Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Ulangtahun Ke-19 Kerajaan Kelantan



Pada 21 Oktober 1990 parti gabungan S46 dan PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Tuan Guru Nik Aziz dinobatkan menjadi Menteri Besar yang baru menggantikan Ahmad Yaakob. Semenjak mengetuai Kelantan pada 1990 hingga sekarang, berbagai perkara di dalam pentadbiran negeri diubah, sesuai dengan slogan "Membangun Bersama Islam". Negeri Kelantan menjadi negeri yang Islamik di dalam negara Malaysia. Pada awal pemerintahan, Tuan Guru melakukan perubahan drastik dengan menutup kedai judi, menghadkan jualan arak, menutup kedai kerinting rambut, memperkenalkan sistem perbankan Islam, mengasingkan akaun kerajaan negeri yang mempunyai hasil riba, serta menghapuskan riba.


Tuan Guru Nik Aziz juga membuat beberapa perubahan yang belum terdetik bagi mana-mana Menteri Besar ketika itu, contohnya memperkenalkan cuti bersalin, kerja 5 hari dalam seminggu, mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari cuti dan hari menuntut ilmu, rumah minimum 3 bilik, dan sebagainya. Akhirnya perubahan-perubahan sebegini mulai ditiru oleh kerajaan pusat. Jasa Tuan Guru Nik Aziz begitu besar dalam menyuburkan unsur-unsur Islam di dalam pemerintahan. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak menjadi Menteri Besar, maka agak lewat bagi rakyat menikmati semua di atas.


Sepanjang pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dan negeri Kelantan banyak menerima dugaan. Antaranya dinafikan bantuan oleh kerajaan pusat, negeri Kelantan dianak tirikan, sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz terpaksa merangkak untuk membangunkan Kelantan, tambahan pula sepanjang pemerintahan beliau, beliau tak habis-habis dicemuh dan difitnah oleh UMNO. Banyak kenyataan beliau dimanipulasi dan diselewengkan oleh UMNO. Tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan hingga sekarang. Kelantan semakin makmur. Agak susah untuk mencari pengganti yang serupa dengan beliau untuk mengemudi negeri Kelantan.


Hari ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana berjaya memerintah dan mempertahankan Kelantan selama 19 tahun. Hari ini juga genap 19 tahun pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Semoga ia berkekalan.

Tuesday, September 22, 2009

Erti Berhari Raya

Di Malaysia, apabila tibanya Hari Raya 'Idul Fitri semua orang tak kira Muslim atau tidak akan menyambutnya dengan penuh meriah, salah satu tandanya ialah rancangan hiburan yang berlambak di dada televisyen. Artis-artis yang sewaktu Ramadhan dahulu kelihatan sopan sekarang sudah kembali ke sedia kala. Menjerit dan menyalak di dalam TV diikuti dengan drama lawak bodoh.. Manakala yang lain pula sibuk berparti kadang-kadang makanan dibazirkan, buat rumah terbuka, adakah dalam keadaan yang meriah dan gembira ini kita ada terkenangkan bagaimana nasib saudara sesama Islam kita berhari raya di Selatan Thai? Macam mana pula dengan rakyat Palestin? Ramai yang menyebut Hari Raya adalah hari kemenangan. Apa ertinya kemenangan jikalau al-Aqsa masih lagi belum dibebaskan. Apa ertinya kemenangan jika umat Islam masih lagi dihina dan ditindas.


Jadi apa ertinya berhari raya? Sekadar kunjung mengunjung sambil menjamu lemang, ketupat, dan rendang? Ataupun menginsafi dan bersyukur kepada Allah di atas nikmat keamanan yang diberikan. Virus yang menular masih belum ada penawar, yang laku adalah topeng-topeng muka.


p/s : Selamat Berhari Raya kepada semua. Sempat curi sedikit masa untuk update ;)

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak

Salam 'Idul Fitri,


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua penjenguk blog ini yang beragama Islam. Saya ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang ada terasa hentaman akibat penulisan saya, terasa hati, dan lain-lain. Seribu kemaafan dipohonkan. Dan juga jutaan terima kasih saya kepada penjenguk blog ini yang setia menjenguk tiap-tiap hari, walaupun jumlahnya tidak ramai. Sengaja saya tak mengemaskini blog selama beberapa hari kerana ingin berehat untuk menyambut hari yang mulia ini. Juga ucapan Selamat Hari Raya ini juga ditujukan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, sama ada melalui alam nyata mahupun alam maya. Blog ini akan dikemaskini semula dalam masa yang terdekat.