Wednesday, August 25, 2010

Kafir DAP Masuk dalam Surau


(Gambar : MP Serdang, Teo Nie Ching di Surau al-Huda, gambar diambil tanpa izin daripada Facebook beliau)

Persoalan mengenai perbedaan ideologi di antara parti-parti yang melawan UMNO bagi saya sudah kabur dan tidak penting untuk diungkitkan dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia dan membina Malaysia yang lebih baik. Kalau musuh kita orang yang sama, kenapa kita perlu melihat pada perbezaan di antara kita, bukannya melihat pada persamaan?

Persamaan kita - sama-sama mahu menguburkan pemerintahan UMNO yang jahat dan zalim sejak dari dulu hingga kini. Kita semua memperjuangkan demokrasi tulen, memulihkan institusi-institusi yang telah dicemari oleh UMNO, melawan rasuah dan penyelewengan, dan sebagainya. Ramai lagi rakyat yang hidup merempat, harga barang dan komoditi sentiasa naik walaupun Malaysia kaya dengan sumber dan bahan galian.

Tak perlulah timbulkan bila memerintah nanti, nak haramkan itu dan ini, nak Islam berdaulat, nak perlembagaan baru, nak negara sekular, atau hidupkan semula masyarakat Madani. Selesaikanlah dulu permasalahan rakyat. Tak usahlah kecoh kalau ahli parlimen pembangkang yang non-Muslim lebih ramai dari ahli parlimen pembangkang yang Muslim. Kalau majoriti ahli parlimen itu Muslim dan berjaya tubuh kerajaan baru nanti, boleh terjamin ke nasib rakyat Malaysia ini, bangang?

Oleh itu, fokus utama yang patut ditumpukan oleh kita semua ialah - tumbangkan Syaitan al-Akbar di Malaysia ini, iaitu regime UMNO/BN. Implikasi kejatuhan regime ini selepas daripada itu, tak usah kalut fikirkan sekarang. Yang penting - ingat target kita.

0 comments: