Tuesday, June 30, 2009

Cara Yang Patut Digunakan Oleh UMNO Untuk "Menawan" Manek Urai


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan tak lama lagi. Dua-dua belah pihak sama ada PAS atau UMNO sudah lama menggerakkan jentera masing-masing untuk menawan pengundi di DUN tersebut. Calon dah pun diumumkan. Jika sebelum ini di mana-mana pilihanraya kecil saya selalu menyokong serta membantu calon Pakatan Rakyat yang bertanding, tapi kali ini saya ingin berubah angin sekali. Saya ingin "membantu" UMNO untuk menawan Manek Urai.
Mungkin kaedah yang saya cadangkan boleh dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk melaksanakannya, lagipun UMNO dilihat bersungguh-sungguh mahu menawan DUN ini walaupun hakikatnya jika UMNO memenanginya, ia sedikitpun tidak menggugat Kerajaan Kelantan. Sampaikan Mustafa Mohamad pun memancing pengundi di sana dengan mengatakan Manek Urai akan menjadi anak angkat kepada kerajaan Pusat jika UMNO berjaya memenanginya. Oleh itu hati saya tergerak untuk "membantu" UMNO.
Caranya ialah dengan merekrut beberapa pemuka UMNO untuk berkempen di sana. Orangnya ialah Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin, dan Ezam Mohd Noor. Muhyiddin Yassin telahpun "membuka sedikit ruang" untuk UMNO memenangi DUN tersebut dengan membandingkan calon BN yang berpelajaran tinggi dengan calon PAS yang hanya sebagai penjual ikan. Pasti pengundi Manek Urai akan "terpesona" dengan calon BN yang lebih mewah, segak dan sebagainya. UMNO sudah ada can.
Dengan membawa Tun Mahathir pergi berkempen di sana, pasti akan mencerahkan peluang UMNO untuk "menang" di DUN tersebut. Ya, rakyat Kelantan tidak lagi lupa akan layanan terbaik oleh Kerajaan Pusat semasa negeri itu jatuh di tangan PAS. Rakyat Kelantan juga pasti masih lagi ingat akan "puji-pujian" yang tinggi melangit yang diberikan oleh Mahathir terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Kelantan, dan PAS.
Yang kedua, peluang UMNO untuk "menang" semakin cerah dengan membawa Khairy Jamaluddin berkempen. Khairy sekali lagi boleh menggunakan slogan "Pade Doh" untuk pengundi di Manek Urai. Dengan itu, pengundi di Manek Urai pasti "serik" untuk mengundi PAS dan beralih kepada UMNO.
Dan yang ketiga ialah membawa masuk Ezam Mohd Noor ke Manek Urai. Ezam tak akan lepaskan peluang untuk menghentam Anwar dan PKR yang langsung tak ada kena mengena dengan PRK itu. Dan boleh "menghiburkan" hati para pengundi Manek Urai dan seterusnya "menolak" calon PR. Pengundi Manek Urai juga pasti akan semakin "meluat" kepada PAS.
UMNO patut menerima cadangan saya ini. Kerana dengan mengguna pakai kaedah-kaedah di atas, peluang UMNO untuk menambah lagi seorang ADUN kedalam DUN Kelantan akan bertambah cerah. Di tambah lagi dengan kesanggupan 2 orang pemimpin UMNO yang berhati mulia iaitu Mustafa Mohamad dan Ahmad Maslan yang bersusah payah hidup dengan cara kampung. Ini akan membuka mata pengundi Manek Urai bahawa UMNO juga mengamalkan gaya hidup yang "zuhud".
Sekian. Selamat Berkempen. HIDUP UMNO! HANCUR PAS! =p

Monday, June 29, 2009

1Malaysia Ke Malaysian Malaysia

Idea 1Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang dahulunya kabur, tidak difahami sama ada pemimpin UMNO sendiri, dan juga penyokong-penyokong UMNO bawahan, terutamanya orang kampung. Sekarang gagasan 1Malaysia sudah sedikit jelas. Jika sebelum ini mereka kata idea 1Malaysia tak sama dengan Malaysian Malaysia, ideologi DAP, tapi sekarang sudah nampak sedikit persamaan.


Di dalam perlembagaan Malaysia, antara yang menjadi hak orang Melayu dan bumiputera ialah pemberian biasiswa. Tapi sekarang Najib Razak baru saja mengumumkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi kepada sesiapa saja tak mengira kaum berdasarkan kecemerlangan dan juga merit. Maknanya, jika pelajar Cina, India, dan lain-lain cemerlang di dalam pelajaran, maka mereka layak mendapat biasiswa. Perkara ini mana ada dalam perlembagaan.


Sedangkan anak Melayu ramai yang kesusahan akibat daripada penukaran biasiswa ke pinjaman pada tahun 1995. Angkara siapa? Najib Tun Razak juga, yang dulunya ialah Menteri Pendidikan. Sehinggakan anak Melayu terpaksa dibebankan dengan pinjaman yang mengandungi riba, negara Islam apa ni? Pemimpin UMNO ni Islam ke tak? Tak tahu ke pinjaman yang dikenakan terhadap anak Melayu di IPT mengandungi riba? Tak mengaji agama ke? Inilah salah satu ciri kapitalis, yang menindas dan utamakan keuntungan, agama dibelakangkan.


Najib hanyalah nak ambil hati kaum bukan Melayu, sebab kaum bukan Melayu sekarang ini berpakat untuk menolak BN. Bodoh juga anak Tun Razak ni. Dia ingat rakyat di negara ini masih bodoh macam dulu? Setakat nak tipu orang kampung boleh la. Ini apa pula kata pejuang Melayu sejak Najib Razak mengumumkan biasiswa turut dapat kepada kaum lain? Mana perginya pemimpin UMNO yang kuat membela bangsa? Mana perginya PERKASA?


Orang UMNO benci kepada DAP kerana ideologi parti itu yang perjuangkan semua hak kaum di Malaysia disamaratakan, tiada hak istimewa. Sekarang UMNO melalui idea 1Malaysia pun nak menuju ke arah itu. Apa khabar orang UMNO? Tak takut anak Tun Razak ini jadi perosak parti ke? Dosanya yang lama masih lagi sukar untuk dimaafkan, iaitu pengkhianatan kepada anak Melayu dengan menarik biasiswa dan ditukarkan kepada pinjaman. Di dunia ini bolehla Najib nak lari ke mana-mana. Tapi di akhirat tengoklah, nanti kena saman di depan Tuhan.


Kalau UMNO dah naik benci kepada DAP sehinggakan tahap melabelkan parti itu sebagai komunis, maka label yang sama boleh diberikan pada Perdana Menteri. DAP patut tumpang gembira bila Najib Tun Razak mengumumkan tentang pemberian biasiswa ini. Sebab 1 Malaysia dah nak semakin hampir dengan Malaysian Malaysia!

Sunday, June 28, 2009

UMNO Mudah Berpaling Tadah

Satu tindakan yang tepat dan bijak bagi Pakatan Rakyat umumnya dan bagi PAS khususnya untuk menamatkan sebarang isu perbincangan / muzakarah dengan UMNO bagi isu Kerajaan Perpaduan. Ini kerana UMNO hanya berminat untuk menjadikan PAS sebagai talian hayat untuk menyambung nyawa politiknya. Apabila sudah mula sembuh, pasti UMNO akan berpaling tadah. Penyakit berpaling tadah ini bukan hanya ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO, bahkan turut bersarang di dalam jiwa penyokong-penyokong UMNO bawahan.


Kita harus belajar daripada sejarah, bukan melupakannya. Kononnya kena pandang kedepan. Kerana sejarah dapat membimbing kita untuk membuat sebarang keputusan pada masa hadapan. Kita lihat tahun 1959, Parti Negara berpakat dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan campuran di Terengganu. Parti Negara diasaskan oleh pengasas UMNO, iaitu Onn Jaafar. Pemimpin dan penyokong Parti Negara merupakan pengikut setia Onn yang berasal dari UMNO. Semua dari UMNO. Dan perangai UMNO masih menebal di dalam diri masing-masing.


2 tahun kemudian, iaitu pada 1961, Kerajaan campuran di Terengganu tumbang akibat beberapa ADUN dari Parti Negara berpaling tadah dengan melompat kepada UMNO. Tahun 1969, pembangkang menang besar, sehingga menyebabkan UMNO terpaksa berunding dengan beberapa parti politik pembangkang termasuk PAS pada tahun 1972 untuk menyertai Perikatan. Tapi 5 tahun kemudian, UMNO berpaling tadah dan mengambil kesempatan terhadap PAS dengan campurtangan hal ehwal dalaman PAS dan seterusnya menyingkirkan PAS pada 1978 dan merampas Kelantan.


Pada 1986, PAS mengadakan muafakat bersama pengundi Cina untuk menghadapi Pilihanraya Umum pada tahun itu. Hal ini diketahui oleh UMNO, dan UMNO berjaya memujuk PAS untuk mengadakan rundingan secara sembunyi. PAS bersetuju, dan rundingan diadakan. Selepas itu, tidak sampai 24 jam rundingan itu diadakan, UMNO telah membocorkannya kepada rakyat, dan menyebabkan PAS sekali lagi kalah teruk pada waktu itu.


