Monday, August 31, 2009

31 Ogos : Semua Berpakaian Hitam



Salam Ramadhan,



Walaupun sambutan kemerdekaan kali ke 52 negara ini tidaklah semeriah tahun yang lepas-lepas, agaknya kerana diadakan di dalam bulan Ramadhan, tapi apa yang ingin dikatakan di sini ialah pengertian sebenar mengenai kemerdekaan. Merdeka ertinya bebas. Bebas dari cengkaman mana-mana penindas. Bebas untuk menyuarakan pandangan. Bebas untuk hidup di mana-mana tanpa ada ancaman.


Inikah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia? Ramai yang bergembira kerana hari kemerdekaan 31 Ogos, walaupun pada hakikatnya ini adalah merdeka separuh masak. Merdeka yang diberi oleh British dengan bersyarat. Dan syarat inilah yang menyebabkan permasalahan di negara ini semakin membarah. Apa gunanya merdeka jika :


1) Kita hidup di dalam keadaan yang prejudis terhadap agama dan kaum yang lain.


2) Kita semua ( Melayu, Cina, India) tidak seperti hidup di dalam satu keluarga yang besar.


3) Disekat kebebasan dengan adanya akta ISA yang mencabuli hak manusia untuk hidup bebas.


4) Tidak boleh menyuarakan pandangan dan tidak bebas untuk mengadakan bantahan.


5) Sesudah lebih 50 tahun, masih ramai rakyat Malaysia yang merempat sedangkan hasil mahsul negara melimpah ruah, pemimpin negara hidup di dalam timbunan wang.


6) Tidak berada di dalam hukum-hukum Islam


7) Akhlak muda-mudi Melayu Islam di negara ini mencapai tahap kritikal.


8) Adanya pemimpin yang mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat


9) Sistem demokrasi telah tercemar


Inilah diantara masalah yang ditinggalkan oleh British. Dasar "divide and rule" kemudiannya diteruskan oleh anak didiknya iaitu UMNO. Hasilnya kaum-kaum utama di Malaysia tidak berpadu, bahkan ada prejudis diantara satu sama lain. Melayu kata Cina jahat, kuat menipu, licik, berusaha menghapuskan hak Melayu. Cina pula kata orang Melayu bodoh dan pemalas, dan hanya tahu berhibur. India pula dianggap bangsa yang berbelit-belit. Masalah ini hampir mustahil untuk diselesaikan.


British juga meninggalkan undang-undang mereka untuk dilaksanakan di Malaya. Undang-undang yang digubal sendiri oleh mereka. Orang Islam hanya menjadi pak turut. Tidak bebas untuk menentukan dasarnya sendiri. Inikah kemerdekaan yang dikecapi?


Buat filem 1957 Hati Malaya kononnya hanya UMNO yang berjasa. Hati Malaya atau Hati UMNO? Pemimpin UMNO dari dulu lagi duduk di bawah ketiak British laknatullah, pondan, dan hanya tau runding-runding. Tapi pejuang kemerdekaan yang sebenar menentang British secara terang-terang, ditangkap, dipenjara, di-ISA. Sejarah mereka digelapkan, dan rakyat dimomokkan hanya UMNO, MIC, dan MCA yang bersusah payah untuk memperolehi kemerdekaan.


Oleh itu, sepatutnya hari ini semuanya memakai pakaian hitam. Perkabungan. Tercemarnya hak rakyat Malaysia, demokrasi dicabuli, dan selepas hari ini, esok rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita gembira iaitu kenaikan harga petrol. Tambahan pula bekalan gula pun ada krisis, bukan berkurangan, tapi permainan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan. Merdeka? Orang Melayu pun berani usung kepala lembu, menghina penganut agama lain.


1Black Malaysia !!!

Saturday, August 29, 2009

Gambar : Melayu (UMNO) Bodoh Demonstrasi

Tak salah kalau nak demonstrasi, demonstrasi sampai malam pun tak apa. Tapi kalau sampai peringkat hina agama lain apa cerita? Sebab muka-muka bodoh di bawah ini, habis tercemar maruah orang Islam. Ini memang kerja melayu bodoh yang menjadi barua UMNO. Sayang agama konon!


3 melayu bodoh uji suara untuk buat persembahan


Siapa yang kafir? UMNO tolak Islam, apa hukum? UMNO mentadbir negara dengan hukum orang kafir, Islam lagi ke? Betul ke Amanat Haji Hadi versi UMNO tu? Atau amanat UMNO?


Nak hudud? Pergi sokong UMNO hudud apa? Islam ajar ke hina agama orang ni? Yang UMNO perintah Selangor selama ini tak ada pun mereka nak selesaikan isu kuil.



Kalau ada sesiapa nampak muka melayu bodoh di atas ni, jangan teragak-agak untuk terajang sampai patah pinggang. Tengok muka dah tau UMNO.


UMNO menghina kalimah membesarkan Allah. Islam lagi ke Melayu bodoh di atas ni? Mungkin ditukar kepada "take beer" untuk mengenang jasa UMNO memerintah selama ini banyak membangunkan kilang-kilang arak.



Melayu-melayu bodoh bawa kepala lembu. Kepala mereka pun dah dekat nak sama dengan kepala lembu.


Melayu bodoh mempersembahkan lagu yang bertajuk "Percayalah".



Polis ada ketika ini, tapi tak ambil apa-apa tindakan. Tengok saja. Sah polis barua UMNO. Pekerjaan sebagai polis sudah menjadi satu pekerjaan yang hina. Tak ada maruah.



Melayu bodoh yang menyanyi dan bersiap sedia untuk mempersembahkan tarian kepala lembu.



Eh? Biar betul mereka pun tahu buat perkara ni? Ingatkan dah tolak Islam, semua yang berkaitan ditinggalkan. Orang tua pun ada. Memalukan betul melayu-melayu bodoh ni.



Buruknya muka yang pakai songkok tu.



Tersenyum simpul kerana dapat rezeki terpijak. Yang baju putih berkata pada kawan dia, "malam ini kita berbuka dengan sup kepala lembu".


Sumber gambar : Minaq Jinggo


Kalau ada penyokong PAS yang turut sama, memang bodoh tahap melebihi kepala lembu di atas. Begitu mudah terpengaruh dengan dakyah puak-puak Melayu bodoh UMNO. Bacalah penjelasan di blog Khalid Samad kalau nak tahu cerita sebenarnya mengenai kuil tu.


p/s : Melayu yang bullshit. UMNO memang jahat. Apa perasaan kalau penganut Hindu memijak al-Quran semasa demonstrasi? Inilah bodoh punya melayu. Nak demonstrasi, demonstrasi lah. Jangan sampai nak hina agama penganut lain. Inilah perangai busuk UMNO. UMNO memang patut dihapuskan dan dilenyapkan dari muka bumi. Biar tinggal sejarah.

