Satu lagi ialah, baru-baru ini penulis pergi melawat Jamil di Bukit Bintang, Jamil ialah author http://bbcatlover.blogspot.com/ . Sewaktu penulis sampai di sana, Jamil menceritakan kepada penulis, ramai yang hantar e-mail kepadanya tentang sikap penulis, yang tiba-tiba saja kuat "menghentam" Anwar Ibrahim. Kira-kira 10 e-mail sampai kepada Jamil, yang semuanya adalah reformis-reformis yang bergiat aktif semasa era reformasi dahulu, cuma mereka itu tidak menonjol. Jamil memberitahu penulis, dia menjelaskan kepada kawan-kawannya itu bahawa kami (penulis dan Jamil) jenis straight to the point, tak kira siapa, kalau salah kami akan tegur. Terima kasih atas penjelasan itu.
Cuma penulis ingin memberitahu, bukankah penulis sudah "iklan" di mana-mana, kalau ada yang mahu komen, atau bantah terhadap blog ini, boleh hantar e-mail kepada penulis, tak perlulah e-mail kepada orang lain untuk minta penjelasan, tanya saja tuan punya blog ini, bolehlah kita sama-sama ber"muzakarah". Ok, tentang Anwar Ibrahim, penulis hanya ingin kata tentang dia, Anwar ini hanyalah seorang manusia biasa, juga melakukan kesalahan, tak perlulah seolah-olah menganggap dia seperti dewa, tak pernah lakukan kesalahan, sepertimana kelakuan penyokong-penyokongnya pada 11 tahun lalu. Yang penulis kuat mengkritik hanyalah sikapnya, yang terlalu suka mengamalkan poilitik gempar (cth; gimik 916, pengumuman gempar itu dan ini), politik yang berubah-ubah, seperti politik Islam (di zaman ABIM), politik sekular (di zaman UMNO), dan sekarang, terjun pula ke lubuk liberalisasi (PKR). Mana ada dia semasa dalam UMNO dulu berani nak melaungkan slogan "Ketuanan Rakyat", kerana sikap kemelayuannya yang agak kuat pada waktu itu. Dalam UMNO dulu dia mana berani nak melaungkan "Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan". yang penulis dengar slogan itu ialah selepas dia diterajang oleh Madey semasa tahun 1998.
Alasan penulis mengorek dan mengeluarkan fakta yang dulu-dulu hanyalah sekadar untuk
memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim, jangan sedap sangat mengata kesalahan UMNO, kerana dia semasa menjawat TPM dulu pun dua kali lima saja. Contohnya isu kuasa raja-raja. Dahulu Anwarlah yang kuat dan bermati-matian mempertahankan keputusan Madey untuk menarik imuniti raja-raja melayu, sekarang ini dia pula yang kuat menyalak supaya imuniti tersebut dikembalikan. Sama juga dengan cerita ada orang yang komplen kepada MP Baling, Ustaz Taib Azamuddin tentang sikap Anwar di dalam parlimen, seolah-olah dia dulu baik sangat. Nanti ada orang yang akan kata penulis ini suka pandang ke belakang, mengorek kisah silam. Bukankah kata-kata pujangga yang berbunyi, " Sesiapa yang melupai sejarah ia pasti akan mengulanginya," inilah tujuan penulis, supaya sejarah pahit tidak akn berulang. Kalau tak boleh pandang ke belakang, so tak perlulah penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan menceritakan balik kesalahan-kesalahan UMNO dahulu, dan juga kejahatan Madey dahulu, buat apa kan? pandang ke belakang. Jadi apa pula motif orang-orang PR ada yang mengorek balik kesalahan UMNO dahulu? Tak apa pula? Jika penulis cuba mengorek kelakuan Anwar dahulu, supaya boleh dijadikan peringatan, boleh pula?Jangan salah faham, penulis juga penyokong kuat PR. Cuma penulis ini mengkritik, supaya kita semua kearah yang lebih baik. Jangan ketepikan pengkritik, dan hanya ambil orang yang tahu memuji saja.