Tuesday, July 5, 2011

Demo Bersih 2.0 dalam stadium?? -.-''

Tak ada negara dalam dunia ni yang ada perubahan melalui dalam stadium. Jalan raya adalah senjata rakyat yang paling ampuh dalam menentang pemerintah yang menindas. Bukannya di dalam stadium. Itu syok sendiri namanya. Di tambah pula dengan konsert, lagi haru jadinya. Macam demo Protes 3 tahun lepas, ada apa-apa perubahan ke? UMNO senyum saja. Najib dan Bik Mama tumpang gembira. Sebab apa? Sebab lepas ni bolehla depa bantai duit rakyat lagi. Biar rakyat merempat dan hidup susah asalkan tembolok sendiri diisi dan poket kroni diselamatkan.
Rakyat Malaysia biasanya memandang rendah dengan negara-negara jiran yang kononnya lebih mundur. Tapi tengoklah pada hakikatnya rakyat mereka lebih cerdik dan bermaruah serta tidak jakun berbanding dengan orang Melayu Malaysia (dan juga kaum-kaum lain di Malaysia yang selfish).
Indonesia dan Thailand bertukar kepala negara beberapa kali. Protes baju merah dan baju kuning berjalan lancar di Thailand sehingga membuahkan hasil apa yang mereka perjuangkan. Rakyat Indonesia semakin matang dan celik politik selepas Suharto ditumbangkan melalui kaedah jalan raya. Timur Tengah - Tunisia dan Mesir berjaya dengan perjuangan melalui jalan raya, tanpa perlu membuat konsert dan memekik di dalam stadium.
Shame on you Malaysian....

pada mana-mana yang letak "badge" Bersih pada gambar profile Facebook, lebih baik buang sajalah. Sia-sia...

Thursday, June 30, 2011

Lebih Melayu dari Melayu


Walaupun saya ni bergenetik Melayu, keluarga saya Melayu, mak ayah datuk nenek orang Melayu, saya tidaklah mengamalkan seni beladiri orang Melayu. Masa sekolah dulu, form 4 sampai form 5 (2 tahun) aktif jugaklah dalam Taekwondo - jadi presiden kelab sekolah dalam tempoh tu - tapi tu seni beladiri asing punya. Lepas SPM aktif lagi dalam sebulan dua, sebelum berhibernasi selama setahun setengah. Masuk kolej dalam pertengahan 2008, aktif tak sampai 4 bulan dalam silat ustaz hanafi - tu pun masuk sebab koko diwajibkan. Sekarang apa-apa jurus silat tu dah tak ingat dah.
Tapi saya memang tabik spring jika ada kaum lain (bukan Melayu) yang meguasai seni beladiri bangsa saya. Ada sorang tu sampai dapat gelaran mahaguru. Yang jadi masalahnya, kita belajar seni beladiri untuk mempertahankan diri. Dah namanya seni bela diri. Bukannya digunakan untuk cari pasal. Awak tu mamak briyani, kenapa acting lebih Melayu dari Melayu? Tak serik-serik lagikah dengan heart attack akibat minum 10 gelas teh tarik sehari (apa jenis manusia dia ni tak tahulah - saya minum segelas dah cukup).
Apa-apapun saya respek - salute - orang India menguasai seni mempertahankan diri orang Melayu. Heh!

Tuesday, June 28, 2011

Saturday, June 18, 2011

Program susu1Malaysia dihentikan



Semalam, di Harian Metro keluar berita murid sekolah keracunan dan program susu 1Malaysia diberhentikan. Agaknya, apalah bahan yang dicampurkan ke dalam susu untuk bebudak sekolah tu?
Atau, susu apa itu yang mengakibatkan keracunan?

Friday, June 17, 2011

Celake, cilako, celako!




Adakah perkataan yang lebih sesuai daripada "cilake" kepada malaon-malaon sebegini?

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Jadi, tunggu apa lagi, semua pakat turun pada 9 Julai ini - ajak semua kawan-kawan dan saudara mara.