Friday, November 16, 2012

Melayu & Hamas : Kacang Lupakan Kulit


Dasar taik idung lupakan idung --- yang ni pinjam dari kata-kata Aduka Taruna yang pernah ditinggalkannya di ruangan komen dalam blog ni suatu ketika dulu.

Kalau Melayu, selalu disinonimkan dengan istilah Melayu mudah lupa. Tapi kalau bangsa lain? Ada tak isitlah-istilah khusus untuk jenis yang mudah lupa ni?
Rasa nak tergelak pun ada bila lihat gelagat pejuang-pejuang yang berbangsa Melayu ni dalam internet. Bila satu isu timbul, terus dilupakan atau diabaikan isu yang sebelumnya.
Ingat lagi apa reaksi keyboard warrior ni dengan isu Rohingya di Burma?
Kemudian semua berpakat alihkan perhatian kepada rakyat Syria, FSA (yang konon-kononnya pejuang jihad) dan kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad? Dan Syiah dimangsakan pula di sini.
Ok, done. Lepas tu, 2 hari lepas, kita dikejutkan dengan serangan mengejut tentera Israel ke Gaza. Habis melalak lagi pahlawan-pahlawan alam maya ini. News Feed di Facebook penuh dengan maki hamun kepada orang Yahudi dan Israel. Sekarang semua orang sibuk dengan isu ini. Habis semua pakat terjah FB Israel Defense Force, berbalah pulak dengan Facebooker Israel kat dalam page tu.
Apa yang sudah terjadi dengan Rohingya dan Syria? Semakin kurang dan akhirnya akan tenggelam liputan mengenai mereka di dalam FB. Tak gitu? :D
Ini sama la macam kisah lelaki yang berkahwin 3. Puas dengan bini pertama, pergi meminang anak dara orang pulak untuk dijadikan isteri kedua. Beberapa bulan lepas tu, terserempak dengan kekasih lama yang sudah menjanda tapi masih bergetah.. kahwin lagi, jadilah isteri ketiga.
Lelaki yang kahwin 3 : Melayu
Bini no.1 : Myanmar
Bini no.2 : Syria
Bini no.3 : Gaza (diistilahkan sebagai janda kerana sebelum-sebelum ni Gaza pernah jadi perhatian, leapstu dilupakan)

Hahaha.. lawak.. nak tengok berapa lama amarah diorang bertahan.

Terus, apa kaitan kacang lupakan kulit dengan Hamas?

Hamas, sudah memutuskan hubungan dengan Iran kerana Iran menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad. Syria dan Iran, negara-negara yang selalu memberi bantuan kepada penduduk Gaza, sama ada berbentuk kewangan, makanan dan senjata. Hamas dikatakan pro-pemberontak Syria. Hamas sekarang sedang berjinak dengan kekasih baru yang bernama MORSI. Tapi Morsi tak boleh buat apa-apa meskipun jarak mereka berdua dekat. Sebelum serangan Israel ke atas Gaza, jangan lupa bahawa Mesir mengiktiraf Israel dengan menghantar dutanya ke sana. Tapi pejuang-pejuang Islam yang berketurunan Melayu ni diam saja. Iyalah, MORSI kan pujaan diorang, sampai bersorak sakan semua sewaktu dia menang pilihanraya presiden.
Dalam Hamas dok lupakan Iran, tapi masih lagi diorang melawan tentera Israel dengan menggunakan senjata buatan Iran! Hahaha

Tuesday, October 30, 2012

Parti Ayatollah

Beberapa hari lepas, salah seorang sahabat saya dari Bahrain menghantar gambar ini kepada saya, sambil bertanyakan apakah yang ditulis di dada akhbar itu. Dia mennyangkakan bahawa akhbar Sinar Harian itu sedang mempropagandakan anti-Syiah. Oleh kerana dia tak boleh berbahasa Melayu, saya menjelaskan kepadanya tentang kelaku-kelaku sesetengah pemimpin parti yang berlagak ulamak. Oleh kerana mereka ini beranggapan bahawa menegur atau mengkritik ulamak ini adalah satu perkara yang bid'ah, tidak bersopan lagi biadab, maka dibimbangi jika mereka ini naik menjadi pemimpin negara mereka akan bersikap sama seperti di Iran, di mana institusi 'Ayatollah' tidak boleh ditentang. Kalau kerap sangat mengkritik, alamatnya adalah yang akan bermandi darah.

