Wednesday, November 10, 2010

Bajet kaum mooxiang di gua mooxiang


Kaum musang, sebelum pergi memburu telah mengadakan perhimpunan agung di gua musang.

"Kita akan ubah tektik." Kata ketua kabilah kaum musang yang ada lesung pipit.

"Ada sebarang cadangan?" Tanya ketua kabilah kaum musang yang dilantik oleh kabilah kaum musang besar untuk mengetuai musim perburuan kali ini.

"Kita akan beri mereka daging percuma!" Sorak seekor musang.
"Susu percuma?" Teragak-agak seekor perwakilan musang yang mempunyai ekor pendek dan rambut tegak. Dia macho tapi segan sedikit.

"Ya, susu percuma!"Jerit musang lelain.
"Susu siapa?" Tanya seekor musang betina yang tidak ada kening. Dia cukup pantang dan taboo bab-bab susu ni.

"Susu musanglah. Takkanlah susu beruang? Ka kaka kaka." Ketawa beberapa ekor musang nakal yang agak jambu.

Ketua kabilah kaum musang meletakkan jari di pinggir bibir mengisyaratkan kesemua kaum musang agar senyap.

"Kita tipu mereka lagi!" Sorak seekor musang yang bersorak di awal tadi.

"Ya, lepas kita bagi susu, kita nak bagi apa lagi?"

Daging sudah, duet ringgit? Zaman kayu kayan ni nak pakai duit nak buat apa? Tak guna la. Ini zaman barter. " Ayam, buah-buahan, sayur-sayuran bla blabla bla bla bla bla etc etc...,"

"Okey, no hal. Kita akan bagi semua ini. Dengan tambahan peruntukan istimewa lagi, kita bagi baja."

"Baja?" Punggung-punggung kesemua perwakilan kabilah kaum musang terangkat. "Mana nak carik baja memalam macam ni? Lagipun waktu perburuan dah dekat dan tidak berapa lama lagi."

Ya, sudah tidak sepurnama lagi. Fikir musang yang bisu tidak boleh bercakap dan membuat bising.

"Mmmm, sabar sabar. Baja bukan payah sangat nak dibuat. Kita buat guna najis kitalah. Baja kan banyak dari najis?"

Kata-kata ketua kabilah kaum musang itu akhirnya menyuraikan kaum musang.

Seekor anak musang sesudah perhimpunan agung itu berlari-lari seperti kucing mengejar rerama ke arah ketua kabilah.

"Tuan, takkanlah mereka semua ni senang sangat kena tipu?" Tanya anak musang itu kedungu-dunguan, kebodoh bodohan dan kebuntu buntuan.

Senyum simpul sahaja ketua kabilah gerombolan kaum musang itu. Anak ini terlalu jujur dan mulus untuk memahami art of war. Anak musang yang kelihatan berjurus itu menggesek gesek kepala apabila melihat ketuanya senyum meleret kepadanya.

"Tak. Tak jugak senang. Tapi, kalau tetiap masa dan ketika kita buat kerja kerja menipu begini, tentulah mereka pun akan lupa akan semua segala kejahatan kita. Betul tak? Lagipun bukan selalu kita datang sini. Dua tiga purnama sekali."

Be toollollolool...! Hilai hingar dari seluruh kaum musang yang mash belum lelap dan terdengar diskusi itu berjelaga memenuhi seisi gua tempat mereka bersidang untuk bajet kali ini.

Dan memanglah, manusia itu banyak kali ditipu oleh kaum musang..

0 comments: