Monday, January 11, 2010

Sejarah Mungkin Berulang?

Setakat ini, sudah 7 buah gereja menjadi mangsa kerakusan puak ekstrimis atau mungkin saja menjadi mangsa kerana percaturan politik. Ini seolah-olah mahu mengulang tayang apa yang berlaku puluhan tahun lepas. Persepsi saya, mungkin ada pihak yang mahu menimbulkan ketengangan antara kaum atau antara agama kemudian akan kedengaranlah suara yang melaungkan "umat Islam mesti bersatu," ataupun "Melayu mesti bersatu demi agama,".


Ataupun ketegangan yang ditimbulkan adalah untuk menyebabkan negara diisytiharkan darurat, kemudian akan diadakan pilihanraya yang baru. Sama seperti yang menimpa negeri Kelantan pada tahun 1978.


Sekadar andaian, dalam politik tidak ada yang mustahil.

Kereta Kickdefella Diserang Kapak, Betulkah?

Oleh : Admin


Saya baru sahaja membaca posting terbaru daripada blog Kickdefella a.k.a Syed Azidi. Dia melaporkan cermin bahagian belakang keretanya pecah kerana kapak terbang melayang dari sebuah kereta yang berhenti berhampiran dengan keretanya. Dalam kemelut politik negeri Kelantan, saya mengambil pendirian tidak menyokong mana-mana pihak. Semua pihak seolah-olah ada yang tak kena.


Saya tidak suka tindakan Nik Amalina yang menyerang balas melalui blog. Saya juga bukan penyokong Ariffahmi, bahkan memang saya nak sangat si menantu itu letak jawatan A.S.A.P tanpa notis beberapa bulan (kononnya). Saya tidak setuju dengan TGNA yang "tak tahu menahu" akan perlantikan menantunya di dalam PMBK itu salah. Saya juga mengecam tindakan beliau (TGNA) yang seolah-olah mementingkan keluarga dan anak beranak sendiri berbanding dengan kerajaan dan parti.


Walaupun begitu, tidak bermakna saya bersama Kickdefella. Bagi saya, tidak ada blogger yang layak ditujukan istilah "hipokrit" melainkan Kickdefella. Sebab-sebabnya saya ada nyatakan di dalam posting yang lepas-lepas. Saya ragu-ragu dengan setiap kenyataan dan sikap Kickdefella. Dalam perkara ini saya tidak mampu bersikap "husnul zan". Pengarah filem seperti Kickdefella mampu membuat sesuatu keadaan seolah-olah "real", sama seperti dia mengarahkan filem. TGNA yang dahulunya kerap dia puji sekarang dia pula yang kuat menyerang orang tua itu, dan berkata di dalam postingnya yang sebelum itu bahawa perkataan "celaka" itu sepatutnya dikembalikan kepada TGNA itu sendiri.


Dalam situasi ini, maaf saya terpaksa mengatakan, saya masih lagi ragu-ragu dengan Kickdefella bahawa dia seorang yang "teraniaya". Minta maaf kerana saya tidak sependapat dengan rakan-rakan blogger sekalian.

Saturday, January 9, 2010

"Gus Dur Murtad," - Abu Bakar Basyir

Sumber dipetik daripada sini.


Menurut ustad Abu Bakar Ba'asyir, Mr Dur begitu ustad Abu menyebutnya, adalah orang yang murtad dari Islam. Hal ini disampaikan beliau dalam kajian hari Ahad 3 Januari 2009, di Masjid Romadhon Bekasi. Beliau berkali-kali ditanya oleh jamaah pengajian mengenai orang-orang yang mengkultuskan Abdurrahman Wahid ini.


"Maaf, saya tidak memanggil Gus, karena panggilan Gus itu hanya digunakan untuk anak kyai mulia di Jawa Timur", kata ustad Abu. Ustad Abu mengatakan, "Jadi, mengenai mister Dur, menurut keyakinan saya Mr Dur ini murtad karena dia telah mengatakan semua agama sama , padahal Allah mengatakan Innaddina 'indallahil Islam, belum lagi perkataan dia soal qur'an porno, dan pluralisme. Orang yang berfaham pluralisme itu murtad karena pluralisme itu menganggap bahwasanya jika kita hidup bersama-sama, kita tidak boleh menggunakan syariat Islam".

Orang Islam itu pada jaman nabi juga pluralitas, tapi bagaimana mengaturnya? beliau menjelaskan, "yang berlaku harus hukum Islam, orang kafir boleh hidup dibawahnya, hukum islam yang urusannya ritual berlaku hanya untuk orang Islam saja, orang kafir tidak, tapi hukum Islam yang urusannya untuk peraturan umum berlaku untuk semua, begitulah Islam".


p/s : 3 orang Ulamak Yang Cool sepanjang zaman, sila klik ke http://diarireformis.wordpress.com/ulamak-yang-cool-sepanjang-zaman/

Antara Pengkhianat Rakyat Dan Pengkhianat Pengundi

Hari ini, tarikh yang sama, negeri yang sama, tapi tempat yang berlainan terdapat 2 majlis yang dianjurkan oleh parti yang "berlawanan". UMNO menganjurkan Program UMNO Juara Rakyat di Hulu Selangor. Manakala PAS pula menganjurkan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat di Shah Alam. Mungkin sekadar kebetulan.


