Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Bravo, Husam! You're The Man!


Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.


PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.


sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukan oleh baginda sendiri.
- weblog Husam Musa (http://cetusan-hati.blogspot.com)


Nota :


Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai krisis berkaitan dengan keluarga Menteri Besar Kelantan, Husam Musa mula mengeluarkan pandangan melalui blog peribadi beliau. Ternyatalah bahawa urusan kekeluargaan patut dipisahkan dengan urusan pentadbiran. Tindakan mencampur adukkan kedua-duanya akhirnya membawa kerugian dan mengundang reaksi yang buruk daripada rakyat. Sekarang ini PAS sudah hampir-hampir menyamai UMNO dari segi kebebasan bersuara di dalam parti, sikap-sikap pemimpin yang beralih arah daripada memikirkan Islam kepada memikirkan bangsa Melayu, mengejar kedudukan dan jawatan, dan mementingkan ahli keluarga di dalam pentadbiran.


Ini adalah tindakan yang berani dan patut dilakukan oleh Husam, walaupun pada pandangan orang lain beliau seolah-olah menggali lubang kuburnya sendiri. Orang yang beranilah layak dihormati berbanding yang hanya berdiam diri apabila melihat pemimpin melakukan kesalahan, seperti syaitan bisu.

Sunday, November 22, 2009

Husam Lebih Layak Di Parlimen


Bagi saya Husam Musa memang tidak sesuai di DUN Kelantan. Ramai yang layak dan mampu membantu Tok Guru Nik Aziz, bukan beliau seorang saja. Bintang Husam Musa lebih menyinar dan menyerlah ketika beliau di dalam Dewan Rakyat.


Beliau menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian pada penggal 1999-2004, sebelum berpindah ke peringkat DUN pada PRU-11. Saya sangat suka mendengar isu yang dibangkitkan oleh Husam sewaktu berada di Dewan Rakyat dahulu. Sungguh bernas dan berfakta. Ramai ahli dewan rakyat yang diam dan khusyuk mendengar apa yang dibentangkan oleh Husam. Saya paling suka ketika Husam membangkitkan isu tentang RTM yang tidak mendapat sambutan pada tahun 2002.


Sekarang Husam seolah-olah tersepit apabila berada di Kelantan. Banyak juga tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada beliau sama ada sahih atau tidak. Mungkin juga sebab kelemahan beliau sendiri dalam mengendalikan sesuatu isu. Oleh itu, orang yang berkebolehan dan bekerja keras seperti Husam patut dihantar semula ke Dewan Rakyat. Memang itu tempat yang sesuai.


p/s : Apabila jumpa Husam dan Kickdefella, jangan lupa ketuk kepala MSO dulu.