Friday, August 28, 2009

Ketua Pemuda PAS Yang Kurang Cerdik




Salam Ramadhan,


Berikut adalah petikan dari blog Ketua Pemuda PAS :


Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras–kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan konsert Michael Learns to Rock - eternity tour 2009 : live in malaysia yang bakal berlangsung di arena of stars, genting highlands pada 5 september 2009 ini. (poin 1)


Konsert ini adalah suatu penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kini. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap ummat Islam di Malaysia. (poin 2)


Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap, bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam. Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak–agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung. (poin 8)

Di sini, kami Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk sama-sama membantah penganjuran konsert maksiat ini.Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam. (poin 9).


Sejak jawatan Ketua Pemuda bertukar tangan, seolah-olah dia ini mahu mencari publisiti. Memang tidak salah membantah konsert yang akan menyebabkan kelalaian kepada anak-anak muda, lebih-lebih lagi sewaktu di bulan Ramadhan. Tapi, adakah ramai anak-anak muda Islam akan berduyun-duyun pergi ke tempat yang jauh dari kota seperti Genting Highlands? Adakah Genting Highlands itu tempat bermajoritikan orang Islam?


Kalau konsert dibatalkan, orang yang mahu melihatnya mempunyai cara lain seperti menonton menerusi internet mahupun membeli DVD kumpulan terbabit. Saya ingin mempersoalkan Pemuda PAS, mereka mahu membantah konsert tersebut kononnya mencemar kesucian bulan Ramadhan, tapi adakah mereka :


1) Ada membuat bantahan terhadap aktiviti perjudian besar-besaran yang beroperasi setiap hari walaupun di bulan Ramadhan di Genting Highlands?


2) Memberi amaran keras kepada pihak berwajib berkenaan muda-mudi Islam yang berpeleseran di Bukit Bintang, Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dan lain-lain.


3) Membantah penjualan majalah yang berunsurkan kelalaian yang berlambak di pasaran.


4) Memprotes konsert-konsert yang selama ini diadakan di Malaysia.


5) Membuat tunjuk perasaan terhadap rancangan realiti TV yang melalaikan anak muda Islam seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz, Raja Lawak, dan One In Million.


6) Membantah penjualan arak yang berleluasa di negara ini.


7) Dan membantah lain-lain kemungkaran di negara ini.


Kalau ya pun komited dengan perjuangan Islam, berhasrat mahu negara ini ditadbir oleh Islam, dahulukan perkara-perkara yang besar dahulu. Ini bulan Ramadhan, kemudian dekat nak raya, banyaklah rancangan hiburan yang melalaikan, drama swasta di media elektronik. Ada hasrat ke nak buat bantahan dan memberi amaran? Kenapa tempat nun jauh yang tersorok tu jugak kau pergi serang? Lepas itu ajak Pemuda UMNO yang sah tak peduli agama untuk sama-sama buat bantahan.


p/s : Macam budak PASTI. Muka dan pakaian pun dah sama =)

Thursday, August 27, 2009

Diskriminasi...!!!

Zunar & Gedung Kartun


Mungkin inilah penyebab KDN bertindak merampasnya. Gambar PM tersilap mengibarkan bendera Mongolia sempena Hari Kemerdekaan.




Salam Ramadhan,


Demam PRK N.11 sudahpun berakhir. Tapi ada satu benda yang memang tidak menyenangkan. Pihak KDN yang dikawal oleh UMNO telah merampas beratus-ratus naskhah Majalah Gedung Kartun di Pejabat kartunis Zunar dan juga di beberapa tempat percetakan. Majalah ini merupakan majalah kartun alternatif hasil karya beberapa orang kartunis yang biasa melukis di akhbar Harakah dan Suara Keadilan seperti Zunar, Ronasina, Jonos, dan lain-lain.


Kartun pun sudah jadi ancaman. Nak gelak pun tak boleh! Majalah sebegini dirampas seolah-olah ianya sangat berbahaya. Sedangkan banyak lagi majalah-majalah mengarut di pasaran bebas saja dijual kepada orang awam, khususnya anak-anak muda. Kenapa tak ada rampasan pun? Majalah yang memaparkan artis-artis yang seksi di muka hadapan, kenapa tak ada tindakan? Inilah diskriminasi. Kuman seberang laut nampak, babi depan mata tak nampak!


UMNO/BN menerusi KDN hanya akan bertindak jika sesuatu perkara atau benda yang menyebabkan UMNO lemah. Kenapa tak dirampas majalah Mangga? Kerana ia tak menjejaskan kuasa UMNO/BN. Samalah juga dengan demonstrasi. Juga berlaku diskriminasi. Kenapa kita demonstrasi mengenai Bersih, PPSMI, dan Anti-ISA, UMNO akan mengerahkan polis untuk menyerang kita? Sedangkan jika dibuat demonstrasi atau perarakan Maulid Nabi, demonstrasi anti-Israel, polis hanya diam membatu? Sebab domonstrasi anti-Israel tidak jejaskan kuasa UMNO!


Tapi mereka sangka mereka cerdik, tak sedar tindakan mereka merampas Gedung Kertun keluaran pertama akan membuatkan 1 Malaysia ingin tahu apakah isi kandungannya, sekaligus menarik minat mereka untuk memiliki majalah tersebut. Zunar dan konco-konconya akan menjadi lebih terkenal, dan semestinya jualan Gedung Kartun akan bertambah! Kepada sesiapa yang ingin melanggan Gedung Kartun, boleh melayari blog Zunar & Konco di http://koncozunar.blogspot.com.


p/s : Sebelum era Reformasi, kartunis Zunar melukis di majalah Gila-Gila, selepas itu beliau beralih untuk melukis di Harakah, dengan watak kartun hidung besar yang popular, sehinggakan saya ketika itu hampir-hampir nak tergelak jika melihat kartun hidung besar di bahagian hadapan Harakah.


Zunar juga merupakan bekas editor akhbar Suara Keadilan.

Tuesday, August 25, 2009

Ustaz Salleh Man Menang!


Salam Ramadhan,


Tadi SPR telah mengumumkan bahawa calon PAS, Ustaz Salleh Man memperoleh 9918 undi, mengalahkan calon BN Rohaizat yang hanya mempu mengutip 5067 undi. Namun, majoriti yang diperolehi kali ini berkurang sebanyak 882 undi. Bekas ADUN Permatang Pasir Allahyarham Datuk Hamdan memperoleh undi sebanyak 5433 semasa PRU 12 yang lalu.


Manakala jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Mungkin ini salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi, selain daripada kemungkinan pengundi atas pagar yang beralih angin. Namun kejayaan ini lebih dari cukup membuktikan bahawa BN tidak mendapat tempat di hati pengundi Permatang Pasir yang setia menyokong PAS sejak 1999.


