Showing posts with label Dari Dalam Henpon. Show all posts
Showing posts with label Dari Dalam Henpon. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

Galeri : Terengganu Kini

Sekarang saya cuti semester. Setiap kali cuti semester saya akan balik ke Terengganu. Dan setiap kali balik, pasti ada saja perubahan di negeri makang ikang ini. Jalan raya semakin jem, banyak bangunan dirobohkan, banyak kopitiam, kononnya dah nak maju (maklumlah "Bandaraya" katakan!), tapi saya lihat taraf pemikiran rakyatnya masih lagi tak maju-maju.


Memang Terengganu ini betul-betul Darul Roboh. Macam-macam bangunan roboh. Sama ada roboh sendiri atau sengaja dirobohkan. Di bawah ini ada beberapa keping foto yang sempat saya snap selepas beberapa hari saya berada di Terengganu.


Tiang bendera PAS sebegini masih banyak di Terengganu. Terutamanya di kawasan kubu kuat.


Ini apartmen yang sedang dibina di Kampung Ladang Sekolah. Tapak asalnya adalah bangunan MAIDAM. Untuk projek ini, 2 buah surau telah dirobohkan.


Pemandangan tapak pembinaan dari jauh.


Surau Haji Awang Ladang berwajah baru. Dulu surau kuning. Tempat pertama saya mengenali dan mendalami ilmu agama.


Semuanya telah dirobohkan dan dibina baru. Gerai nasi dagang dan pulut kuning makcik ini terletak betul-betul dihadapan tapak pembinaan. Adakah tapak yang diduduki oleh gerai makcik ini akan menjadi mangsa yang seterusnya?


Ini Haji Amin. Masa saya masih lagi di Tadika, beliau merupakan imam Masjid Ladang. Menurut makcik yang jual nasi di atas itu, beliau juga imam sultan. Perbualan mereka yang sempat saya dengar ialah tentang tindakan kerajaan negeri (BN) yang rakus meroboh bangunan dan menyebabkan peniaga-peniaga kecil susah.

Mereka juga mengeluh kerana orang Melayu susah nak berubah. Dalam marah-marah, menjadi lembut apabila mendapat baja atau bantuan-bantuan lain. Kemudian pangkah BN.

Ini di sekitar Pasar Payang. Di sebelah kiri sudah menjadi tapak binaan. Sebelum ini ianya adalah deretan kedai.


Gambar di atas ini diambil pada April tahun lepas (2009). Lihat deretan kedai di sebelah kiri. Bandingkan dengan gambar di bawah ini.


Deretan kedai sudah hilang/dirobohkan.


Tapi kompleks ini sudah bertahun-tahun masih macam ni. Kosong saja. Stupid punya kerajaan negeri.