Monday, April 6, 2009

Malam Masih Muda

ULASAN : KEMPEN BAKAL BERAKHIR


Beberapa jam lagi, maka tamatlah tempoh kempen bagi Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai. Apa yang penulis nak sentuh ialah berkenaan kempen parti lawan, BN melalui medianya di televisyen.

Mula-mula tv menyiarkan Mahathir Kutty mula turun berkempen bagi pihak BN, selepas dia jadi ahli UMNO semula. Di Bukit Gantang, dia menyeru kepada penyokong-penyokong BN yang mengundi calon PAS pada PRU lepas, agar mengundi calon BN pada hari esok. Dan ucapannya, seperti biasa dia menghentam bekas timbalannya, Anwar Ibrahim, dan memuji-muji Najib. Selepas berkempen di Bukit Gantang, dia berangkat ke Bukit Selambau, membantu calon MIC kat sana pulak, di dewan IKS, Sungai Petani.


Dan media milik UMNO/BN jugak menyiarkan abang kepada calon PAS Bukit Gantang, Mohd Radzi Jamaluddin berkempen untuk BN, bersama-sama dengan bekas ADUN PKR yang lompat parti, muka tak tahu malu. TV3 jugak tak abis-abis memainkan sedutan ucapan Anwar Ibrahim yang dirakam pada 1995, di Sabah, menjelang PRU tahun 1995. Rakaman tersebut menunjukkan Anwar menyatakan sokongan kepada Mahathir, dan parti BN merupakan parti yang terbaik.


Juga ditunjukkan Ismail Saffian membuat laporan polis, mendakwa gambarnya yang berfoya-foya di super imposed. Zambry yang duk sebelah dia marah-marah, kata ianya adalah perbuatan yang paling jahat. Habis, perbuatan kamu yang merampas kerajaan sah PR di Perak, satu perbuatan yang tak jahat???

PKR terus diserang, dengan melaporkan 5 ketua bahagian di Kedah keluar parti. Diorang kata PKR hanyalah memperjuangkan kepentingan Anwar Ibrahim, bukan untuk rakyat. Cakap orang-orang yang kecewa. bila pilihanraya menjelang kamu baru sedar? kenapa tak sedar dari dulu saja??? Nampak sangat sudah diperalatkan.


Bagi kes kematian Kugan pulak, dilaporkan kematiannya adalah disebabkan radang paru-paru? Habis macamana dengan kesan-kesan pukulan yang terdapat pada mayat tu? Memang betullah keadilan semakin hilang di bumi Malaysia ini. Dalam lokap pun sudah tak selamat, walaupun bersama polis.


Dan tak habis-habis dengan gimik, kononnya pejuang agama, kali ni 4 NGO buat laporan polis pulak, termasuk PEKIDA, yang lawaknya UMNO turut peralatkan orang pakai serban untuk buat laporan. Mereka buat laporan terhadap isu Nga Kor Ming mengeluarkan ayat Quran semasa berceramah, dan berkata itu biadap. Baca Quran pun biadap? Orang bukan Islam nak mengetahui tentang agama Islam, tak boleh ke? Dan NGO tersebut meminta Nga memohon maaf atas perbuatannya kepada orang Islam di negara ni. Dah sah la, diorang ini memang talibarut serta barua kepada UMNO. Selama ni diorang (UMNO khususnya) ikut ke ajaran dalam Quran tu? Mereka angkat pemimpin yang zalim kepada rakyat, penuh dengan skandal, sedangkan al-Quran dah menegahnya. (Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka - Surah Hud : 113). Macamana dengan UMNO yang tidak mahu ambik Islam sebagai dasarnya? Menolak hukum Islam? Membenarkan arak, dan lain-lain? Jangan nak mendabik dada, nak perjuangkan al-Qur'an.


Dan lagi satu cerita yang penulis turut kecewa, para mufti di Persidangan Mufti-Mufti Kali ke-4 kata penggunaan ayat Quran oleh Nga sebagai mempersenda, dan menyalahgunakan ayat Quran semata-mata untuk kepentingan politik. Salahkah menggunakannya untuk menerangkan supaya manusia berlaku adil??? Mufti Perak dilaporkan kesal dengan perbuatan itu, dan Mufti Perlis kata, akan dibimbangi suasana resah wujud dikalangan orang Islam, dan mengancam keselamatan negara.


