
Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi. Ini peristiwa dari Aceh.
Sebagai seorang Muslim, cita-cita saya juga ialah mahu melihat negara ini ditadbir mengikut acuan Islam. Islam adalah jalan penyelesaian bagi satu-satu masalah. Masalah jenayah di Malaysia adalah diperingkat yang begitu kritikal. Semua tempat dirasakan tidak selamat, walaupun di dalam rumah sendiri. Penjenayah tidak takut dengan hukuman yang sedia ada, bahkan yang sudah dihukum pun ada lagi yang masih tidak serik-serik.
Satu bentuk hukuman yang boleh menggerunkan sesiapa yang mahu melakukan jenayah patut dilaksanakan di Malaysia supaya indeks jenayah menurun. Pokoknya, hukuman tersebut mestilah dijalankan di tempat awam. Yang terbaik tentulah hukum hudud dan qisas. Tapi memandangkan kerajaan Malaysia pimpinan UMNO sangat tidak mahukan Islam, ubahlah cara hukuman, dari tempat tertutup ke tempat yang terbuka, supaya semua orang boleh lihat hukuman yang dijalankan.
Hukuman gantung bagi pengedar dadah, contohnya. Tapi ramai pengedar yang tidak takut akan hukuman itu. Jadi caranya ialah mempamerkan hukuman itu di tempat yang terbuka, baru mereka tahu bahawa seksanya mati di tali gantung. Inilah saja caranya untuk membasmi kes-kes jenayah yang semakin meningkat.


