Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Tenang, Bro Zaid.



Saya nak simpan dulu amarah untuk kaum Melayu. Seperti yang saya kata sebelum ini dan selama ini yang bermain di kotak fikiran, yang mendatangkan masalah setiap kali pilihanraya adalah pendirian dan sikap orang Melayu. Ok, stop kat sini dulu. Sambung lain kali. Entri ini hanya untuk Zaid Ibrahim, yang kalah bermaruah.


Adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Namun kalah sekali tak bererti kalah selama-lamanya. Flashback balik hampir 3 tahun lepas. PRK di Hulu Selangor lebih kurang macam PRK Ijok. Calon BN dari kaum India. Calon Melayu PKR pula bukan jenis calang-calang orang. Dua-dua PRK ini, calon India BN menang. Tapi di Ijok, calon India BN yang sama kalah pada calon Melayu PKR yang sama pada PRU-12. Yang menang tu, jangan sengeh memanjang ok.


Saya rasa Zaid Ibrahim lebih sesuai bertanding di tempat asalnya (Kota Bharu). Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi PKR pada 2004 sebelum bertukar menjadi kerusi PAS pada 2008. Kowtim sekali lagi dengan pemimpin PAS Kelantan untuk bagi kerusi Parlimen Kota Bharu kepada PKR, Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim sendiri bekas ahli Parlimen Kota Bharu 2004-2008.


Rezeki tak ada lagi, bro Zaid. Lagi satu, lain kali kalau bertanding, mesrakan diri dengan orang Melayu dengan merajinkan diri bercakap Bahasa Melayu. Jangan asyik Inggeris saja. Tahulah awak tu expert dalam BI. Kalau asyik cakap BI, nampak macam "terhakis" kemelayuan berbanding Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu. Faham-faham sajalah di negara "Ketuanan Melayu" ini.


Apa-apapun jadikan PRK ini sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa hadapan.

Wednesday, April 21, 2010

Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Bermaruah Seperti Zaid?

Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang menahann Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA. Bukannya mudah melihat seorang pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa dan pangkat meletakkan jawatannya atas dasar prinsip dan maruah.


Sebaik saja menjawat jawatan menteri, Zaid cuba untuk membersihkan institusi kehakiman dan ingin melakukan beberapa perubahan. Langkah Zaid yang paling diingati ialah cadangannya supaya kerajaan menebus dosa silam dengan membayar ex-gratia pada 5 orang peguam yang dianiayai pada lewat 80-an. Ketika itu kerajaan di bawah pemerintahan Mahathir.


Sekarang bermacam-macam penyelewengan yang semakin membarah di dalam pentadbiran negara. Tapi ada tindakan pemimpin-pemimpin UMNO? Mereka buat seperti lembu kenyang. Tak kisah asalkan poket penuh, walaupun ada diantara mereka yang menyedari hakikat ini. Tapi nak buat macam mana, kalau bersuara habislah segala kemudahan. Ini pemimpin UMNO, mana ada maruah.


Kalau ya pun Zaid minum arak dan berjudi, itu di zaman UMNO okay. Dan itu juga menunjukkan perangai-perangai sebenar pemimpin UMNO. Kalau Zaid pernah begitu di dalam UMNO, apatah lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Tak usah tunjuk baiklah. Sebelum serang peribadi orang, cermin sikit diri tu.


Orang Melayu, tolong buka mata! Jaga maruah kamu.

PAS sudah lama memaafkan Zaid. Zaid sudah lama bertaubat. Islam melarang membuka aib orang yang sudah bertaubat. Yang sudah tu sudahlah. Paling penting beliau sedia melawan kemungkaran. Zaid pun senang dengan PAS.


Walaupun pernah terluka dengan tindakan Zaid terhadap Kerajaan Kelantan 17 tahun lalu, Tok Guru dah lama maafkan Zaid. Lusa beliau datang ke Hulu Selangor untuk bagi sokongan kepada Zaid. Semoga berkat bersalaman dengan tok guru membuahkan hasil kemenangan kepada Zaid nanti, InshaAllah.



Zaid letak jawatan dalam kabinet kerana menentang ISA. Tahun lepas beliau ambil keputusan untuk sertai rakyat dalam perarakan anti ISA. Walaupun lututnya sudah tidak sekuat 30 tahun lalu, tapi beliau tetap tidak mahu ketinggalan bersama-sama membantah kezaliman.

