Thursday, May 6, 2010

Anwar Ibrahim Yang Saya Kenali - Redhuan D. Oon


ADALAH lebih baik cerita dari pengalaman sendiri bagaimana saya berkenalan dengan seseorang tokoh kontroversil dan bukan copy/paste dari cerita orang lain. Takut nanti mahkamah akan menuduh saya atas kesalahan hearsay.




Selepas saya memeluk Islam di Melaka pada Januari, 1980, saya telah meninggalkan pengajian formal dan mencari pendidikan Islamik sehingga akhirnya agak sebulan kemudian saya sampai ke Insititut Dakwah Perkim (IDP), Jalan Universiti, Petaling Jaya yang berhadapan dengan Hospital Universiti (UH).



Di IDP saya dapat belajar Islam dari peringkat Sanawi yang merangkumi bab-bab fardhu-ain serta pembacaan tajwid Al-Quran. Seronok juga kerana ia adalah berasrama penuh dan elaun perbelanjaan diberikan.

Kawan-kawan sekelas terdiri dari pelbagai kaum dari seluruh dunia yakni Iban, Kadazan, British, Jepun, Korea, Kemboja, Cina dan India. Waktu malam selepas solat Isyak berjemaah kami sering seberang ke kantin UH dan biasa ternampak Dr. Wan Azizah bertugas di sana.

Kemudiannya beliau mendirikan rumah tangga dengan Sdr Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri AI).



Satu malam terdapat program ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Anwar waktu itu) dekat IDP iaitu di Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Malaya (UM) untuk meraikan Hari Palestin.

Wakil PLO dijemput berucap di sana. Kami pergi dan seronok mendengar kerana terdapat sedikit perdebatan dari hadirin kepada wakil PLO tersebut.

Ada yang menyuarakan tidak puas hati dengan Yasser Arafat pemimpin PLO yang dikatakan berkawan dengan Soviet Union padahal USSR bunuh ramai umat Islam di bumi Afghanistan.

Ada yang menyuarakan kebimbangan (jika tak silap saya oleh Sdr Khalid Samad) yang perjuangan PLO lebih kepada fahaman nasionalis yang tidak islamik. Ada yang turut bertanya terus kepada Sdr. Anwar,



"Saudara, apakah kita asyik kutuk, kutuk dan kutuk sahaja? Apakah tindakan kita selepas ini?"

Sdr Anwar pun berbincang sedikit dengan wakil PLO tersebut lalu menjawab balas, "Saya sudah dapat persetujuan tadi dari wakil PLO bahawa mereka akan menerima pejuang dari Malaysia untuk pergi ke bumi Palestin untuk perangggg!!" Jelas tergamam kawan yang bertanya tadi.

Pada keesokan harinya saya pun merancang untuk mengunjungi pejabat ABIM yang juga tapak Yayasan Anda Akademik (YAA) kerana ingin menyahut panggilan jihad ke medan perang.

Rasional saya ialah saya tidak minat berjuang dibumi Palestin yang mungkin nasionalis. Saya mahu berjuang di bumi Afghanistan.

Tetapi kerana tiada tawaran ke sana tetapi Sdr Anwar telah menawar ke Palestin pula, saya sangka bagaimana kalau saya pergi masuk menerusi Palestin?



Saya mula mengajak sahabat yang ada di IDP untuk turut bersama ke medan jihad. Pada mulanya beberapa kawan kata bersetuju dan bersama dengan saya. Kemudian mereka kata mereka di belakang saya.

Apabila tiba untuk saya menaiki bas dari Jalan Universiti menuju ke Jalan Pantai Baru, pejabat Anwar, tiada seorang pun yang berada disampain maupun belakang saya.

Setibanya di pejabat Anwar, saya terjumpa Kamarudin Mat Nor (kini Dato' KMN) yang bermeja depan dari ruang lagi satu dalam pejabat. Keadaan suasana waktu itu agak sederhana, bukan macam ofis sekarang. Namun ruang pejabat Anwar agak sempit tetapi berkaca dan kelihatan beliau di dalam bersama seorang tetamu.



