mengeluarkan pandangan melalui blog peribadi beliau. Ternyatalah bahawa urusan kekeluargaan patut dipisahkan dengan urusan pentadbiran. Tindakan mencampur adukkan kedua-duanya akhirnya membawa kerugian dan mengundang reaksi yang buruk daripada rakyat. Sekarang ini PAS sudah hampir-hampir menyamai UMNO dari segi kebebasan bersuara di dalam parti, sikap-sikap pemimpin yang beralih arah daripada memikirkan Islam kepada memikirkan bangsa Melayu, mengejar kedudukan dan jawatan, dan mementingkan ahli keluarga di dalam pentadbiran.


Ini adalah tindakan yang berani dan patut dilakukan oleh Husam, walaupun pada pandangan orang lain beliau seolah-olah menggali lubang kuburnya sendiri. Orang yang beranilah layak dihormati berbanding yang hanya berdiam diri apabila melihat pemimpin melakukan kesalahan, seperti syaitan bisu.

Tuesday, December 22, 2009

Ucapan Tahniah Kepada Tok Guru Nik Aziz


Nota : Info dan gambar kredit kepada blog towardsmardhatillah.wordpress


Buku di sebelah ini diterbitkan pada tahun 2000 sempena ulangtahun ke-10 kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Di dalamnya memuatkan beberapa artikel yang ditulis oleh aktivis-aktivis PAS. Antara yang menarik ialah artikel yang terdapat di halaman 50 dan 51 yang mengandungi ucapan tok guru Nik Aziz itu sendiri.


Ia berdasarkan kebimbangan beliau tentang kedudukan yang beliau miliki selaku ketua kerajaan. Ucapannya kepada mahasiswa dan mahasiswi di Kelantan sempena Aidilfitri pada 1995 menyebut, "Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan".


Tapi apa yang mencemaskan tok guru Nik Aziz ialah ucapan beliau seterusnya iaitu, "Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat"


Dengan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi "tahniah" kepada beliau, Tok Guru Nik Aziz merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan bahawa sesungguhnya perkara yang tok guru cemaskan itu sudah benar-benar berlaku kepada tok guru.


Persepsi dan parti diketepikan, menantu diutamakan. Dah macam Abdullah Badawi la pulak.


Mana boleh diri sendiri tak tahu bahawa melantik kaum kerabat serta ahli keluarga dalam pentadbiran negeri itu perkara yang salah???


Dengan itu, Sekali lagi tahniah diucapkan kepada tok guruku. YANG SALAH TETAP SALAH OKEY..!