Showing posts with label kategori sendiri. Show all posts
Showing posts with label kategori sendiri. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Menyiapkan Sebuah Revolusi!

Oleh : Ibn Ali



Baik, mari kita berbicara dengan tenang.

Hmm, tarik nafas perlahan-lahan kemudian lepaskan.

Sudah tenang?

Baik, mari kita buat sedikit perbandingan antara Revolusi Iran dan demokrasi kita.

Kita ambil demokrasi kita terlebih dahulu. Tahun 1957 Hati Malaya telah merdeka dengan kepulangan para penjajah dengan aman damai. Malaya ketika itu terbebaskan tanpa linangan darah dan lelehan air mata.

Hari-hari seterusnya dilalui dengan tabah oleh penduduk muka bumi Tanah Melayu yang mendapat nama Malaysia tahun 1963 pada tanggal 16 September. Namun, tanggal 16 September di tahun 2008 memberitahu kita, Islam masih belum bertapak kukuh di nubari jiwa umat Malaysia. Hudud masih tidak dapat dibuat. Untuk memahamkan non-muslim berkenaan Islamic State dan Hudud mengambil masa hampir 50 tahun. Dan selepas ini, bagaimana mahu memberitahu kepada golongan non Muslim yang Islam adalah sebuah Khilafet yang agung dan sebuah misi jihad Expansion? Dan tentang Islam itu tinggi dan tidak yang tinggi melainkan Islam?? Saya tak tahu. Tanya Tuan Presiden.

Revolusi Iran pula.

Revolusi agung ini, dikerjakan dengan baik oleh dua figur utamanya iaitu Khomeini dan Ali Shariati. Sejarah perjuangan mereka untuk membebaskan umat tertindas di bumi Pahlavi (Mustadhafin) amat menarik untuk dihimbau. Ketepikan sebentar sentimen Syiah. Tidak ada masalah jika kita belajar sesuatu dari mereka, jika kita masih gagal.

Saya tidak dapat membayangkan jika Revolusi Iran 1979 bermain dalam kotak Shah Iran Pahlavi. Menarik untuk disindir, jika gerakan Islam di Saudi mahu perform dengan baik, adakah mereka boleh bermain dalam kotak monarch yang diatur Amerika dan sekutu?

Dengan menyerukan umat kembali kepada Islam, sekularis liberalis tidak ada peluang langsung untuk berdamping dengan kumpulan kita. Habuk-habuk jahat, kotor dan sesat milik mereka tidak akan mampu melekat di tubuh harum mewangi kita. Tidak percaya? Lihatlah, kita menyerukan pengabdian kepada esa, pencerahan yang lebih azali, Khilafet yang lebih luas, misi sebuah jihad yang lebih besar- adakah ini disukai sekularis liberalis??

Islam itu adalah 'aqidah yang merevolusikan. Ibarat motor yang menggerakkan. Islamlah yang memotori pergerakan sesebuah masyarakat, kaum dan negara. Islam disalut dengan ungkapan Islam demokrasi, adalah sebuah istilah manja dan lembik. Islam yang disalut ungkapan Islam sosialis adalah Islam yang keliru dan buntu. Islam yang dikabusi dengan nama Islam kapitalis, adalah Islam raksasa penindas.

Saya bercakap tentang sebuah revolusi yang bahaya?

Bahaya untuk diperkatakan?

Dunia harus dibakar, jika kita percaya sorga sana (Sambil menuding langit) adalah yang kekal.

Tuesday, February 9, 2010

Politik, tanpa demokrasi. Bagaimana?


Bagaimana? Ya, bagaimana?

Jangan, jangan marah terlebih awal. Saya hanya manusia biasa yang mahu meneroka dan mahu berbeza. Itu suatu kesalahan? Come on lah, kata demokrasi.

Adakah demokrasi = politik & politik = demokrasi?