Mungkin inilah keberkatan pilihanraya yang dijalankan semasa bulan Ramadhan. Selepas ini Ustaz Salleh Man bakal dilantik menjadi YDP MAIPP, bagi menggantikan YDP yang sedia ada yang akan bersara 2 bulan kemudian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada calon yang menang, kepada pengundi-pengundi, dan juga kepada penyokong dari jauh dan dekat, jentera-jentera parti dari Pakatan Rakyat, para bloggers dan seumpamanya kerana memabantu secara langsung atau tak langsung bagi menyumbangkan kemenangan kepada calon PAS.


Muhyiddin Mat Sembab, Ahmad Maslan, dan Rohaizat pasti tepuk kepala dan menggigit jari!

Kekalkan Kemenangan Rakyat



Klik imej untuk paparan yang lebih jelas mengenai calon


Salam Ramadhan,



Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu setelah 8 hari tempoh berkempen bagi N.11 Permatang Pasir. Sempena di bulan keberkatan ini, tentulah undi dan sokongan tuan/puan amat bermakna bagi calon yang benar untuk diangkat menjadi pemimpin. Kita kena pastikan kita tidak bertindak zalim ke atas diri kita dan juga orang lain dengan memilih orang yang salah dan tidak layak menjadi pemimpin, serta tidak boleh memikul amanah yang begitu berat - amanah kepimpinan.


Ramai yang meramalkan di Permatang Pasir ini, majoriti yang tipis bagi mana-mana calon yang menang. Namun itu hanyalah sekadar ramalan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Diharap keputusan PRK N.11 nanti menjadi satu keputusan ulang tahun kejayaan Anwar Ibtahim semasa PRK Permatang Pauh pada 26hb Ogos tahun lepas. Pada para jentera pastikan semua orang keluar mengundi, dan berjaya memujuk pengundi di atas pagar untuk memangkah calon yang layak.


Jika calon BN yang menang, apa kebaikannya kepada pengundi Permatang Pasir? Ia bakal menambahkan penyakit yang kian membarah. Tapi jika Ustaz Salleh Man menang, beliau bakal mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Usah dilayan provokasi dan politik murahan UMNO. Sama-samalah berusaha untuk kekalkan kemenangan rakyat.

Monday, August 24, 2009

Menjelang Pertempuran Islam - Musyrik




Salam Ramadhan,


Tinggal beberapa jam lagi maka tamatlah kempen pilihanraya bagi kedua-dua calon. Pilihanraya kecil kali inilah agak sedikit unik kerana diadakan semasa umat Islam berpuasa, dan beberapa peristiwa yang menarik berlaku terhadap kedua-dua calon. Seperti yang sedia maklum, sewaktu permulaan lagi calon BN sudah teruk kena hentam akibat daripada perbuatan dia sendiri, kemudian nama calon BN cuba dibersihkan, tetapi tidak berjaya apabila rakan kongsinya menjelaskan perkara yang sebenar tentang penyelewengan wang koperasi pekebun kecil. Ini telah memberi kredit kepada PAS pada peringkat permulaan.


Tak cukup dengan itu, Ketua Pemuda PAS turut membuat pendedahan mengenai perangai busuk si Rohaizat yang mengabaikan isteri keduanya. Bukan saja mengabaikan, malah tak mengaku lagi yang dia ada 2 isteri. Bapa perempuan tersebut turut campur tangan. Mungkin agak kepanasan, UMNO telah mula menyerang calon PAS dengan menuduh Ustaz Salleh Man turut melakukan penyelewengan di Pulau Pinang. Kemudian tak cukup dengan itu, penulis blog yang menjadi anjing kepada UMNO turut memburuk-burukkan Mahfuz Omar dengan mengatakan Mahfuz berhajat nak menyingkirkan Ustaz Azizan dan ingin menjadi Menteri Besar.


UMNO ni bodoh. Dia ingat perangai orang lain serupa dengan dia. Kalau dia rasuah, dia pun nak kata orang lain rasuah. Besok sudah mula pertempuran di bulan Ramadhan. Terkenang sirah Rasulullah yang turut berperang melawan musyrikin Mekah pada bulan Ramadhan untuk memenangkan Islam. Sekarang juga berulang di Permatang Pasir, esok. Bezanya, gerakan Islam di negara ini bertempur dengan gerakan sekular di zaman moden. PAS melawan United Musyrikin National Organization (UMNO), dan kita berdoa supaya kemenangan yang dicapai sewaktu Rasulullah SAW suatu ketika dulu berulang pada keesokan harinya.


PAS bertempur dengan United Musyrikin Melayu dengan kelengkapan yang serba serbi kekurangan, jentera yang kurang kuat, media yang terhad, sumber kewangan yang terhad, dan lain-lain lagi. Sedangkan pasukan United Musyrikin National Organization mempunyai kelengkapan yang serba serbi mencukupi, duit yang banyak untuk ditaburkan, jentera yang hebat, termasuk tv, radio, suratkhabar, polis, FRU, SPRM, dan lain-lain.


Malam ini kita semua memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kemenangan kepada PAS esok, dengan majoriti yang lebih selesa. InsyaAllah.

Sunday, August 23, 2009

ADUN PKR Buat Hal Lagi...



Salam Ramadhan,


Baru masuk hari kedua umat Islam berpuasa, pagi tadi ADUN Lunas Mohd Radhi Salleh (kiri) mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas melalui sidang media di Hotel Legend, Kuala Lumpur, 11.30 pagi tadi. Beliau yang juga exco pelancongan tidak pula lepaskan jawatannya. Alasannya, sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan parti. Begitu juga dengan Pemangku Ketua PKR Bahagian Padang Serai, yang bertindak keluar parti dan membubarkan bahagian itu.


Hanya tinggal 2 hari lagi untuk pembuangan undi di Permatang Pasir. Malam nanti memang riuhlah berita di media kerajaan. Memang bermasalah betul. ADUN Lunas ni bermasalah ke? Teringat dengan peristiwa ADUN-ADUN lompat parti jadi Bebas di Perak dulu. Berbagai ancaman terhadap Pakatan Rakyat bermula dari Perak, kemudian Selangor, dan kini di Kedah. Tapi jika kita amati sebab yang dikatakan oleh ADUN Lunas tersebut, yang menjadi ahli sejak 1999 lagi ialah : " PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR"



Betul ke?



p/s : ADUN PKR Pelabuhan Klang di Selangor apa cerita? Menteri Besar dah suruh letak jawatan kalau dah tak mampu kerja lagi...

Saturday, August 22, 2009

Pembohongan Kerajaan..!


