Showing posts with label Demonstrasi Anti Zionis - Jun 2010. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi Anti Zionis - Jun 2010. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Wajah-Wajah Pimpinan Yang Turut Berdemonstrasi

MEREKA-MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERUNDUR KEBELAKANG

Shamsul Iskandar, Ketua AMK yang begitu cute apabila dilihat dari dekat. Gebu dan montel macam baby.


Shamsul Iskandar, Fariz Musa (Timbalan Ketua AMK, bercermin mata) dan Dr. Syed Azman (topi hijau). Dr. Syed Azman berjalan berpegangan tangan bersama 3 orang anak perempuannya. Budak perempuan yang berkain lilit hijau di kepala itu ialah salah seorang anak beliau.

Dr. Dzulkefly Ahmad - Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor. Di belakang beliau Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.


Ini orang panggil dia KJ - bukan Khairy Jamaluddin tapi Kamaruddin Jaffar, ahli parlimen Tumpat.


Anwar Ibrahim - sebaik saja beliau ke hadapan, ramai yang berebut mahu ambil gambar sehinggakan Khalid Samad suruh semua jarakkan sedikit. Turut bersama Anwar ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Dr. Dzul dan Shamsul Iskandar pun ada.


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad control macho


Chegu Bard pun control macho juga


Chegu Bard geram kerana barisan hadapan terlalu lembab berjalan. Haha


Ustazah Nuridah Salleh (pegang kertas) - Ketua Dewan Muslimat PAS.


Peguam PAS Hanipa Maidin (cermin mata)


Ada lagi pimpinan lain tapi tak sempat nak ambil gambar - seperti Nasaruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Loh Gwo Burne, Mustafa Kamil Ayub, Norazli Musa, Mat Sabu, dan lain-lain lagilah.

Gambar-Gambar Demonstrasi Semalam

SALUTE BAGI MEREKA YANG BERANI


Sambungan daripada semalam :


Sesak lepas sembahyang Jumaat



SAMM..budak-budak Chegu Bard









Yang di atas tu PEKIDA..di bawahnya ada beberapa orang Syiah Melayu mengibarkan bendera "YA HUSEIN"



Syiah Melayu menjulang gambar Ayatollah Khamene'i. Ada diantara mereka menjulang gambar frame Imam Khomeini. Mereka dari Gombak. Bagi saya, tak ada masalah kalau bermazhab-mazhab di Malaysia. Tapi janganlah sampai nak menunjuk. Masa demo suka sangat kibar bendera "HUSEIN, "ABA ABDILLAH", tapi bila ditanya segan nak jawab.




Banner mengecam Yahudi Zionis


Unit Amal - semoga mereka dirahmati


Unit Amal - semoga mereka dirahmati


Unit Amal - semoga mereka dirahmati


Unit Amal - semoga mereka dirahmati


Semangat nak ambil gambar




Jadikan amalan turun ke jalanraya sebagai budaya





Di sini tempat bersurai selepas beberapa pimpinan berucap


ps : Lagi gambar akan menyusul

Friday, June 4, 2010

Catatan Bergambar Demonstrasi Anti Zionis

Saya sampai di stesen LRT Kampung Baru pukul 11 lebih. Sampai saja di stesen, salah satu laluan telah disekat. Tapi polis tak ada. Saya menyusur keluar ke Lorong Raja Muda Musa 1. Ini kali pertama saya ke Kampung Baru. Tak pernah jejakkan kaki ke sini sebelum ini. Suasana lengang - saya berjalan sehingga terjumpa warung kepunyaan warga Indonesia. Saya belum makan apa-apa, tapi cuma pesan teh gelas saja.


Teh gelas itu - sejujurnya saya katakan tidaklah begitu menarik. Ketika itu saya lebih memikirkan untuk mencari Masjid Jamek Kampung Baru. Lagipun ketika itu saya tengah tahan kencing - tahan sejak dalam KTM Komuter lagi. Di KL Sentral tandas penuh, saya tak suka tunggu terus beli tiket naik LRT. Saya perlu ke masjid secepat mungkin untuk lepaskan hajat.


Sepanjang perjalanan dalam mencari masjid - saya sudah lihat ramai pendemonstran - ada yang berjalan-jalan, ada yang bersarapan, ada yang bersembang. Macam mana saya boleh kenal mereka? Biasanya orang yang berdemonstrasi ini ada pakai kopiah, berkumpulan dan pada pakaian mereka ada warna sedikit hijau. Kebanyakan yang saya temui adalah anak muda - ini satu petanda yang bagus. Jadikan budaya turun ke jalan raya sebagai amalan.



Akhirnya saya sampai. Ini lokasi di bahagian tepi masjid - Jalan Daud. Selepas menunaikan hajat, saya ambil masa berjalan-jalan di sepanjang jalan tersebut. Ada jual air, jual akhbar, makanan, minyak wangi, VCD, selipar - ini mengingatkan saya akan suasana di Masjid Rusila pada hari Jumaat.
Bahagian depan Masjid Jamek Kampung Baru. Pukul 12 tengahari jalan mulai sibuk. Anak-anak sekolah baru pulang dari sekolah. Saya tercari-cari juga susuk yang saya kenali yang kuat sangat ajak berdemo - seperti Hishamuddin Rais dan Chegu Bard - tapi tak nampak. Hishamuddin Rais di sini? Ini mungkin perkara yang kelakar.



