Tuesday, September 29, 2009

PAS Akan Ditimpa Musibah

Memang kalut sehari dua ni di dalam parti PAS khususnya di Selangor. Walaupun dari dulu ada pemiimpiin-pemimpin PAS menafikan adanya 2 kelompok di dalam PAS, tapi sekarang sudah jelas, semakin nampak buktinya yang PAS sudah benar-benar terbahagi kepada 2. Lebih ketara semenjak Muktamar pada Jun lepas. Apa masalah mereka semua ni?


Saya sendiri sudah mula berasa muak dengan gelagat segelintir pemimpin PAS yang pernah saya puji ketika dulu. Hasan Ali punya pasallah ni, PAS Selangor bercakaran sesama sendiri. Nampaknya PAS sudah dijangkiti oleh perangai UMNO, salah satu sebabnya ialah ada lagi pemimpin di dalam parti Islam ini yang sudah mula berfikir dan bercakap mengenai Melayu, satu agenda yang amat ditentang oleh PAS suatu ketika dulu.


Hasan Ali memang nak kena penampar. Ini semua pengaruh pemikiran UG yang diimport daripada Terengganu. Saya rasa pencapaian PAS akan merosot pada masa hadapan. Parti PAS sudah menjadi parti yang bermasalah, melainkan dibuang kesemua virus-virus yang mula bersarang.


Hasan Ali tak sayang mulut!! Barangkali sifat UMNO yang ditinggalkan oleh beliau lebiih 10 tahun lepas menjelma kembali. Selcat yang digunakan untuk tujuan pemerintahan yang adil dan telus dipertikai, dan diminta siasatan dijalankan secara tertutup. Ini telah menimbulkan pergeseran diantara PAS dan DAP di Selangor. Sebelum ini telah banyak timbulnya perselisihan diantara PAS dan DAP.


Dengan sikap PAS ini, saya pasti ramai pengundi dan penyokong parti ini yang bukan Islam berasa kecewa. Betullah apa yang selalu orang ramai laungkan selama ini, PAS jika menang akan bongkak dan lupa diri. Gara-gara jangkitan daripada virus geng-geng Terengganu. Sekapal dengan puak-puak berideologi Unity Government/Kerajaang Perpaduang Makang Ikang. Bila menegur kepimpinan diianggap satu kesalahan, yang kerap keluar dari mulut ialah wala'! wala'!


Sekarang Khalid Samad di Selangor menjadi mangsa gara-gara tegurannya terhadap Hasan Ali. Kerja yang sepatutnya dilakukan ialah memperkukuhkan Pakatan Rakyat, jangan biarkan UMNO/BN mengambil kesempatan melalui media jika ada perselisihan, dan akhirnya menjahanamkan UMNO/BN pada PRU akan datang. Ini tidak, perbuatan demi perbuatan gara-gara sebahagian pemimpin PAS telah memberi satu peluang kepada UMNO untuk menyerang balas.


Satu-satunya cara untuk hapuskan virus di dalam PAS ialah dengan singkirkan puak-puak yang berhaluan pemikiran UG, khususnya dari Terengganu. Nak harapkan Presiden PAS ambil tindakan terhadap Hasan Ali? Tak tahukah semua orang betapa "kamceng"nya dua orang itu? Mereka semua sekapal, ada mereka bermakna PAS akan jahanam. Haji Hadi, Hasan Ali, Roslan SMS, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, Hasan Thontowi, Harun Taib, Azman Shapawi, Nik Zawawi, Abu Bakar Chik, dan lain-lain yang sefahaman dengan mereka.


Satu saja perkataan yang sesuai diitujukan kepada virus-virus dan penyakit dalam PAS ini ialah - CUKUPLAH! Undurlah kalian, jangan cemarkan PAS sebagai parti Islam dan memasukkan unsur kemelayuan. Saya cukup benci dan sakit hati terhadap golongan yang bongkak dan mudah lupa diri di dalam PAS, penyebab kekalahan teruk di Terengganu pada 2004 dan 2008.


Jangan jadikan gelaran ulama' menyebabkan orang lain tak layak menegur. Asal baru balik belajar dari Mesir, Madinah, sudah dicop ulama' di dalam PAS. Kalau PAS kalah teruk dalam PRK Bagan Pinang yang akan datang, dan juga dalam PRU-13, tengoklah berbakul-bakul sumpahanku kepadamu semua!


Nota :


Saya memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog kerana ketiadaan masa yang sesuai dan juga sambungan internet yang cukup menyakitkan hati, membuatkan saya sentiasa menangguh dahulu untuk mengemaskini blog. Terima kasih kerana melayari blog ini.

