Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal di luar menjadi seperti orang lain apabila kita lihat kelakuan mereka di dalam Facebook. Agresif, biadab, kurang ajar..
Orang ramai menerima berita pantas melalui Facebook, ada yang sahih dan ada yang sebaliknya. Ada yang recycle gambar lama kemudian reka cerita. Kononnya untuk pengajaran, untuk iktibar atau meminta simpati. Di sana ramai juga ustaz-ustaz dan ilmuwan segera, yang tak pernah mengadap kitab dan yang jarang buka kitab pun seolah-olah menjadi ulamak muktabar apabila duduk di hadapan komputer.
Facebook juga menjadi medan silat bagi para pahlawan keyboard. Dalam Facebook berapi-api tapi hakikatnya di luar (alam realiti) tak ubah seperti tikus. Paling ketara yang aku perhatikan adalah perubahan sikap budak-budak Melayu di dalam alam maya. Sikap mereka menjadi kurang ajar tujuannya untuk bergurau.
Serius, aku tak nampak Facebook menjadi keperluan. Ia menjadi medan fitnah. Ramai yang termakan dengannya. Kadangkala berbalah sampai kat luar. Adakah kita perlukan Facebook? Perbuatan selalu log in ke Facebook tak ubah macam selalu buka peti ais untuk menjenguk makanan walaupun kita tak merasa lapar.
Monday, December 2, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Hikmah Islam tidak turun di Tanah Melayu
''kalau Islam turun di Tanah Melayu, mungkin tak akan sampai ke Thailand" kata seseorang.
Aku tak menaruh apa-apa harapan terhadap gerakan penentangan dan revolusi di sini (kalau ia terjadi). Apa sebab? Contoh dah banyak di depan mata. Melayu ni tak boleh tengok orang lebih sikit mulalah iri hati kemudian terjadilah jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.
Gila jawatan, bergaduh sesama sendiri. Argh.. macam-macamlah.
Aku tak menaruh apa-apa harapan terhadap gerakan penentangan dan revolusi di sini (kalau ia terjadi). Apa sebab? Contoh dah banyak di depan mata. Melayu ni tak boleh tengok orang lebih sikit mulalah iri hati kemudian terjadilah jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.
Gila jawatan, bergaduh sesama sendiri. Argh.. macam-macamlah.
Ramai yang perasan ulamak. Ulamak apa yang kejar jawatan?
Baru menang sikit dah bercakaran sebab jawatan..
Jawatan.. jawatan.. jawatan.. pertembungan kerana jawatan dan label melabel berlaku..
Dulu-dulu punya cerita.. masa susah dulu semuanya OK..
Ditambah dengan pembodohan oleh agamawan-agamawan yang cinta dunia..
Last but not least.. ini yang paling celaka. Kerusi menang sikit tapi demand macam-macam. Buangla kopiah atas kepala tu, buat malu saja.
DAP pernah minoriti di Kedah, PKR minoriti di Kelantan dan pernah minoriti di Terengganu, tapi tak adalah ugut mengugut dan mintak jawatan bagai..
Kalaulah Khomeini itu orang Melayu, dan revolusi Iran itu ditukar menjadi revolusi Malaysia, memang tinggal mimpi ajelah nak tukarkan pemerintah yang zalim.
Thursday, November 21, 2013
Kesiannya rakyat Malaysia
Aku cukup-cukup kesian dengan semua warganegara Malaysia (tak termasuk pendatang yang pegang IC biru ciplak). Aku kata semua warganegara, maksudnya semua oranglah. Driver teksi, makcik cleaner, mak cik kantin, budak-budak sekolah, macai pencacai parti-parti politik sama ada yang memerintah atau oposisi.
Sebab apa? Sebab kita ada kerajaan yang cukup zalim dan menindas, hari-hari rakyat diperbodohkan. Tapi dalam masa yang sama, kita ada barisan parti pembangkang yang bersedia untuk mengganti kerajaan yang sedia ada, tapi malangnya pembangkang-pembangkang tersebut terbukti bodoh. Senang cakap, ada kerajaan tapi kerajaan jahat, ada pembangkang tapi pembangkang pulak bodoh tak boleh diajar
Sebab apa? Sebab kita ada kerajaan yang cukup zalim dan menindas, hari-hari rakyat diperbodohkan. Tapi dalam masa yang sama, kita ada barisan parti pembangkang yang bersedia untuk mengganti kerajaan yang sedia ada, tapi malangnya pembangkang-pembangkang tersebut terbukti bodoh. Senang cakap, ada kerajaan tapi kerajaan jahat, ada pembangkang tapi pembangkang pulak bodoh tak boleh diajar
Wednesday, November 20, 2013
Menulis kerana hobi atau trend?
Lama betul tak menaip di blog ini. Kali terakhir aku
mengemaskini blog ini adalah pada tahun lepas. Jadi aku mengakui, menulis ini
kerana trend. Blog ini ditubuhkan pada tahun 2009, aku masih lagi belajar pada
waktu itu. Dan ketika itu isu rampasan kuasa di Perak tengah hangat, ditambah
pula dengan campur tangan Sultan Perak.
Darah aku mendidih dan perasaan nak melepaskan
perasaan ke dalam blog membuak. Dan waktu itu pula ialah ketika penulisan blog
menjadi trend. (Sekarang semua orang beralih menulis dalam Facebook). Aku
memutuskan untuk menubuhkan blog, dan blog ini merupakan blog sulung. Tujuan
utama ialah menulis ulasan dan pendapat aku mengenai situasi politik semasa
tanah air.
