Saturday, April 4, 2009
Buat Para Pengundi P059 Bukit Gantang
Bila PAS ingin :
1) menegakkan hukum Allah di muka bumi ini, seperti yang diperintahkan dalam an-Nisa' 105
2) hapuskan judi yang banyak memporak-perandakan rumah tangga
3) hapuskan kilang arak yang banyak membawa mudarat
4) menjalankan hudud, qisas, takzir kepada penjenayah sebagaimana yang disyariatkan
5) menghapuskan riba yang jelas tidak mendatangkan keadilan
6) menentang akta zalim ISA
7) membawa rakyat mendekati Allah SWT melalui program kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat (SAR), maahad tahfiz dan sebagainya
8) melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat.
BERDOSAKAH ATAU DAPAT PAHALA??????
Salahkah kalau kata sokong parti yang bawak kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT? Samalah kalau sokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, mestilah tidak terlepas dari dosa jika beri undi kerana ia bererti kita redha dengan segala tindak-tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.
Tentu akan timbul persoalan, kenapa, walaupun Menteri Besar daripada PAS di Kedah dan Perak, tapi masih ada kedai judi, dan kilang arak, dsb? Jawapannya, itu hanya boleh dihapuskan jika PAS mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri. Seperti yang kita tengok, PAS hanya minoriti dalam DUN Perak. Di Kedah pula, walaupun PAS majoriti, tapi kerajaan tidak boleh ditubuhkan tanpa bantuan PKR. Oleh itu, perlu bersabar, dan pastikan PAS menang besar seterusnya mendapat majoriti dalam DUN. Buat masa sekarang, PAS hanya boleh membuat sekadar yang termampu di negeri Pakatan Rakyat, contohnya menguasai masjid, dan memperbanyakkan majlis ilmu. Dan keadaan di atas hanya boleh berlaku di Kelantan, kerana PAS mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Selamat Mengundi........
PM Ke-6
Seusai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Istana Negara semalam, maka dengan rasminya Najib putera sulung Tun Razak menjadi PM. Rakyat Malaysia sudahpun mempunyai PM yang diragui imejnya, terpalit dengan berbagai skandal. Macamana beliau menghadapi masalah ekonomi yang paling teruk selepas Perang Dunia Ke- 2 ya? Tun Mahathir pun nampaknya sudah bersiap sedia memainkan peranannya, sebab proksinya menjadi orang number one. Dia masuk semula UMNO. Adakah akan berlaku sekali lagi gerhana di negara kita, sebagaimana zaman Mahathir dulu? Saya tak tau....Maka alkisahnya, bersorak gembiralah penduduk daerah Pekan, kerana sudah mempunyai 2 orang PM yang berasal dari daerah itu. Mereka mengharapkan anak sulong Tun Razak ni me
ngulangi kegemilangan negara ni. Boleh ke? Tun Razak menjadi PM pada 1970, cara pemerintahannya adil, semua dilayan sama rata, tak kira PAS mahupun UMNO, nasib Melayu terbela. Tapi bolehke mengharapkan itu berulang kepada Najib? Ingat! Najib la yang menyebabkan bahasa pengantar di IPT ditukar dari bahasa ibunda ke bahasa Inggeris! Masa itu jugaklah pinjaman diperkenalkan menggantikan biasiswa..semuanya pada tahun 1995, sewaktu menjawat Menteri Pendidikan. Saya tak akan lupa, dan akan menuntutnya di akhirat nanti.Apa agenda dia lepas jadi PM ye? Petang semalam penyerahan tugas sudahpun diserah oleh bekas PM, Tun Dolah di Putrajaya.. Oh ya, adakah hantu altantuya akan mengekori putera sulong Tun Razak di Putrajaya? Wallahualam..


Tapi, malam semalam, semasa perutusan khas PM, Najib dah buat 3 ''surprise'', iaitu menarik balik larangan penerbitan 2 akhbar politik, Harakah dan Suara Keadilan, membebaskan 13 tahanan ISA, dan mengkaji semula ISA. Adakah ini untuk memujuk pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai mengalihkan undi mereka kepada BN? Ada udang di sebalik mee? Jadilah mee udang banjir di Kuala Sepetang, sebagaimana katanya tidak ada projek mee segera, so projek-projek yang ada kat Bukit Gantang tu projek mee udang lah ye? sempena makanan famous di Kuala Sepetang. Apa-apapun, ia mestilah untuk menarik perhatian pengundi-pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya. Dan Najib jugak berkata, dia mahu laksanakan transformasi besar dengan semangat satu Malaysia..kita tunggu dan lihat.