Patutlah negara ni tak henti-henti ditimpa bala, mufti hanya tau bersuara jika dikehendaki oleh pemerintah (UMNO/BN). Selama ni tak bersuara pun, apa yang dilakukan oleh pemerintah yang mengaku Islam. Rasuah, judi, arak, hiburan, dan konsert melampaui batas, kenapa diam? Sebab seronok, dapat elaun besar, hidup mewah, pastu tak mau mengatakan kebenaran? Perbuatan macam dioranglah menyebabkan mufti semakin tak dihormati. Memang tak boleh diharap, Malaysia merupakan negara paling banyak mufti, tapi satu pun tak guna. Hanya digunakan untuk tujuan politik.

P. 59, N. 25, dan N. 29

Esok, tanggal 7hb April, ialah hari bersejarah. 3 pilihanraya diadakan serentak di tempat yang berlainan. Memang mencemaskan. Memang agak mencabar bagi pihak Pakatan Rakyat, terutamanya di Bukit Selambau, kerana terlalu ramai calon. Di 2 bukit, iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau, PAS dan PKR bertindak sebagai pertahanan. Kena sentiasa bersiap sedia, menghadapi serangan dari pihak lawan, yang tidak diketahui caranya. BN digambarkan seperti penyerang. Kalau PR kecundang di kedua-dua tempat ni, akan berkuranglah kerusi.


Manakala di Batang Ai pula, PKR bertindak sebagai penyerang, dan BN sebagai pertahanan. Di sini, tak apa kalau PR kecundang, kerana tidak mengalami kekurangan kerusi. Bagi pandangan peribadi saya, saya yakin PR dapat mempertahankan P.59 dan N.25, berdasarkan mood orang Semenanjung, yang rata-ratanya menolak UMNO/BN. Di Batang Ai, penulis kurang pasti. Sebab keadaan di Malaysia Timur agak beda berbanding semenanjung, walaupun angin perubahan sudah mula kelihatan di sana. Apa-apapun, di harap Tuhan kurniakan kejayaan kepada kita.

Nasrun minallah wa fathun qarib. (pertolongan daripada Allah dan kejayaan menghampiri)


Selepas ni, diharap semua pihak menumpukan perhatian di dalam krisis ekonomi yang teruk, yang melanda negara ni. Ramai yang dibuang kerja. Dan diharap tidak akan ada pilihanraya dalam masa terdekat. Banyak duit dilaburkan.. Harap-harap Bukit Lanjan tidak berlaku pilihanraya, begitu juga DUN Penanti (YB Fairus), dan jugak Kepala Batas (takkan Pak Lah masih nak duduk dalam parlimen, tengok orang lain berkuasa, kemungkinan dia akan kosongkan jugak kerusi tu). Dan kepada YB Elizabeth Wong, penulis setuju agar dia meneruskan kerjayanya, bukan silap dia, orang menceroboh hak privasinya..


Berkenaan pada bekas ADUN Bukit Selambau, sekalung tahniah diucapkan, kerana mempertahankan prinsip, dan memilih meletak jawatan berbanding melompat ke BN. Walaupun dia bukan Islam, tapi prinsip dan moralnya jauh lebih tinggi daripada Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang mengaku Islam.


Akhir sekali, calon PAS beruntung kerana tokoh cendekiawan dan sasterawan negara turut berkempen untuk menolak calon UMNO, kerana kerajaan masih berkeras nak teruskan dasar PPSMI. Antara yang turun ialah sasterawan negara, A. Samad Said dan Prof. Dr. Abdullah Hassan. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan yang lebih besar kepada PAS di Bukit Gantang, walaupun kerusi itu secara tradisinya milik BN.

