Showing posts with label JK Disiplin PAS Mangkuk Hayun. Show all posts
Showing posts with label JK Disiplin PAS Mangkuk Hayun. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

PAS Gagal Dalam Komitmen Memantapkan Pakatan Rakyat - Khalid Samad

PETALING JAYA, Feb 23 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak membuat merayu agar hukuman digantung jawatan selama enam bulan dikaji semula, tetapi mengemukakan “rayuan terbuka” dengan meminta PAS agar memperlihatkan “kejujuran dan komitmen” untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam temu bual selepas tiga minggu berada di luar negara, Khalid berkata keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu menimbulkan persoalan sejauh mana jujur dan komitednya PAS dalam PR, yang kini memerintah empat negeri dan mempunyai 80 kerusi di Parlimen.

“Rayuan saya kepada parti, PAS telah gagal dalam memperlihatkan kejujuran dan komitmen mereka dalam memantapkan Pakatan... mereka bukan setakat perlu menunjukkan dalam kata-kata tetapi juga menerusi tindakan mereka... tetapi PAS telah gagal dalam hal ini,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini. - The Malaysian Insider


Komen : PAS sendiri telah mengingkari keputusan yang mereka sendiri buat pada Muktamar ke-54 dan 55 iaitu "Memantapkan Pakatan Rakyat". PAS telah gagal memantapkan Pakatan Rakyat sebaliknya membuatkan Pakatan ini mengalami risiko yang besar. Bukannya memantapkan Pakatan Rakyat, sebaliknya "Memampuskan Pakatan Rakyat".


Jangan harap JK Disiplin PAS menunjukkan kejujuran mereka selagi syaitan yang bertanggungjawab mengghaibkan aduan-aduan salah laku itu masih berkuasa di dalam parti dan masih duduk di kerusi Setiausaha Agung.


Apa salahnya Khalid Samad sehingga digantung 6 bulan? Dan apa betulnya Hassan Ali yang hanya diberi amaran?

Saturday, January 30, 2010

PAS Parti Mangkuk


Apa kes Khalid Samad kena gantung 6 bulan, sedangkan Hassan Ali hanya diberi amaran? JK Disiplin ini buta ke atau buat-buat bodoh? Sedangkan rakaman perbualan/pendedahan Hassan Ali kepada blogger UMNO sudah didengari oleh Pengerusi JK Disiplin PAS sorang ni.


Apa kesalahan Khalid Samad? Kononnya cara beliau menegur Hassan Ali boleh memudaratkan PAS. Ooo dedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO tak memudaratkan PAS lah ye? Dah memang dasar puak-puak kopiah dalam PAS ini spesis mangkuk hayun.


Tak boleh diharap, bias, sama macam UMNO. Apa beza JK Disiplin PAS dengan JK Disiplin UMNO? Dulu masa pemilihan UMNO, Ali Rustam tidak dibenar bertanding kerana rasuah. Tapi KJ boleh pula? Ini samalah macam PAS. Kalau guna akal yang waras, kita boleh nilai siapa yang buat kesalahan serius, Khalid Samad ke atau Hassan Ali. Niamakahai punya parti. Bagusla, wala' jangan tak wala'. Kalau tak berubah-rubah juga aku tak akan pergi mengundi dan mendoakan PAS kalah teruk. Wait n see!