Berhenti di salah sebuah kedai yang tak punyai nama. Menjual kopiah, akhbar dan majalah pada bahagian luar - terjumpa majalah Isu Dalam Kartun, tapi tak beli. Dalam kedai tersebut ada jual VCD kuliah agama, buku-buku agama - buku Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari tulisan Presiden PAS masih banyak terdapat di dalam sana. Itu buku lama. Tak laku ke?


Masuk ke dalam masjid dekat pukul 1. Khutbah Jumaat memang tidak menarik - bercakap pasal perpaduan, gagasan 1 Malaysia, model negara Islam, dan lain-lain - memang bosan mendengarnya. Kemudian ternampak susuk peguam PAS Hanipa Maidin di belakang dan Azmin Ali pada pintu sebelah kiri.


Demonstrasi mula selepas solat hajat. Keadaan sungguh sesak. Nak pergi ke tempat letak kasut pun payah. Demonstrasi ini, perasaannya berbeza dengan demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Kepala berasa kembang, dada berdebar-debar bila Takbir dilaungkan beserta kata-kata anti Yahudi Zionis.


Mujurlah abang-abang FRU dan polis tak kacau. Mereka hanya sekadar memerhatikan saja. Tak kurang juga ada yang membantu Unit Amal mengawal lalu lintas - syabas!


Demonstrasi beribu-ribu manusia. Semua pimpinan dipanggil untuk ke hadapan. (dalam gambar : Khalid Samad menyuruh para photographer jarakkan sedikit - kerana waktu itu ramai yang berebut-rebut mahu ambil gambar Anwar Ibrahim. Dalam gambar atas juga ada Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa wakil Presiden PAS , Shamsul Iskandar, Sallahuddin Ayub dan Loh Gwo Burne)

Ada sebahagian pimpinan naik atas trak. Trak kuning beserta bendera PAS dan PKR. Diketuai oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor.


Laungan "Hancur Israel" oleh Jonah (ketua AMK Selangor). Si Jonah ini setiap kali demonstrasi saya lihat muka dia macam nak menangis apabila dia bertempik.

ps : Jonah - yang rambut belah tepi tu.


Ini replika kapal Flotilla dari PKPIM. Kreatif!


Laungan "Jahanam APCO", "UMNO APCO" juga kedengaran.

Terima kasih pada abang-abang polis di atas kerana tak ganggu kami sebaliknya berganding bahu dengan Unit Amal mengawal pergerakan demonstran dan juga lalu lintas. Salute!!


Ini gambar menara KLCC yang diambil sewaktu melalui di bawahnya.


Unit Amal - semoga mereka semua dirahmati. Kalau tak ada mereka, teramat susah jadinya!


Berbagai-bagai banner dan kain rentang



Berjalan punya berjalan - rupa-rupanya saya sudah berada di barisan hadapan sekali. Mungkin banyak gambar saya yang terkeluar di dalam mana-mana portal atau artikel. Terlalu ramai camera man dan photographer menunggu di hadapan.


Kemudian jumpa macam-macam NGO dan pertubuhan-pertubuhan lain yang turut berdemonstrasi. Ada PEKIDA, PERKID, Syiah Melayu pun ada. Mereka bawa kain rentang yang ditulis "YA HUSEIN" dan gambar-gambar Ayatollah Khamenei.


Sampai saja di kedutaan, seorang demi seorang pimpinan berucap. Ketua Pemuda PAS, Dr. Hatta, Mat Sabu, Mustafa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, dan lain-lain lagi. Lim Kit Siang pun ada. Tapi dia berucap sekejap saja.Gambar tak boleh ditangkap kerana berada jauh dari trak kuning. Orang ramai berduyun-duyun datang dan berhimpun. Lagipun ketika itu tekak saya haus - bibir pun kering. Letih untuk berjalan mundar-mandir.


Bersurai lebih kurang pukul 4. Lepas baca doa. Walaupun berdemo tidak jejaskan Israel sedikit pun, tapi sekurang-kurangnya kita perlu menunjukkan reaksi terhadap kejahatan mereka dan menyedarkan mereka bahawa mereka bangsa yang tidak punyai negara.


Lepas demo, pergi Caltex - beli air sejuk botol besar. Lega.


Catatan ini ada sambungan . Sekarang baru balik. Lapar - dari pagi tak makan, minum air saja. Tadi hajat nak makan nasi ayam di KL Sentral tapi teringatkan harganya RM10 sepinggan - gila mahal - terus batalkan niat.


Hari ini letih - sepanjang masa berdiri dalam komuter dan LRT. Lenguh badan dan pinggang. Nak mandi - solat - makan - tido - relax.


Besok gambar-gambar lain akan diupload.