Saya teliti, tak. Makna kedua-dua perkataan itu sendiri berbeza.

Demokrasi, adalah demo dan cratus yang bermaksud suara rakyat. Politik? Politik adalah politik. Politik adalah istilah orang putih yang mana istilah ini sememangnya berlaku banyak sial, malang, kekotoran, nafsu syahwat, maksiat dan sentia berlagu adegan-adegan tidak senonoh, babak-babak dan drama-drama yang celaka dan menjengkelkan dalam episod-episod opera politik.

Habis Islam? Tolak politik?

Islam ada istilahnya tersndiri dan defenisinya yang bergerak dan setiap gerakan setiap langkahnya itu penuh bergaya. Siasah, dipetik dari sasa yasusu siasatan yang membawa maksud, iqamatud din wa siyasatud dunya.

Mafhumnya, "menjaga agama dan mentadbir dunia berpaksikan agama.

Politik, Nabi pun berpolitik. Tidak ada pun demokrasi. demokrasi hari ini benarkan aktiviti sodomi, pelacuran dan industri perjudian. Lagi? Demokrasi yang diguna pakai dewasa ini benarkan Israelraya patahkan leher Palestin dan PBB baghal kekal diam. Melawan, dituduh Taliban. Tak melawan? Nampak sangat macam tak beriman.

Sunday, February 7, 2010

Merugilah Khusrin Munawi.

Merugilah Orang yang bernama Khusrin.

Maka,
merugilah,
merugilah orang yang bernama Khusrin
kerana tidak berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan, tidak berpesan-pesan dengan kesabaran.

Belum tentu rugi,
orang yang bernama Murugiah,
Jika Murugiah itu,
beriman,
dan beramal soleh.

Tetapi,
Merugilah
orang yang bernama Khusrin,
kerana namanya sendiri,
adalah kerugian.

Menahan,
yang tidak sepatutnya ditahan.

Merugilah, orang yang bernama Khusrin,

empangan arak,
dibiarkan tanpa dikenakan tindakan

Menyuruh yang haq,
dikenakan tindakan ikut suka Khusrin,

Maka, menjadi celakalah orang yang bernama Khusrin.

Thursday, February 4, 2010

Kapitalism, sosialism n machiavelism

Kapitalisma, bermula untuk mengaut keuntungan atas nama modal insan.

Perkara itu, adakah tidak berlaku langsung di atas muka bumi kuis?

Persoalan agak besar dan berat itu, saya campakkan kepada mahasiswa kuis, sama ada pro gms atau pro mpm. Saya? Berkecuali. Cuma, jujur saya katakan, memang saya ada dengar, banyak suara rungutan tentang yuran yang mahal.

Sekali lagi, mari kita semua muhasabah semula. Yuran, mahal kan?

Soalan kedua, boleh jadi tak ada unsur-unsur kapitalisma dalam pembinaan kuis?

Ada. Bagi saya, secara personel dan beberapa sembang-sembang mengatakan, ada.

Baik, mari kita semua berganjak ke soalan seterusnya.

Sosialisma, adalah reaksi kepada kapitalisma. Semua, setuju tentang itu. Sosialisma, dengan kata nama lain, adalah pesaing kapitalisma yang mahu mencuri duit kita atas bermacam-macam retorik. Antaranya catalyst of knowledge. Sebenarnya, catalyst of capitalist @ capitalyst of knowledge. Mereka, (Baca:Sosialisma) pun sama dengan kapitalisma. Mereka, perjuangkan hak rakyat (Boleh juga baca: Mahasiswa) tetapi, rakyat tidak ada yang bersalah?

Islam seterusnya datang. Nak bicarakan tentang Islam yang tawarkan pencerahan?

Tak payahlah. Kalian lebih tahu dari saya. Islam memang way of the life. Tetapi mereka? Buta.

Seterusnya, machiavelisma.

