Friday, January 8, 2010

Ini Semua Kerja Siapa?!




Perbuatan yang bodoh dan gila ini ibarat menyimbah minyak ke dalam api. Ada otak tapi tak tahu nak guna. Orang yang buat benda ni ingat diorang tu bagus sangat ke? Adakah mereka semua tu melaksanakan kesemua suruhan Allah dalam hidup mereka. Walaupun tak ada bukti perbuatan sebegini dari pihak mana, tapi dah boleh agak kalau bab-bab macam ni, dah sah memang orang Melayu si pelakunya. Melayu bodoh.


Apa bezanya Melayu-Melayu tersebut dengan puak-puak kafir di luar negara yang serang dan bakar masjid. Ajaran mana yang membolehkan kita menyerang rumah ibadah penganut lain. Kalaulah si pelakunya dapat ditangkap, hukuman yang paling sesuai ialah ikat mereka pada tiang dan orang ramai-ramai baling batu sampai mampus. Dasar akal singkat. Imej Islam yang sebelum ini telah tercemar menjadi bertambah teruk.


Dah sah orang yang serang gereja tu jenis yang mak ayah mereka tak didik masa kecil dulu. Kecik-kecik tak nak mampos, besar-besar malukan agama.

Thursday, January 7, 2010

Allah Panjangkan Usia Nizar


Satu kerugian dan kehilangan besar bagi PAS dan Pakatan Rakyat jika Nizar dijemput awal oleh Allah SWT. Nizar merupakan ikon Pakatan Rakyat di Perak. Salah satu simbol perpaduan diantara parti-parti komponen. Kalaulah ditakdirkan DUN Perak dibubarkan dan Pakatan Rakyat sekali lagi dapat membentuk kerajaan, saya yakin majoriti rakyat Perak dan luar Perak mahukan Nizar sekali lagi mengetuai kerajaan negeri.


Dia merupakan satu-satunya tokoh yang paling layak untuk menjadi MB. Mustafa Kamil Ayub jangan nak berangan. Kemalangan pagi tadi, Nasib baik Nizar pakai kereta bukan dari buatan Malaysia, kalau tak malam ni seluruh rakyat Perak dah buat tahlil arwah... Kalau dilihat keadaan kereta yang dipandunya terbalik sedemikian rupa, peluang untuk bertemu dengan Izrail memang terlalu hampir. Tapi sudah tertulis takdir di Luh Mahfuz bahawa tugas Nizar di muka bumi ini masih belum selesai.


Nak tahu kenapa Nizar memilih untuk melanggar pembahagi jalan? Sila klik sini.

Kisah Khalid Samad Dengan Hassan Ali Pula


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan menghadap jawatankuasa disiplin PAS bagi memberikan keterangan lisan berhubung dakwaan dikenakan Dewan Harian PAS Selangor terhadap beliau, petang ini.

Seorang lagi pemimpin PAS dari Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula akan berbuat demikian pada pagi Sabtu ini.

Khalid akan hadir di ibu pejabat PAS di ibu negara pada pukul 3 petang manakala Hasan pula sekitar 9 pagi Sabtu ini - The Malaysian Insider


Nota :


Khalid Samad dan Hassan Ali, kedua-dua tokoh PAS Selangor ini sama-sama menciptakan kontroversi sama ada boleh mendatangkan keuntungan kepada parti/pakatan atau sebaliknya. Kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jika sebelum PRU-12 dulu, saya melihat Hassan Ali tak ubah seperti wira pembangkang di Selangor. Manakala pada waktu itu saya belum lagi kenal Khalid Samad.


Tapi Hassan Ali mula berubah sejak bergelar wakil rakyat dan memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor. Perubahan demi perubahan yang dia janjikan sebelum PRU hanya dibuat sekerat jalan. Tak lama kemudian dia berpusing 360 darjah dan menjadi liabiliti kepada PAS. Dan sekarang, dia dilihat sebagai orang UMNO yang memegang kad keahlian PAS. Oleh kerana orang macam Hassan Ali inilah musnahnya harapan bagi mereka yang mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik tanpa UMNO. Hasan Ali adalah diantara salah satu faktor yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.