KMN tidak bertanya saya pun apa tujuan saya tetapi terus ajak saya masuk terus ke bilik pejabat dalam pejabat itu. Saya memberi salam di pintu Sdr Anwar dan beliau terus ajak saya masuk duduk padahal tetamunya masih ada dan beliau tidak langsung pernah berjumpa dengan saya.

Tetamu itu pulak adalah Fadhullah Wilmont iaitu ayah kepada Wardina (yang masa itu baru berumur 2 tahun).

Saya cuba mengajukan hasrat rancangan saya secara mudah dan ringkas, "Abang Anwar. Saya Redhuan yang malam itu terdengar pelawaan Abang tentang peluang pergi berjuang di bumi Palestin.

Saya dan beberapa rakan saya (dengan menoleh tangan ke belakang menandakan jauh ke Jalan Universiti sana) berminatlah..."

Anwar pandang saya tersenyum dan bertanya umur saya. Saya menjawab '19'. Beliau pun bertanya apakah saya sudah tamat pengajian tinggi.

Saya menjawab yang saya sudah berhenti dan tidak berminat terus lagi. Anwar pula menawarkan yang Yayasan Anda boleh membiayai pelajaran saya.



Saya menolak kerana menganggap semua pengajian itu bersifat duniawi dan ingin pengajian bersifat ukhrawi. Fadhullah Wilmont pulak masuk menyampuk,

"But Saidina Umar said we must learn about kuffar to fight the kuffar".

Saya tak berapa melayan ungkapan Fadhullah. Saya terus menunggu jawapan Anwar. Dia dengan pantas menjawab, "Kita ada pelbagai sukarelewan dari bekas komando, askar dan orang ramai yang lain.

Tetapi PLO cukup kaya dan lengkap segala-galanya. Tidak perlu fizikal dari kami, cuma sokongan moral".

Saya terus hilang harapan di situ. Tetapi Anwar dengan pantas lagi menyambung, "Brother, stay here in Malaysia. We have a bigger war here! (Kita ada perang yang lagi besarrrr di sini!)".

Saya pun meninggalkan pejabat ABIM dengan perasaan bercampur-campur. Kerana dari satu segi saya hampa tidak dapat pergi ke medan shahid, tetapi dari satu segi saya berkenalan dengan seorang yang cukup karismatik.

Satu hari saya pada awal tahun 1981 saya pun bosan dengan pendidikan sanawi di IDP lalu datang ke pejabat Anwar memohon kerja di Yayasan Anda Akademik.



Saya menunjuk kepadanya Sijil MCE saya (SPM la). Beliau perhati sijil saya lalu dengan pantas angkat telefon. "Nahar Akhbar Khan, I got an english teacher for you!" (Nahar lama kemudiannya menjadi pengarah drama tv dan wayang).

Anwar pun beritahu saya, "That is evening class in Kpg Baru branch. Pagi pulak u come here to help me with writing my foreign correspondence. I need your A1 in English".

Saya pun dibawa Anwar sekililing pejabatnya dari Kamarudin Md Nor, ke Kamarudin Jaafar, ke Abbas (yang lama kemudiannya menjadi dekan matrikulasi UIA) ke Nasarudin Jalil (yang tak silap saya kemudiannya jadi jutawan)(Ini semua zaman Anwar dalam Umno kemudian).

Yang istimewa ialah cara Anwar perkenal saya, "Jaga-jaga sikit dia ini. A1 in English. Kombinasi Abdul Qadir AS-Sufi dan Suara Islam!" (Anwar merujuk kepada dua kumpulan Islam yang saya turut mengikuti waktu itu).Saya gembira mendapat kerjaya hidup saya yang pertama ia itu sebagai seorang tutor merangkap penjawab surat-menyurat Anwar. Sebelah petang saya pergi mengunjung Nahar untuk melapurkan diri.