Dan, terakhir, lagi satu persoalan bermain-main dalam kotak minda penulis, nanti, Najib ke Rosmah "Imelda" menjadi PM? Penuhla tembolok big mama dengan shoppingnya.. walaupun 7 buah kereta yang sarat dengan barang shopping dia masa kat London dulu, itupun tak dapat lagi puaskan nafsu membeli-belahnya..banyaklah wang rakyat yang habis nanti..ataupun, ada mangsa c4 baru? Kita tengok saja..
Mat Sabu pernah cakap di salah sebuah ceramahnya, "aku tengok kening dia (Rosmah) pun takut woo....ntah-ntah lepas ni aku pulak yang kena (C4).."
Thursday, April 2, 2009
TAK DERHAKA


Gambar di atas aku ambik dari sebuah blog anti PR. Apa yang aku persoalkan, penulis blog ni paham bahasa ke tak. Sah 100% UMNO tulin. UMNO dengan propaganda memang dah sebati. Jahat dan pemfitnah. Kalau kat luar sana masih ada lagi yang tak paham bahasa (terutamannya Melayu) seperti blogger UMNO ni, aku nak buat penjelasan mengenai isu derhaka ni, berdasarkan pengetahuan cetek aku ni..sesuai la dengan orang UMNO yang tak reti bahasa dan kurang ajar tu.
Sultan memang tak punyai kuasa untuk memecat Menteri Besar. Sultan hanya boleh memecat exco saja. Menteri Besar hanya boleh terlucut jawatannya melalui 3 cara :
1) Menteri Besar itu sendiri letak jawatan.
2) Berlakunya pembubaran DUN.
3) Melalui usul undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan Negeri. (Jika takde majoriti di sebelah pihak Menteri Besar).
So, memang Sultan Azlan Shah tidak berhak memecat YAB Nizar. Isu sembah derhaka pulak, "sembah derhaka" tu bahasa istana, hanya boleh gunakan dalam istana, bermaksud "tak setuju" atau "disagree" orang putih kata. Kisah dia camni, Sultan Azlan menitahkan Nizar mengadap baginda di Istana, dan sesudah sampainya Nizar, sultan memberitau PR sudah tak mempunyai majoriti dalam DUN kerana 3 ADUN Bebas memihak kepada BN, dan ADUN Bota kembali semula kepada UMNO. Nizar memohon sultan bubarkan DUN, tapi sultan tak nak, dan menyuruh Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Masa tu la Nizar berkata pada sultan Perak, " Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik mohon sembah derhaka, Tuanku," - Nizar boleh gunakan perkataan "Patik tak setuju, Tuanku,". Tapi, oleh sebab Nizar ni nak hormat istana, maka dia gunalah bahasa istana tu (sembah derhaka).
Tapi UMNO membawa perkataan yang diucapkan oleh YB Nizar ni ke luar istana, sehingga ada rakyat menyangka yang Nizar ni betul-betul mintak derhaka pada sultan. (of course melayu lah yang bangang, senang ditipu).
Apa-apa pun, YAB Haji Nizar Jamaluddin tetap Menteri Besar Negeri Perak yang sah. Si Zambry tu Menteri Besar HARAM, Kerajaan HARAM. Zambry tu tak tau buat kerja Menteri Besar, baru 2 hari dilantik, dah bazirkan wang rakyat, melantik 3 orang penasihat bertaraf exco, dengan gaji mahal, pastu polis pengiring pulak. Si Zambry ni hanya tau tebar roti canai saja. Tu la kerja dia.

Pastu, isu Karpal Singh nak menyaman Sultan Perak lak. Memang aku tak sokong, tapi itu dah jadi hak dia (Karpal) untuk menyaman, sebab memang sultan boleh diheret ke mahkamah. Nak tau lebih lanjut, tanya Si Mahathir tua haprak, ni kerja dia. Ada mahkamah khas untuk bicarakan sultan-sultan.
BN memang dah terdesak, sanggup menuggang SUK Perak, mengosongkan pejabat YAB Nizar. Pastu memperalatkan Penolong Speaker, membuat kenyataan, sidang tergempar yang nak dibuat oleh Speaker V. Sivakumar tidak sah kerana tak dapat perkenan sultan. Speaker memang berkuasa la nak buat sidang tergempar. Tak perlu kebenaran sultan pun. Tapi itulah, sekarang Speaker Perak dituduh salah guna kuasa, ekoran penggantungan Zambry beserta 6 orang exconya. Buat pengetahuan korang, kuasa Speaker TAK BOLEH DICABAR OLEH MANA-MANA MAHKAMAH.
Kalau boleh, dah lama ahli-ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat membawa Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin ke mahkamah sebab menggantung Gobind Singh 1 tahun, dan membuang kertas usul untuk membahaskan undi tak percaya kepada Dolah Badawi. Speaker kebal dari mana-mana undang-undang.
P/S : Kalau masih ada yang tak paham bahasa lagi lepas baca kenyataan ni, elok la pergi naik bangunan tinggi, pastu terjun, biar kepala jatuh dulu..tak guna pun kalau idop lagi.
DEYYYY ZAMBRY!!!! ROTI TELUR DUA!!!
INFORMATION
Perdana Menteri sepenggal, Dolah Badawi dah pegi mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai PM dan mohon perkenan Tuanku melantik Najib Altantuya sebagai penggantinya. Maka, selepas ni, sudah sempurnalah teori RAHMAN. Sesudah itu, maka terkubur la UMNO/BN.
MASYA-ALLAH
Bagi aku, inilah yang betul-betul memalukan dan mencemarkan imej Melayu-Islam. Cuba tengok :