Tahun 1990, sebuah parti politik dari serpihan UMNO ditubuhkan, iaitu Semangat 46. Pemimpin dan penyokongnya terdiri daripada bekas-bekas UMNO. Semangat 46 mengadakan kerjasama politik dengan PAS, sehingga menang besar pada tahun itu dan seterusnya berjaya menawan Kelantan. Tapi itu tidak bertahan lama. 5 tahun kemudian, S46 dibubarkan dan memasuki UMNO. Wakil rakyat S46 di DUN Kelantan melompat kepada UMNO, kecuali seorang yang memasuki PAS (saya lupa namanya). Ini semua adalah idea yang ditimbulkan oleh si jahat Rais Yatim dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh untuk membubarkan parti dan sertai UMNO. Kalau tidak pasti Tengku Razaleigh akan bersama kita di dalam Barisan Alternatif.


Tahun 1998, satu ledakan besar berlaku di dalam negara, iaitu pemecatan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, iaitu Anwar Ibrahim. Ini telah menarik simpati golongan rakyat bawahan, terutamanya penyokong-penyokong UMNO. Mereka sepakat menolak UMNO pada Pilihan Raya 1999 dan menyebabkan UMNO sekali lagi menerima kekalahan teruk. Tapi, UMNO tetap UMNO. Sokongan terhadap Anwar juga tidak lama. Mereka mengkhianati sokongan terhadap Anwar. Sokongan mereka terhadap Anwar tidak lama. Mungkin kerana tindakan Parti KeADILan Nasional bekerjasama dengan PAS, PRM dan DAP. Mereka mula memberi mandat kepada UMNO pada tahun 2004. Sekarang lihatlah, ramai pemimpin mahupun penyokong UMNO sudah tidak punya apa-apa perasaan terhadap Anwar walaupun ada dikalangan mereka kuat membela Anwar sewaktu dianiayai dulu. Tengok pada Zahid Hamidi...???? UMNO tetap UMNO...pengkhianat tetap pengkhianat..pemimpin dan penyokong sama saja...


10 TAHUN DULU.... Sewaktu Anwar Ibrahim ditendang keluar dari parti dan juga kerajaan, berduyun-duyun orang Melayu membelanya. Sekarang, bukannya tak ada, tapi tak seramai dulu. Mana perginya ramai orang Melayu yang kuat menyokong Anwar pada waktu itu? Kenapa keadaannya sudah cukup berbeda berbanding sekarang?




EZAM....inilah salah satu orang bodoh, dulu dipandang Anwar sebagai malaikat, sekarang sibuk nak menghentamnya pula. Tak istiqamah dalam perjuangan, mudah berpaling tadah. Sekapal dengan si bodoh-bodoh yang lain seperti Hamdan Taha, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim, Chandra Muzaffar, Ghani Haron, dll.. Kalau dah darah UMNO..tetap UMNO.

Saturday, June 27, 2009

Cemuhan Terhadap Saiful Bukhari






Inilah muka salah seorang lagi pemfithnah, memfitnah semata-mata kerana kepentingan diri dan juga mahukan publisiti. Kerana nak aibkan orang tertentu, sanggup menjadi gunting di dalam lipatan dengan menawarkan diri untuk bekerja di pejabat Anwar Ibrahim semasa menjelang Pilihanraya Umum Ke-12.




Tahap pelajaran di UNITEN pun tak seberapa, sehingga ditendang keluar, tetapi senang saja seorang pelajar yang gagal boleh berjumpa dengan orang tertinggi di dalam negara semata-mata "mahukan biasiswa". Memang betul pun kalau dikatakan Si Saifool ini barua kepada UMNO, masa belajar dulu dialah dari kumpulan Aspirasi. Bapaknya Si Azlan memang diketahui seorang yang kuat UMNO, apahal Si Saifool bekerja di pejabat tokoh pembangkang kalau tak ada udang di sebalik mee?




Si anak dengan bapak semata-mata mahu mengenakan dan mengaibkan Anwar Ibrahim, sanggup mempermainkan agama dengan melakonkan drama sesumpah di Masjid Wilayah. Mereka ingat di dunia ni mereka dapat hidup lama. Dah lah tak pandai sebut perkataan sumpah, tulisan pun pakai tulisan rumi. Nampak sangat jenis tak mengaji agama, tapi mempermainkan agama. Tunggu sajalah Allah melaknat kamu dua beranak!