Khalid Samad pula dilihat sebagai seorang pro-Pakatan Rakyat dan menentang sebarang kerjasama antara PAS-UMNO. Tapi sekarang imej Khalid Samad agak tercemar dikalangan segelintir orang PAS Selangor. Beliau dianggap pro-Hindu (isu kuil) dan Kristian (isu nama Allah), terlalu menonjol dalam hal ini sehingga seolah-olah beliau hanya berjuang untuk perkara itu. Beliau juga dikatakan tak pernah hadir usrah di dalam kawasannya sendiri. Petang ini mungkin akan terjadi sesuatu kepada Khalid.


Hassan Ali pula pada hari lusa. Saya berkeyakinan bahawa pasti Khalid Samad yang akan menerima kesan yang lebih besar berbanding Hassan Ali. Hassan Ali itu seolah-olah "kebal". Sekarang ini PAS pun bukan boleh percaya sangat, lebih-lebih lagi terhadap puak-puak kopiah/serban dalam tu. Tapi kalau antara kedua-dua makhluk di atas ini, saya menyebelahi Khalid Samad dan saya yakin perbuatan dan tindakan beliau selama ini adalah betul.


p/s : Isu bai'ah taklik, Hassan Ali yang dedahkan kepada semua. Diakui pula oleh Khalid Samad (terlepas cakap). Isu kalimah Allah pula, Khalid menyokong, Hassan Ali menentang. Seolah-olah kedua-dua orang ini sama-sama mahu publisiti dengan kenyataan-kenyataan yang sering bertentangan.

Wednesday, January 6, 2010

Senangnya Dia Kufurkan Orang


Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity). - Malaysiakini


"Ulamak" ini ambil dalil dari mana tentang kekufuran orang Islam jika bersetuju dengan tindakan orang Kristian menggunakan kalimah Allah? Saya sendiri, walaupun agak kurang setuju dengan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tapi tidaklah sampai nak mengkafirkan Muslim yang lain yang bersetuju dengan penggunaan kalimah ini dikalangn orang Kristian. Kalau ada dalil al-Qur'an atau Hadis meh bawak sini tunjuk.


Kalau kita semua menggunakan hujjah "ulamak" di atas ini dan menggunakan logik dia :

  • Seluruh umat Islam di tanah Arab sudah jadi kafir kerana tidak membantah dan membenarkan orang Kristian yang menetap di Arab menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan percakapan harian mereka.
  • Semua umat Islam di Indonesia juga kufur kerana di Indonesia tidak ada bantahan daripada orang Islam mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible Indonesia (al-Kitab).
  • Seluruh pemimpin PAS yang bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan rasmi yang menunjukkan mereka bersetuju tentang penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia, mereka semua itu kafir.
  • Tokoh-tokoh lain yang bersetuju seperti Dr. Badrul Amin, Dr. Muhammad Nur Manuty, dan Dr. Asri Zainul Abidin juga telah kufur dan mesti menarik balik ucapan mereka.

Kalau ada dalil-dalil al-Qur'an dan hadis sahih, bak mai sini nak tengok. Walau setinggi manapun maqam tokoh-tokoh tertentu, tidak bermakna mereka itu semua terpelihara daripada sebarang kesilapan dan kesalahan. Qulil Haq walau kaana murran.

Wow! Tingginya Nilai Blog Ini

Baru saja balik merayau dari blog Abdul Wahab Arbain mengenai posting barunya yang bertajuk Nilai Dan Ranking Blog Anda. Saya pun cubalah periksa melalui link yang disediakan di dalam blog beliau itu. Hanya perlu taipkan nama blog/laman web di dalam ruangan yang disediakan, ia segera akan menunjukkan berapakah nilai laman web yang ditaip itu.


Kurang daripada 5 minit, keluarlah hasilnya (lihat gambar di bawah). Nilai blog ini (tak tahu betul ke tak betul) ialah RM 17,572.26. Lima angka tu bhai.. Alangkah bagusnya kalau boleh claim nilai tersebut. Di saat masalah kewangan yang hebat melanda rakyat negara ini, elok juga kalau dapat income dengan cara mengadap laptop saja. Atau kita boleh menebus nilai yang ditunjuk itu? Kalau ya, alangkah nikmatnya. Manalah tahu dapat rezeki terpijak.



Klik untuk besarkan