Showing posts with label Internet Lembab. Show all posts
Showing posts with label Internet Lembab. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Negara Yang Mempunyai Akses Internet Terlaju Di Dunia


Antara beberapa fakta yang saya dapat kumpulkan ialah

  • 40% penduduk Korea Selatan membeli secara online.
  • Semua sekolah dan universiti berkongsi data pelajar dan segala urusan akademik. Sehingga kedatangan harian dan aktiviti sukan juga boleh diperolehi secara masa sebenar.

  • 1Gbps akan dapat dihasilkan pada tahun 2012. Maksudnya dalam masa 12 saat anda dapat muat turun filem 120 minit.
  • Sekarang kelajuan internet di Korea Selatan ialah 100Mbps. Apa bandingan dengan kelajuan internet Malaysia?
  • Penduduk Korea Selatan berjumlah 48 juta orang tetapi kerajaannya membelanjakan $25 bilion USD untuk 5 tahun akan datang hanya untuk internet.
  • Perisian yang berasaskan Windows meluas digunakan. Ini menyebabkan OS Linux atau Mac terpinggir. Ipod murah di sana.

Itu antara data yang dapat dikumpulan. Mengikut kawan saya yang pernah ke sana. Tahap kelajuaan internet amat terasa sehingga di dalam keretapi internet lebih pantas berbanding jalurlebar Malaysia.

Pengunaan Ip phone bergitu meluas, telefon tersebut membolehkan internet digunakan sebagai medium. Kadar menjadi sangat murah bila guna skype atau perisian seumpamanya.



Kredit kepada blog http://syedkhalil.com/652/korea-selatan-dan-internet/



Macam mana pula dengan Malaysia? Jauhhhh ketinggalan. Kadang-kadang nak download 1 movie pun jenuh menunggu hingga malam. Ada sesetengah orang sampai 2 hari baru siap download. Di Malaysia, kelajuan 250 kbps sudah boleh menggunakan broadband. Sedangkan di negara-negara luar, dengan kelajuan 1 mbps barulah layak menggunakan broadband.


Nyatalah Malaysia adalah antara negara yang paling fakap dari segi kelajuan internetnya. Perhatikan poin yang ke-5 itu. Kerajaan Korea membelanjakan jumlah yang besar dalam masa 5 tahun hanya untuk kegunaan internet untuk rakyatnya. Di Malaysia, untuk berkorban kepada rakyat demi keselesaan mereka, pemimpin kerajaan bercakap seolah-olah duit kerajaan adalah duit mak bapak mereka. Nak beri subsidi dan bantuan kepada rakyat yang berjumlah dalam linkungan 1 billion pun merungut.

Friday, February 19, 2010

Memalukan! Internet Di Malaysia Antara Yang Terlembab

Malunyaaa sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!


Klik untuk besarkan imej.


Tak tahulah nak kata apa. Kalau boleh rasa macam nak jadi burung unta saja. Nak sorokkan kepala dalam tanah. Sebab apa? Malu! Malu sebab duduk dalam negara yang boleh dikatakan mempunyai pembangunan yang pesat, "ekonomi yang kukuh", kaya dengan hasil mahsul, tapi mempunyai sambungan internet yang lembab! Haduhai Malaysia oh Malaysia.. Ramai orang merungut internet di Malaysia memang lembab. Nurul Izzah Anwar anak Ketua Pembangkang pun pernah kata "Streamyx Sucks!". Apatah lagi blogger yang mahir dalam bab IT seperti Hanief. Data saya perolehi di Speedtest.net



Klik untuk besarkan imej


Di Asia, antara negara yang mempunyai sambungan internet yang laju ialah Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan. Kenapa saya hanya sebut 3 negara ini saja? Kerana negara-negara tersebut pernah di tahap yang sama dengan Malaysia suatu ketika dulu. Sekarang Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara tersebut dari segi ekonomi, pendapatan per kapita penduduk, dan sekarang dari segi kelajuan internet pula! Bahkan salah satu negara jiran Malaysia, iaitu Thailand, pun mendahului Malaysia. Apa cerita ni? Serba serbi mundur. Negara ada banyak pembangunan, tapi apa ertinya? Langsung tak ada daya saing. Malaysia di tempat yang ke-85. Boleh dikatakan kebanyakan negara yang mendahului Malaysia ialah negara yang pernah setahap dengan Malaysia dahulu dan agak mundur sedikit dari Malaysia.


Usah dikiralah dengan negara seperti Zimbabwe, Bangladesh, India, Pakistan, negara-negara Afrika dll. Malaysia bukanlah dalam kategori negara dunia ketiga. Jangan nak membodohkan rakyat.


p/s : Nanti ada Melayu bodoh yang kata saya ini manusia tak reti nak bersyukur. Ini bukan soal bersyukur atau tak, bodoh. Saya ingin menekankan yang rakyat Malaysia berhak mendapat lebih dari apa yang ada sekarang memandangkan Malaysia bukanlah negara yang mundur. Malaysia kaya dengan hasil galian, ekonomi yang kukuh, negara yang sedang pesat membangun. Tapi kenapa jauh ketinggalan dengan negara-negara yang langsung tidak mempunyai hasil yang banyak, dan pernah jadi setaraf dengan Malaysia dahulu?