TIADA MODAL

Semalam saya menonton buletin utama tv3, sambil mengemaskini blog dan melayari internet. Tiba-tiba mereka menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di Bukit Selambau, disebelah calonnya S. Manikumar, mengatakan akan ada perubahan jika Pakatan Rakyat menang di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil. Dan mereka (tv3) membezakan ucapan Anwar Ibrahim 14 tahun lalu (1995) ketika masih di dalam UMNO. Ucapan tersebut disiarkan semula oleh tv3, menunjukkan Anwar Ibrahim mengutuk PAS dan DAP. Tak lain dan tak bukan, ini hanyalah untuk propaganda, hari mengundi jatuh pada hari esok. Dan tv3 nampaknya semacam takde modal.



Ini gambar yang sempat saya rakamkan melalui kamera handphone. Gambar Anwar Ibrahim berucap pada 1995, masih muda, dan rambut pun masih lagi hitam. Mengecam dan mengutuk PAS dan DAP. Dia ketika itu berucap di hadapan penonton yang rata-ratanya berbangsa Cina. Dalam ucapannya, Anwar mengecam cara PAS dan DAP berpolitik. Dan mengatakan PAS dan DAP hanya tau bercakap, tapi tak gunakan akal, seterusnya mencabar DAP melaksanakan semua agendanya kepada masyarakat Cina.
Di hadapan audiens bermajoriti Cina

memang media milik UMNO ni sudah takde modal. Mereka tak dapat lagi nak perbodohkan rakyat. Inilah cara politik murahan UMNO. Anwar ketika itu masih lagi anak emas Mahathir. Anwar akan ikut rentak Mahathir. Itu dulu. Bila kena tendang, barulah maki hamun Mahathir. Anwar sebenarnya mempunyai pilihan. Dia boleh sertai Tengku Razaleigh Hamzah dalam Semangat 46, tapi dia sebaliknya memilih untuk bermanja dengan Mahathir. Itulah sikap Anwar yang seringkali saya kritik. Walaupun dia orang nombor 2, tak semestinya dia kena patuh pada bos walaupun bos itu salah. Dia boleh letak jawatan dan keluar parti. Tapi tak apalah, sekarang Anwar Ibrahim sudah bersama kita, meneruskan perjuangan membasmi kebobrokan dan penyelewengan.


Semalam juga saya sempat download video ucapan Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Agung UMNO 1997 dalam You Tube. Video ini selama 9 minit lebih. Disaksikan ketika ini bagaimana Anwar disanjung dan dipuja semasa dia dalam UMNO. Dalam video tersebut, Anwar memulakan ucapannya berselang seli dengan bahasa urdu. Dia menceritakan detik pertemuannya kali pertama dengan Dr. Wan Azizah, dan berkata, "mata bertentang mata, lidah kelu tak terkata.."

Diselangi dengan mengusik isterinya, Dr. Wan Azizah dan jugak Dr. Siti Hasmah dengan Mahathir, sehingga kelihatan Mahathir ketawa besar. Dalam ucapannya jugak, dia banyak buat para perwakilan UMNO bergelak ketawa. Dan menceritakan tentang surat layang yang menimpa dirinya pada tahun itu (1997). Katanya, dia banyak menerima surat layang, tapi yang pada tahun itu, surat tersebut kelihatan terlalu teruk, sehingga Anwar membuat laporan polis pada Ogos 1997. Dalam perhimpunan UMNO tahun itu jugak, Anwar mengeluarkan pantun famousnya,

akar nibung meresap,
akar mati dalam perahu,
terbakar kampung kelihatan asap,
terbakar hati siapa yang tahu.


Pada tahun itu, memang Anwar nak bertindak terhadap orang yang bertanggungjawab sebarkan surat layabg tersebut, tapi dinasihati oleh Mahathir agar menghentikannya. Di samping itu, Anwar juga sempat menasihati semua agar menumpukan perhatian dalam mengurus ekonomi, kerana keadaan ekonomi pada waktu itu hampir gawat, mengambil perhatian terhadap masalah yang menimpa rakyat serta kestabilan politik.



Habis cerita tentang itu.