Salam Ramadhan,


Sewaktu Menteri Pelajaran mengumumkan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012, saya sangkakan pada tahun tersebut memang PPSMI sudah dihapuskan. Rupa-rupanya ia hanya satu pembohongan... Lihatlah jadual di atas.. Mana ada pemansuhan PPSMI. Masih ada lagi walaupun tahun sudah mencecah 2016! Memang dasar pengkhianat Melayu.


Muhyiddin menguar-uarkan bahawa Anwar Ibrahimlah pengkhianat Melayu. Sekarang, siapa pengkhianat sebenarnya? Kenapa kamu semua begitu berdegil untuk mempertahankan akta dan dasar gila kamu ni? Atau kamu semua wahai kerajaan jahat adalah tak faham bahasa Melayu? Kami dahulu penat berdemonstrasi untuk menghantar memorandum supaya tuntutan kami dipenuhi..iaitu mansuhkan terus! Bukan secara berperingkat-peringkat!


Benarlah kata-kata pejuang bahasa, bahawasanya kamu hei kerajaan merupakan pemimpin bertelinga satu berlidah dua. Kami buat macam-macam bantahan melalui berbagai saluran kamu tak layan. Bila kami berdemonstrasi turun ke jalan raya kamu bising bagaikan dunia nak kiamat. Ingat kamu telah membuatkan generasi yang akan datang menyumpah seranah kamu sehingga mati.


Pada aktivis-aktivis sekalian, gunakanlah isu ini sebaik-baiknya untuk mengajar UMNO di Permatang Pasir. Bilang pada pengundi siapa sebenarnya pengkhianat bangsa.

Tindakan Rais Yatim


Bekas "hulubalang" yang licik di dalam S46.



Salam Ramadhan,


Jika anda semua klik di sini, anda semua akan melihat tindakan Rais Yatim terhadap salah seorang wartawan yang menyoalnya dalam Bahasa Inggeris. Wartawan tersebut dari akhbar The Star. Kita akan lihat Rais Yatim seakan-akan bengang dan mengejek wartawan tersebut kerana tidak menanya di dalam Bahasa Kebangsaan. Adakah Rais Yatim juga pencinta bahasa, saya tak tahu. Atau mungkin dia kurang fasih berbahasa Inggeris, pun saya tak pasti.


Kita lihat komen yang ditinggalkan di dalam blog/entri terbabit. Hampir keseluruhan komen mengutuk, mencela, dan menghina Rais Yatim di atas tindakannya. Saya walaubagaimanapun tidak suka juga kepada Rais Yatim, ekoran beberapa tindakannya yang boleh menyakitkan hati, dan sikapnya yang agak licik dalam berpolitik, tapi apa yang saya ingin katakan di sini ialah pada dasarnya saya menyokong tindakan Datuk Seri Utama Rais Yatim itu. Tapi pada masa yang sama saya juga tidak bersetuju dengan caranya yang memalukan wartawan tersebut di depan orang ramai, ada banyak cara lain lagi boleh digunakan untuk menegur.


Bagi saya, kalau wartawan yang menanyakan soalan dalam bahasa Inggeris itu adalah seorang Melayu, bukan setakat diherdik, diterajang pun saya setuju. Nak tunjuk lagak ke tanya soalan dalam bahasa Inggeris? Muka melayu. Lainlah kalau wartawan tersebut berbangsa selain daripada Melayu, kerana tak semua bangsa selain melayu fasih berbahasa Melayu. (Tapi biasanya wartawan The Star melayu atau Cina?). Kalau orang Melayu, memang patut dia dimarah oleh Rais Yatim. Dah lah ramai Melayu sekarang ini rosak bahasanya, kadang-kadang cakap campur-campur, sekejap cakap melayu, kemudian campur perkataan inggeris.


Tapi kalau betullah Rais Yatim begitu komited di dalam bahasa Melayu, kenapa dia tidak bersuara di dalam isu PPSMI? Takut ke nak menegur al-malikul? Atau takut lihat muka ngeri dia? Janganlah hipokrit. Kalau betul nak perjuangkan bahasa, perjuangkan dahulu di dalam kerajaan. Bahasa Melayu sekarang ini sedang nazak, takkan Rais Yatim tak rasa apa-apa?

Friday, August 21, 2009

Rohaizat...



Dalam ramai-ramai calon BN dalam Pilihanraya Kecil yang berturut-turut ni, saya rasa yang paling malang nasibnya ialah Rohaizat, calon BN Permatang Pasir. Belum apa-apa lagi sudah terbongkar pekung busuknya. Tak tahulah sama ada ini satu sabotaj oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO ataupun pucuk pimpinan UMNO tak pandai pilih calon.


Baru saja selesai penamaan calon, Rohaizat mula mahu masuk gear 1, sudah ada pukulan berat tepat mengenai batang hidungnya, iaitu kes beliau pecah amanah, curi duit koperasi pekebun. Belum jadi wakil rakyat sudah pandai menipu, dan status peguam Rohaizat juga telah lama ditarik balik. Itulah sebabnya mengapa Rohaizat tidak meletakkan status "peguam" di dalam borang penamaan calon sebaliknya meletak status "ahli perniagaan". Sedangkan BN sudah menguar-uarkan bahawa calon mereka adalah seorang peguam.


Terbongkar sudah kegiatan busuk Rohaizat. Kemudian Ketua Pemuda PAS pula mendakwa Rohaizat ada isteri kedua yang yang dikahwini pada 2005. Isteri keduanya bernama Hafizah, merupakan ketua kerani yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang. Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil. Dia juga mendakwa kenal dengan keluarga Hafizah.


Jika tanggungjawab terhadap isteri pun tak mampu laksanakan, macam mana nak pikul amanah sebagai wakil kepada rakyat? Malang betul Rohaizat. Buruk betul perangai. Belum apa-apa lagi dah terkeluar cerita sensasi. Harap-harap pengundi Permatang Pasir celik mata sikit, dan pastikan majoriti lebih besar kepada calon PAS.

Rasuah Pengundi

Tengok warna duit pun dah tahu....






Taktik yang selalu digunakan oleh UMNO untuk membodohkan orang Melayu dan mengumpan mereka untuk mengundi calon UMNO. Malangnya penduduk yang dapat 3 keping not RM 100 di dalam sampul surat putih itu mendapati ianya duit palsu, kertas rasa lain, dan nombor siri sama. :))


Kalau UMNO beri duit, ambil jangan tak ambil. Tapi ingat, kalau mengundi, tetap undi bulan. Dia beri kain, kita pakai. Beri gula, kita bancuh air (tapi sekarang musim tiada gula), beri duit, ambil dan simpan. Tapi jangan sesekali beri undi kepada calon mereka. Anwar Ibrahim selalu ajar, kalau UMNO suruh pasang bendera BN, pasanglah satu, tapi lepas itu pasanglah banyak-banyak bendera PAS & PKR di sekeliling. Ataupun gantung bendera BN di paras rendah, tapi gantung bendera PAS & PKR lebih tinggi.