Yang lucunya Nahar pun berbisik kat saya, "I didnt even ask for an english teacher. Apalah tu Anwar, pandai-pandai je angkat orang kerja dengan senang je".

Baru saya tahu bahawa Anwar terus dengan kilat mencipta kerja untuk saya tanpa berfikir lebih lanjut.

Saya mula kagum dengan Anwar. Di pejabatnya saya perhati bagaimana beliau bercakap dalam telefon,
"Apa habak pak menakan?! Apa habak mak menakan?! Apa habak anak menakan?! And how is your son overseas?" Beliau cukup mencairkan pemanggil yang duduk di hujung talian telefon.

Cara Anwar berjabat tangan dengan kawan lain dari yang lain. Orang angkat tangan sekadar ke paras perut, Anwar angkat tangan dari kepala turun.

Jika anda berjanggut Anwar akan mengusapnya. Jika anda bawa anak kecil Anwar akan mengusap manja kepala anak itu. Cukup personal.



Satu hari saya telah selesasi mengarang surat balas Anwar ke luar negara yang berbahasa Inggeris. Cara saya menjawab surat tersebut ialah dengan mengambil ulasan dan jawapan ringkas dari Anwar dan saya akan menyempurnakan seluruh kandungan surat - bagi heading dan ending. Cara nak bagi itu saya perhati dari surat-surat yang mendatang. Jika surat itu bermula dengan, "May you find this letter in the best of Iman and Islam", saya akan tulis balik dengan jawapan "May you also find this letter in the best of Iman and Islam". Copy and paste punya teknik.

Selepas itu baru saya memasukkan one liner atau jawapan ringkas Anwar, saya tulis dengan tertib dan penuh ayatnya di hujung dan dipangkal.



Anwar apabila mahu approve surat yang saya sudah karang akan ambil pen dan potong pulak ayat muqadimah yang saya susah payah tiru dari surat lain.

Dia potong ayat, "May you find this letter ... " dan ganti dengan tulisan lain, lalu pandang saya lalu berkata, "Do not follow others".Satu hari semasa mengajar di YAA di Kpg Baru saya didatangi satu berita gempar dari IDP iaitu beberapa muslimah saudari baru telah dianiaya oleh pentadbiran IDP iaitu disuruh buka kain tudung dan diganti dengan skarf yang mendedah aurat mereka.



Mereka protes lalu 10 dari mereka kena hukuman kurung di dalam bilik asrama mereka sehingga mereka turut perintah modenis dari Tan Sri Abdul Jalil Hassan (pengarah IDP yang tak silap saya juga pernah jadi Mufti negara).

Saya meminta bantuan ide dari pendaftar YAA cawangan Kpg Stony (Wan Abdullah) dan beliau bawa saya jumpa editor akhbar Watan dekat dengan Kpg Baru.

Saya bagi tahu ceritanya kat beliau dan Watan pun menyiarkan kisah perintah buka tudung itu. Pihak IDP lagi marah dengan saya dan muslimah yang boikot itu.



Akhirnya 3 dari saudari baru itu turut perintah kerana tidak tahan deraan psikologi dan tinggallah 6 dari mereka yang masih degil. Kesemua-semua enam itu dipecat.

Sekali lagi saya pergi ke pejabat Watan, dan sekali lagi Watan siarkan sebagai tajuk muka depan kali ini, "Perkim buang Saudari Baru Kerana Enggan Tinggalkan Pakaian Tudung" (saya tak berapa ingat tajuk sebenar, maklumlah dah lama).

Saya pun bergegas ke pejabat Anwar mengharapkan pembelaan. Setibanya di pejabatnya, saya perhati Anwar sudah berada ditalian telefon dan berbual dengan suara agak jelas kepada Setiausaha Agung Perkim. Anwar nampak saya dan isyaratkan saya masuk pejabat dan duduk.