Benci tengok orang yang mempermainkan agama memegang kitab suci, kalam Allah. Pegang pula dengan tangan kiri. Bersumpah kononnya "kebetulan", sedangkan keesokan harinya ialah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Kalau betullah Anwar ini jenis yang suka meliwat, aku percaya dia tak akan pilih kau Saifool, sebab ramai lagi muka hensem di dalam pejabat dia, setakat muka macam kau, layak duduk di Chow Kit Road saja.




Konon kena liwat, kalau betul, yang susah-susah pergi jumpa Najib tu kenapa? Kenapa sanggup membelakangkan keluarga sendiri dengan tak beritahu bapak terlebih dahulu, atau kau punya Uncle "Gay" Pet tu? Heran juga orang sesibuk Najib ada waktu terluang untuk berjumpa dengan seorang pelajar yang gagal semata-mata mahu biasiswa? Setahu saya Najib masa itu Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan ada kaitan dengan pemberian biasiswa ke? Lepas tu siap boleh bergambar lagi dengan si pendek hitam yang huduh di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.




Sekarang mana dia nak pergi, dah la lama menyepi, takut nak keluar,entah berapa juak-juak tu bayar. RM 100 ribu? Mungkin. Sebaliknya orang yang dituduh meliwat bebas saja ke pelusuk negara. Kononnya kalau Saifool di pihak yang benar, kenapa menyembunyikan diri? Takkan Anwar nak kerjakan dia kalau dia keluar dari tempat persembunyian. Anwar mana ada C4. Tak tahu guna pun. Nak ulangi skrip tahun 1998, tapi tak menjadi.




Orang pembelit macam si Saifool ini sepatutnya diterajang beramai-ramai. Tengok muka dia ni dah naik benci. Dah 2 kali keputusan pemeriksaan dikeluarkan oleh hospital, langsung tak ada kesan diliwat. Sekarang ni berseronoklah dulu wahai Saifool, permainkanlah agama banyak-banyak, sampai letak ayat al-Quran di dalam blog, kononnya untuk mengatakan bahawa dia teraniaya, tunggulah, kalau Allah tak balas di dunia, tapi PASTI di akhirat.




Tak berapa lama lagi kes liwat akan dibicarakan, iaitu pada Julai depan. Nak tengok saja apa pula sandiwara yang nak dimainkan oleh muka tak tahu malu ini. Dahlah orang tua itu dari dulu lagi orang duk sumpah maki dia, sekarang Saifool ni nak turut serta juga. Moga Allah melaknatmu wahai Saifool. Orang muda zaman sekarang pakat ramai-ramai pi sokong pembangkang, dia ni perbodohkan diri jadi perkakas UMNO demi kepentingan pembesar UMNO. Mungkin jugak sebab bapak dia si Azlan tu jenis tolol dan totok UMNO, maka anak pun ikut. Bapak borek anak rintik.

Friday, June 26, 2009

Ancaman Terhadap Umat Islam Di Malaysia

Umat Islam di negara ini berada di dalam kedudukan terancam dari beberapa segi. Ini adalah hasil daripada pemerhatian saya sendiri tentang keadaan Islam di negara ini. Saya kemukakan beberapa bukti serta contoh bahawa umat Islam di Malaysia sedang diancam dan berada di dalam keadaan yang lemah. Para penjenguk mungkin boleh bersetuju dengan saya, dan mungkin juga tidak.



Beberapa serangan terhadap Islam di Malaysia dapat saya kategorikan di dalam beberapa jenis iaitu serangan terhadap aqidah, gaya hidup, pemikiran, sistem ekonomi dan pemakanan. Serangan terhadap aqidah ialah berleluasanya gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini, kita tidak tahu sudah berapa ramai orang Melayu yang meninggalkan agama Islam. Begitu juga dengan perancangan untuk melemahkan syiar Islam di negara ini yang dilakukan oleh golongan kafir, iaitu cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menuntut supaya perlaksanaan Islam di Malaysia dibataskan.




Gerakan kristianisasi hebat dijalankan terutamanya terhadap anak orang Islam, dan gerakan ini juga tertumpu kepada orang Islam yang hidup di dalam kesempitan wang. Golongan kristian dengan mudah saja dapat mengumpan mereka dengan berbagai habuan untuk meninggalkan agama Islam. Sekarang di Malaysia sudah ada paderi-paderi yang terdiri daripada bangsa Melayu. Umat Islam di Malaysia juga semakin berkurangan. Jika dahulu di zaman selepas merdeka, peratusan umat Islam di negara ini melebihi 70%. Tetapi sekarang jumlah itu berkurangan sehingga peratus umat Islam di negara ini hanyalah sebanyak 55%.