Friday, September 25, 2009

Duri Dalam Daging Di Selangor




Inilah wajah manusia yang membawa banyak kerugian kepada pihak kerajaan PR Selangor. Dulu lain sekarang lain. Dah berubah 360 darjah. Sebelum menang pilihanraya bukan main lagi janji itu ini. Bila menang, MAIS tah ke mana. Pembahagian zakat pun macam dulu, tak berubah-ubah. Dia ni sudah jadi satu bebanan kepada PAS khususnya. Nada pun dah dekat nak sama dengan Khir Toyol. Setiap kali berlangsungnya pilihanraya kecil, pasti dia ni buat hal. Ada apa-apa masalah, tidak puas hati, suka betul hebohkan, kalau dah tau UMNO/BN akan ambil kesempatan. Isu arak, dah kena belasah dek sultan baru diam.


Bukan ke nak jadikan kerajaan PR sebuah kerajaan yang telus? Kenapa mahu Selcat mengadakan siasatan secara tertutup? Takut memalukan pegawai kerajaan konon. Membuli? Ingat SPRM dan polis ke ni nak main buli-buli?


p/s : Dengar kata muka inilah yang pasang angan-angan nak jadi MB Selangor. Wallahualam. Siapa la yang bengap sangat kekalkan munkee ni jadi Pesuruhjaya PAS Selangor? Dah tau akar umbi tak suka, kekalkan juga. Sama la macam orang dah berbulu dengan Mustafa Ali, alih-alih si bengap tu jadikan dia sebagai Setiausaha Agung.


PAS oh PAS! Nak Selangor jadi macam Terengganu ke pada 2004 dulu? Dah menang sepenggal mula bongkak.

Tuesday, September 22, 2009

Erti Berhari Raya

Di Malaysia, apabila tibanya Hari Raya 'Idul Fitri semua orang tak kira Muslim atau tidak akan menyambutnya dengan penuh meriah, salah satu tandanya ialah rancangan hiburan yang berlambak di dada televisyen. Artis-artis yang sewaktu Ramadhan dahulu kelihatan sopan sekarang sudah kembali ke sedia kala. Menjerit dan menyalak di dalam TV diikuti dengan drama lawak bodoh.. Manakala yang lain pula sibuk berparti kadang-kadang makanan dibazirkan, buat rumah terbuka, adakah dalam keadaan yang meriah dan gembira ini kita ada terkenangkan bagaimana nasib saudara sesama Islam kita berhari raya di Selatan Thai? Macam mana pula dengan rakyat Palestin? Ramai yang menyebut Hari Raya adalah hari kemenangan. Apa ertinya kemenangan jikalau al-Aqsa masih lagi belum dibebaskan. Apa ertinya kemenangan jika umat Islam masih lagi dihina dan ditindas.


Jadi apa ertinya berhari raya? Sekadar kunjung mengunjung sambil menjamu lemang, ketupat, dan rendang? Ataupun menginsafi dan bersyukur kepada Allah di atas nikmat keamanan yang diberikan. Virus yang menular masih belum ada penawar, yang laku adalah topeng-topeng muka.


p/s : Selamat Berhari Raya kepada semua. Sempat curi sedikit masa untuk update ;)

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak

Salam 'Idul Fitri,


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua penjenguk blog ini yang beragama Islam. Saya ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang ada terasa hentaman akibat penulisan saya, terasa hati, dan lain-lain. Seribu kemaafan dipohonkan. Dan juga jutaan terima kasih saya kepada penjenguk blog ini yang setia menjenguk tiap-tiap hari, walaupun jumlahnya tidak ramai. Sengaja saya tak mengemaskini blog selama beberapa hari kerana ingin berehat untuk menyambut hari yang mulia ini. Juga ucapan Selamat Hari Raya ini juga ditujukan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, sama ada melalui alam nyata mahupun alam maya. Blog ini akan dikemaskini semula dalam masa yang terdekat.

Thursday, September 17, 2009

Jangan Ucapkan Terima Kasih



Kepada Puan Laila dan Sdra Mat Sah, gembira memanglah gembira apabila dapat berkumpul semula setelah lebih 7 tahun terpisah. Tambahan pula dah dekat nak raya. Walaubagaimanapun, jangan sesekali berterima kasih kepada orang yang zalim yang bertanggungjawab menyekat kebebasan insan yang merdeka, berlaku zalim menahan tanpa bicara tanpa dibuktikan kesalahan, tanpa dibicarakan. Teruskanlah perjuangan menuntut akta zalim itu dimansuhkan dan kem Kamunting ditutup. Mereka itu berlagak seolah-olah lebih berkuasa daripada Allah SWT. Sedangkan Allah SWT sendiri membicarakan hambaNya di Padang Mahsyar kelak.


Tahniah diucapkan kepada Mat Sah sekeluarga dan lain-lain keluarga tahanan Kemunting yang lain yang telah dibebaskan.