Berbalik pada laporan TV3 tadi, ia turut menyiarkan orang UMNO yang buat laporan polis supaya tindakan diambik terhadap Ahli Parlimen Taiping, ADUN Pantai Remis, merangkap exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Nga Kor Ming kerana membaca ayat al-Quran semasa berceramah di hadapan orang Melayu. Nampaknya UMNO sengaja mahu timbulkan ketegangan di antara Melayu dan DAP. YB Nga hanya membaca ayat berkenaan Allah menyuruh berlaku adil, (Innallaha ya' muru bil 'adli wal Ihsaan) ayat yang kita selalu dengar ketika di akhir khutbah jumaat. Itulah menunjukkan bukan Islam dah semakin memahami Islam, dan inilah yang menakutkan UMNO. Kerana UMNO hanya tau memainkan isu perkauman. Buatlah gimik apa-apa pun, rakyat tidak akan termakan. Inilah caranya UMNO berpolitik murahan, politik yang sudah ketinggalan zaman. Diorang takut, kekalahan sudah semakin menghampiri BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.

Celoteh Awal Pagi

MAHU BERGELAR WAKIL RAKYAT ATAU YB



Salam,


Sejak akhir-akhir ni, penulis perhatikan, ramai yang ambik bahagian untuk merebut jawatan YB bila tiba musim pilihanraya, sama ada umum ataupun pilihanraya kecil. Sehinggakan ada yang bermasam muka gara-gara tak terpilih jadi calon, atau tidak setuju si anu menjadi calon. Maka lahirlah sabotaj. Memang tak dapat dinafikan lagi, mereka yang nak menjadi YB hanyalah mahukan populariti semata-mata. Kurang keinginan untuk menolong rakyat.


Mengapa penulis katakan begitu? Kerena ia adalah daripada pemerhatian daripada penulis sendiri. Cuba perhatikan, seseorang itu, tak pernah bergelar YB, atau belum bergelar YB, semasa kempen, janji macam-macam. Bila dah menang, muka susah nak nampak. Ataupun nak jumpa pun susah. Dan kalau kat mana-mana bertemu, mulalah buat-buat sombong. Hal ini berlaku tak kira daripada kalangan UMNO, PAS, mahupun PKR sendiri. Kalau dah ada sikit populariti dalam diri, mulalah jalan tak pandang kiri-kanan. Nak-nak lagi kalau ada "ketua" kat tepi. Sibuk, berlagak, kononnya dialah yang hanya buat kerja. Ini banyak kelihatan dalam PKR.


Macam tu lah manusia. Masa diri tak punyai apa-apa, tak dikenali, perangai OK saja. Bila dah mula orang kenal, macam tu lah, dah rasa syok. Ada sorang tu, baru bergelar calon, masa PRU lepas. Tapi cara berjalan dah macam bergelar YB. Sombong nak mampus. Dia calon PKR. Penulis kata dalam hati, "dia tak layak jadi calon, mudah-mudahan dia kalah,"
maka, tuhan telahpun kabulkan doa penulis, dia kalah dalam PRU lepas. Padan muka. Calon-calon lain dalam kawasan parlimen sama, semua menang, kecuali dia. Padan muka.


Seumur hidup penulis, penulis hanyalah mengiktiraf 3 orang insan, walaupun bergelar YB, walaupun sudah famous, walaupun popular, tapi masih senang diajak berbual, senang bergaul, berperangai baik, dan tak lokek dengan senyuman. iaitu YB Dr. Syed Azman Syed Nawawi, YB Mohd Abdul Wahid Endut, dan Hj. Mohamad Sabu. Yang lain-lain, entahla..


Kena ingat, bukannya sedap jadi pemimpin. Nanti kena soal. Ni ramai sangat nak jadi YB sampai 15 orang bertanding. Apa kejadah? Nak jadi exco??


Hadis Nabi SAW :


"Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinanmu,"

Sunday, April 5, 2009

Tahaluf Siyasi

Memang tidak keterlaluan jika saya katakan, PAS adalah parti yang paling bertoleransi berbanding parti-parti politik yang terdapat dalam bumi Malaysia ni. PAS pernah berpakat dengan banyak parti di negara ini, hatta parti lawannya, UMNO. Ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya sebuah parti yang terbuka. Tapi, walaupun PAS berpakat dengan mana-mana parti yang berlainan ideologi, perlu diingat, dan ditekankan, PAS sekali-kali tidak akan menggadaikan prinsipnya untuk menegakkan Islam.


Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS, pernah berucap, "Walaupun betapa toleransi dan terbukanya PAS, namun ia tetap berada di dalam orbit Islam,"


Sejarah melakarkan, PAS mula melakukan muafakat politik, atau tahaluf dengan Parti Negara pada tahun 1959, sehinggakan berjaya menawan Terengganu pada pilihanraya ke 2. Sepuluh tahun kemudian, 1969, berlakulah tragedi hitam di negara ini, menyaksikan rusuhan antara kaum, dikenali sebagai peristiwa 13 Mei, selepas daripada peristiwa itu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, dan diganti dengan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tun Razak ni berjaya membuatkan PAS bertahaluf dengan UMNO, bersama-sama komponen Perikatan, dan jugak parti-parti pembangkang yang lain seperti Gerakan dan PPP. Lalu terbentuklah Barisan Nasional. Hanya PRM dan DAP saja tidak menyertai Perikatan.



Namun, PAS hanya sempat bertahaluf bersama BN selama 4 tahun saja. PAS ditendang daripada BN oleh petualang-petualang dalam UMNO pada tahun 1978.



Selepas itu, PAS mencuba nasib apabila dipelawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk berpakat dengan Parti Melayu Semangat 46. Gabungan ini diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah, dan berjaya menawan negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum tahun 1990. Gabungan ini "musnah" apabila S46 diserap ke dalam UMNO Baru, dan Tengku Razaleigh bersama angkatannya beramai-ramai kembali ke pelukan Mahathir pada 1995.

Pada tahun 1998, berlaku satu peristiwa fitnah besar di negara ni, pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan BN. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, liwat, skandal seks, ejen asing, dan lain-lain. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan pada 1999, ditunjangi oleh isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah. Menjelang PRU ke 10 pada 1999, PAS sekali lagi bertahaluf siyasi, kali ini dengan PKN, PRM, dan DAP. Lalu terbentuk lah Barisan Alternatif.

PRU tahun itu, PAS berjaya menawan Terengganu, disamping dapat mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Barisan Alternatif memperoleh 45 buah kerusi Dewan Rakyat. Tetapi, DAP mengambil keputusan untuk keluar dari barisan itu pada tahun 2000 kerana tidak beroleh sokongan orang cina, kerana BA turut dianggotai oleh PAS, selain daripada gejala Islamophobia. Barisan Alternatif kekal sehingga tahun 2008, sebelum PRU ke 12.


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyertai PKN pada Ogos 2003, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbentuk.


Pada tahun lepas, 2008, berlakulah satu tsunami politik pada PRU. PAS, PKR, dan DAP menang besar dan berjaya menafikan 2/3 kerusi Parlimen, 4 buah negeri juga tumbang di tangan pembangkang, iaitu Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang. Di samping berjaya mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan majoriti yang lebih besar. Selepas daripada itu, terbentuklah Pakatan Rakyat, hasil gabungan PAS-PKR-DAP.



Walaupun ada suara-suara "orang yang berotak lembu", kehairanan sebab mengapa PAS lebih rela bersama DAP yang bukan Islam, berbanding UMNO yang Islam. Itu menunjukkan PAS tidak akan rela dikhianati kali kedua, seperti yang berlaku pada 1978. Lagipun UMNO adalah parti yang penuh dengan gejala negatif, dan tak mahu menerima Islam sebagai dasar. Tak mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang munafik seperti itu.


Kesimpulannya, PAS bertahaluf hanyalah untuk memudahkan dakwah kepada bukan Islam. Sekarang, seperti yang kita tengok, orang Cina tak lagi takut kepada PAS, seperti 10 tahun dulu, dan orang-orang India juga semakin ramai dekati PAS. Kalau tak bermuafakat politik, kata Mat Sabu, "kalau tak, kita hanya bergilir-gilir perintah Kelantan dan Terengganu,"


Dan lagi satu, mengikut demokrasi, sebuah parti tidak mungkin dapat perintah seorang diri tanpa bantuan daripada parti yang lain. So, kalau PAS ingin berkuasa, maka perlulah bekerjasama dengan parti yang lain.