Showing posts with label Kuala Lumpur Punya Cerita. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur Punya Cerita. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Kuala Lumpur Punya Cerita #4

KL Sentral KFC. Kredit pada merahsilu.blogspot.com

Sepanjang sehari setengah berada di Kuala Lumpur, perut saya hanya diisi oleh fast-food. Tak tahu kenapa saya hanya makan itu. Mungkin kerana nak cepat kut. Hari pertama saya mengisi perut di McD Bukit Bintang - lebih kurang jam 3.30 petang. Kenyang sampai ke malam. Waktu malam saya hanya dinner dengan setin air teh bunga dan jus epal. Hari kedua pula saya makan tengahari di KFC KL Sentral - sewaktu dalam perjalanan pulang.

Saya memikirkan hal ini sewaktu sejurus saja saya mendapat tempat duduk untuk makan di KFC tersebut. Sayangnya saya tersilap memilih masa. Ketika itu lebih kurang hampir pukul 1 tengahari - waktu pekerja di pejabat mengerumuni restoran. Dan ketika itu agak sesak jugalah. Sikap saya - setiap kali saya duduk berdiam diri sama ada di atas kerusi di mana-mana tempat - taman atau restaurant/warong, saya akan duduk sambil memerhatikan gelagat dan sifat manusia yang bermacam-macam jenis.

Kali ini saya mahu menceritakan mengenai hala atau arah tuju di antara orang Melayu dan orang Cina. Perasan atau tidak, cashier-cashier di restaurant fast-food semuanya adalah Melayu. Di dua tempat selama dua hari - McD dan KFC - muka Melayu saja yang saya tengok - menjadi cashier dan juga kerja di bahagian dapur - membungkus dan menggoreng. Saya terfikir - orang Melayu biasanya beginilah kesudahannya - kalau tak jadi kerani kecil, jadi waiter di restaurant atau jadi cashier di fast-food restaurat. Bukan nak menghina - tapi setakat ini sajakah kemampuan mereka?

Kemudian pandangan saya beralih kepada beberapa pasangan Cina - dalam berbelas-belas atau mungkin mencecah 20 orang lebih - yang berada di dalam KFC tersebut. Saya lihat pakaian mereka begitu smart - lelaki Cina segak dengan baju kemeja, manakala perempuan kebanyakannya memakai kot. Pekerjaan mereka pastinya bagus dan gaji mereka pasti besar. Saya nak pembaca blog ini berfikir - antara Melayu dan Cina - bangsa mana yang paling banyak mendapat keistimewaan - sama ada dari segi biasiswa, keutamaan sebagai bumiputra dan sebagainya. Melayu, bukan?

Tapi, masuk akal tak - bangsa yang paling banyak mendapat kemudahan, dan keistimewaan akhirnya mereka hanya mampu hidup dengan bergajikan hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. Berbeza dengan kaum Cina. Mereka tidak ada hak istimewa seperti Melayu - hidup mereka tersepit tambahan pula persepsi buruk oleh kebanyakan orang melayu terhadap mereka. Walaupun tiada kemudahan, mereka boleh berjaya. Kenapa ini berlaku? Jarang sekali saya dengar dan lihat orang Cina bekerja sebagai waiter (kecuali di restaurant mewah atau 5 star), tukang cuci, cashier, kerani atau sebagainya.


McD di Bukit Bintang


Saya boleh simpulkan - anak manja, mereka biasanya lemah dan tidak tahan dengan dugaan dan cabaran, kerana mereka sudah dibiasakan dengan kemewahan dan kesengangan, berbanding dengan anak yang tahu berdikari. Anak yang berdikari - mereka tidak perlukan pertolongan orang lain, biasanya mereka cekal dan tabah walaupun tidak dikurniakan kemewahan dan kesenangan. Sebab itu mereka boleh survive dan kebanyakannya menjadi orang yang berjaya. Anak manja - merujuk pada orang Melayu. Anak yang berdikari - rujuk pada orang Cina dan bukan bumiputera.

Sebab itu kita lihat - bangsa mana yang paling banyak berpeleseran? Sebab apa mereka berpeleseran? kenapa mereka tidak pentingkan hala tuju hidup mereka sejak dari sekolah menengah? Fikir sendiri.

Jadi apa jalan dan penyelesaiannya jika kita mahu semua bangsa berjaya? Kalau ditanya saya - senang saja. Buang tongkat keistimewaan. Hanya orang buta dan lemah saja yang perlukan tongkat. Tak begitu?

