Sunday, April 1, 2012

Sudah-sudahlah tertipu dan ditipu

TPM kata, kualiti pendidikan di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara Barat.

Kalau macam tu, yang pemimpin-pemimpin, pak-pak menteri, raja-raja semua, yang hantar anak-anak mereka mengaji kat oversea tu buat jadah apa? Kenapa tak belajar saja dalam Malaysia?

Pak-pak menteri pun kebanyakannya lulusan oversea.

Cukuplah. Kalau tak nak diri kita terus diperbodohkan, jomlah kita sama-sama pakat turunkan biawak-biawak ni dari kerusi empuk mereka.

Menteri Dalam Negeri kata Malaysia adalah negara yang paling selamat di Asia Tenggara.

Timbalan Pengarah SPRM kata Malaysia adalah negara yang paling baik dalam memberkas pemimpin yang rasuah, tanpa mengira pangkat.

Ini semua ayat untuk bodohkan rakyat. UMNO sebenarnya menghina orang Melayu, cuma Melayu saja yang buat-buat tak reti nak sedar.

Sebab UMNO anggap orang Melayu ni bodohlah, mereka boleh buat kenyataan macam tu.

Nanti lepas ni mungkin PM boleh isytiharkan bahawa kereta Proton jauh lebih kuat, tahan lasak, dan paling selamat berbanding BMW, Mercedes Benz, Hyundai, Toyota, Honda, dan Mitsubishi.

Cukuplah saya sendiri ditipu dan diperbodohkan sewaktu di zaman sekolah rendah. Dulu, saya percaya bahawa Malaysia adalah negara yang paling aman dan makmur, rakyat hidup harmoni, bersatu-padu, saling menghormati, dan orang Melayu adalah bangsa yang paling sopan dan berbudi bahasa di dalam dunia. Itu adalah penipuan dengan bantuan media propaganda.

Saya tidak mahu terus ditipu. Sudah-sudahlah.

0 comments: