Sunday, May 13, 2012
Bapa Pengharaman Malaysia
Ustaz yang sama yang mengisytiharkan bahawa menyambut Hari Valentine boleh jadi kafir murtad. Kalau logik dia dipakai, guna Facebook itu bermakna kita mengiktiraf dan mengikuti Yahudi. Menggunakan kalendar Gregorian juga bermakna kita mengikuti Pope Gregory XIII dan gereja Katolik. LOL
Inilah jadinya kalau dah ketagih pegang mikrofon jadi suka haramkan dan jatuh hukum sana sini.
Ketidakpuasan hati di Facebook - pengikut-pengikut tegar Yahudi dan Mark Zuckerberg! Kah kah kah
Wednesday, May 2, 2012
Gambar yang menyayat hati
Pak Samad ditahan oleh polis sewaktu beliau berada di atas jejantas stesen Pasar Seni. Polis tidak benarkan Pak Samad turun untuk bersolat di Masjid Negara. Sebagai bantahan, Pak Samad terus 'Duduk Bantah' di sana sambil dikawal oleh segerombolan haiwan beruniform biru..
Tuesday, May 1, 2012
Monday, April 30, 2012
Catatan Bergambar Bersih 3.0
Saya bertolak awal pada hari Sabtu lepas. Dalam pukul 9 pagi atau lebih. Start dari Ampang >> Ampang Park (Jalan ke KLCC ditutup) >> berjalan kaki ke KLCC >> Masjid Jamek (11 am) >> Depan Dataran Merdeka >> Masjid Negara (12 pm) >> Dataran Maybank >> Lebuh Ampang >> Masjid Jamek >> END
Suasana di depan menara KLCC. Anggaran dalam 1000 orang. Majoriti berpakaian hijau (anti Lynas).
Tiba di Masjid Jamek. Walaupun masih awal, jumlah peserta demo sejauh mata memandang..
Jonah yang sepatutnya lead perarakan kecil dari hadapan Dataran Merdeka ke bahagian belakang Dataran Merdeka (hampir dengan Masjid Negara), tapi last-last dia suruh patah balik. Alang-alang dah dekat dengan Masjid Negara, saya putuskan untuk pergi saja ke sana untuk meninjau keadaan di Masjid Negara pula.
Masjid Negara boleh tahan crowded. Berarak sebelum pukul 2, tapi bukan ke arah Dataran Merdeka (sebab ada gerombolan polis block jalan). Unit Amal lead perarakan ke Dataran Maybank.
Gerombolan polis yang block jalan sebelum Zohor. Selepas Zohor depa masih lagi belum berganjak.
Di hadapan Dataran Maybank. Antara pimpinan yang berucap adalah Presiden PAS, Hadi Awang, Tan Seng Giaw, Anthony Loke, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dll
Dalam pukul 5. Suasana bertukar jadi rusuhan. Polis vs Rakyat (campur SB yang menyamar jadi peserta demo). Aku kejar, kau lari. Kau kejar, aku lari.
Senjata : Penumbuk, penendang, batu, botol air mineral, kasut, selipar.
Monday, April 16, 2012
Setuju dengan pendidikan percuma, tapi..
1. Mesti hapuskan IPTS
IPTS bermotifkan perniagaan. Maka apa yang dikejarkannya adalah keuntungan. Siapa saja boleh masuk tak kira cerdik @ bodoh asalkan berduit. Entiti ini juga merupakan salah satu penyebab student-student hidup terhimpit, iaitu dengan yuran pengajian yang cekik darah.
2. Ketatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT)
Syarat kemasukan ke IPT perlu diperketatkan. Ini bertujuan untuk memberi 'pressure' kepada student pra-universiti untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya graduan yang keluar dari universiti kebanyakannya adalah graduan yang berkualiti.
Berbeza dengan masa kini, kuantiti melebihi kualiti. Ini kerana, student yang kurang pandai, malas, banyak main-main dll masa zaman persekolahan mereka pun boleh sambung belajar hingga ke IPT - kerana adanya IPTS dan juga PTPTN. Kesannya, kebanyakan graduan yang keluar adalah yang kurang berkualiti.
Habit/perangai malas dan main-main mereka sewaktu zaman persekolahan boleh berjangkit dan berterusan hingga ke IPT. Jadi, contohilah anak-anak kaum lain. Semenjak kecil mereka ditekankan dengan belajar, sebab itu kebanyakan daripada mereka sangat pandai.
Eloklah keadaan ditukar balik sama macam 30 atau 40 tahun yang lalu. Tak ramai yang berjaya menyambung pelajaran ke IPT tetapi jika mereka keluar saja dari universiti, InsyaAllah mereka adalah graduan yang berkualiti.







