Showing posts with label politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label politik Malaysia. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Gelombang Yang Semakin Lesu

Tak sampai 3 tahun! Saya melihat mood kebanyakan orang terhadap parti-parti politik semakin lesu, terutamanya di sebelah PR. Jika 2 tahun lepas rakyat masih lagi memasang angan-angan untuk melihat perubahan dan yakin pada Anwar Ibrahim, sekarang semuanya entah ke mana. Nampaknya mereka semua sudah menolak "politik harapan". Bermacam-macam harapan yang dijanjikan sebelum pilihanraya tapi mereka mendapati apa bezanya kerajaan yang memerintah di beberapa buah negeri dengan kerajaan pusat?

Anwar Ibrahim contohnya. Dari dulu sampai sekarang cakap pasal "reform". Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut. Selepas PRu 2008, beberapa kali siri pilihanraya kecil dilihat memihak kepada PR kerana waktu itu mood rakyat yang mahukan kepada pembaharuan dan perubahan masih lagi menebal. Sekarang, satu demi satu tumpas. Dan UMNO/BN (la`natullah) berjaya menarik kembali sokongan rakyat dan pengundi sedikit demi sedikit.

Sebelum bercakap nak menuju ke Putrajaya, lebih baik bersiap sedia dengan kemungkinan akan terlepas negeri-negeri yang berjaya ditawan pada PRU 2008.

Monday, December 7, 2009

Mudahnya Berpolitik Di Malaysia

Jika kita menjadi pembesar negara, maka setiap kesalahan kita pasti akan ditutup dan pihak berkuasa sengaja melambatkan penyiasatan ke atas diri kita, lebih beruntung lagi kita mungkin tidak akan dibawa ke muka pengadilan.


Jika kita adalah pemimpin utama kepada parti pembangkang, kita tidak perlu meletakkan jawatan atau berundur diri walaupun membuat kesilapan yang merugikan parti. Dengan syarat kita harus berbuat banyak jasa kepada parti. Kedudukan kita dikekalkan berdasarkan jasa, bukan prestasi. Walaupun ramai yang mendesak supaya kita berundur, tapi pengikut setia kita pasti akan membela kita.


Kan? Kan? Kan?