Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Syariat dan Keadilan Sosial - Mana Lebih Utama?



Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri di bawah. Bagi sesiapa yang masih lagi kabur tentang pendirian saya mengenai perjuangan, disarankan membaca entri yang pernah saya tulis di dalam blog ini pada penghujung bulan April. Klik di sini [link]


Saya tetap dengan pendirian apabila sesebuah kerajaan baru berjaya mengambil alih pentadbiran negara Malaysia, perkara yang mula-mula yang perlu dilaksanakan dalam pemerintahan ialah keadilan sosial. Selain daripada itu, segala penyelewengan, korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran harus terlebih dahulu diselesaikan. Bukannya terus menutup kilang arak dan pusat judi di Genting Highlands. Benda sebegitu memang perlu dihapuskan, tapi biarlah secara berperingkat.


Macam mana nak mengaku pemerintahan kita ini pemerintahan Islam sedangkan tahap kemiskinan masih lagi tinggi, kepincangan dalam pasukan keselamatan masih lagi ada, imej mahkamah masih lagi belum bersih, dan yang penting, kebebasan rakyat dalam menyuarakan pandangan, kebebasan berhimpun, media, dan lain-lain masih lagi belum diselesaikan? Sepatutnya perkara sebeginilah yang patut diambil berat dahulu daripada asyik bercakap tentang syariat wajib, syariat wajib, syariat wajib, aku nak syariat, aku nak syariat, aku nak Islam, - ingat orang lain tak nak ke? Dia seorang saja nak??


Tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat di negara ini yang hampir separuh bukan beragama Islam. Tunjukkan teladan kepada mereka melalui corak pemerintahan yang berasaskan Islam iaitu dengan keadilan. Kemudian buat penerapan kefahaman Islam kepada masyarakat sedikit demi sedikit. Kalau tiru cara pemerintahan macam Taliban di Afghanistan, habislah. Itu haram, ini haram, masuk neraka, berdosa - jangan kata orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun menyampah kalau dengan cara ekstrim sebegini.


Cuba lihat Taliban dulu. Baik sangatkah mereka memerintah Afghanistan cara begitu? Yang saya nampak, masyarakat memandang Islam dengan pandangan negatif, disebabkan keekstriman mereka. Dan benda inilah yang saya tentang. Saya tak suka kalau mereka yang kononnya pencinta agama itu berdakwah cara ekstrim - memaksa orang ramai menerima bahawa syariat mesti ditegakkan. Hampas, strategi tak ada. Kenapa kalau sebut negara Islam, mesti ditekankan hudud? Kenapa negara Islam mesti hudud, dan hudud mesti negara Islam?



Tak bolehkah negara Islam itu selalu dinyatakan sebagai negara yang menjamin keadilan sosial dan kebebasan individu? Tak bolehkah disinonimkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai pentadbiran yang bersih?


Dakwah mesti ada strategi kalau nak orang ramai terima Islam. Bukan orang Islam saja yang boleh terima, orang bukan Islam pun boleh. Memang bukan kita yang bagi hidayah, tapi apa gunanya ayat "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik" (An-Nahl:125)? Secara bijaksana itulah dengan strategi. Akibat tidak bijaksanalah, agama Islam dipandang serong. Ini hasil daripada kerja umat Islam itu sendiri. Mereka memalitkan tahi pada agama mereka sendiri.


Sepatutnya soalan "Bila lagi syariat nak ditegakkan?" usah dilayan. Sebaliknya tanya dan nyatakan pada mereka, "Where is your fucking strategy? You are always talking shit with a damn move."


Tolonglah. Sekali lagi diulangi, ini Malaysia, bukan Arab Saudi, bukan Mesir, bukan Pakistan, bukan Yemen, rakyat negara ini dahagakan keadilan. Mereka dahagakan kebebasan. Mereka dambakan sistem pemerintahan yang bersih untuk kebaikan dan kesamarataan semua kaum. Tanpa ada sedikitpun diskriminasi yang membabitkan warna kulit, paras rupa, dan agama. Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

Sunday, May 30, 2010

Memerangi Golongan Pelampau Islam



Golongan-golongan pelampau ini, mereka menjadikan Ma'alim fit Toriq karya Syed Qutb sebagai panduan mereka dan mencontohi gaya pemikiran dan penentangan Syed Qutb yang agak radikal. Syed Qutb, hanya melihat dunia ini hanya ada 2 warna, iaitu hitam dan putih - sedangkan warna-warna ini bukan setakat 2 warna itu sahaja, banyak lagi bukan? Merah, biru, hijau, kuning, dsb? Masyarakat hanya terbahagi pada dua, Islam dan Jahiliah. Parti politik pun terbahagi kepada dua, Parti Allah (Hizbullah) dan parti Syaitan (Hizbus Syaitan).


