Tuesday, April 7, 2009

BUKIT SELAMBAU....Tahniah YB S. Manikumar!!


Selesailah semua keputusan ketiga-tiga kawasan PRK. Keputusannya, PR menang, mengalahkan BN. 2-1. 2 bukit telah menjadi milik PR, manakala 1 batang dikekalkan BN.

Penulis baru saja memperoleh keputusan rasmi N. 25 Bukit Selambau, calon PKR, S. Manikumar memperoleh undi sebanyak 12,632. Calon MIC S. Ganesan pula hanya meraih 10,229 undi. Kesemua calon Bebas mendapat kurang daripada 1/8 undi keseluruhan, maka hangus terbakarlah wang pertaruhan dan wang kempen bagi 13 calon Bebas tersebut. Tahniah! PKR berjaya mengekalkan kerusi Bukit Selambau.

Jumlah peratus keluar mengundi ialah 70%, kurang daripada PRU lepas iaitu sebanyak 73%. Maka kerajaan PR Kedah pimpinan Ustaz Azizan dapat diperkukuhkan, dan YB Manikumar pula sudah tentu mendapat kerusi exco, dan mewakili kaum India di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Gagal menawan 2 bukit, satu tamparan yang hebat kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak. Rakyat di Semenanjung sudah jelas muak dan menolak Barisan Nasional. Sekalung penghargaan diucapkan kepada para petugas PR, dari jauh ataupun dekat, sudi meluangkan masa, tenaga, dan wang ringgit, semata-mata mahu membantu dan memastikan calon-calon daripada Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya.


Ok. Setakat ini dahulu celoteh saya. Perlu berehat. InsyaAllah jumla lagi esok.

TAHNIAH YB NIZAR!!!!


Keputusan P. 59 Bukit Gantang sudah diketahui. Akhirnya, PAS berjaya mempertahankan kerusi ini, dan menewaskan BN. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin menewaskan calon UMNO/BN, Ismail Saffian. Di bawah ini adalah keputusannya.

PAS : 21,860
BN : 19,071
BEBAS : 62
ROSAK : 296
JUMLAH KERTAS UNDI : 34,919
MAJORITI PAS MENANG :2 789
PERATUS KERTAS SUDAH KIRA : 62.85
SALURAN MENANG :51
UPU MENANG : 15


Majoriti melebihi PRU lepas. Pada PRU tahun lepas, Allahyarham Roslan Shaharum memperoleh majoriti 1,566, tapi pada kali ini majoriti meningkat kepada 2,789. Peratus pengundi keluar mengundi ialah sebanyak 75%. Sudah terbukti, rakyat negeri Perak berasa muak dengan krisis di Perak, menolak kerajaan BN haram dan MB haramnya, dan sekaligus menghantar signal kepada Najib, bahawa kepimpinannya ditolak, dan juga signal kepada Tuanku Azlan bahawa Dewan Undangan Negeri Perak perlu dibubarkan.

ANALISIS AWAL

KEPUTUSAN N.29 BATANG AI


Keputusan bagi N.29 baru saja diumumkan, dan disaksikan Jawah Gerang yang mewakili PKR kecundang ditangan Malcom Mussen Lamoh dari BN, walaupun Jawah agak dikenali pengundi Lubok Antu. Kemenangan akhirnya berpihak kepada BN. Setakat ini 1-0. Malcom Mussen Lamoh memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah Gerang pula berjaya mengutip 2053 undi. Majoriti ialah 1854 undi.


Seperti jangkaan saya sebelum ni, saya kurang menaruh harapan kepada Sarawak, kerana satu saja yang terlekat di minda saya, iaitu orang jakun selamanya tetap akan menangkan BN, kerana mereka sangat mudah untuk dipengaruhi oleh BN. Selain daripada itu, beberapa faktor turut boleh diambil kira, iaitu :

1) Batang Ai merupakan kawasan pedalaman, ramai yang hidup susah atau melarat, sangatlah mudah bagi parti memerintah mengumpan mereka dengan "benda-benda mewah".

2) Oleh kerana tinggal di kawasan pedalaman, yang masih lagi dianggap mundur, mereka masih lagi kekurangan maklumat dan informasi mengenai isu semasa.


3) Masih lagi menganggap BN seolah-olah "dewa penyelamat", kerana selama ni BN banyak limpahkan projek, dan mereka percaya hanya BN yang mampu mengubah nasib. (kesian, selepas 50 tahun, terus saja ditipu dan dipermainkan!)