Saya dengar Anwar berkata, "Datok, jika mereka ini buat nakal ke khalwat ke, boleh lah pecat. Itu pun bagi lah amaran, itu pun amaran pertama, kedua. Ini tidak, terus dah pecat. Malulah kita nanti sebagai pertubuhan kebajikan saudara baru".



Lepas habis perbualan beliau, Anwar pandang kat saya dan terus berucap, "Inilah Redhuan! Kita mana boleh harap kat tarikat engkau saje? Kita perlukan satu angkatannnn macam ABIM niii!"

Anwar terus mengeluarkan buku ceknya dan tuliskan satu cek bernilai RM300 (juga tak berapa ingat jumlah tepat, plus minus 50). "Berikan ini kepada muslimah yang dipecat itu. Kita terus lawan."

Saya pun sampaikan wang itu ke rumah Kak Azizah, iaitu rumah seorang kakak (saudara kepada Datuk Hassan Ibrahim, pengarah kerajaan yang masyur dengan kes bongkar kecuaian dalam kerajaan) yang mengambil para muslimah tersebut menduduki sementara rumahnya yang terletak lebih kurang seratus meter di belakang IDP masa itu.

Itulah Anwar yang saya kenal. Cukup bertindak pantas dan tepat, tajam, peramah, karismatik serta cerdik dan berjiwa besar.

Tetapi saya agak terkejut kerana pada satu majlis makan malam amal ABIM di Dewan Sivik MPPJ beberapa hari sebelum beliau memasuki UMNO, Anwar berucap dalam perasmian majlis tersebut, "Ada ura-ura mengatakan saya akan masuk UMNO. Itu semua berita angin belaka"



Apabila kejutan itu akhirnya berlaku, saya sudah rancang berhenti dari YAA kerana mendapat kerja sebagai juru-komputer di Dataprep Malaysia. (Terima kasihlah banyak-banyak kepada DSAI dan YAA kerana membiayai gaji RM220 sebulan yang dapat menampung pengajian komputer saya sebelah siang di Goon's Institute di seberang Kpg Baru di belakang Chow Kit waktu itu.

Memang gaji itu tak cukup bayar yuran RM160 sebulan tetapi emak saya bagi elaun RM120 kerana membantu emak jual rokok di kelab kuda pada setiap hujung minggu. Anwar juga memberikan saya duduk percuma di asrama YAA di Flets Kpg Kerinchi. Jasamu merupakan amal jariah buat seorang saudara baru).

Masa berita Anwar masuk UMNO, saya terkunjung pejabat Fadhullah di Perkim/Riseap dan beliau dengan seronok tanya pendapat saya. Saya pula menjawab, "Itu periuk nasi masing-masing. Allah tak akan tanya mengenai hal orang lain. Tetapi mengenai hal saya sendiri". :-)

Tak lama kemudian saya pun menyertai PAS. Saya tidak pula mahu berjumpa Anwar walaupun beliau ada bagi tahu kawan yang saya boleh pergi berjumpa jika mahu. Saya tidak berminat politik kerana lebih minat tasauf, dan ilmu sejagat serta mempergunakan PAS untuk berdakwah kepada Cina dan bukannya Melayu.



Lama kemudian semasa karier Anwar makin mendaki, tergerak hati pula nak berjumpanya. Saifudin Nasution pun bawa saya pergi menghadiri salah satu majlis berbuka puasa di rumahnya.

Tetapi masa itu nampak Anwar dikelilingi TanSri2 dan DatukSeri2 dan macam dah tak berapa kenal saya. Tak ape lah, salah saya pun, kerana berkerja di Harakah masa itu dan ade orang pernah menggunakan nama saya (Zulkifli Yahya lah tu) untuk hentam Anwar dalam artikel Harakah. Nak kata sori dah tersiar berita menfitnah beliau bina rumah besar dengan kolam renang.

Saya cuma berkata kepada Anwar semasa nak salam malam yang saya datang check kot-kot ternampak ke kolam berenang tersebut. Anwar pun dengan selamba tunjuk kat longkang tepi rumahnya dan berkata, "Mungkin ni kot". Jelas beliau marah sikit.

Itu pada tahun awal 90an agaknya. Apabila berlaku pemecatan beliau pada 1997 ke macam itu saya pun sudah meninggalkan PAS dan Harakah pada tahun 1995.

Saya pergi melihatnya kali terkakhir di rumahnya kerana saya sudah bosan dengan politik secara am.



Saya ingin menjengok wajahnya dari jauh kerana terlalu ramai orang masa itu dan tidaklah elok bertolak-tolak sesak. Anwar kelihatan letih, lebih kurus dan kembali lebih boleh didekati, bukan macam dulu. Ramai yang tanya saya, "Betulkah tuduhan homoseks itu?"

Saya pun terfikir sejenak mengembalikan ingatan saya semasa saya berkhidmat dipejabat beliau selama 11 bulan pada tahun 1981/2. Dan mempertimbangkan cara kes itu ditimbulkan, jawapan saya yang rasmi ialah, "Saya percaya ini semua adalah fitnah belaka.

Anwar bukan langsung menyerupai atau berperangai atau ada tanda-tanda sepertimana yang mereka menuduhnya. He is been setup big time."



Hari ini Anwar berada diambang kejayaan. Sekali lagi saya mengucapkan, "This is your life. I will not be asked about you. I shall be asked about myself.

Serve the people well and maintain your faith in Allah's Will and we shall be your hawariyun. Serve them bad and we shall do our bit to carry out Allah's Will too".



Di copy dari [link]

Tuesday, May 4, 2010

You Have Got No Rights To Ask!


Seorang pemimpin harus pandai dan berhati-hati apabila berdepan dengan wartawan yang pandai bermain dengan soalan perangkap. Apabila ditanya tentang soalan provokasi, soalan tersebut harus dipulangkan balik kepada yang bertanya.


Walaupun ini cerita lama, iaitu sewaktu YB Nizar Jamaluddin masih lagi sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun kepandaian beliau dalam mengelakkan soalan provokasi harus dicontohi mana-mana pemimpin pembangkang. Beliau ditanya sewaktu genap 100 hari PR memerintah Perak, bilakah Kerajaan Negeri Perak akan mengikuti jejak langkah Kelantan (maksudnya bila nak gubal enakmen Hudud).


Saya terpesona dengan ayat yang terakhir, ''You have got no rights to ask then!" - YB Nizar memang seorang yang cerdik, tegas, dan berpendirian. Sesuai jadi pemimpin.


Ini link dia :


http://www.youtube.com/watch?v=Ai8xdemKujo&feature=player_embedded

UMNO Menggadaikan Maruah Malaysia Kepada Negara Luar



Kalau dulu kes Pulau Batu Putih "yang tak ada apa-apa melainkan batu" disebut sebagai "win-win situation". Sekarang, antara Limbang dengan dua blok minyak L dan M yang memang milik Malaysia dipertaruhkan dengan Brunei. Brunei mendapat blok minyak yang bernilai RM 320 billion (bukan 320 ribu!) dan Limbang kekal kepada Malaysia.


Kehilangan RM 320 billion pun disebut sebagai "win-win situation"? UMNO gagal mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Dulu kepada Singapore, sekarang Brunei pula? Nampak sangat pemimpin UMNO pengecut. Hai Melayu, tak nampak lagi?


Dalam portal Free Malaysia Today, Lim Kit Siang mengatakan bahawa Najib dan Abdullah Badawi telah mengelakkan diri dari menjawab 2 soalan penting :


1. When and why Malaysia ceded away Malaysian sovereignty to two oil and gas-rich offshore areas in South China Sea, namely Block L and Block M, in favour of Brunei? and


2. When did Brunei surrender its territorial claim of sovereignty to Limbang and recognise full Malaysian sovereignty instead?



Link yang berkaitan (mesti baca) :


http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/05/menteri-mempelam-serahkan-sabah-dan.html



http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/5154-oil-sell-out-all-avoiding-answers-says-lim



http://gemasuara.blogspot.com/2010/05/serah-dua-telaga-minyak-suatu.html

Monday, May 3, 2010

Kisah Tentang Seorang Ezam (update)


"Cabaran masa kini ialah rasuah dan penyelewengan. Kerana tak ada maruah, sebab itu melarat hidup kita." "Bangun, bangkit, berdiri sebagai seorang insan yang mempunyai maruah."

Kata-kata inilah yang saya akan ingat sampai bila-bila. Orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya maruah seorang bangsa yang merdeka ialah Ezam Mohd Noor. Saya mula rasa bersemangat sebaik saja mendegar rakaman ucapannya yang dirakam di Johor, 3 tahun lalu. Sebab itu kenapa saya selalu tekankan di dalam blog ini mengenai maruah. Saya selalu sebut mengenai maruah. Bab integritilah yang paling saya tekankan.


Berbalik pada kisah Ezam. Dahulu saya sangat menyanjungi beliau. Ezam meninggalkan pengaruh yang begitu mendalam pada diri ini. Tentang kisah beliau menghantar laporan rasuah setebal 632 mukasurat yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan kepada PM waktu itu, Abdullah Badawi. Saya mana pernah jumpa Ezam. Sempat bertentang mata dan berjabat tangan saja sewaktu beliau dijemput berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, satu pentas bersama Azmin Ali yang turut dijemput (kali terakhir Ezam-Azmin satu pentas). Itu pun hampir 3 tahun lalu.


Tapi setiap bait-bait katanya saya ingat. Ketika itu beliau menenkankan soal maruah dan integriti. Beliau menyoal di mana maruah dan martabat kita selaku bangsa yang merdeka tatkala pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan. Adanya pemimpin macam itu kerana kita (rakyat Malaysia) tidak meletakkan maruah diri di tempat yang tinggi.


Negara lain yang tidak Islam begitu pentingkan bab integriti. Jika seorang pemimpin dituduh rasuah dan dikumpulkan bukti yang tidak dapat dijawab, rakyat tidak perlu mendesak pemimpin tersebut meletak jawatan, tapi dia sendiri yang letak. Tapi di Malaysia ini? Dah jenuh suruh letak jawatan - tak letak-letak juga. Orang Islam apakah ini yang tiada maruah?


Saya sudah bawakan contoh di dalam blog ini mengenai bekas Presiden Korea Selatan (Roh Moo Hyun) yang bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi kerana malu dengan rakyat Korea tentang amalan korupsinya. Bandingkan maruah rakyat Korea yang kafir dengan Malaysia yang bermajoritikan Islam.


Ezam juga pernah membandingkan Korea dengan Malaysia dengan diceritakan pengalamannya berkunjung ke Gwangju. Tak mungkin saya lupakan. Beliau menerangkan sebelum tahun 80-an taraf Korea Selatan dan Malaysia lebih kurang sama. Sama ada ekonomi mahupun sukan. Tapi, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas daripada tahun 80-an. Kerana apa? Kerana bermulanya kebangkitan rakyat Korea yang melawan pemerintah sehingga mengorbankan ratusan nyawa. Sebab itu sehingga kini mereka menjadi bangsa yang bermaruah.


Mereka menghukum mana-mana ahli politik yang rasuah. Di Korea Selatan, ramai pemimpinnya masuk penjara. Di Malaysia, hanya boleh mimpi saja Menteri masuk penjara. Dan kerana bermaruah, rakyat Korea hingga sekarang hidup senang. Pendapatan selesa, jauh beza dari segi taraf hidup dan pendapatan berbanding rakyat Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka ada maruah, kita tak ada maruah.