Syed Qutb melawan kefasikan Gamal Abdul Nasir dengan dakwah cara kekerasan. Akibat daripada itu, dia dihukum gantung. Sebelum itu, harus diketahui bahawa Syed Qutb pernah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Gamal Abdul Nasir. Tapi Syed Qutb menolak dengan beralasan tidak rela bersekongkol dengan kerajaan Jahiliyyah. Saya tak pasti apakah Syed Qutb sedar atau tidak bahawa jawatan itu merupakan jawatan yang strategik untuk misi Islamisasi sesebuah negara.


Sekarang, contoh-contoh di atas cuba diterapkan di Malaysia. Mereka cuba menganggap suasana dan iklim di Malaysia tidak ada beza dengan negara Timur Tengah. Golongan ekstremis ini yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta agama terus menerus mempromosikan perjuangan mereka tanpa memikirkan kesan dan fitnah yang bakal timbul terhadap agama Islam hasil daripada tindakan mereka itu. Mereka mahu merobah keadaan yang sedia ada sekarang ini dengan sekaligus. Maksud saya, merobah secara total daripada suasana yang so-called jahiliyyah ini kepada Islam. Nampak macam menarik tapi...


Pernahkah terlintas di fikiran tentang pemahaman masyarakat di Malaysia yang mempunyai berbeza-beza pandangan tentang agama Islam? Sama ada orang Islam itu sendiri mahupun orang bukan Islam. Dakwah pada zaman ini, tidak sama dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu baginda menerima wahyu dahulu. Nabi Muhammad menyampaikan Islam dalam keadaan masyarakat Jahiliyyah tidak pernah tahu dan dengar pun apa itu Islam? Mungkin jika masa itu kita berada di sana, dan bertanya pada mereka (masyarakat Jahiliyyah) tentang Islam, pasti mereka akan bertanya kita balik, "Islam? What the heck is that?" - wow! Arab Jahiliyyah speaking English you!


Maksud saya, masyarakat Arab Jahiliyyah tidak pernah tahu apa itu Islam sewaktu Nabi mahu memulakan dakwah. Tapi - pada zaman sekarang, abad ke-20, hampir semua orang tahu apa itu Islam. Mereka mengenal perkataan "Islam" itu dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai agama ini. Ketika inilah dakwah secara hikmah diperlukan. Islamisasi secara beransur-ansur, memberi kefahaman secara sedikit demi sedikit, bukannya hentam semua terus macam golongan-golongan ekstremis/pelampau ini, yang teruja dengan ideologi Syed Qutb.


Dalam Islam, golongan non-Muslim mempunyai hak mereka tersendiri. Dalam hal ini, saya menyokong pendapat Imam Hanafi, yang melihat dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu dunia Islam dan dunia bukan Islam, di mana dunia bukan Islam ini harus dihormati hak-hak mereka. Tidak seperti pendapat Imam Syafi'e yang melihat dunia ini hanya dunia Islam sahaja. Apabila Islam memerintah, orang bukan Islam tidak dibenarkan menjalankan hak mereka seperti berjual beli perkara-perkara yang diharamkan seperti arak dan babi.


Hari ini, pendekatan yang patut dijalankan terhadap masyarakat ialah terangkan Islam dalam konteks berpaksikan keadilan untuk semua. Bukan tergopoh-gapah menerangkan serta memaksa orang ramai menerima bahawa syariat itu mesti ditegakkan. Golongan inilah, sebaik saja mendapat kuasa, perkara yang pertama-tama yang terlintas di fikiran ialah mengharamkan itu-ini-itu-ini. Masyarakat akan beranggapan Islam adalah agama yang tidak menjamin kebebasan dan ini menyebabkan akan berlakunya penolakan terhadap Islam itu sendiri. Kuncinya, dakwah pakai akallah, bro!


Saya, membesar dalam sistem pendidikan Islam semenjak kecil hingga sekarang. Dahulu saya akui saya juga pernah berfikiran ekstremis sebegitu. Tetapi, alhamdulillah setelah melalui beberapa fasa pencerahan, saya pada hari ini jauh berbeza dari dahulu. Cuba bayangkan, orang yang mendapat pendidikan Islam dengan secukupnya macam saya inipun rasa menyampah apabila golongan pelampau ini menyebarkan idea gopoh mereka, apatah lagi dengan orang yang bergelumang dengan gaya hidup yang tidak sihat, serta orang bukan Islam - apakah mereka boleh menerima dakwah sebegini?


Inilah pemikiran yang berjaya diterapkan oleh Syed Qutb... Sekali lagi, pernahkah terfikir apakah umat Islam pada zaman sekarang yang kebanyakannya menganut berbagai-bagai ideologi dari Barat ini berminat dengan Islam apabila hujah Syed Qutb seperti ''Islam itu lengkap, tidak perlu mengimport mana-mana unsur di dalamnya,". Apa jawaban golongan libertarian, demokrat dan sosialis yang mana mereka juga mempunyai hujah bahawa ideologi mereka itu ada persamaan dengan Islam?


Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

Thursday, February 18, 2010

Salute Untuk Pemuda PAS. Bravo!