Setakat ini saja dulu. Keputusan di kawasan lain akan menyusul, InsyaAllah. Adios.

P/S : Setakat ini S. Manikumar (Bkt Selambau) mendahului calon BN S. Ganesan, 500 lebih undi.

DEBARAN

Proses pembuangan undi telah pun selesai bagi ketiga-tiga kawasan pilihanraya. Pusat pengundian baru saja ditutup sebentar tadi. Dan pengiraan undi telahpun bermula pada jam 5.30 tadi.


Keadaan di lokasi-lokasi pilihanraya sama saja seperti yang biasa kita dengar. Adanya adegan ejek-mengejek diantara kedua-dua penyokong yang berlainan parti, adegan pergaduhan, campur tangan polis, petugas dan penyokong UMNO/BN bertindak biadap, dan macam-macam lagilah.


Di Bukit Gantang tadi, berlakulah perbalahan di antara penyokong PR dan BN di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering. FRU dikerah, dan menembak gas pemedih mata. Selain itu, bekas ADUN PKR, Osman Jailu turut diejek oleh penyokong PAS selepas membuang undi. Di Bukit Selambau dan Batang Ai, proses pembuangan undi berjalan dengan lancar.


Berkenaan pengundi hantu, memang ada di setiap mana-mana pilihanraya di bumi Malaysia ini walaupun dinafikan oleh pihak pemerintah. Terdapat bas yang ditahan oleh penyokong PR, didakwa membawa pengundi hantu, di kawasan Bukit Gantang dan jugak Bukit Selambau. Sebelum itu, AMK turut menjumpai senarai pengundi yang sudah meninggal dunia, tetapi masih terdapat namanya dalam senarai pemilih.


Apa-apapun, debaran menanti malam ini. Pihak manakah yang beroleh kemenangan? Di Bukit Gantang, InsyaAllah....tadi dilaporkan sebelum proses pembuangan undi selesai, banyak perayu undi BN sudah mula mengosongkan tempat..sama-sama kita mendoakan kemenangan berpihak pada calon kita. keputusan awal kira-kira jam 9 malam nanti.

SELAMAT MENGUNDI

Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai. Dan hari ini bakal tercipta satu sejarah, hanya boleh dilakarkan melalui pengundi-pengundi yang berdaftar di kawasan terbabit.


Di sini penulis hanya ingin menyatakan, kenapa Pakatan Rakyat mesti memenangi ketiga-tiga kawasan terbabit, kerana ia bakal membawa satu kesan, juga perubahan.


Bukit Gantang - memberi signal kepada Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah bahawa rakyat menolak kerajaan haram, serta Dewan Undangan Negeri Perak patut dibubarkan, bagi menyelesaikan kekacauan yang sedia ada. Juga bukti rakyat muak dengan BN, mengiktiraf Hj. Nizar sebagai MB Perak yang sah, menolak Menteri Besar Haram, Zambry, sekali gus menolak kepimpinan Najib Tun Razak sebagai PM.


Bukit Selambau - untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak. Jika kecundang di sini, bermakna negeri Kedah hanya mempunyai lebihan kerusi sebanyak 4 buah, kemungkinan besar bakal menerima nasib seperti Perak. Oleh itu, para patugas perlu memastikan kemenangan di sini.


Batang Ai - Jika menang di sini, bermakna rakyat Sarawak terbukti mahukan perubahan. Mereka sudah muak dengan pemerintahan Taib Mahmud yang agak lama. Lagipun, memang angin perubahan sudah mula dirasai sejak PRU lepas, di Sarawak. Dan ini akan menambahkan semangat rakyat-rakyat Sarawak di kawasan lain untuk turut juga melakukan perubahan pada pilihanraya DUN Sarawak akan datang.


Buat para petugas dari Pakatan Rakyat, pastikan kemenangan milik kita. Elakkan sebarang provokasi, walaupun sudah dikhabarkan para penyokong BN kumpulkan kereta polis yang lama untuk dibakar. Hati-hati dengan musang berbulu ayam. Menurut Mustafa Ali, ada penyokong-penyokong BN membeli T-Shirt PAS for All untuk menyamar sebagai petugas PAS, dan "mencemarkan" bekalan makanan, supaya para petugas PAS akan merasa sakit dan tak boleh lakukan kerja.


Dan jika menang, SPR larang berarak... takut kesesakan lalu lintas, atau terjadinya provokasi (?!)


Adios. SELAMAT MENGUNDI.....buat pengundi hantu, jangan cuba mencari penyakit!