Cukup aktif aku mengemaskini pada masa itu. Dalam
sehari paling banyak 3 entri aku tulis. Kalau boleh setiap hari mesti
sekurang-kurangnya 1 entri aku masukkan. Kemudian beransur-ansur berkurangan
bila tahun 2010. Sehari satu posting. Kadang-kadang tak menulis langsung. 2011
dan 2012 memang tersangat tidak aktif. Dan tahun ini paling parah, dekat hujung
tahun baru terkial-kial nak menulis semula.
Malas adalah salah satu faktornya. Boleh dikatakan
hari-hari aku online, buka blog dan Facebook. Tapi sekadar untuk membaca dan
mendapatkan informasi terkini. Jarang sekali aku komen mengenai situasi semasa,
walaupun di dalam Facebook. Di sana, aku sekadar ‘like’ apa yang ditulis oleh
orang lain. Komen pun jarang bagi.
Aku perhatikan penyakit ini bukan kena kat aku
sorang saja. Blogger-blogger lain yang dahulunya aktif pun sama saja sekarang
ini. Jarang kemaskini blog dan tak menulis sampai berbulan-bulan. Masing-masing
selesa dengan kemaskini status Facebook sahaja. Jadi, menulis memerlukan bakat
dan anugerah. Semua orang boleh menulis, tapi tak semua menjadi penulis.
Jika zaman dulu, sikit saja orang yang boleh menulis
dan menerbitkan hasil penulisan mereka ke dalam majalah dan akhbar. Dan penulisan
mereka mempunyai kualiti. Penulisan bertahap sampah langsung tak ada. Mereka
terus menulis kerana bakat. Tapi sekarang, dibantu dengan teknologi yang
canggih ramai yang menulis, hasilnya kebanyakkan penulisan adalah sampah, sikit
sahaja yang bermanfaat.
Walaupun bukan trend blogging dah sekarang, aku akan
cuba menulis dan jadikannya sebagai hobi. Walaupun tidak dikurniakan bakat
sebagai seorang penulis, aku akan tetap berusaha untuk terus menulis agar
entri-entri di dalam blog ini boleh dijadikan bahan kenangan dan catatan di
mana waktu mudaku banyak dihabiskan. Sekarang, aku kembali.
Friday, November 16, 2012
Melayu & Hamas : Kacang Lupakan Kulit
Dasar taik idung lupakan idung --- yang ni pinjam dari kata-kata Aduka Taruna yang pernah ditinggalkannya di ruangan komen dalam blog ni suatu ketika dulu.
Kalau Melayu, selalu disinonimkan dengan istilah Melayu mudah lupa. Tapi kalau bangsa lain? Ada tak isitlah-istilah khusus untuk jenis yang mudah lupa ni?
Rasa nak tergelak pun ada bila lihat gelagat pejuang-pejuang yang berbangsa Melayu ni dalam internet. Bila satu isu timbul, terus dilupakan atau diabaikan isu yang sebelumnya.
Ingat lagi apa reaksi keyboard warrior ni dengan isu Rohingya di Burma?
Kemudian semua berpakat alihkan perhatian kepada rakyat Syria, FSA (yang konon-kononnya pejuang jihad) dan kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad? Dan Syiah dimangsakan pula di sini.
Ok, done. Lepas tu, 2 hari lepas, kita dikejutkan dengan serangan mengejut tentera Israel ke Gaza. Habis melalak lagi pahlawan-pahlawan alam maya ini. News Feed di Facebook penuh dengan maki hamun kepada orang Yahudi dan Israel. Sekarang semua orang sibuk dengan isu ini. Habis semua pakat terjah FB Israel Defense Force, berbalah pulak dengan Facebooker Israel kat dalam page tu.
Apa yang sudah terjadi dengan Rohingya dan Syria? Semakin kurang dan akhirnya akan tenggelam liputan mengenai mereka di dalam FB. Tak gitu? :D
Ini sama la macam kisah lelaki yang berkahwin 3. Puas dengan bini pertama, pergi meminang anak dara orang pulak untuk dijadikan isteri kedua. Beberapa bulan lepas tu, terserempak dengan kekasih lama yang sudah menjanda tapi masih bergetah.. kahwin lagi, jadilah isteri ketiga.
Lelaki yang kahwin 3 : Melayu
Bini no.1 : Myanmar
Bini no.2 : Syria
Bini no.3 : Gaza (diistilahkan sebagai janda kerana sebelum-sebelum ni Gaza pernah jadi perhatian, leapstu dilupakan)
Hahaha.. lawak.. nak tengok berapa lama amarah diorang bertahan.
Terus, apa kaitan kacang lupakan kulit dengan Hamas?
Hamas, sudah memutuskan hubungan dengan Iran kerana Iran menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad. Syria dan Iran, negara-negara yang selalu memberi bantuan kepada penduduk Gaza, sama ada berbentuk kewangan, makanan dan senjata. Hamas dikatakan pro-pemberontak Syria. Hamas sekarang sedang berjinak dengan kekasih baru yang bernama MORSI. Tapi Morsi tak boleh buat apa-apa meskipun jarak mereka berdua dekat. Sebelum serangan Israel ke atas Gaza, jangan lupa bahawa Mesir mengiktiraf Israel dengan menghantar dutanya ke sana. Tapi pejuang-pejuang Islam yang berketurunan Melayu ni diam saja. Iyalah, MORSI kan pujaan diorang, sampai bersorak sakan semua sewaktu dia menang pilihanraya presiden.
Dalam Hamas dok lupakan Iran, tapi masih lagi diorang melawan tentera Israel dengan menggunakan senjata buatan Iran! Hahaha