Janganlah mudah terhutang budi kalau dapat duit seciput. Ingat lah puak-puak nilah yang menyebabkan orang Melayu jadi lemah dan bodoh, Islam semakin tersisih. Nak tahu senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu yang dibentangkan oleh Kamarudin Jaffar, klik sini.

Thursday, August 20, 2009

Pertembungan Dan Serangan Di Permatang Pasir

Permatang Pasir merupakan lokasi kelapan Pilihanraya Kecil semenjak Ogos tahun lepas. Ia seakan-akan ulangtahun kejayaan besar Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas, memandangkan Permatang Pasir berada di dalam kawasan Permatang Pauh, dan juga pilihanraya diadakan pada bulan Ogos. Keputusan di Permatang Pasir akan jadi petunjuk rakyat akan prestasi parti-parti pembangkang.


Kali ini Permatang Pasir menyaksikan pertembungan diantara tokoh-tokoh tertentu, dan juga serangan-serangan terhadap kedua-dua parti yang bertanding. Ianya bukan sekadar pertembungan Salleh Man dengan Rohaizat, pertembungan parti PAS dengan UMNO (2 parti besar Melayu yang tak mungkin akan bersatu), tapi juga pertembungan di antara Anwar Ibrahim (Permatang Pasir dalam kawasan Permatang Pauh) dengan Zahid Hamidi, Ketua UMNO Pulau Pinang. Zahid Hamidi merupakan bekas anak didik Anwar Ibrahim sewaktu di dalam UMNO dahulu, dan merupakan pemimpin UMNO terawal yang memberikan sokongan terhadap Anwar sewaktu dipecat dahulu.


Selain daripada itu, juga terdapat pertembungan diantara Anwar dengan Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri. Nampaknya yang paling bersemangat berkempen untuk kemenangan calon BN adalah Muhyiddin - Mat Sembab. Mungkin sebab dipengaruhi oleh keputusan di Manek Urai yang lalu, atau berfikir akan starategi untuk membodohkan orang Melayu mungkin berjaya sebagaimana di Manek Urai. Anwar merupakan pujaan Muhyiddin sewaktu bersama di dalam Team Wawasan. Sekarang, mereka sudah menjadi seteru. Muhyiddin menyerang Anwar dengan mengatakan bahawa Anwar pengkhianat Melayu, dan Anwar membalas balik dengan mengatakan bahawa Muhyiddinlah pengkhianat sebenar Melayu. Serangan sudah berbalas.


Kemudian terjadi pula pertembungan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz dengan Mufti Haprak dari Perak - berkenaan kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga. Nik Aziz mendakwa kenyataan beliau diputar belitkan, dan mufti Perak mula membuat serangan, dibantu dengan akhbar UMNO Utusan. Dan belum apa-apa lagi satu pukulan maut terkena kepada calon BN, Rohaizat apabila Presiden Majlis Peguam mendakwa Rohaizat telah songlap duit Koperasi Pekebun Kecil yang berjumlah RM 160,000. Status peguam Rohaizat telah ditarik balik kerana penyelewengannya. Ini telah menjadi satu bonus yang agak besar kepada PAS. BN gagal memilih calon yang amanah, dan ketandusan calon yang baik.


PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat patut berkerja keras (terutamanya PAS) untuk mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir supaya episod di Manek Urai tidak berulang. PAS jangan melakukan suatu tindakan yang akan menyebabkan pengundi tidak yakin dengan PAS, terutamanya berkenaan tindakan bodoh beberapa pemimpin PAS suatu ketika dahulu yang ingin berjinak dengan UMNO. Jika majoriti kurang berbanding keputusan lepas, pasti BN akan mendabik dada, terutamanya Muhyiddin sembab - dialah yang paling bersemangat di sana. Selain dari Ahmad Maslan muka perempuan, dan lidah bercabang, serta pelakon terbaik - kononnya Ahmad Maslan ada darah Anwar Ibrahim - pooooorah!!!!


Perhebatkan lagi jentera PAS serta majlis penerangan yang diadakan. Kekalkan kemenangan calon yang menggantikan Datuk Hamdan.

Monday, August 17, 2009

Kampung Buah Pala...


Cuba lihat gambar di atas....apa pengajarannya kepada kita?



Masyarakat India yang menghuni di Kampung Buah Pala sedaya upaya mempertahankan hak mereka walaupun tanah yang mereka duduki itu bukan milik mereka. Tapi mereka ingin mempertahankannya atas dasar ianya adalah peninggalan datuk nenek mereka. Mereka sanggup berkubu di kampung mereka untuk bertempur dengan FRU dan menghalang jentolak yang ingin masuk ke dalam kampung mereka. Dikhabarkan mereka juga mengumpul najis-najis binatang untuk dijadikan senjata, dan beberapa orang dari mereka tidak mahu berganjak apabila berada di hadapan jentolak.


Orang India akan melenting jika hak mereka diusik. Bagaimana dengan orang Melayu? Sudah berapa banyak kawasan setinggan yang didiami oleh orang Melayu dirobohkan, tanpa diberi pampasan yang secukupnya? Tapi orang Melayu sifatnya tidak melawan, tidak tahu untuk mempertahankan hak mereka. Apabila hak mereka diambil, mereka hanya mendiamkannya. Kalau marahpun, itu hanya sementara, dan perasaan marah dan tak puas hati akan hilang apabila dijanjikan bermacam-macam pampasan dan habuan.


Tapi tidak bagi masyarakat India. Ternyata mereka jauh lebih bermaruah. Walaupun kerajaan Pulau Pinang menawarkan rumah yang jauh lebih selesa, tapi mereka tidak mahu. Mereka tetap mahu pertahankan kampung dan tanah yang didakwa hak mereka sejak dahulu. Mereka sanggup mengupah peguam untuk mempertahankannya. Lihat saja Hindraf. Kemuncak daripada kemarahan mereka terhadap kerajaan yang didakwa mengabaikan hak mereka selaku warganegara, mereka menghimpunkan berpuluh ribu orang India yang bertaraf marhaen untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Mereka punyai kesedaran demi kepentingan mereka.


Melayu? Fikir saja sendiri. Jauh beda berbanding masyarakat India. Banyak hak Melayu dinafikan, biasiswa ditarik, bahasa Melayu dinazakkan, tanah orang Melayu dijual kepada golongan kapitalis, dan lain-lain. Apa tindakan orang Melayu? Tak ada, kerana mereka sanggup kehilangan hak mereka dan tidak mahu melawan kerana kononnya kerajaan yang sedia ada cukup baik kerana memberi 200-300 ringgit, menyediakan jalan raya, tiang elektrik, tar jalan. Orang Melayu merempat pun tak apa. Asalkan cukup makan.


p/s : Saya tabik kepada orang India di Kampung Buah Pala.