Faham ini, ditelurkan oleh tasauwur alam sekular yang ditetaskan oleh pemuda kacak bernama Niccolò Machiavelli . Faham ini, antara lain mengatakan dalam bahasa 'arab, alghayah, tubarrirul wasilah. Dalam bahasa Inggeris, ends justify the mean.

Nampak tak? Tak faham?

Dalam bahasa 1 Malaysia, alghayah tubarrirul wasilah membawa makna, matlamat halalkan cara.

Tak percaya kata-kata saya? Tak percaya sudah. Baca semua blog yang buat liputan pasal kuis.

Kemudian, pegang konsep keadilan. Siap!

Tuesday, February 2, 2010

Tuhan, bermata duitan.


Tuhan itu,
bermata duitan.

Tuhan itu,
bernafsu syaitan.

Menghisap keringat,
peluh dan tenaga,
untuk
Tuhan bermata duitan.

Duitan itu,
bertakhta,
bermaharajalela,
di mata Tuhan.

Tuhan itu,
disembah, dipuja,
walau dialah yang paling celaka.

Tuhan itu,
menakutkan.

Sesiapa yang melawan,
pasti akan dihumban,
ke dalam,
api neraka yang memedihkan.

Monday, February 1, 2010

tie n jeans.


(Presiden Ahmadinejad yang syiah pun x pakai tie.)
Oleh: Ibn Ali

Baik, untuk tidak menghampakan sahabat baik saya yang beri peluang saya supaya menulis di Reformis Jalanan maka izinkan saya mencoret secoret coretan di tengah petang.

Seorang melabel saya entah apa-apa kerana saya pakai jeans. Jeans, berwarna biru.

Dua orang lagi marah saya entah apa-apa kerana mengkritik kumpulan Islam mereka. Dah gila sangat demokrasi, orang kritik terimalah dengan hati yang terbuka. Kalau tak, padanlah dengan muka.

Baik, kembali ke isu asal. Tie n jeans. Tie adalah tali leher. Jeans adalah, seluar.

Orait, apa masalahnya di sini?

Perhatikan, mereka mengkritik saya sebab saya pakai jeans. Tetapi terlupa mengkritik diri sendiri atau orang lain yang pakai tie. Eh, tie itu adalah warisan penjajahan. Tie lah yang lebih menyerupai orang kafir. Jeans? Kepala hotak hangpa. Jeans itu kan orang Islam di Amerika macedonia pakai juga? Jeans itu, seluar. Jeans itu perlu ada untuk tutup alat kemaluan dan anggota-anggota bukan kemaluan tetapi bersifat aurat.

Attention, saya bukan galakkan pakai jeans dan suruh orang perempuan pakai jeans. Perempuan, pakailah jubah. Saya lelaki lah. Eh, bekas Mufti Selangor Sahibus Samahah Allahyarham Ishak Baharom pun kata ok sahaja pakai seluar Jeans tetapi biarlah bersopan. Nah, saya tak tindik pun telinga, hidung, pusat saya. Satu lagi, saya tak merokok. Apa tak sopan lagi? Saya gandingkan kopiah putih dan jeans? Salah lagi? B*&^%!!

Tie, tidak ada kena mengena dengan kita. Tie sesuai di kawasan benua Amerika Utara Selatan, Brazil, Mexico, Papuas, New Guinea, Britain. Di Malaysia khatulistiwa? Bodoh. Tak sesuailah. Saya baca lagi, SM Idris Presiden CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) pun ada mengherdik sistem pemakaian kita yang tidak berapa betul. Eh, ini iklim khatulistiwa lah. Apa kena mengena budaya mereka dengan budaya kita. Nonsense. Lt's of fool. Langsung tidak ada kaitan.

Seharusnya, yang harus ditentang adalah tie itu. Jeans adalah sebahagian dari pakaian. Tie adalah keformalan? Keformalan kepala tengkorak hang. Sekarang, siapa yang menyerupai siapa?