Monday, August 2, 2010

Kuala Lumpur Punya Cerita #3

Berlegar di kawasan Petaling Street


Jalan Sultan - di gerai air buah kepunyaan seorang wanita Cina


Niat saya turun ke Petaling Street, hanyalah untuk menemui Hishamuddin Rais. Dia pernah memberitahu, waktu petang kalau dia tak ada kerja dia akan lepak di salah sebuah kedai kopi tanpa nama yang terletak di lorong berhampiran Jalan Hang Lekir - dekat area Petaling Street. Tapi malangnya mungkin saya kurang bernasib baik - saya tidak jumpa susuk tubuh itu.

Saya cukup suka bersembang dengan orang yang mempunyai banyak pengalaman. Itu saja, fullstop. Soal macam mana cara hidup dia, sifat dia - saya tak ambil pot dan tak mungkin akan saya ikuti. Bagi saya, otai seperti Hishamuddin Rais ibarat seperti sebuah buku cerita yang sarat dengan kisah-kisah adventure yang boleh ditimba untuk dijadikan sebagai panduan.

Oleh kerana tidak dapat bertemu beliau, saya hanya menyusuri sepanjang Petaling Street hingga ke Jalan Sultan. Kadang-kadang berjalan keliling tempat yang sama. Pertama kali nampak orang togok beer depan mata - gelas yang besar, sama macam A&W root beer glass. Dan juga pertama kali tengok daging babi panggang yang diletakkan di atas troli. Dijual oleh seorang pemuda Cina. Yang menariknya, di sebelah gerai pemuda Cina itu, ada gerai air soya yang dikendalikan oleh pemuda Melayu. Cantik! Saya suka suasana ini.

Petang di Petaling Street begitu sesak - orang Arab sini-sana. Bunyi bising orang tawar menawar harga, mempelawa pengunjung membveli barang mereka, suara orang bergurau dan lain-lain lagi. Saya tertarik pada buah berangan (chestnut) panggang yang begitu besar dan dimasak di dalam satu periuk besar. Tapi saya tiada keinginan membelinya.



Gerai durian di Jalan Sultan

Di sini, macam-macam gelagat manusia dapat kita lihat. Manusia datang dari segenap penjuru - sama ada dalam Malaysia atau luar daripada Malaysia. Berbagai sikap dan karenah semuanya berkumpul di sini. Saya mencari pot yang baik untuk merehatkan badan dan kaki sambil mahu memerhatikan gelagat orang yang lalu-lalang di sana.

Saya terjumpa banyak warong-warong jalanan yang dikendalikan oleh peniaga-peniaga kecil sama ada dari bangsa Melayu, Cina mahupun India. Melayu - kebanyakannya di sepanjang jalan tersebut banyak menjual Satay. India pula - hanya sekadar air. Dan Cina - warong mereka punya banyak pilihan masakan-masakan Cina - wantan mee, kway teow goreng, mee sup, nasi itik, dan lain-lain lagi. Tak kurang juga yang mengendalikan gerai air buah dan buah-buahan.


Maaf - saya tidak dapat menipu diri saya sendiri bahawa memang saya terliur apabila melihat ah moi-ah moi yang cantik di warong Cina sibuk melayan pelanggan dan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan. Tapi saya bukan terliur pada ah moi tersebut - tapi pada makanan yang dibawanya.

Saya fikir ah moi-ah moi tersebut anak kepada towkey warong dan mungkin kebanyakan warong Cina di Jalan Sultan adalah merupakan family business. Ketika saya memikirkan perkara ini, saya sedang duduk di salah sebuah gerai air buah kepunyaan wanita Cina sambil menghirup jus epal - sangat nikmat. Gerai tersebut betul-betul di tepi jalan, tambahan pula cuaca agak mendung sambil melihat gelagat manusia.

Apa yang saya ingin katakan ialah betapa saya ingin merasa makanan yang terdapat di dalam warong tersebut - makanan-makanan tersebut di masak di tempat yang terbuka, di hadapan mata pelanggan. Saya lihat itik panggang digantung, sup panas yang berwap dijirus ke dalam mangkuk yang berisi mee, dan juga bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam gorengan Kway teow goreng.