Serangan terhadap gaya hidup/kebudayaan pula ialah serangan yang berbentuk mempengaruhi orang Islam di negara ini supaya meninggalkan cara hidup yang dituntut di dalam Islam. Kita dapat perhatikan gaya hidup sama ada golongan muda mahupun tua yang beragama Islam yang mula mengikuti gaya hidup orang kafir. Arak, judi, dan zina dilakukan tanpa rasa takut dan bersalah. Mengapa perkara ini berlaku? Orang kafir banyak mengimport budaya mereka ke dalam negara umat Islam, yang akhirnya gaya hidup sebegitu meresap ke dalam jiwa orang Islam dan sudah menjadi sebati. Yang terbaru ialah Malaysia antara negara yang paling banyak pelacur, seperti yang diberitakan. Ini merupakan satu perkara yang amat serius.



Yang ketiga ialah serangan terhadap pemikiran. Sekarang sudah banyak ideologi yang bersarang di dalam diri umat Islam di sini yang bertentangan dengan ajaran Islam. Fahaman seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, dan feminisme sudah banyak diamalkan oleh orang Melayu Islam di negara ini. Fahaman-fahaman serta corak pemikiran yang jelas bercanggah dengan Islam. Sekularisme telah menyebabkan orang Islam di Malaysia menganggap bahawa Islam merupakan agama ritual semata-mata. Sebarang urusan dunia, politik, kehidupan seharian, pemerintahan, undang-undang, sistem ekonomi - semua ini tidak bersangkut paut dengan Islam.



Fahaman liberalisme merupakan fahaman yang menuntut akan kebebasan dan keterbukaan kepada manusia, tanpa batasan. Fahaman inilah yang banyak dianuti oleh umat Islam di Malaysia. Sehingga menyebabkan agama Islam itu disalah tafsirkan. Pluralisme pula ialah fahaman yang meletakkan bahawa semua agama adalah setaraf. Ini bercanggah dengan al-Qur'an yang mengatakan bahawa agama di sisi Allah hanyalah Islam (ali-Imran : 19). Dan feminisme ialah fahaman yang mahu meletakkan dan menyama tarafkan wanita dengan lelaki, sehingga mereka mempersoalkan hukum di dalam al-Quran, contohnya poligami dan faraid.


Sistem ekonomi pula mereka mengagungkan sistem kapitalis yang mengamalkan penindasan terhadap golongan bawahan. Mereka yang mengamalkan sistem ini hanya mementingkan untung semata-mata, walaupun perbuatan tersebut bertentangan dengan Islam. Riba dilaksanakan dengan meluas. Golongan yang kaya bertambah kaya, sedangkan yang miskin bertambah merempat.



Dan yang terakhir ialah serangan terhadap pemakanan. Boleh ke kita pastikan bahawa makanan yang masuk ke dalam perut kita merupakan makanan yang benar-benar halal? Memang betul kita memperoleh makanan tersebut dari wang dan sumber yang halal, tapi adakah bahan makanan tersebut halal? Belum tentu, walaupun luarannya nampak halal. Kesan kepada umat Islam apabila memakan makanan yang haram ialah ia boleh menggelapkan hati, dan menyebabkan ilmu sukar memasukinya. Selain itu, ia turut menjadi penghalang kepada doa kita daripada dimakbulkan oleh Allah S.W.T.



Adakah kita boleh memastikan ayam yang kita makan tiap-tiap hari disembelih mengikut syarak? Bagaimana pula kita mahu memastikan bahawa daging burger dan sosej yang dimakan benar-benar bebas daripada sebarang unsur daripada babi? Begitu juga dengan ikan air tawar seperti keli dan patin. Bagaimana dengan gelatin dan lemak babi yang digunakan agak meluas di dalam industri pemakanan? Belum tentu ianya halal walaupun terdapat cop halal. Dan masakan-masakan di hotel juga perlu diambil kira.



Kesimpulannya, kesemua di atas telah menghakiskan keislaman terhadap orang Melayu di Malaysia. Agak malang perkara-perkara di atas hanya dipandang sebelah mata saja oleh pihak yang sepatutnya seperti para mufti, ulama', pemerintah, dan lain-lain. Semakin lama, Islam semakin lemah di bumi Malaysia, jika dibiarkan ianya berterusan, maka Islam di Malaysia menerima nasib yang sama seperti Indonesia dan Turki.