Gambar diambil daripada blog Ketua Pemuda PAS


Akhirnya Dewan Pemuda PAS telah membuat sesuatu yang boleh diberi pujian. Ini baru betul-betul Task Force Anti Zina. Masa yang dibuat pun tepat iaitu menjelang Valentine Day. Bukannya dibuat pada saat Valentine Day (14 hb) hampir-hampir menutup tirainya (pada malam itu sudah menjelang 15 hb Februari). Tahniah Pemuda PAS. Ini baru betul. Apabila perancangan dibuat secara teliti, barulah misi boleh berjalan dengan lancar. Program sebegini tidaklah sehampeh JIM di Masjid Jamek tu...

Tuesday, February 16, 2010

Kerja Dakwah Yang Lompang


Mengecewakan! Itulah getusan hati saya berkenaan satu kerja yang kononnya untuk berdakwah. Petang Ahad, saya bersama dua orang kawan bertolak ke Masjid Jamek pada sebelah petang. Sebenarnya saya tak mahu pergi, tapi kawan saya yang beria-ria mengajak saya untuk turut serta dalam kerja "dakwah" sempena hari Valentine. Saya terpaksa juga ikut, dengan syarat, "hang beria-ria ajak aku, dengan syarat hang support semua perbelanjaan". Maka bermulalah perjalanan kami pada sebelah petang.


Saya pergi pun dengan tujuan hanya nak memerhatikan bagaimana pihak yang beria-ria ini nak menjalankan dakwah. Pada hari tersebut saya sudahpun mengenalpasti beberapa kepincangan dan kelompangan yang terdapat pada program ini. Sudah saya nyatakan pada entri yang lepas-lepas, saya amat tidak suka dengan orang yang tidak menepati masa. Dalam pengumuman cakap mula pukul 6 petang, kami datang depa tak start lagi dan asyik sembang-sembang sesama mereka di bahagian luar masjid. Sudahlah tarikh tidak tepat, sepatutnya program itu dibuat pada hari sebelumnya (menjelang 14 Februari dan disambung pada 14 Februari). Tiba-tiba saja ada seorang makhluk yang berjubah hitam sambil memakai kopiah "menyerang" dan memarahi orang-orang yang hadir kerana buat program tanpa ada surat daripada JAWI. Orang tersebut ialah muadzzin Masjid Jamek. Orangnya pendek, mukanya sangat tidak hensem, dan bukan orang asal Kuala Lumpur (daripada percakapannya, saya agak dia berasal dari Pantai Timur).


Kalau ya pun nak tegur orang, jagalah bahasa tu. Tak boleh cakap dan bincang elok-elok? Habis semua mata tertumpu pada suaranya yang kuat itu. Ini salah satu contoh perosak imej Islam. Pakai jubah dan kopiah tapi standard sama dengan mat lepak di kedai kopi. Bodoh! Satu lagi kepincangan berkenaan pihak yang menguruskan program ini (JIM dan sebagainya.) ialah tiada kemesraan terpampang di wajah mereka tatkala ketibaan orang yang ingin menyertai kerja dakwah mereka. Semua buat hal masing-masing. Bak kata kawan saya, tiada 3S pada mereka. 3S ialah "salam, senyum, dan sapa". Kami tunggu sehingga solat Maghrib, selepas itu mereka masih lagi tidak bermula sehinggalah solat Isya'. Tidak mula juga. Kemudian beberapa orang pemuka mereka buat satu mesyuarat di dalam sebuah bilik yang terdapat di perkarangan masjid Jamek itu.


Bila nak start ni? Jam sudah pukul 9 lebih, tapi kerja masih belum mula. Inilah yang membuatkan saya malas menyertai mana-mana kerja ataupun majlis. Tidak tepat pada masa. Ini salah satu kelebihan orang Melayu. Agak lama kami menunggu, dan akhirnya give up. Hampir pukul 10 malam, tidak ada lagi tanda-tanda kerja dakwah nak bermula, kami ambil keputusan untuk pulang. Sepanjang perjalanan kami balik ke Bangi melalui KTM, boleh dikatakan 90% percakapan kami bertiga adalah mengenai betapa tidak bergunanya program ini. Dan bagi saya, ia buang masa. Menyesal saya ikut kawan saya berdua itu.


Macam ini ke nak tegakkan syiar Islam? Nak berdakwah? Masa pun tak tepat. Mesra pun tak. Piiirah. Ini hadiah buat pihak yang berkenaan khususnya JIM - Khaaak ptuihhh!!!


p/s : Hari Ahad (14 Feb) adalah kali pertama saya di kota Kuala Lumpur pada sebelah malam. Sebelum ini hanya ke sana pada waktu siang saja.


Makluman (update 17 Feb 2010, 6:02 PM) : Saya (RJ) memohon maaf atas kesilapan memasukkan sekali pihak PKPIM di dalam program Task Force ini. Program ini sebenarnya dianjurkan sepenuhnya oleh JIM dan KARISMA. Tapi dapat dikenalpasti ada beberapa orang ahli GAMIS dan PEPIAS (PKPIM Selangor) di sana.