Saturday, August 15, 2009

Sokong Calon PAS di Permatang Pasir


Semalam kedua-dua parti yang akan bertanding di DUN Permatang Pasir sudahpun mengumumkan calon masing-masing. UMNO/BN terlebih dahulu mengumumkan calonnya pada sebelah petang iaitu Rohaizat yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh. Dia diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO (Mat Sembab). Pasti UMNO lebih bersemangat nak tawan kerusi ini memandangkan kalah tipis pada PAS di PRK Manek Urai lepas. Lepas itu mendabik dada kononnya kepimpinan Najib mendapat tempat di hati rakyat. Dengar kata sebelum nama calon UMNO diumumkan jentolak terlebih dahulu masuk ke kawasan Permatang Pasir? Seperti biasalah, projek mee segera.


Manakala PAS pula mengumumkan calonnya pada lewat malam semalam melalui presidennya. Calon pilihan PAS ialah Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Selain daripada beliau, nama yang selalu disebut-sebut bagi menggantikan Allahyarham Datuk Hamdan ialah Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat. Mohamad Sabu pun pernah juga menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Entah apalah nasib Mohamad Sabu. Tak ada rezeki lagi kut. Sejak dari PRK Parlimen Kuala Terengganu, nama beliau popular juga, tapi orang lain menjadi calon. Selepas itu Bukit Gantang, tak juga. Jawatan Timbalan Presiden PAS pun kalah. Kemudian di Permatang Pasir pula. Saya memang bersetuju kalau Mohamad jadi calon.


Tapi walau apa pun tetap kena sokong calon PAS walau siapa pun. Jika PRK Manek Urai dulu saya membuat keputusan untuk menyokong calon BN, tapi tak kesampaian. Mungkin tuhan tak mahu saya bantu kempen calon BN kut. Ada dalam posting yang lepas-lepas. Kerana kurang seminggu sebelum pembuangan undi di Manek Urai, laptop saya telah dibaiki selama seminggu. Jadi seminggu jugalah tidak kemaskini blog. Itulah padahnya nak tolong sangat calon BN. Kali ini sudah insaf. Kena bantu calon PAS untuk mempertahankan Permatang Pasir. Rasa-rasa tak ada masalah, kerana PAS sudah menjadi pilihan pengundi di Permatang Pasir semenjak 10 tahun dahulu. Lagipun ia berada di dalam Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Ketua Pembangkang.



p/s : Benci tengok muka Ahmad Maslan di TV semalam ada juga dia disebelah calon BN. Pasti lepas ini si muka perempuan ni akan berlakon sekali lagi sebagaimana lakonan tak menjadi di Manek Urai. Jahannam UMNO!

Thursday, August 13, 2009

Tok Janggut Mahu Beraksi Lagi


Nampaknya Tok Janggut Moden kita ini sekali lagi mahu rakyat beraksi di jalan raya. Berdasarkan kenyataan beliau di Malaysiakini bahawa akan mencadangkan satu lagi himpunan anti-PPSMI bagi mendesak kerajaan mansuhkan akta itu serta merta. Cadangan itu akan dilontarkan oleh beliau didalam mesyuarat GMP hujung minggu ini.


Sekali lagi Tok Janggut bangkit untuk mempertahankan bahasa ibunda yang amat penting kepada bangsa Melayu. Jika dahulu Tok Janggut mengetuai orang Melayu untuk menentang British kerana mengenakan cukai tanah kepada orang Melayu, sekarang Tok Janggut buat kali keduanya mengetuai orang Melayu untuk menentang anak didik British (UMNO) yang banyak merugikan bangsa Melayu. Apa-apapun, kita di belakang Tok Janggut untuk memberikan sokongan. Umur 79 tahun ibarat seperti 30-an! Hidup Tok Janggut!!

Wednesday, August 12, 2009

Ingatan Untuk UMNO

Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.

Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini. - Utusan Malaysia 11 Ogos.


Inilah salah satu berita yang saya ambil dari utusan semalam. Perhatikan ayat yang telah ditebalkan itu. Itulah selalunya ayat yang digunakan oleh puak-puak UMNO untuk memperbodohkan melayu yang sememangnya bodoh. Dan sila tengok ayat yang paling bawah. Melayu yang berjaya dan hidup senang? Melayu mana yang dimaksudkan oleh Mat Sembab ni? Melayu yang rasuah, atau kroni-kroni?


Apa maksud dia UMNO selama ini menjaga kepentingan Melayu. UMNO lah yang paling banyak merugikan melayu sepanjang ia memerintah. Saya ambil contoh sikit saja. Tulisan jawi yang menjadi tulisan orang melayu dari dulu sudah dihapuskan, dan kesannya terlalu ramai orang melayu yang tak tahu jawi, bahkan buta al-Quran. Kerana siapa? UMNO!


Dalam perlembagaan ada jaminan kepada bahasa kebangsaan yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, tapi ia telah diubah kepada Bahasa Inggeris oleh parti jahanam ini. Kononnya bahasa ilmu. Merosot kualiti pembelajaran anak-anak Melayu di IPT dan sekolah, dek kerana perangai pemimpin UMNO yang sengaja mahu generasi yang akan datang tak henti-henti menyumpahnya.


Begitu juga dengan hak bumiputera untuk memperoleh biasiswa. Mana perginya? Pelajar dibebankan dengan along yang berlesen, PTPTN. Dah la ada ada riba. Dan pelajar akan dibebankan dengan hutang yang banyak apabila habis belajar. Dan akan disenaraihitamkan jika gagal membayarnya. Patutkah dengan pinjaman? Sedangkan ini negara yang kaya. Kalau bolot wang rakyat tak apa, komisen beratus-ratus juta tak apa, tapi untuk beri kemudahan pada warganegara, terutamanya Melayu, dilalaikan. Mana perginya kata-kata nak membela Melayu?


Dengar sini UMNO parti parasit bangsa, faktor-faktor kenapa kamu bertahan sehingga hari ini adalah kerana :


1) Kamu mengambil kesempatan diatas kebodohan orang Melayu untuk meraih sokongan. Bermacam-macam isu kamu timbulkan supaya orang Melayu tidak menyokong pembangkang.


2) Menipu di dalam pilihanraya. Tak menjalankan pilihanraya dengan bersih dan adil.


3) Media kamu kuasai. Dengan ini kamu bodohkan orang Melayu yang tidak ada saluran alternatif.


4) Mengumpan orang melayu dengan wang (rasuah) dan projek (rasuah).


5) Memainkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu


Dengan inilah kenapa UMNO boleh bertahan sehingga hari ini.

Tuesday, August 11, 2009

Lord Murujib



KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH......~


:)

Monday, August 10, 2009

Permatang Pasir


Permatang Pasir (atau Permatang Pasiaq) terletak dalam Parlimen Permatang Pauh. Kubu Ketua Pembangkang. Baru-baru ini wakil rakyat DUN terbabit kembali kerahmatullah. Dato' Hamdan merupakan satu-satunya wakil PAS di dalam DUN Pulau Pinang. Satu lagi pilihanraya kecil, dan ini masuk kali kelapan. Kali ketiga Pilihanraya Kecil diadakan di Permatang Pauh. Tadi SPR telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini. Lebih kurang seminggu lagi. Dan tarikh pembunangan undi ialah pada 25 Ogos. Hari keempat umat Islam berpuasa. Bulan keberkatan. harap-harap keberkatan bersama PAS pada hari tersebut. Tapi calon PAS bagi DUN tersebut belum lagi diputuskan. 5 nama telah dicadangkan, iaitu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan AJK PAS Pusat Mohamad Sabu. 3 nama lain ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Rosidi Hussain, Ketua Pemuda negeri Mohd Yusni Mohd Piah dan Shamsul Kamal Sahpie, iaitu pegawai peribadi penyandang kerusi tersebut, allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.


p/s : Saya berharap Mohamad Sabu dipilih menjadi calon. Calon diputuskan sendiri oleh presiden parti. Harap-harap Mohamad Sabu terpilih. Beliau juga berguna di dalam DUN, lebih-lebih lagi DUN Pulau Pinang yang hanya ada 1 wakil PAS. Mohamad Sabu boleh berani sikit tegur adik angkatnya ketua menteri Pulau Pinang. Pilih Abang Mat.

Gambar Lagi : Melayu Memang Bullshit

Suatu ketika dulu, ketika masyarakat India menaikkan gambar besar Pak Syeikh seperti di atas, riuh rendah suara-suara Melayu yang berlagak alim dan warak yang mengatakan itu adalah berhala. Bekas Mufti Perlis yang haprak pun tumpang semangkuk. Pak Syeikh dihentam habis-habisan.



Ini apa cerita? "Berhala" PM 1 Malaysia, siap duduk berdekatan lagi dengan Lord Murugan di Batu Caves. Mana perginya suara-suara Melayu yang kononnya warak itu?


p/s : Adakah ini salah satu bentuk "pemujaan" masyarakat India terhadap tokoh-tokoh tertentu?
Masa UMNO perintah negeri dulu, tak sibuk-sibuk pun nak demonstrasi bila kerajaan negeri yang ditadbir oleh UMNO meluluskan lesen arak dan judi. Siap bina kilang arak besar-besaran lagi di Shah Alam. UMNO memang sudah tersepit, buat-buat warak kata orang halalkan arak. Cermin diri dulu, bullshit.


p/s : Semuanya melayu yang tunggu panggilan dari kubur. Rambut sudah memutih, tapi masih lagi sanggup jadi barua UMNO.



Nak Hudud? Lepas itu nak suruh kekal ISA? Nak buat perkara yang disuruh oleh Allah, tapi pada masa yang sama nak kekalkan akta yang haram dan berdosa. Ini lagi satu golongan melayu yang bullshit. Retorik! UMNO bila lemah mulalah buat-buat warak. Sungguh kesian melayu-melayu di atas. Mereka lupa pemimpin merekalah yang kuat menentang hudud.


Datuk Seri Samy Vellu pernah berkata, ""Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?" (Majalah Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11.


Kalau nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan - ingat lagi siapa yang kata?


Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan.


Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan




Ini apa cerita? Nak malukan orang Islam ke? Tak pandai nak coverline.



p/s : Jangan sesekali percaya kepada UMNO. Orang mukmin tidak akan dipatuk di dalam lubang yang sama.

Saturday, August 8, 2009

Susahnya Nak Laksanakan Islam

Kita terpaksa akui bahawa di Malaysia ini adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk melaksanakan Islam dan mentadbir negara ini dengan Islam, walaupun komuniti Islam di negara ini masih lagi majoriti mengatasi agama-agama lain. Islam menjadi sesuatu yang ditakuti dan ditentang pada zaman ini. Sebut saja Islam, pasti akan tergambar di dalam kepala akan perkara-perkara yang negatif.


Umat Melayu di negara ini masih lagi beranggapan jika Islam berjaya memerintah negara ini, maka hampir keseluruhan aktiviti harian mereka akan menjadi terbatas. Itu tak boleh ini tak boleh. Jika seseorang itu benar-benar fahami Islam, maka itu semua tidaklah menjadi masalah. Terlalu banyak penyakit di negara ini yang memerlukan Islam sebagai ubatnya, bahkan penyakit itu sudah mencapai tahap yang kronik.


Indeks jenayah yang semakin meningkat saban tahun, gejala keruntuhan moral di kalangan anak-anak orang Melayu Islam, berleluasanya kegiatan samun, rompakan, dan kecurian. Dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti pelacuran, perjudian, dan penjualan arak yang berleluasa. Memikirkan hal ini, hati saya pedih dan membara seterusnya menyalahkan kepimpinan negara yang hanya tahu mengenyangkan perut tetapi masalah negara diabaikan.


Walaupun berbagai bala diturunkan di bumi Malaysia ini, tanda peringatan daripada Allah, namun golongan-golongan ini masih lagi belum mahu bangun dari tidur. Penyakit H1N1 yang semakin mengganas dan memakan korban yang ramai, adakah ia sekadar penyakit yang dibawa atau sebagai petanda bahawa Allah sedang murka?


Saya ingin menanyakan soalan kepada rakyat Malaysia, tak kira Islam atau kafir, dan pemimpin-pemimpin sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang. Tak terliur ke kamu semua nak melihat negara ini menjadi makmur seperti kebanyakan negara Islam di Timur Tengah? Tak teringinkah melihat indeks jenayah di negara ini semakin menurun, kemudian menjadi hampir sifar? Tak teringinkah melihat gejala moral di negara ini semakin berkurangan? Tak inginkah kita hidup di negara ini dalam keadaan aman damai tanpa ada prejudis terhadap kaum yang berbeda dan agama yang berbeda?


Kalau inginkan suasana di atas, kenapa masih ada yang takut dengan Islam? Kenapa masih ada yang menentang Islam? Kenapa susah sangat mahu mengharamkan arak di kawasan yang bermajoritikan Muslim, dan seterusnya menghadkan penjualan arak kepada orang kafir sahaja. Tak tahu ke atau buat-buat lupa bahawa dengan meminum araklah timbulnya masalah seperti kes jenayah, rogol, dan lain-lain. Nak suruh Melayu Islam di negara ini bersatu? Apa gunanya bersatu kalau pemimpin yang membolot harta rakyat masih lagi bebas, apa gunanya bersatu kalau pemimpin UMNO yang bermasalah dari dulu hingga sekarang tidak disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan beberapa pemuka-pemuka parti pemerintah yang lain.


