Showing posts with label Penggunaan Kalimah Allah Untuk Penganut Kristian. Show all posts
Showing posts with label Penggunaan Kalimah Allah Untuk Penganut Kristian. Show all posts

Friday, January 22, 2010

Penyokong Dan Penentang Penggunaan Kalimah Allah - Semua Bodoh!


Caution : This is my thoughts! - Reformis Jalanan

Ada sesiapa terfikir kenapa si Archbishop Murphy Pakiam ketegaq sangat nak guna kalimah Allah dalam majalah Herald? Dia ni tak reti-reti ke walaupun telah melihat penentangan orang-orang Melayu yang kononnya cintakan Allah ini? Wahai Melayu-Melayu semua, tolong sematkan amaran Allah di dalam al-Qur'an ini dalam hati kamu semua, jika kamu masih beriman dengan kitab-Nya.


"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha terhadapmu sehingga kamu mengikuti agama mereka" - al-Baqarah : 120


Agama yang bersifat missionaris ialah Islam dan Kristian. Masing-masing berusaha menyebarkannya. Sudah tentulah motif Kristian di Malaysia ini agendanya ialah menjalankan aktiviti missionaris terhadap umat Islam. Tapi kita tak perlu bimbang jika aqidah umat Islam di negara ini kuat. Masalahnya semua pihak sama ada penyokong dan penentang penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian semuanya bodoh!


Timbul saja isu ini baru huu haa huu haa nak bertindak. Si penyokong, baru sibuk-sibuk nak keluarkan dalil serta hujjah kenapa Kristian boleh guna kalimah Allah. Begitu juga bagi yang menentang, baru terhegeh-hegeh nak jelaskan kenapa Kristian tak boleh guna kalimah Allah. Habis selama ini kamu semua buat apa, di saat isu ini tidak timbul? Selesai tak isu ini walaupun dengan demonstrasi? Tak kan?


Betul! Saya berani kata semua bodoh! Dari UMNO, Ulamak-ulamak cari makan, Hassan Ali, Zul Noordin, Haron Din, Harun Taib, Hasmi Hashim, Wan Ji, Khalid Samad, Badrul Amin, Anwar Ibrahim, Nur Manuty dan lain-lain lagi lah. Semua bodoh dan bangang. Selama ini mereka semua tak buat kerja. Ustaz-ustaz, ulamak-ulamak kerja mereka hanya berlegar-legar di dalam masjid. Duduk rumah, pergi masjid sampaikan kuliah, pastu kedai kopi, balik rumah, tido! Itu saja. Tak rasa nak turun ke bandar-bandar, LRT, shopping complex untuk berdakwah kepada umat Islam yang lemah iman, terutamanya muda-mudi.


Buat apa berdakwah di masjid lagi? Semua yang ada kat masjid tu putih-putih belaka dah, tukar la method sikit. Dari dakwah di masjid ke dakwah di jalanan. Saya sangat setuju dengan kebimbangan pihak-pihak tertentu bahawa mereka takut umat Islam akan confuse. Tak bodoh apa, kan sudah banyak kes murtad. Kalau kes murtad boleh dikatakan tak ada di negara ini, barulah kita boleh kata "jangan pandang rendah dengan aqidah umat Islam Malaysia,"


Tapi itulah. Bila isu ini timbul, semua bising. Sebelum ini tak ada perancangan pun macam mana nak kuatkan iman dikalangan orang Melayu. MAIS, JAIS dalam hal ini pun bising. Tapi sebelum ini ada mereka bertindak?


Pesan saya; kepada para penyokong : jangan lurus sangat macam orang bodoh seolah-olah kamu tidak tahu berfikir sebab apa mereka beria-ria sangat.

kepada para penentang pula : kamu semua tanya puak-puak Kristian, kenapa baru sekarang mereka menuntut penggunaan kalimah Allah. Tanya dulu diri kamu semua, di mana kamu semua sebelum isu ini meletus? apa usaha kamu semua dalam dakwah menguatkan aqidah umat Islam negara ini??


Semuanya bodohlah!!!

Friday, January 8, 2010

Pendirian Saya Mengenai Penggunaan Kalimah "Allah" Di Kalangan Penganut Kristian

Memang ribut sejak kebelakangan ini dek kerana isu ini. Saya pernah mengulas mengenai isu ini pada bulan Mac lepas (sila rujuk arkib). Ketika itu timbul isu bahawa KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Majalah Herald kemudian ditarik balik sehari kemudiannya. Saya mengambil keputusan tidak bersetuju. Sebab-sebabnya saya sudahpun nyatakan.


Hari ini, sekali lagi timbul isu ini. Saya sudah membaca pendapat-pendapat tokoh yang menyokong dan juga menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian. Saya berpuas hati. Masing-masing mempunyai hujjah yang boleh diterima. Pendirian saya? Selepas membuat beberapa penilaian, hasilnya, pada asasnya saya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dikalangan orang bukan Islam (bukan Kristian sahaja). Tapi itu hanya pada asasnya.

Tapi dari segi konteks negara Malaysia, saya memutuskan untuk tidak bersetuju. Ini kerana saya mengesyaki sesuatu. Saya rasa tak sedap hati. Sebabnya :


  • Kenapa mereka (orang Kristian) beria-ria sangat mahu menggunakan kalimah Allah walaupun dibantah dengan hebat oleh sebilangan orang Islam di Malaysia? Sikap inilah yang membuatkan saya menjadi curiga.
  • Mereka sanggup membawakan kes ini ke mahkamah ekoran penarikan balik kebenaran dari KDN beberapa bulan lepas. Mereka sangat bersungguh agar perkataan Allah dapat digunakan.
  • Sudah pasti ada agenda tersembunyi. Mereka cuba membawa budaya dari Sabah & Sarawak yang rata-rata penganut Kristiannya memanggil God dengan Allah dan menggunakan Bible versi Indonesia kerana kebanyakannya tidak reti berbahasa Inggeris. Tapi tidak di Semenanjung. Ramai yang menguasai Bahasa Inggeris.

Di Malaysia sendiri ancaman Kristianisasi cukup hebat. Berapa ramai yang tahu bahawa risalah-risalah Kristianisasi dalam Bahasa Indonesia banyak disebarkan di negara ini bahkan terdapat juga buku-buku keagamaan yang kecil dijual. Dalamnya terang-terangan terdapat perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan Bapa, Bapa kepada Jesus Kristus. Kenapa penganut Kristian ini tidak menggunakan perkataan "Eli" atau "Elohim" untuk merujuk kepada Tuhan Bapa, seperti yang terdapat di dalam Bible sendiri.


Ayat yang dituturkan oleh Jesus Kristus sewaktu disalib, "Eli, Eli lama sabakhtani," bermaksud "Tuhan, Tuhan kenapa tinggalkan aku?"


Walau apapun, saya menghormati kesemua pandangan mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini. Tidak melenting seperti mana Zulkifli Noordin ajak Khalid Samad bertumbuk. Tapi pendirian saya mengenai hal ini, maaf saya tidak setuju. Bukan kerana "Allah" yang mereka ingin gunakan itu merujuk kepada Tuhan Bapa, tetapi kerana saya mencurigai sesuatu. Hari ini di kolej saya sepatutnya ada perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah di dalam Weekly Herald, tapi tidak menjadi kerana tidak ada pelajar yang datang. :)


Ini salah satu risalah keagamaan Kristian yang berbahasa Indonesia. Disebarkan cukup meluas di Malaysia, cuma kita saja yang belum sedar. Diambil dari blog Zulkifli Noordin.