Beliau menukilkan pula ayat dari Surah al-Hajj yang bermaksud, "Jangan kamu biarkan harta itu berlegar-legar di kalangan kamu yang berkepentingan" - oleh kerana tak ada penghayatan mengenai ayat ini, sebab itu masyarakat kita menjadi kosong, tak ada maruah. Orang kafir mana ada pegangan. Tapi mereka cukup marah kalau pemimpin mereka rasuah. Yang salah tetap salah.


Seterusnya beliau memetik kata-kata Ibnu Khaldun (Muqaddimah) : Hancur tamadun ini apabila pemimpin kena penyakit berkejar-kejar dengan kemewahan.

Ezam ketika itu kuat mengutuk pemimpin-pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang melacurkan jawatan mereka kepada tauke-tauke dadah. Pengalaman beliau di Penjara Kajang apabila diberitahu oleh seorang banduan yang bakal dihukum gantung kerana membawa dadah. "Tauke dadah tak akan masuk penjara kerana mereka boleh main golf dengan ketua-ketua polis".


Perkara-perkara inilah yang membawa kesan di dalam diri saya. Sudah berapa banyak saya sebut tentang maruah di dalam blog ini? Boleh kira sendiri. Tapi ini adalah hasil daripada kata-kata Ezam yang baru mengangkat sumpah menjadi senator pada hari ini ke dalam diri saya. Yang saya perjuangkan ialah pembasmian rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.


Tapi cukup mengecewakan bila beliau memilih untuk menyerahkan borang UMNO kepada orang yang kuat dikritiknya kerana lembab dalam pembersihan rasuah dalam pentadbiran (Abdullah Badawi). Saya berfikir banyak kali. Daripada sumber yang dipercayai, sudah nyata Ezam sendiri belot dengan perjuangannya. Bermula dengan krisis dengan pemimpin-pemimpin PKR sehingga beliau keluar parti, menjadi tidak berparti, bergerak atas platform Gerak, berceramah di atas pentas PAS, dan akhirnya terjun kembali ke lubuk asal.


Yang nyata, Ezam bukan Trojan Horse Anwar. Ezam khianat kerana tidak dapat perhatian dari bekas bossnya. Hishamuddin Rais menyifatkan sebagai penyakit KKS - Kurang Kasih Sayang. Kasih sayang daripada Anwar. Khalid Jaafar kata Ezam sudah tidak yakin dengan perjuangan parti.


Ezam pula dalam salah satu ceramahnya mengatakan sebab dia keluar parti kerana sudah dapat lihat ada elemen-elemen yang tidak elok yang boleh merosakkan perjuangan kerana terdapat segelintir pemimpin parti yang mempunyai cita-cita lain.



Pernah dulu ucapan Ezam keluar dari rakaman VCD ini hampir 3 tahun lalu mengenai desas-desus beliau menyertai UMNO. Dan jawapannya ketika itu ialah, "Macam mana nak masuk UMNO sedangkan sayalah yang paling kuat membuat laporan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO?"


Akhirnya serah juga borang kepada yang lembik lawan rasuah dengan alasan, "Saya berpuas hati dengan usaha PM yang mahu membasmi rasuah,"




Dah masuk UMNO, rumah pun jadi semakin besar. Ini gambar kononnya rumah Ezam yang sedang dalam peringkat pembesaran. Diambil dari blog Chegubard. Kalau gambar ini tak betul maknanya Chegubard bohonglah.


Hari ini Mat Ezam sudah jadi senator. Dan tadi saya tinggalkan komen pada wall Facebook beliau,


Salam Mat Ezam. Dah jadi senator ni, jalankanlah tanggungjawab dan pikul amanah dengan sejujurnya. Flashback balik apa yang anda ceramahkan di Tenggara, Johor dahulu. Flashback lagi tentang pengalaman anda di Gwangju, Korea serta perjuangan rakyat Gwangju pada 80-an. Walaupun saudara sudah berlainan parti, saya harap saudara tidak bacul dalam mempertahankan maruah umat.