Apa gunanya menyeru persatuan Melayu jika salah satu pihak ingkar dengan suruhan agama, jika UMNO hanya nak bersatu semata-mata untuk survival politiknya, dan jika UMNO itu munafik. Fikirkanlah. Berpuluh-puluh tahun kita diperintah oleh pemimpin yang mengaku Islam, tapi perkara yang dilarang oleh agama dilakukan. Meluluskan lesen-lesen arak dan judi. Membiarkan anak muda Islam hanyut dan lalai mengikut arus dan rentak yang dimainkan oleh orang kafir.


Susahnya nak melaksanakan Islam di bumi Malaysia. Pemimpin yang ada pun dah tak mengikut Islam lagi. Semua ini salah pemimpin negara ini dari dulu hingga sekarang. Jahannam UMNO!

Thursday, August 6, 2009

Gambar : Lagi Melayu Yang Bullshit





Melayu yang menyokong kezaliman. Nikmat mata dan telinga yang dikurniakan tidak digunakan dengan betul. Membutakan mata dan memekakkan telinga apabila di pihak sendiri membuat kezaliman. Tapi apabila orang yang berlainan ideologi dengan mereka bangkit membantah kezaliman, mereka-mereka yang tak guna ini bangkit untuk mempertahankan kezaliman.


Itulah sebabnya kenapa sudah lebih 50 tahun UMNO berkuasa di negara ini. Kerana mereka didokong sepenuhnya oleh Melayu-Melayu yang bullshit ini. Melayu bullshit yang menanti-nantikan duit RM 40-50 dan nasi bungkus selepas bangkit mempertahankan kezaliman.

Wednesday, August 5, 2009

Menyokong Kenyataan Hasan Ali


Akhirnya PAS Selangor bersuara untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar melalui Pesuruhjayanya, Hasan Ali. Saya banyak terdengar kata-kata yang kurang enak dilontarkan terhadap PAS apabila sesudah memenangi pilihanraya, janji untuk berbuat amar makruf tidak ditunaikan, contohnya arak dan judi di beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Saya dengan ini menyokong kenyataan Hasan Ali yang dikeluarkan melalui sidang medianya semalam bahawa beliau meminta YAB Menteri Besar Selangor menukar portfolio Exco Kerajaan Selangor iaitu Ronnie Liu selaku Exco Kerajaan Tempatan dan menggantikannya dengan ADUN yang lain, ataupun portfolio itu dipegang sendiri oleh YAB Menteri Besar. Ini berlaku kerana Ronnie Liu mendesak pihak MBSA yang merampas jualan arak yang terbuka di Shah Alam memulangkannya balik kepada premis yang menjualnya.


Rampasan dibuat kerana aduan dan bantahan penduduk Melayu Muslim yang majoriti di Shah Alam. Jadi Ronnie Liu sila jadi manusia yang reti bahasa, jadi ADUN atau Exco, jadilah ADUN untuk semua, bukan hanya ADUN bagi orang kafir saja. Fikirkanlah sensitiviti dan perasaan umat Islam. Saya berasa sedikit berbangga dengan usaha kecil yang dilakukan oleh Hasan Ali, walaupun tidak dapat membasmi kemungkaran sepenuhnya, tapi ini sudah berbaloi memandangkan parti Islam hanya minoriti di dalam DUN Selangor.


Dan inilah untungnya PAS menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Rakyat, jika ada kesalahan yang dilakukan, bolehlah menegur dan menyatakan ketidakpuasan hati. Cuba bayangkan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO, saya rasa mungkin Hasan Ali akan diberi amaran oleh UMNO Selangor berikutan usaha amar makruf yang dilakukan.


PAS tidak boleh sepenuhnya melaksanakan Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat walaupun kerusi majoriti di Kedah,mempunyai Menteri Besar di Perak, dan mempunyai exco kanan di Selangor. Walaupun tak boleh melaksanakan Islam sepenuhnya, buatlah sekadar yang termampu. Contohnya menghadkan penjualan arak kepada orang bukan Islam sahaja, dan menguasai masjid. Jika mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, pastikan PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana Dewan Undangan Negeri. (saya menerangkan ini kerana masih ada Melayu yang bodoh + bengong + bahalol yang mempersoalkan PAS tidak melaksanakan Islam walaupun ada exco agama)


Tentang DAP yang agak kurang mesra dengan Islam, bagi saya ia bukan suatu yang menghairankan. Pemimpin-pemimpin DAP membesar dengan keadaan yang tidak ada kefahaman Islam, jadi tidak hairanlah jika ada sesetengahj pemimpin mereka yang kurang senang dengan Islam. Itu boleh diubah, dan sudah menjadi tugas PAS untuk menerangkannya sedikit demi sedikit dan memberi kefahaman Islam kepada DAP. Dan jika ada perselisihan, eloklah kerana ia dapat mematangkan komponen-komponen Pakatan Rakyat. Lainlah UMNO. Rupa saja Islam, tapi hanyalah topeng. Jika dibuka topengnya, dapatlah kita lihat wajah munafik.


p/s : Apa-apapun, saya lebih senang melihat PAS bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam dan menyokongnya daripada melihat PAS bersama-sama UMNO yang munafik.

Monday, August 3, 2009

Dapat Nama Baru

Ilham yang tercetus daripada peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya telah menggelarkan nama-nama dibawah dengan nama baru.



Nama asal : Masjid Negara


Nama baru : Masjid Demonstrasi


Lokasi yang merupakan pilihan utama kepada para demonstran. Berulang kali bermulanya demonstrasi dari masjid ini, dari zaman Reformasi, kemudiannya diikuti dengan siri-siri berikutnya, dan yang terbaru demonstrasi Bersih, Mansuh PPSMI, dan Mansuh ISA.




Nama asal : Kompleks Sogo


Nama baru : Kompleks Demonstrasi


Ditukar kerana Kompleks ini beberapa kali menjadi saksi demonstrasi yang diadakan. Dan lokasi ini merupakan salah satu pilihan yang popular di kalangan demonstran.



Nama asal : Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.


Nama baru : Pertubuhan Seni Silat UMNO Malaysia.


Ditukar kerana saya lihat semangat kemelayuan yang begitu menebal di dalam diri mahaguru silat ini (walaupun dia mamak), dan juga sebahagian daripada ahli pertubuhan ini.



Sumber gambar : Google Search Images