Gambar ni diambik di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, Bukit Gantang. UMNO sanggup mengenepikan imej Melayu dan Islamnya, serta soal halal-haram semata-mata nak meraih undi! Lebih memalukan lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang jaga agama, Zahid Hamidi turut berada dalam majlis itu...aduh..itulah melayu UMNO. Jangan haraplah UMNO nak menjaga agama...Nak agama tergadai..undilah UMNO di Bukit Gantang lagi..!! Persilakan.
TAHNIAH AYAHANDA NIZAR!!!
Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin, calon P.59 Bukit Gantang, merangkap Menteri Besar Perak, kerana memperoleh cucu sulongnya pada hari Selasa lepas. Anak perempuan beliau melahirkan anak pertamanya di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan di Jalan Seruan Ipoh, Perak. Sepatutnya tarikh kelahiran cucu beliau tu jatuh pada hari mengundi, 7hb April, tapi Allah SWT telah mempercepatkannya.Ini pasti telah menambahkan semangat YB Nizar untuk menghadapi PRK P.59. Beliau telahpun menang.. Salam perjuangan diucapkan kepada beliau.
SHAHRIR SAMAD LETAK JAWATAN
Seperti yang dijanjikan, Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah menghantar surat perletakan jawatan beliau pada Dolah Badawi, semalam. Surat tersebut berkuatkuasa pada 8hb April depan. Shahrir meletakkan jawatan ekoran kekalahannya merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan UMNO lepas. Mengikut prinsip UMNO, menteri yang kalah merebut jawatan patut meletakkan jawatan.
Tapi, setakat ni, hanya Shahrir saja yang letak jawatan. Sedangkan masih ada lagi menteri-menteri yang enggan letakkan jawatan seperti Rais Yatim dan Azalina Othman. Ini kita dah dapat membedakan siapa yang berprinsip dan tidak berprinsip.
Wednesday, April 1, 2009
EZAM OH EZAM
Aku tak sangka Ezam sanggup cari publisiti murahan, semata-mata nak jatuhkan bekas ketua dia, yang dia puja dulu, Anwar Ibrahim..
Kenapa ko jadi macam ni Zam?? Dulu, engkaulah satu-satunya pemuda yang menjadi ikon aku. Gaya ko memberi ceramah, ucapan, langsung tak membuat aku rasa bosan. Sekarang, oleh kerana wang, ko sanggup khianati perjuangan ko bersama reformis-reformis dulu, ko sanggup dimakan "sumpah keramat" ko Ezam? Aku tahu kenyataan ko mengenai Anwar pernah kata kat ko, Najib merupakan pemimpin yang cerdik masa dalam UMNO dulu, semata-mata ko nak mengampu Najib, bukan? Mentang-mentang la Najib tu dah nak jadi PM, terus ko beralih dari mencium ponggong Dolah kepada ponggong Najib.
Zam, aku nak tanya ko..mana perginya 6 buah kotak rahsia yang ko gembar-gemburkan dulu? Kemana menghilangnya? Zam, usahlah kau bohong kepada orang ramai. Rakyat sekarang ni tak bodoh la Zam. Informasi boleh didapati di mana-mana. Ko kata, masa DSAI menjawat Ketua Pemuda UMNO dulu, orang yang dia bimbangi dalam Pemuda ialah Najib, sebab Najib tu cerdik. Usah la ko temberang. Rekod menunjukkan ko mula bekerja dengan DSAI pada tahun 1996... sedangkan waktu Anwar melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu ialah pada tahun 1987..masa tu ko baru berumur 20 Zam...sebaya dengan umur aku sekarang ni..
Aduhai Ezam..aku tahu ko marah kat Anwar Ibrahim, hanya kerana dia manj
akan Azmin Ali tu kan? Janganla ko peduli perkara itu Zam..Azmin Ali kan anak emas Anwar Ibrahim..ko buat apa-apa pun, takkan merubah kasih-sayang Anwar kepada Azmin..lagipun takkanlah ko tak sedar, hubungan Anwar-Azmin tu diibaratkan seperti hubungan Mahathir-Anwar dulu?
Zam, takkan la ko merajuk, keluar PKR hanya kerana tidak diberi bertanding jawatan Timbalan Presiden? Serendah itu martabat ko Ezam? Ko berjuang dulu hanya semata-mata kerana pangkat, bukan keadilan, Zam? Ezam, kembalilah ke pangkal jalan, orang seperti ko amat diperlukan kat sebelah sini, tapi apakan daya, diri ko telahpun tercemar dengan tahi-tahi daripada UMNO..
Bagi aku, ko ni Zam, kalau dibandingkan dengan AMK sekarang ni, ko jauh lebih hebat dari mereka. Mereka tak mampu menyaingi kewibawaanmu semasa dalam Keadilan dulu Zam.. AMK sekarang ini hanya tau mencari publisiti murahan.. Tapi kenapa ko sanggup khianati perjuanganmu?
Aku tak tau nak cakap apa lagi Zam, aku cukup kesal ko sendiri dah rendahkan martabat dan harga diri ko, semata-mata kecewa dengan orang-orang tertentu dalam KeADILan...Kenapa ko ni Zammmmmmmmmm....