Walaupun Ezam sudah khianat, tapi saya akan teruskan usaha mempertahankan maruah rakyat Malaysia dan perjuangan menentang penyelewengan dan korupsi.


Updates :


Menandatangani watikah perlantikan di Dewan Negara


New senators were sworn-in today at parliament. (L-R) Noriah Mahat, wanita chief of the DPM's Pagoh division, MIC No.2 Datuk G. Palanivel, former PKR youth chief now turned Umno member Ezam Mohd Noor and Rahim Co's executive chairman Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman. (The Malaysian Insider).


Ezam vows to continue fight for reforms



KUALA LUMPUR, May 3 — Newly sworn-in senator Ezam Mohd Noor today promised to continue fighting for reforms, a cause which had once landed him behind bars.

“As a former ISA and OSA detainee I am still fully committed to institute reforms in the country,” said the former PKR Youth chief after the swearing in ceremony this morning.

“Some people say I don’t deserve this but I remain the only Malaysian to be jailed under the Official Secrets Act for my conviction against corruption,” said Ezam.



“This is a recognition by PM to accommodate differences, to accommodate reform-minded people like me,” said Ezam.

He told reporters he believed that Prime Minister Datuk Seri Najib was serious in transforming the country.

“I want to work with him in his reform efforts,” said Ezam.

Saturday, May 1, 2010

Berselindung Di Sebalik Syed Qutb



Masyarakat di zaman moden yang penuh dengan teknologi ini tidak mudah menerima sesuatu unsur dan fikrah tanpa berlandaskan logika. Ia hendaklah dikaitkan dengan isu-isu semasa, mampu menjawab persoalan, tidak membosankan dan menjemukan, serta disokong dengan fakta-fakta yang kuat dan menarik.


Bezakan tahap populariti buku-buku yang bersifat current affair, berlegar pada sekitar disiplin falsafah dan sains sosial, politik, sosiologi serta sejarah berbanding buku-buku atau kitab yang ditulis pada puluhan tahun dahulu. Di mana-mana saja, Pesta Buku atau perpustakaan, buku atau kitab yang dikarang puluhan tahun lalu telah dipenuhi sesawang dan menjadi rumah serangga-serangga kecil.


Ya, buku pun ada tarikh luputnya (expiry date). Ia menjadi expired apabila tidak lagi menjawab persoalan yang berlegar-legar di minda masyarakat zaman sekarang. Apabila isinya dibawa di dalam perbincangan ataupun usrah, ia menimbulkan rasa kebosanan pada pendengarnya jika tidak dikaitkan dengan sains, sejarah, falsafah, atau seumpamanya.


Membawa idea yang ditulis puluhan tahun lalu yang berlainan zaman pada masa sekarang bukanlah sesuatu yang boleh memberansangkan. Memang benar Syed Qutb ada menulis puluhan tahun lalu di dalam kitabnya mengatakan tentang Islam itu sempurna dan mencukupi, tidak perlu mengimport berbagai-bagai sistem atau ideologi. Tapi, ketika perkara itu ditulis, zaman itu zaman apa?


Salahkah beramal dengan sesuatu perkara yang tidak bercanggah dengan Islam - bahkan tidak dilarang sekalipun. Sama ada unsur dari politik, ekonomi, dan sebagainya. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam, apa yang hendak dibimbangkan? Masyarakat sekarang mahukan sistem pembaharuan sesuai dengan peredaran zaman. Ia memerlukan satu sumber yang boleh menjawab persoalan. Tidak sama dengan puluhan tahun lalu.


Perkara-perkara yang mempunyai nilai yang serupa dengan apa yang dituntut oleh Islam mahu diamalkan. Jadi, apa salahnya? Islam itu mudah. Jadi, kesalahan tidak wajar diletakkan di atas bahu Syed Qutb, tapi ia mesti diletakkan ke atas orang yang tidak menggunakan akal yang berselindung di sebalik nama Syed Qutb.