Salah satu cara UMNO membodohkan rakyat terutamanya orang Melayu ialah melaungkan slogan-slogan yang boleh membuatkan orang ramai terpesona. Ditambah dengan sedikit "gula-gula" sebagai pemanis. Kalau orang yang cerdik dan waras mereka akan tertanya-tanya, juara rakyat dari segi apa? Adakah dengan :

  • Menaikkan harga barangan keperluan di saat rakyat sedang terhimpit?
  • Menaikkan harga petrol yang akan menyebabkan harga barangan naik mendadak.
  • Mengenakan cukai GST yang menyusahkan rakyat.
  • Bakal menaikkan harga tol kononnya untuk kebaikan pengguna jalanraya?
  • Menaburkan wang pada pengundi pada musim pilihanraya.
  • Swastakan hospital sehinggakan rakyat hidup merana.

Itu yang patut difikirkan. UMNO dengan tipu helah cuba meraih sokongan pengundi.


PAS dengan Kempen UMNO Pengkhianat Rakyat


Iya, UMNO memang sinonim dengan gelaran pengkhianat. Pengkhianat agama, sudah tentu. Apatah lagi dengan khianat kepada rakyat. Memang sokong 100%. Tapi PAS perlu muhasabah, adakah mereka sekali-kali tidak mengikut jejak pengkhianat?


Macam mana dengan khianat kepada pengundi yang mengundi mereka? Munculnya benih-benih pengkhianatan kepada pengundi dan rakan-rakan dalam Pakatan ialah apabila terbongkarnya pertemuan di dalam gelap bersama pemimpin-pemimpin UMNO. Pengundi lagilah merasa diri mereka tertipu apabila timbulnya idea Kerajaang Perpaduang, yang menyebabkan munculnya 2 kem di dalam PAS.


Pengundi memberikan undi kepada kalian dan menyebabkan kalian menang besar pada PRU lalu bukan kerana mereka sokong PAS. Mereka memberikan undi kepada PAS kerana mereka meluat dengan UMNO. Mereka undi PAS kerana mereka yakin PAS mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Kalau harapkan undi daripada ahli PAS sahaja, memang PAS tidak akan mengecapi kemenangan besar. Tapi sekarang apa yang dah terjadi? Tunggulah swing vote daripada mereka pada PRU yang akan datang. Pengundi-pengundi sudah merasa diri mereka telah dikhianati.

Friday, January 8, 2010

Pendirian Saya Mengenai Penggunaan Kalimah "Allah" Di Kalangan Penganut Kristian

Memang ribut sejak kebelakangan ini dek kerana isu ini. Saya pernah mengulas mengenai isu ini pada bulan Mac lepas (sila rujuk arkib). Ketika itu timbul isu bahawa KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Majalah Herald kemudian ditarik balik sehari kemudiannya. Saya mengambil keputusan tidak bersetuju. Sebab-sebabnya saya sudahpun nyatakan.


Hari ini, sekali lagi timbul isu ini. Saya sudah membaca pendapat-pendapat tokoh yang menyokong dan juga menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian. Saya berpuas hati. Masing-masing mempunyai hujjah yang boleh diterima. Pendirian saya? Selepas membuat beberapa penilaian, hasilnya, pada asasnya saya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dikalangan orang bukan Islam (bukan Kristian sahaja). Tapi itu hanya pada asasnya.

Tapi dari segi konteks negara Malaysia, saya memutuskan untuk tidak bersetuju. Ini kerana saya mengesyaki sesuatu. Saya rasa tak sedap hati. Sebabnya :


  • Kenapa mereka (orang Kristian) beria-ria sangat mahu menggunakan kalimah Allah walaupun dibantah dengan hebat oleh sebilangan orang Islam di Malaysia? Sikap inilah yang membuatkan saya menjadi curiga.
  • Mereka sanggup membawakan kes ini ke mahkamah ekoran penarikan balik kebenaran dari KDN beberapa bulan lepas. Mereka sangat bersungguh agar perkataan Allah dapat digunakan.
  • Sudah pasti ada agenda tersembunyi. Mereka cuba membawa budaya dari Sabah & Sarawak yang rata-rata penganut Kristiannya memanggil God dengan Allah dan menggunakan Bible versi Indonesia kerana kebanyakannya tidak reti berbahasa Inggeris. Tapi tidak di Semenanjung. Ramai yang menguasai Bahasa Inggeris.

Di Malaysia sendiri ancaman Kristianisasi cukup hebat. Berapa ramai yang tahu bahawa risalah-risalah Kristianisasi dalam Bahasa Indonesia banyak disebarkan di negara ini bahkan terdapat juga buku-buku keagamaan yang kecil dijual. Dalamnya terang-terangan terdapat perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan Bapa, Bapa kepada Jesus Kristus. Kenapa penganut Kristian ini tidak menggunakan perkataan "Eli" atau "Elohim" untuk merujuk kepada Tuhan Bapa, seperti yang terdapat di dalam Bible sendiri.


Ayat yang dituturkan oleh Jesus Kristus sewaktu disalib, "Eli, Eli lama sabakhtani," bermaksud "Tuhan, Tuhan kenapa tinggalkan aku?"


Walau apapun, saya menghormati kesemua pandangan mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini. Tidak melenting seperti mana Zulkifli Noordin ajak Khalid Samad bertumbuk. Tapi pendirian saya mengenai hal ini, maaf saya tidak setuju. Bukan kerana "Allah" yang mereka ingin gunakan itu merujuk kepada Tuhan Bapa, tetapi kerana saya mencurigai sesuatu. Hari ini di kolej saya sepatutnya ada perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah di dalam Weekly Herald, tapi tidak menjadi kerana tidak ada pelajar yang datang. :)


Ini salah satu risalah keagamaan Kristian yang berbahasa Indonesia. Disebarkan cukup meluas di Malaysia, cuma kita saja yang belum sedar. Diambil dari blog Zulkifli Noordin.