Jika petang itu saya masuk ke dalam warong tersebut - pasti saya adalah satu-satunya Melayu di dalamnya. Dan mungkin ada orang yang akan pandang pelik. Tambahan lagi kalau ada Melayu yang nampak saya sedang syok menikmati makanan di dalamnya. Apa yang mereka akan fikir tatkala melihat seorang Melayu yang menikmati hidangan petang di dalam sebuah warong kepunyaan peniaga Cina?

Jika Cina pergi makan ke warong Melayu, itu adalah perkara yang biasa. Tetapi jika sebaliknya - itu adalah luar biasa dan kelihatan pelik. Kenapa jadi begini?


Bangunan megah dihadapan warong kepunyaan warga marhaen


Sikap double-standard

Maaf sekali lagi saya katakan. Kita sebenarnya penuh dengan sifat diskriminasi dan double standard. Adakah kita bimbang sekiranya kita termakan babi atau apa-apa saja bahan yang berunsur haram jika kita menikmati hidangan di warong Cina? Adakah kita memesan daging babi jika kita ke sana? Ataupun memesan hidangan biasa yang disertakan bersama beer?

Kenapa kita hanya mempunyai persepsi negatif sebegini pada warong-warong Cina? Macam mana pula mereka-mereka yang makan hidangan-hidangan daripada hotel-hotel besar kepunyaan Cina? Yang mana makanan tersebut bukan di masak di depan mata kita semua? Kenapa persepsi yang sama tidak diberikan kepada Melayu yang makan di hotel-hotel besar?

Dan, kenapa juga persepsi yang sama tidak diberikan terhadap orang-orang Melayu yang membeli kek di kedai Cina? Bagaimana pula dengan Melayu-Melayu yang belajar di oversea, di negara-negara kafir? Kerana saya lihat mereka dengan selambanya masuk ke restaurant kepunyaan non-Muslim dan menikmati makanan di dalamnya.

Kenapa persepsi sedemikian tidak timbul di dalam pemikiran kita dengan situasi-situasi di atas? Dan hanya timbul apabila seorang Melayu makan di warong-warong Cina tepi jalan? Adakah kerana warong tersebut terletak di tepi jalanan, maka persepsi negatif terus diberikan, sedangkan di hotel-hotel mewah dan di mana-mana perkara yang serupa tidak dibangkitkan. Betapa double-standardnya kita ini.

Kuncinya ada pada kita - adakah kita ke sana memesan benda-benda haram atau tidak? Kalau tidak ada, jadi kenapa kalut? Sama juga mereka-mereka yang makan di hotel besar, restoran-restoran Jepun atau Korea - yang mana harga sekali hidangan di sana adalah berkali-kali ganda harga hidangan di tepi jalanan.

Cina makan di kedai Melayu tak apa, tapi Melayu makan di kedai Cina jadi pelik! - hairan, hairan!

Friday, July 30, 2010

Kuala Lumpur Punya Cerita #2

Kehidupan Malam di Bukit Bintang

Sekarang ini musim pelancong dari Timur Tengah membanjiri Kuala Lumpur. Sehinggakan terasa seolah-olah bukan berada di negara sendiri bila duduk di tengah-tengah kesibukan kota. Bukit Bintang, dan mana-mana tempat sepertinya di KL - tidak pernah tidur. Maka kita boleh berjumpa dengan berbagai ragam kehidupan di sana.

Saya melihat anak-anak Melayu yang kekosongan jiwa merayau-rayau di merata tempat. Macam mana mengetahuinya? Mata mereka menceritakan segala-galanya. Lepak, adalah salah satu perkara wajib bagi mereka. Berselera ke orang-orang yang kononnya cinta dan sayangkan Melayu pergi bergaul dengan budak-budak Melayu ini dan memperbetulkan mereka?

Jangan sibuk-sibuk dan kemaruk nak satukan Melayu. Baiki dulu anak-anak Melayu yang bertaburan tanpa arah tuju di Kuala Lumpur, kalau betul-betul serius nak martabatkan bangsa Melayu. Boleh fikir tak, agak-agaknyanya Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Ketua Pemuda PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS, dan Timbalan Mursyidul 'Am PAS sanggup tak turun ke KL dan bergaul dan menyelami perasaan anak-anak orang Islam yang rosak dan seterusnya memberi nasihat/bimbingan kepada mereka?