Monday, April 19, 2010

Kejahatan Blogger-Blogger UMNO

Ini gambar asal Zaid Ibrahim ditemuramah dari website The Nut Graph. Gambar ini dipergunakan oleh beberapa ekor blogger UMNO untuk memfitnah Zaid.



Lihat, teknik super imposed. Apa kejadahnya buat gambar Zaid peluk botol arak? Tak boleh buat cantek sikit ke untuk menipu? Blogger UMNO memang sinonim dengan bab-bab gambar superimposed.

Saturday, April 17, 2010

Zaid Ibrahim



Zaid Ibrahim berasal daripada keluarga yang berlatarbelakangkan PAS. Asal dari keluarga yang susah. Saya khatam membaca bukunya (Saya Juga Melayu) pada tahun lepas. Dalam buku tersebut beliau menceritakan sewaktu kecil bapanya selalu membawa beliau mendengar ceramah-ceramah PAS di sekitar Kota Bharu.


Beliau boleh dijadikan kebanggaan dan contoh kepada bangsa Melayu tentang usahanya yang bersungguh-sungguh yang menjadikan beliau seorang yang berjaya. Peguam yang hebat berasal daripada keluarga yang susah.


Beliau menjadi ahli UMNO pada penghujung 80-an dan menceburkan diri di dalam politik pada awal 90-an. Ketika inilah kontorversi melanda dirinya dengan tindakannya memfailkan saman terhadap enakmen hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.


Zaid Ibrahim boleh dikategorikan sebagai seorang yang hebat. Dengan usahanya, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004 walaupun kesemua DUN di bawah parlimennya adalah milik PAS. Pengundi Kota Bharu mengundi beliau kerana kewibawaan beliau.


Ini sama hebatnya dan ada persamaannya dengan kewibawaan Allahyarham Razali Ismail (bekas MP Kuala Terengganu) dan Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad (bekas MP Hulu Selangor). Pengundi di kedua-dua kawasan parlimen ini mengundi kedua-dua tokoh ini berdasarkan kewibawaan mereka.


Lihat Parlimen Kuala Terengganu dan Hulu Selangor. Di Kuala Terengganu, 3 daripada 4 DUN dikuasai oleh PAS dan selebihnya MCA, tapi ahli parlimennya daripada BN. Hulu Selangor pula, ketiga-tiga DUN dikuasai oleh BN, tapi ahli parlimennya daripada PKR. Sama dengan keadaan Zaid Ibrahim di Parlimen Kota Bharu (2004), bukan?


Di bawah ini saya turunkan tulisan Zukri Arsah yang saya petik sedikit dari Merdeka Review :


Dalam PKR juga, Zaid tidak sunyi dari dilanda kontroversi. Beliau pernah dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana kritikan terbukanya terhadap PKR yang dikatakan tidak tegas dalam membuat keputusan terhadap Zulkifli Noordin.

Manusia kontroversi inilah yang menjadi pilihan PKR untuk dipertaruhkan di Hulu Selangor, mengapa? Saya menyusuri secara rambang peristiwa-peristiwa di sekitar kontroversi yang menyelubungi diri Zaid Ibrahim ini. Ringkasnya ia terjadi kerana Zaid cukup terbuka dalam memperkata atau mengkritik sesuatu perkara, sehingga mungkin ramai yang tidak boleh menerima kepedasannya, Zaid juga saya lihat tidak mudah tunduk kepada kebiasaan yang pada pemikirannya salah. Semua kritikan tindakan kontroversinya ini pula hanya memusat kepada satu perkara, pendirian hidupnya!

Apakah ini lambang "taubat" PKR yang ingin dipotretkan kepada rakyat, setelah diuji teruk dengan isu kebolehpercayaan, pengkhianatan dan pembelotan? Zaid Ibrahim bukan kawan Anwar 30 tahun, Zaid Ibrahim bukan mentee politik Anwar, Zaid Ibrahim memang manusia kontroversi, tetapi kontroversinya kerana prinsip, kontroversinya kerana pendirian, yang tidak pernah dijual-belinya dengan harta mahupun kuasa. Senang cakap, Zaid Ibrahim ini boleh percaya! Sekurang-kurangnya beliau telah terbukti lebih berprinsip berbanding Zulkifli Noordin yang ada latar belakang PAS atau Mohsin yang tidak pernah lekang kopiah.

Saya pun pernah berjumpa dengan Zaid Ibrahim pada satu ketika, beliau nyata seorang yang humble.



Kesimpulannya, Zaid Ibrahim memang wajar disokong di Hulu Selangor.