Showing posts with label hari kebesaran. Show all posts
Showing posts with label hari kebesaran. Show all posts
Monday, July 20, 2009
Isra' Mikraj
Hari ini merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam, iaitu Isra' Mikraj. Sempena peristiwa junjungan besar kita Nabi Muhammad (selawat ke atasnya dan keluarganya) diisra'kan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Peristiwa ini juga dirakamkan di dalam al-Quran iaitu pada surah al-Isra' ayat 1. Kemudian baginda dimikrajkan oleh Allah SWT dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ke-7) untuk menerima perintah mengerjakan solat 5 waktu daripada Allah.
Peristiwa ini juga merupakan ujian yang besar bagi nabi dan juga sahabatnya yang setia. Akibatnya, nabi dituduh gila kerana menceritakan tentang perjalanannya ke tempat yang jauh dalam masa 1 malam. Hal ini juga telah menyebabkan sahabat yang tipis imannya kembali kufur, hanya yang benar-benar percaya dan yakin kepada nabi sahaja setia bersama nabi.
Inilah pengajaran yang patut kita ambil dan insafi. Nabi dihina dan dicaci serta dikatakan gila semata-mata peristiwa yang telah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat 5 waktu. Sekarang kita lihat berapa ramai umat Islam yang melalaikan solatnya, melewat-lewatkan, bahkan ada yang tak solat terus. Solat adalah salah satu daripada tiang agama. Dan amalan kita yang lain tidak diterima selagi mana kita tidak solat.
Sebab ada orang yang berpuasa sedangkan dia tidak mengerjakan solat. Dan lain-lain berbuat pahala, tapi solat dilalaikan. Kerana tidak bersolatlah anak-anak muda hanyut di dalam arus dan sistem yang berkiblatkan kekafiran. Ramai anak-anak muda rosak. Tidak ketinggalan yang tua. Dengan bersolat, ia dapat mencegah kita daripada berbuat dosa.
Kita patut mengambil peristiwa ini sebagai azimat untuk kita terus beristiqamah dalam beribadat kepada Allah, dan gandakan amalan kita. Kita lihat Masjidil Aqsa, tempat Nabi Muhammad diisra'kan. Sekarang ianya sedang ditawan oleh Yahudi Zionis laknatullah. Apa peranan kita semua sebagai umat Muhammad? Ramai yang berdiam diri. Bahkan ada yang tak ambil tahu. Adakah Masjidil Aqsa milik umat Palestin sahaja? Fikir-fikirkanlah.
Juga saya nak ulas sedikit mengenai hari ini. Sepatutnya peristiwa yang besar ini hari cuti. Tapi negeri Selangor tidak cuti. Sedangkan undang-undang syariah dan Islam diluluskan di Selangor. Ini seolah-olah tidak menghormati hari yang mulia ini. Begitu juga dengan Kuala Lumpur. Kata ia Bandaraya Kebudayaan Islam. Mana buktinya? Kalau Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak bolehla diambil kira, kerana ramai yang bukan Islam.
Categories :
Fakta,
Fikir,
hari kebesaran
Monday, March 9, 2009
SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI SAAW

Hari ini (Isnin,9hb Mac/ 12 rabiulawal) sebahagian umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad (Selawat ke atasnya dan keluarganya). Semua orang sudah tau kisah kehidupan nabi penutup ini sejak baginda masih kecil hinggalah wafat. Jadi tak perlulah aku citerkan. Hari ini juga bermacam-macam aktiviti yang dibuat oleh kelompok Ahlus Sunnah wal Jamaah untuk meraikan hari kebesaran ini. Ada yang berarak, ada yang berselawat, ada yang buat kenduri, dan lain-lain lah.
Kelompok Syiah pula menyambut hari maulud nabi pada hari sabtu ni. (17 rabiulawal). Terdapat perbezaan pendapat mengenai tarikh kelahiran nabi Muhammad pada kedua-dua keompok nih. Apa-apapun, kita semua berkongsi nabi yang sama, beriman pada nabi yang sama, sembah tuhan yang sama, guna kitab yang sama yang diturunkan pada nabi Muhammad.
Memang disedari kita (terutamanya aku) kadangkala ingkar terhadap suruhan nabi. Tetepi kita diberi peluang untuk bertaubat, seterusnya memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik. Tanya pada diri kita, selama kita hidup, apakah sumbangan kita terhadap ajaran yang dibawakan oleh nabi kita ini?
Oleh itu, marilah sama-sama kita berselawat selalu, tiap-tiap hari, supaya kita tidak malu menagih syafaat baginda di hari akhirat kelak.
Categories :
hari kebesaran