Lelaki punk di atas ini membuat show bermain-main dengan kala jengking. Dia letakkan kala jengking atas muka dia, dan masukkan ke dalam mulut (2 ekor sekaligus). Tempatnya di hadapan Maybank Bukit Bintang. Sekali ambil foto kena bayar RM2. Tapi yang bagusnya, dia ni tak paksa orang ramai membayarnya walaupun ramai yang mengambil foto dan terus blah.. (termasuk saya! hahaha).

Jenis manusia di atas, dia sebenarnya sedang menghiburkan dirinya sendiri dan juga menghiburkan orang ramai. Dalam dadanya tidak ada apa-apa, maka dia mengambil jalan yang lain daripada yang lain untuk menghiburkan dirinya. Ramai orang sebegini di kalangan anak-anak Melayu Islam. Agak-agaknya, sanggupkah Zul Noordin (laknatullah) yang kononnya pencinta dan pejuang Islam membimbing, menyelami hati dan perasaan anak muda seperti ini?

Kerana Zul Noordin ini tidak habis-habis menyalak tentang Islam dihina dan perpaduan Melayu. Kalau betul-betul dia ambil peduli, apa kata dia baiki dulu orang-orang Islam dan Melayu yang dibawah dahulu? Tapi mustahil, kerana orang seperti Zul Noordin ini hanya memperalatkan agama dan berselindung disebalik imej Islam melalui kopiah dan janggut sejemputnya..

Ini pula pemuzik jalanan. Dari rupa dan nyanyiannya, saya agak mereka ini orang Thailand. Tapi agak seronok, dan saya enjoy melihat persembahan mereka (di hadapan Maybank BB), terutamanya apabila lelaki yang berdiri itu meniupkan serulingnya yang berbagai-bagai jenis. Sungguh tenang, tambahan pula malam itu bulan penuh. Bunyian yang sayu itu selang seli dengan bunyi deruman enjin kenderaan.

Penonton yang majoritinya dari orang Arab terhibur dengan persembahan mereka.

Ujian

Sewaktu mula-mula sampai di Bukit Bintang pada waktu malam, di hadapan BB Plaza saya telah disapa oleh seorang lelaki Cina yang berkata "Helo boss, saya ada perempuan muda dan cantik - dari Thai ada, Chinese pun ada, mau ka?"

Bukan sekali, tapi 3 kali pada malam itu. Kali kedua pada tempat yang tidak jauh dari situ. Seorang lelaki Cina dalam separuh abad mengekori saya sambil memujuk supaya saya menerima servis urut (massage) dan servis lain-lain yang akan dilakukan oleh "a young and beautiful Chinese lady".

Dan kali ketiga pada lewat malam - saya mencari tempat penginapan dan berselisih dengan wanita India separuh usia - dia tanya "do you need a young woman?" LOL..apa sebenarnya maksud mereka bertiga itu?

Mungkin mereka-mereka yang kemaruk dengan perpaduan Melayu itu redha dengan situasi seperti ini - Harussani, Zul Noordin, Hassan Ali, dan lain-lain - mereka bersetuju dan redha dengan pemerintah yang menghasilkan semua ini dalam masa 50 tahun memerintah.

Wednesday, July 28, 2010

Kuala Lumpur Punya Cerita #1

Kehidupan sebagai seorang student memang agak stress - dengan keadaan persekitaran/sekeliling, tugasan, pelajaran, sikap the so-called orang Islam (sama ada staff atau student), dan lain-lain.

Saya ambil keputusan untuk lari seketika daripada dunia yang diduduki sekarang ke dunia lain - terima kasih Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.Com di atas cadangan yang bernas ini. Saya ponteng kelas untuk 2 hari. Sengaja tak pilih hari minggu kerana hari minggu mesti sesak teruk.

Memanjakan diri di Kinokuniya KLCC.. banyak betul buku yang menggoda. Tapi hanya sekadar tengok dan beli apa yang termampu (kalau macam ini, bukan memanjakan diri namanya!)


Woit! Bukan ke buku ini kena ban dari masuk ke Malaysia? Dah boleh masuk ke sekarang ni? Harga dekat RM 100. Tak selera nak beli..


Inilah buku yang menjadi pilihan dalam banyak-banyak buku yang terdapat di dalam sana. Buku terbaru Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) - Tapai, cerita mengenai pengalamannya dengan makanan. Dalam Bahasa Inggeris, dan bahasa yang digunakannya senang untuk difahami. Good!



Dalam bilik hotel - dalam pukul 2.30 pagi baru habis baca 2 cerita - lepas tu ZzzzZZz....