Tuesday, October 23, 2012

Poorah!


Beban golongan proletariat tak akan berkurangan dengan menyediakan menu yang berkalori tinggi dan kurang berkhasiat sebagai alternatif, selagi harga barangan mentah tidak terkawal! Rakyat mahu duit gaji mereka mampu menanggung segala perbelanjaan barangan asas, bukannya set sarapan dan makan tengahari yang berkalori tinggi!

Sunday, October 21, 2012

Kasihani Bangsa Itu

Kasihani bangsa itu yang penuh akidah tapi kosong agama.

Kasihani bangsa itu yang memakai baju bukan dari kain tenunannya, memakan roti gandum bukan panennya, dan meminum arak yang tidak mengalir dari kebun anggurnya.


Kasihani bangsa itu yang meraikan samseng sebagai wira, yang menyangka kilau
penakluk sebagai laba.


Kasihani bangsa itu yang membenci nafsu dalam mimpinya, tetapi menurutinya kala
kala jaganya.


Kasihani bangsa itu yang tidak mengangkat suara kecuali masa mengiringi jenazah, tidak bercakap bangga kecuali dalam kehancuran, dan tidak akan bangun melawan kecuali apabila leher telah dicelah mata kapak dan kayu sembelih.


Kasihani bangsa itu yang pemimpinnya seekor musang, filasufnya tukang silap mata, dan seninya hanya menampel dan meniru.


Kasihani bangsa itu yang menyambut ketua baru dengan nafiri, dan mengucapkan selamat tinggal dengan ejekan, hanya untuk menerima si pengantinya dengan nafiri lagi.


Kasihani bangsa itu yang orang bijaknya pekak kerana tua dan orang kuatnya masih dalam buaian.


Kasihani bangsa yang terpecah kepada cebisan, dan setiap cebis mengaku dirinya sebagai satu bangsa. --- Khalil Jibran

Tuesday, September 25, 2012

Berhentilah menyembah ''ularmak''

Ada satu parti tu, imejnya macam parti bagi pak-pak lebai. Dalam parti tu, ada satu kasta yang dipanggil ''ulamak''. Tak tahulah apa kayu ukur yang digunakan untuk memberi label sedemikian. Adakah dengan boleh berbahasa Arab, atau mengaji di Arab atau India/Pakistan, wallahualam. Kasta ini ada ramai peminat dan pentaksub. Selalu dipuja-dipuji oleh ahli dan penyokong parti lebai tersebut, selagi mana ''ulamak-ulamak'' itu masih setia dengan parti. Kalau ada pengkritik golongan tersebut, nescaya para pengkritik itu akan dilabel sebagai munafik, keturunan Abdullah bin Ubai, musuh Islam dan lain-lain. 
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa orang ''ularmak'' telah keluar, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dari parti lebai tersebut. Pendirian ''ularmak-ularmak'' tersebut sudah tidak sealiran dengan parti. Apa sudah jadi pada mereka? Mereka diperli dan kata-kata mereka disanggah oleh penyokong dan pencinta serta pentaksub para ''ulamak''. Orang yang dahulunya dijulang kini sudah dibakul sampahkan. Habis madu sepah dibuang.
Selagi namanya manusia, dia tak akan terlepas dari membuat kesilapan. Tak ada manusia yang maksum. Yang tak ada salah silap dan dosa cuma nabi-nabi dan malaikat saja. Jadi, kenapa anggap kata-kata dan pendapat mereka dah jadi semacam hadis? Zaman sekarang, ''ulamak'' semakin bertambah umpama cendawan selepas hujan. Tapi tak semua cendawan itu betul-betul elok. Ada juga yang beracun. Kalau silap makan, innalillahi wainna ilaihi raajiuun lah jawabnya..